Duit, sesuatu yang sinonim dengan kehidupan kita sehari-harian. Pernah tak anda mengalami krisis kewangan? Ingin berbelanja, tapi poket kosong. Inginkan makanan yang sedap, tapi tak mampu untuk membelinya. Ya, saya juga dilanda krisis kewangan kini. Saban hari menghitung waktu, bilakah tibanya awal bulan, menunggu kemasukan biasiswa yang seterusnya.
Bolehkah kita hidup tanpa duit? Soalan cepumas untuk semua. Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing. Kita yakin rezeki itu datang dari Allah, tapi mengapa kita resah apabila tidak berduit? Duitkah punca rezeki kita? Pernah tak anda ke sekolah atau ke mana-mana tanpa membawa wang? Anda dapat makan tak waktu tu? Dapat naik kenderaan tak? Dapat oksigen tak? Ya, rezeki Allah itu pelbagai. Bukan hanya terletak pada wang sahaja. Pernah satu ketika, saya dah tiada duit langsung untuk membeli breakfast. Dah la saya ditakdirkan untuk memiliki perut yang cepat lapar, maka amatlah terseksa waktu tu. Tapi, rezeki itu sememangnya milik Dia Yang Maha Pemurah. Ketika saya menaiki bas untuk ke universiti, pakcik yang membawa bas memberikan saya satu roti krim gardenia dengan air susu kotak. Hanya Allah yang tahu perasaaan saya ketika itu. Syukur kepadaNya yang masih mengurniakan secebis rasa hamba yang mengharap kepadaNya untuk sesuap makanan pagi itu. Terima kasih ya Allah...
Jadi, janganlah anda berasa gusar, walaupun tak berduit. Saya juga tidak berduit ketika ini, tapi masih tidak dilanda kebuluran. Masih mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, kerana sesungguhnya rezeki kita berada ditangan Dia Yang Maha Kuasa.
Saya mempunyai satu prinsip yang saya pegang selama ini berkenaan wang. Bagi saya, duit itu letaknya di tangan, bukan di hati. Anda sayang duit anda? Takut simpanan berkurang? Takut kehilangan wang? Hilangkanlah perasaan tersebut. Letakkanlah duit itu di tangan agar kita lebih mudah menghadirkan rasa ingin memberi. Takutlah untuk meletakkannya di hati, agar kita tidak terjebak menjadi seorang yang kikir, juga sombong dengan harta yang dimiliki.
Walaupun YPM atau penaja lain atau ibubapa kita memberi sejumlah wang kepada kita untuk kegunaan sebulan, ketahuilah semuanya itu bukan rezeki kita seorang. Terdapat hak insan-insan lain di dalamnya. Terdapat hak anak-anak yatim, hak orang miskin, hak sahabat kita, hak orang yang berpuasa, hak jemaah dan dakwah, hak rakyat palestin, hak jiran kita, juga sesiapa sahaja yang telah ditetapkan haknya oleh Allah dalam apa yang kita peroleh. Maka, saya menyeru diri saya dan anda semua, tunaikanlah hak mereka. Letakkanlah duit di tangan, bukan di hati kita. Semoga rezeki kita ditambah oleh Allah SWT.

"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan." (al-Baqarah:245)
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah[166] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (al-Baqarah:161)
"Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak."(al-Hadid:11)
"Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun." (at-Taghabun:17)
Janji siapakah yang lebih benar selain Allah SWT? Yakin denganNya, maka kita akan tenang, walaupun tanpa duit.Tapi harus juga diingat bahawa, tak berduit juga punca seseorang jauh daripada Allah.
Bayangkan seorang yang saban hari menghabiskan wangnya di jalan Allah dan dakwah, tiba-tiba diuji dengan suatu kecemasan yang menuntut wang yang banyak daripadanya. Ibunya sakit ke, keretanya rosak ke atau lain-lain. Pasti saat itu, jiwa yang lemah ini susah untuk redha dengan segala yang telah ditetapkannya. Sesunggguhnya kefakiran itu sangatdengan dengan kekufuran. Jadi, kita haruslah beringat dalam memelanjakan wang, jangan sampai langsung tiada simpanan untuk kecemasan. Simpanan itu bukan sahaja untuk kecemasan, tapi fikirkanlah juga tentang keselamatan iman kita, yang mungkin tak mampu untuk menerima dugaan sebegitu. Beringat sebelum kena. Sebab itu juga, Imam Hassan al-Banna, apabila meminta ahli ikhwanul muslimin untuk menginfakkan harta untuk dakwah mereka, beliau tidak terima golongan yang menginfakkan seluruh hartanya. Bukan dikhuatiri orang tersebut tak mampu untuk hidup tanpa harta, tapi dikhuatiri imannya tak mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut.

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kufur dan kefakiran."
Kerana sesungguhnya kefakiran itu sangat dekat dengan kekufuran. Makabersederhanalah kita dalam segala hal. Bersederhana dalam berbelanja, juga dalam menabung. Bersyukurlah apabila diberi nikmat, bersabarlah apabila diuji. Semoga kita semua berada dalam rahmat kasih sayangNya. Doakan krisis ini berakhir secepat mungkin ye kawan-kawan.=)
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
salam... insyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan2 kita...
ReplyDeleteujian demi ujian yg diberi utk menguji tahap kesyukuran kita padaNya... ^_^
"dana kami adalah dr poket2 kami"