Tersentak dengan teguran daripada seorang sahabat...
"zu, nak pinjam shukudai kiko mung.."
"x siap lagi...baru nak salin ni.."
"nak yang zairyou punye.."
"xsiap gak lagi..."
"hish...bakpo mg beruboh loni..abih sume bende xwat..."
Kesibukan menjalani kehidupan seorang pelajar JAD yang juga seorang hamba Allah, anak kepada ibubapa, tugas sebagai naqibah dan daie kadangkala mendatangkan kelesuan kepada diri ini. Report yang banyak, kuiz lagi, tugas-tugas lain lagi membuatkan saya terfikir, diri ini tak mampu untuk melakukan segalanya dalam masa yang serentak.
Bayangkan, saat anda terbangun di awal pagi, anda pilih untuk bermunajat kepadaNya atau mengulangkaji pelajaran?
Bayangkan, hujung minggu anda ada report yang perlu disiapkan, juga ada program yang menuntut kehadiran anda. Apa pilihan anda?
Bayangkan, malam anda, anda punya pilihan untuk mengulangkaji pelajaran, atau menghadiri meeting utk memperbaiki keadaan umat? atau menjadi kaunselor membantu rakan2 di dlm kesusahan?atau menghadiri usrah? atau majlis ilmu?
Bayangkan, anda punya waktu lapang, buku fikrahkah yang menjadi bahan bacaan atau buku pelajaran?
Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang inginkan kejayaan di dunia perlukan ilmu, sesiapa yang inginkan kejayaan di akhirat perlukan ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya juga perlukan ilmu.
Ya Allah, sesungguhnya hati ini inginkan kedua-duanya, aku mohon diri ini diberi kekuatan untuk menggapainya...
Alhamdulillah, Allah lorongkan jalannya apabila seorang hamba Allah memberitahu, dengan jadual, maka kita dapat melakukan segalanya dengan lebih tersusun. InsyaAllah...Saya optimis dengan apa yang saya lakukan kerana sesungguhnya Dia lebih dekat dari urat nadi kita untuk membantu setiap kali kita tersungkur...
Seorang ulama' berkata, "Berputus asa di tengah perjalanan adalah kerana kesilapan di titik permulaan." Maka, betulkanlah niat di hati kita dan matlamat kita semoga dibantu Allah untuk menggapainya. Sesungguhnya segala yang kita ada kini tak akan kekal. Hanya apa yang kita lakukan untuk mencapai redhaNya yang akan kekal. Saya tinggalkan sepotong hadith ini, untuk kita sama-sama fikirkan dan muhasabah, nilailah diri kita kembali...apa yang kita inginkan sebenarnya...apa yang lebih baik sebenarnya...semoga kita tidak terleka dengan segala yang tidak kekal...
Daripada Abdullah bin al-Syikhir r.a, Nabi SAW bersabda,
"Wahai anak Adam!Adakah kamu memiliki daripada harta kamu melainkan apa yang engkau makan lalu engkau menghabiskannya, atau engkau memakainya lalu engkau melusuhkannya, atau engkau bersedekah lalu engkau kekalkannya(pada hari pembalasan)."
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
No comments:
Post a Comment