Cuba kita teliti balik, alam-alam ini. Bermula dengan alam roh, kita membuat perjanjian dengan Yang Maha Pencipta. Selepas itu kita ditempatkan di alam rahim. Membesar dan membesar sehingga cukup tempohnya, kita pun keluar. Masuk pula ke alam dunia yang kita lalui sekarang. Selepas ini kita akan menempuh alam kubur, alam akhirat dan kemudian menuju ke destinasi syurga atau neraka.
Fasa yang akan kita tempuhi selepas ini lagi panjang rupanya. Kita baru berada di alam ketiga perjalanan kehidupan seorang insan. Dan pasti, akhirat nanti terlalu lama berbanding kehidupan di dunia yang teramat singkat ini. Berapa lama tempoh di akhirat? Selama-lamanya. Impikan kehidupan indah di syurga? Let's work for it.
Kita tak punya banyak masa. Kehidupan kita, jika dinisbahkan mengikut umur baginda Rasulullah SAW sebanyak 63tahun. Tempoh hidup selepas dimatikan pula adalah infiniti. Pertukaran apakah yang lebih bijak, selain mengorbankan jangkamasa sebanyak 63tahun di dunia ini, itu pun kalau umur kita sepanjang itu, dengan sebuah kehidupan yang pasti jauh lebih indah, jauh lebih menarik, jauh lagi mempersonakan di akhirat kelak?
Seorang pensyarah berkata kepada pelajar-pelajarnya,
“ Masa kita untuk bersusah payah, beramal, tunduk taat kepada ALLAH, hanya sebentar sahaja di dunia ini. Itulah dia semasa kita berada di alam kehidupan sebagai manusia. Kemudian kita akan mati, dan melalui alam barzakh. Kehidupan di alam barzakh sudah bergantung kepada amal kita di dunia. Panjang alam barzakh tidak kita ketahui. Seterusnya Israfil akan meniupkan sangkakala kedua ketika hari kebangkitan, dan kita akan berada di hari perhitungan. Hari itu, amal kita di dunia akan diperhitungkan dengan hitungan seketat-ketatnya. Lamanya hari itu, tidak kita ketahui. Amalan kita di dunia lah yang akan menentukan sama ada kita melepasi sirat atau tidak. Jika kita melepasi titian sirat, maka kita akan ke syurga. Jika kita tidak melepasi sirat, maka kita akan ke neraka. Semuanya ketika itu adalah bergantung kepada amal kita di dunia.”
Ya, amalan kita pada hari, penentu nasib kita di hari esok. Itulah rahmat kasih sayang Allah buat kita semua. Kita hanya perlu untuk bersusah payah sedikit sahaja di dunia, sebentar cuma jika dibandingkan dengan ganjarannya syurgaNya untuk selama-lamanya.Jadi, saya menyeru diri saya dan rakan-rakan, jika kita dilanda perasaan malas, tension, atau sudah terlalu penat untuk beramal, duduklah sebentar dan berfikirlah. Kita tidak punya banyak masa. Kepenatan melaksanakan dakwah, menjalankan amanah, kesakitan mendapat hinaan dan cacian, semua itu sebentar cuma. Mou chotto dake...Berusahalah untuk dapatkan yang terbaik untuk kehidupan kita di sana kelak. Kerana kita tak tahu, bilakah kita akan dijemput untuk bertemuNya.
Jika Usamah bin Zaid pada umur belasan tahun sudah berjaya mengetuai angkatan perang tentera muslimin, Sultan Muhammad al-Fatih juga telah mampu untuk menakluk Constantinople, Hassan al-Banna pula telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin juga ketika umur 20an. Apakah sumbangan seorang insan kerdil di umur 20 ini untuk agamanya?
"Ya Allah, berkatilah umur kami, terimalah segala amal kami...Kurniakanlah kami kekuatan untuk menegakkan agamaMu dalam diri kami dan orang sekeliling kami..Jadikanlah kami kekasih-kekasih yang sentiasa rindukan pertemuan denganMu Ya Allah...amin.."
edited from Langitilahi-Hilal Asyraf.
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
Assalamu'alaikum,
ReplyDeletemaaf menganggu,
nampaknya sebahagian artikel ini adalah diambil dari artikel saya. JAdi harapnya, kalau ambil mana-mana bahagian tulisan saya, tolong letakkan kredit ya. Sebab tulisan-tulisan saya biasanya dijadikan buku.
Nak jaga hakcipta.
Nak ambil bleh, tapi letakkan nama saya dan alamat website ya.
semoga ALLAH redha...
~seorang hamba
Hilal Asyraf
waalaikumussalam..
ReplyDeletemaaf, saya pun xtau procedure penulisan dan penerbitan artikel di alam maya ni..
terima kasih atas peringatan.