Wednesday, May 6, 2009

terima kasih kawan~

A : zu, salah ni...yang 100 tu dari kepala smpai hujung la...
zu : o0o...ye ke?bkn smpai dkt sini je ke?
A : xla...tgk, sensei pon tulis kt depan...salah ni...
B : haah, kan aku dah oyat ke mg kt kelas td...hok 100 tu smpai hujung..
A : hahaha...salah
zu : ye la...ok, terima kasih bgtau...

Kalau saya boleh bersabar sikit je lagi, pasti tiada babak 'perang mulut' yang berlaku selepas itu. Bercakap memang mudah, tapi nak praktikkan memang susah. Sebab tu besar ganjaran bagi mereka yang bersabar. Patutlah Allah janjikan syurga bagi mereka yang bersabar. Sebab, bersabar itu tak semudah yang kita sangkakan.

Minta maaf kepada siapa yang terlibat dalam dialog di atas. Tak ada niat nak burukkan sesiapa. Cuma ingin berterima kasih kerana sudi menegur salah diri ini. Saya pasti dalam diri setiap orang punya perasaan yang dia betul. Apa yang dilakukannya betul. Tidakan yang diambilnya betul. jadi rasa betul ini sebenarnya telah menutup segala kesalahan-kesalahan sendiri. Cuba bayangkan anda sikat rambut tanpa cermin. Anda sikat dengan baik dan rasa macam dah comel dah, tapi hakikatnya tidak. Bila kita tengok cermin rupanya tocang yang diikat, senget sebalah rupanya.

Sahabat adalah cermin diri. Sahabat yang baik akan menunjukkan kesalahan sahabatnya dan memperbetulkan sahabatnya. Sebab dia mahukan yang terbaik untuk sahabatnya. Jadi hargailah teguran sahabat anda. Jangan mudah melenting dan menangkan pendapat sendiri. Kita tak nampak apa yang tertulis di bahagian belakang kita. Hanya sahabat yang nampak. Jadi bersyukurlah bila dia tolong betulkan kita.

Sambungan kepada kisah tadi, apabila sesi perang mulut berlangsung dengan hangatnya, ada satu suara membisikkan peringatan buat diri ini.

B : konokokoro xleh tension2...kene berlapang dada..

Zupp...kata-kata yang terus menusuk ke dalam konokokoro. Thank you B~

Bila marah menguasai diri, kita mudah hilang pertimbangan dalam tindakan kita. Sebab tu pentingnya sabar. Sebab bersabar dapat menjamin kewarasan akal kita. Apape pun, saya anggap ini sebagai tarbiyah dari Allah untuk mengajar diri ini bersabar. Tarbiyah datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin kadang-kadang kita perlu ditarbiyah dengan keras, dengan perkara yang memalukan, dengan perkara yang tidak disukai supaya kita dapat belajar yang diri ini lemah sebenarnya. Diri ini tidak mampu untuk mencorak hidup mengikut acuan sendiri. Diri ini perlukan Dia untuk memberi yang terbaik buat diri ini. Thank you Allah...

Hargailah sahabat anda yang menegur. Walau siapa pun dia. Walau sekeras dan sesinis mana pun dia menegur. Ditegur bukanlah masalah utama. Baguslah jika ada yang menegur. Yang lebih utama adalah memikirkan bagaimana untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Dan yakinlah yang teguran itu sebenarnya datang dari Allah Yang Maha Mengetahui, cuma disampaikan oleh sahabat-sahabat kita.

Terima kasih juga kepada saudara A kerana menegur. Kepada rakan-rakan di luar sana, saya perlukan teguran anda untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ini. Tegurlah saya jika saya silap, marahlah saya jika saya ingkar.

Pengajaran berguna yang saya dapat hari ini:
1. Jangan cepat melenting.
2. Control ur voice.
3. Jangan gaduh ngn orang. Rasulullah SAW pun xsuke.
4. Berdiam diri lebih baik
5. Last but not least, jangan gaduh ngn lelaki, sebab prmpuan xkan menang. Just nod ur head and say "ok". That's better. Sejarah hidup membuktikan yang mak xpernah menang gaduh ngn ayah. Kakak xpernah menang bila gaduh ngn abang. Saya pun xpernah menang bila gaduh ngn khalis. Adey~ baik senyap je..




>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

No comments:

Post a Comment