Betullah seperti yang dikatakan, perempuan lebih cepat stress berbanding lelaki kerana impian mereka terlalu banyak, dan kalau boleh semua perkara mahu dilakukan serentak. Setelah dikenal pasti, saya juga merasakan inilah faktor utama penyebab tekanan buat diri saya sejak akhir-akhir ini. Memandangkan weekend ni parents akan datang ziarah, juga program yang menuntut kehadiran saya bermula malam ini, terlalu banyak yang saya fikirkan, dan terlalku banyak yang ingin disiapkan pada malam-malam saya sepanjang minggu ini.
Nak siapkan report jisshu, report jikken, buat shukudai sendiri, study zairyou dengan kiko, study untuk usrah, menulis untuk azzariyat, update blog, tulis diari dan lain-lain lagi, maka timbulnya perasaan tak cukup masa dan tekanan sebab tak mampu nak selesaikan semuanya dalam sesuatu masa. Sehinggalah pada hari ini...
Alhamdulillah...saya bersyukur kepada Dia yang lebih memahami kemampuan diri ini..Alhamdulillah, Allah kurniakan rasa sakit buat diri ini, yang saya anggap sebagai tempoh rehat buat diri sendiri. Sudah beberapa malam tempoh tidur saya terganggu dek impian dan hajat yang ingin dilaksanakan setiap malam, hari ini Allah kurniakan saya rehat yang panjang.
Walaupun sakit masih belum berkurang, sekurang-kurangnya semangat saya untuk menjalani hidup selepas tidur yang panjang ini meningkat. Ada satu rasa atau semangat baru yang Dia kurniakan dalam hati ini untuk terus bergerak dan menggunakan masa yang ada secara maksimum untuk terus beramal sebelum dijemput untuk bertemuNya. Terima kasih Ya Allah...
Kepada rakan-rakan yang dikurniakan sakit juga, saya berdoa semoga anda cepat sembuh. Kepada gee, semoga cepat baik demam. Cuma satu pesanan saya, janganlah anda bersedih dengan nikmat sihat yang ditarik olehNya sementara waktu ini. Tapi bergembiralah kerana Dia telah memilih untuk mengkifarahkan dosa-dosa kita yang lalu dengan sakit di dunia ini. Tak dapat nak digambarkan siksanya azabNya di akhirat kelak atas kesalahan-kasalahan kita. Kalau sekarang kita punya tidur dan ubat untuk menghilangkan sekejap rasa sakit tersebut, ketahuilah di sana kelak, tiada yang dapat menghalang diri kita daripada siksaNya yang amat dahsyat...
What you see is what you get. Positivekan pemikiran kita, dan insyaAllah, kita dapat melihat nikmat sakit ini dari sudut yang berbeza. Walaupun mungkin menangguhkan lebih banyak kerja, mengurangkan potensi dan keupayaan diri untuk melakukan sesuatu, ykinlah dengan peryolonganNya. Semoga sisa masa yang singkat itu menjadi lebih bermakna buat kita apabila dia memberikan keupayaan maksimum untuk otak kita berfikir dengan lebih baik..InsyaAllah...ingatlah yang Dia sentiasa ada bersama kita...
Jadilah hamba yang paling sabar dengan ujianNya, paling redha dengan takdirNya...
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
No comments:
Post a Comment