Monday, September 28, 2009

mata gansho...saya CINTAkan tekanan!!

Believe it or not...dah 4 kali gansho saya direject oleh sensei. Darab dengan 2 universiti yang nak masuk dah jadi 8 kali kene reject. Maknanya, dah 8 kali tulis gansho. Adey.....Buat yang tak belajar bahasa jepun, gansho ni macam resume, untuk masuk ke universiti. Kene tulis kenapa nak masuk universiti tu, nak belajar ape kat sane dan plan masa depan.

Tertekan??Tentu sekali...sebab kene buat benda yang sama banyak kali kan...Tapi segalanya atas kelemahan saya sendiri. Memang dari dulu tak minat bahasa jepun dan tak pernah terfikir untuk belajar di jepun. Maka, bahasa jepun adalah kelemahan saya yang utama. Tapi sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik, menakdirkan saya untuk berada di sini. Jadi, sekarang bukan masa untuk mengeluh, tapi saya harus terus pandang ke hadapan.

saya CINTAkan tekanan!!
Walaupun ayat ni ibarat satu penipuan kepada diri saya sendiri, tapi saya percaya hanya saya sahaja yang mampu untuk ubah persepsi diri saya terhadap tekanan, tentu sekali dengan izin dariNya. Cikgu saya di SERATAS, Cikgu Zahari pernah cakap,

"Saya sukakan tekanan. Sebab bila ada tekanan barulah saya akan bergerak. Saya boleh berjaya hari ini pun sebab adanya tekanan."

Hari ini, bila saya fikirkan kembali apa yang cikgu pernah cakapkan dulu, mungkin ada kebenarannya. Tanpa tekanan mungkin banyak yang kita tak mampu buat. Dan sebagai manusia yang sering alpa, hanya tekanan yang akan menggerakkan kita ke tahap maksimum yang mampu kita capai.

Tertekan dengan kelemahan diri melawan nafsu?
Kita jadi semakin dekat denganNya...
Kita semakin banyak berdoa, agar diberi kekuatan untuk menempuh hidup ini dalam redhaNya..

Tertekan dengan result yang teruk?
Kita berusaha keras untuk memperbaikinya...
Kita tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran...

Tertekan dengan usaha dakwah yang tidak membuahkan hasil?
Kita memperkaya diri kita dengan pelbagai ilmu dan skill untuk menjadi dai'e yang baik...
Kita memohon kekuatan dari Allah untuk terus tsabat di jalanNya...
Kita doakan yang terbaik untuk mad'u2 kita...

Tertekan dengan orang sekeliling?
Kita berusaha agar tidak menjadikan orang lain tertekan dengan kita...
Kita perbaiki akhlak kita agar disenangi orang lain...

Tertekan dengan kesempitan hidup?
Kita berusaha keras untuk menabung dan naikkan taraf hidup...
Kita belajar bersyukur dan melihat nasib mereka yang lebih teruk daripada kita...

Tertekan dengan gansho?
Kita berusaha keras untuk positive terhadap setiap komen-komen sensei...
Berusaha untuk hasilkan penulisan yang lebih baik...
Berusaha untuk tidak berputus asa denagn ujianNya...

Ya, tapi semuanya ini hanya akan berlaku apabila kita bijak menegndalikan tekanan yang kita hadapi. Dalam erti kata lain, POSITIVE dengan segala yang telah ditetapkanNya untuk diri kita. Berbalik kepada konsep hamba yang sentiasa layak diuji oleh tuhanNya. Setiap dari kita punya ujian yang berbeza-beza. Mungkin inilah ujian yang ditakdirkan untuk saya.

Saya perlu belajar untuk suka terhadap bahasa jepun.
Saya perlu belajar untuk teruja terhadap penghijrahan ke jepun.

Yang paling penting,
Saya harus belajar untuk POSITIVE terhadap segala ujianNya..
Saya harus belajar untuk tidak berputus asa dengan rahmat dan pertolongan dariNya..

Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH SWT...

saya CINTAkan tekanan!!

p/s: tolong doakan gansho yang saya tulis dan repair kali ini diterima oleh sensei ye..onegaishimasu...


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Sunday, September 27, 2009

Sifat MANUSIA...renungkan



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat."
Hadith Riwayat Ahmad


Huraian
i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain.

ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri.

iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur).

iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Saturday, September 26, 2009

Thanx wawa!!



Thanx wawa!!
Alhamdulillah, raya tahun ni Allah beri kesempatan untuk luangkan masa bersama wawa. Nisa nak datang jugak, tapi saya masih di kampung waktu tu. Gomenne nisa. Kepada mai asiah pun, gomenne. Tak dapat nak spend masa dengan ko time ko cuti tu. Really2 sorry for that. Anyway, kerinduan pada kawan2 terubat sedikit dengan kedatangan wawa, ibunya dan razman ke rumah. Thanx wawa sebab datang jugak ke rumah tahun ni. Thanx for da omiyage t0o.

Nite at wawa's house

Lepas beraya di rumah saya, kami meneruskan aktiviti beraya ke rumah cikgu zahari pula. Cikgu Mat Rus dan Cikgu Asmah tiada di rumah. Pastu, kami terus ke rumah Hanna pula. Then ke rumah Razman dan wawa. Memandangkan keesokan harinya ada sedikit kenduri di rumah wawa, i spend the nite at her house.

Banyak yang kami bualkan. Teringat kenangan sewaktu di sekolah dulu. Plan nak ziarah huda sebelum huda fly ke Ireland, tapi huda ke KL pulak. Huda, all da best ek..Kitorang sentiasa doakan yang terbaik untuk huda. Gomen sebab tak dapat nak jumpa huda n hantar huda kat airport. Semoga ukhwah yang terjalin, kekal selamanya. I'm gonna miss u. Raya tanpa mazni dan shafa pun dah rasa sunyi. Huda pulak pergi kali ni. :(

Jodoh di tangan Allah

Tak sangka wawa dah semakin matang sekarang. Huhu..tak lama lagi dah nak jadi isteri orang. I'll pray for both of you. Mak wawa asek cerita pasal bakal menantu dia je.

"Setiap kali solat makcik doa, biarlah Allah tetapkan hati wawa untuk pilih wan. Biarlah hati wawa tertutup untuk orang lain. Wan tu dah la baik, pandai hormat orang tua....dll"

Doa ibu biasanya makbul. Cuma pesan saya, jaga iman, jaga diri, jaga hati. Berserahlah padaNya agar dipertemukan dengan insan yang terbaik untuk kita. Yang dapat membimbing kita menggapai cintaNya dan redhaNya. Mak saya pulak yang risau,

"Mak wawa dah start doakan anak dia dengan wan. Akak nak suruh mak doakan dengan sape?"

"Haha...lawak la mak ni..doa je la akak dapat suami soleh..."




>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Friday, September 25, 2009

Diari raya 1430H

Setelah beberapa lama membiarkan blog ni bersawang tanpa sebarang update, saya bawakan diari raya tahun ini untuk kita sama-sama meneliti dan mengambil pengajaran daripadanya.

1 Syawal
Bangun awal dan berebut untuk ke toilet di pagi hari. Masing-masing sibuk merebut pahala mandi sunat syawal dan bersedia untuk solat subuh. Terdapat lebih kurang 5 keluarga yang bermalam di rumah acu tahun ini. Jadi, toilet agak sesak di pagi hari.

Selepas mengemas tempat tidur, sibuk pula menyediakan juadah raya di dapur. Kampung ini didominasi oleh kaum lelaki. Cucu2 tokwan, tsumari my cousins pun ramai lelaki. Hanya saya, adik dan seorang lagi cousin perempuan di rumah tu. Yang lain adalah kaum adam. Maka, tenaga kamilah yang dikerah untuk membasuh pinggan, sapu sampah, mengemas dan lain-lain. Kaum adam buat apa pula?

Inilah raya version baru. Anak-anak dibiarkan mengadap PS di pagi raya supaya tidak mengganggu kerja-kerja penyediaan makanan dan menyambut tetamu di rumah. Kecil dan besar sama sahaja.

Aurat dengan cousin
"Hm, kejap lagi mesti lagi ramai cousin yang datang..Pak long, angah, andak sume kan...ala..kene pakai tudung la kan?" soal cousin saya. Adik-beradik mak saya seramai 10 orang, dan kebanyakan mereka memang menetap di Sg. Besar. Hanya yang tinggal di luar selangor yang kan bermalam di rumah acu.

"Ha..tau pun..harap pendidikan islam je dapat A kome nih...sepupu tu bukan mahram kite tau..aurat kene jaga...tudung kene pakai le..." ambil peluang untuk sound. Sound adek sekali. Huhu..mungkin ini yang paling susah untuk kita jaga. Tapi, makin susah, makin banyak pahala tau!!Semoga kita semua kuat dan tabah dalam menegakkan Islam dalam diri masing2.

Alhamdulillah, tahun ni diberi kekuatan untuk mempertahankan aurat. Sampai tidur pun kene pakai tudung, sebab tidur di kampung kan, tidur di tempat terbuka. Acu pun sampai tertanya-tanya,

"eh dzulaikha, kamu botak ke sekarang ni?"

Baraan
Yang paling menarik adalah aktiviti baraan. Baraan = perarakan dari rumah ke rumah oleh orang kampung(lelaki sahaja) setelah solat sunat hari raya. Rumah acu adalah rumah pertama di kampung tu. Maka, kamilah yang paling kalut di pagi raya. Menyediakan juadah untuk menjamu 1 kampung yang datang beraya. Dari orang tua, sehinggalah kanak-kanak seawal usia 2-3 tahun. Yang pasti, kanak-kanak sangat menyukai aktiviti ini. Sebab dapat kutip duit raya di setiap rumah di kampung. Selalunya baraan akan berakhir sehingga tibanya waktu solat asar.


kalut dengan nenek dan cousin di pagi raya menyediakan juadah untuk baraan.


Amalan yang semakin ditinggalkan ini sebenarnya sangat penting dalam usaha merapatkan ukhwah sesama jiran tetangga. Kaum keluarga yang telah terpisah jauh, dapat bertemu dan bermaaf-maafan di hari raya. Kaum hawa pun dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga apabila semua bekerjasama untuk menyediakan juadah di pagi raya.

Meriam
Yang ini pun tak dapat dipisahkan daripada anak muda kampung ni especially my cousins. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, cousin saya yang majoritinya adalah lelaki adalah hero-hero kampung yang hidup dengan kreatif mencipta meriam paip dan mercun-mercun buatan sendiri. Sugoi jyan~kalau M'sia perang satu hari nanti, boleh panggil pasukan ni. Mereka adalah hero-hero tahan lasak, anak-anak kampung yang dah berjuta-juta kali kemalangan motor, cedera di makan hasil kerja tangan meriam sendiri. Yang bising tentulah para ibubapa yang risaukan keselamatan mereka. Tapi, kerana ukhwah yang kuat terbina, segala kecederaan dan kemalangan yang dialami tak pernah sampai ke telinga ibubapa. Mantap seyh~

Tapi kanak-kanak bawah umur macam ni, maen bunga api je la. Gambar meriam xsempat nak ambil sebab asek meletup je.

Survival skill
Suatu perkara yang sangat menyentuh hati saya adalah survival skill anak-anak kampung. Paklong, angah, andak, cik mah, cik es adalah adik beradik mak yang hidup dan tinggal di sungai besar. Kebanyakan pakcik-pakcik saya adalah petani yang mengerjakan sawah padi. Setahun tak bertemu, menjadikan saya dapat detect perubahan2 yang dialami mereka. Garis-garis penuaan jelas terpancar di wajah. Wajah yang dahulunya bersih, kini penuh garis-garis keletihan. Sungguh berbeza dengan keluarga sebelah ayah. Pakcik-pakcik ayah semuanya educated people. Belajar hingga ke universiti dan bekerja di bawah aircond. Pasti berlainan. Cuma hero-hero kampung ini mempunyai survival skill yang tinggi. Campak mereka ke bendang, mereka tahu bagaimana mahu menguruskannya. Campak ke parit, mereka tahu bagaimana nak dapatkan keuntungan. Anak-anak paklong dan cikmah semuanya pandai menangkap belut dan menguruskan kutipan kelapa sawit. Masuk ke bendang pun pandai. Sugoi sangat. My bro memang tak mampu la nak buat semua tu. Pandai maen game dekat pc je kot.

Tema pink

Akhir kata, salam aidilfitri untuk semua dari kami sekeluarga. Jemput datang beraya di rumah kami, 462, jalan bukit 20, kg tersusun bukit jana, kamunting, perak. Saya cuti sehingga 4oktober ni, jemput la ke rumah.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Thursday, September 24, 2009

raya??kampungku yang indah...

Alhamdulillah...diberi hidup sehingga hari ini...malam ni dah masuk 6 syawal...sambutan raya??diary raya??banyak yang ingin diceritakan dan dikongsikan..tapi yang pertama sekali tentulah tentang kampungku yang indah...Kampung sebelah mak dan ayah..sebab kedua-duanya berasal dari kampung yang sama..

Ni la pemandangan di sebelah rumah tokwan. Sawah padi yang baru selesai dibajak. Untuk pengetahuan semua, ni pemandangan di sebelah kiri rumah tokwan. Rumah ni terletak di tengah sawah padi. Kiri, kanan dan belakang sawah.

Yang ini pula pemandangan parit di hadapan rumah tokwan. Air tenang dan tinggi. Musim hujan sejak akhir-akhir ni. Mak cakap masa zaman mak sekolah dulu, mandi, minum, basuh baju semua pakai air parit ni. Nak berkubang? Boleh jugak. Pakcik-pakcik saya dengan cousin2 lelaki berani la terjun dalam parit ni. Ikan pun banyak.

Inilah rumah tokwan. Arwah tokwan dah meninggal tahun 2000 yang lalu, kini rumah pusaka tu diwarisi oleh acu, adek mak yang terakhir. Jadi, dah tak boleh panggil rumah tokwan, dah jadi rumah acu.
Ini pula pandangan dari sebelah kanan rumah acu.
Taktau apa nama benda ni. Tali air kot. Funsinya pun tak berapa pasti. Tapi banyak la kat kampung ni. Belakang tu rumah acu. Ni la parit depan rumah tu.

Rumah arwah tokwan sekarang ada kat belakang masjid ni. Dekat situlah arwah nenek dan tokwan beserta keturunan-keturunannya disemadikan. Arwah moyang sebelah ayah pun disemadikan dekat belakang masjid ni. Tapi arwah nenek dan atok sebelah ayah dikebumikan di Taiping sebab mereka menghabiskan sisa usia di rumah saya sendiri, tidak di kampung ini. Rumah arwah nenek sebelah ayah pun telah terlalu uzur dan sudah dirobohkan. Sekarang pakcik2 ayah yang buat rumah baru atas tanah tu dan menetap di kampung ni.

Ni pulak rumah anak yatim, berdekatan dengan masjid. Tak pasti program Yayasan Ilmuwan bersama anak yatim tu dekat kampung ni ke bukan. Memang excited nak join program tu time ramadhan dulu, tapi awal2 lagi dah beli tiket n plan nak habiskan cuti merdeka kat taiping, jadi xde rezeki untuk ke sini. Tapi, secara jujur, masyarakat di sini masih berada di bawah taraf kemiskinan..Masih banyak yang perlu dibantu...

Beraya di kampung
Inilah nikmat yang mungkin tidak banyak daripada kita semua dapat merasainya. Saya pasti, rata-rata kita lebih banyak menyambut syawal di rumah sendiri, kemudian barulah pulang ke kampung halaman masing-masing yang mungkin hanya beberapa kilometer dari rumah masing2. Tapi, bagi keluarga saya, hidup di perantauan menjadikan kami sangat teruja untuk pulang ke kampung menyambut syawal bersama sanak saudara. Kampung saya terletak di Sg. Besar, Selangor. Perjalanan menaiki kereta selama lebih kurang 4jam mengikut jalan lama kerana tiada highway untuk ke sana. Saya dan keluarga pernah sekali sahaja beraya di Taiping. Kemeriahannya nyata berbeza, membuatkan kami sentiasa mengambil keputusan untuk pulang ke kampung setiap kali raya. Semoga nikmat menyambut syawal di kampung ini berkekalan untuk tahun-tahun akan datang. InsyaAllah...

Salam Aidilfitri
Akhir kata, selamat menyambut aidilfitri buat semua. Maafkan saya atas segala salah dan silap sebelum ini. Marilah kita sama-sama kembali kepada fitrah. Semoga kita semua lebih bersemangat untuk menambah amal dan bersiap sedia menyambut ramadhan yang akan datang.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Wednesday, September 16, 2009

coretan hati ini...dah 27 ramadhan...

Akhirnya sampai juga kita ke malam ini, malam 27 Ramadhan 1430H. Bgaimanakah ramadhan yang kita lalui sebelum ini? Puas hati dengan segala amalan? MArilah duduk sebentar dan merenung kembali ramadhan kita. Mulakan plan untuk mengekalkan tahap amal kita di bulan -bulan akan datang, sebagai persediaan untuk the next ramadhan. Semoga ramadhan-ramadhan akan datang menjadi lebih baik untuk kita.

Dah jumpa lailatulqadar?
Soalan yang pasti menjerut hati kita. Meresahkan hati tatkala orang lain berbincang berkenaan perkara-perkara pelik yang mereka lalui, tanda berjumpanya dengan lailatulqadar?Kita pula bagaimana? Teruskanlah beramal dan beramal seperti biasa. Sesungguhnya hanya keampunan Allah dan redhaNya yang kta caari dalam hidup ini. Jangan pernah berhenti berharap dan menadah tangan untuk menagih ampunanNya dan pembebasan daripada api neraka. Semoga kita termasuk golongan yang beruntung.

Terkenangkan dia
Malam tadi, apabila ustaz memberi ceramah dan mengatakan seluruh alam menangisi pemergian ramadhan ini. Saya terkenang kepada dia, sahabat yang telah pergi bertemu Allah SWT. Arwah mohd Azamir Mokhtar. Perginya pada awal tahun lalu memberi kesan yang besar buat saya. Pengajaran buat saya juga supaya sentiasa mengingati mati.

Kami tak banyak berhubung di kelas. Bercakap apatah lagi. Saya dengan buku-buku saya, beliau dengan rakan-rakannya. Tapi, kami tetap rapat walau tanpa bicara. Tak ramai yang tahu, tapi...

Teringat, apabila tibanya hari lahir saya, sudah ada hadiah di bawah meja.

Apabila beliau kemana-mana program hoki atau lawatan di luar sekolah, pasti ada ole-ole di bawah meja atau dalam locker. Pasti kepulangannya dibawa bersama dengan sedikit buah tangan untuk saya.

Bukanlah nilai material itu yang hendak dicanangkan, cuma sekadar cebisan ingatannya pada saya yang mencuit hati ini.

Apa pula yang saya lakukan untuknya?
Seminggu lamanya setelah pemergiannya, saya masih berendam air mata dan tak putus-putus menyedahkan surah Yasin untuk arwah, supaya tenang rohnya di sana. Namun, selari dengan pertambahan masa, namanya juga telah luput dalam doa-doa saya. Cuma hari ini saya disedarkan kembali. Tanda ingatannya pada saya sewaktu di zaman sekolah dulu, harus dibalas dengan setimpal. Semoga dia terus kekal dalam ingatan dan doa kita semua.

Kembali kepadaNya
Semoga Allah merahmatinya selalu. Sejak memilih jalan ini, saya tak banyak berhubung dengannya. Di hari lahir terakhirnya pun, ada sahabat datang untuk mengingatkan, "jangan lupa wish amer ek..hari ni bday die..". Tapi saya hanya tersenyum dan tidak mengambil sebarang tindakan. Sesungguhnya pandangan Allah lebih utama. Hingga akhirnya dia dijemput bertemu Rabbnya. Hanya Dia yang mampu berikan yang terbaik buat dia, saya dan kita semua. Kembalilah kepadaNya. Tiada yang kekal di dunia ini.

Kalau manusia yang berjasa dan berbuat baik pada kita pun, kita ada common sense untuk berbuat baik kepadanya, apatah lagi zat yang telah menyumbang kepada kehidupan hari ini.

Allah yang memberikan kita nikmat hidup.

Allah yang memberikan kita kasih sayang ibu dan bapa.

Allah yang memberikan kita rezeki yang tidak putus-putus.

Allah yang memilih untuk menjadikan kita seorang muslim.

"Maka, nikmat tuhanmu, mana yang kamu dustakan?"(ar-Rahman)

Dan banyak lagi nikmat yag tidak terhitung oleh kita. Maka, kembalilah kepadaNya. Taati perintahNya dan tinggalkan laranganNya, tanda kita berterima kasih atas segala pemberianNya buat kita. Walaupun kita ini insan jahil, hina dan penuh lumpur dosa. Allah tak pernah lupakan kita.


al-Fatihah untuk arwah...


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Friday, September 11, 2009

beli buku lagi...nak pinjam tak?

Beberapa minggu yang lepas, saya dan seorang sahabat didatangi wakil sektar(sekretariat antarabangsa) ISMA.

"Lepas ni akak nak naik umah korang tau..."

"hm, ok..."
Tapi dalam hati dah terbayang keadaan rumah yang....
Maka, saya dan sahabat serumah pun pulun mengemaskan apa yang patut. Selesai semuanya, kami pun menjemput akak tu masuk ke rumah. Setelah berbual-bual mesra, akak tu pun cakap,

"Mana locker buku korang? Nak tengok..."

Oh, locker buku ke. Baru teringat, ada seorang tokoh pernah cakap, kalau kita nak tahu bagaimana seseorang tu 5 tahun akan datang, tengok buku apa yang dia baca sekarang.

Jadi, locker buku kami pun diselongkar.

Sahabat saya banyak buku-buku motivasi. Toku ni Tony Buzan punya. Dia sangat gemar membaca tentang communication skills. Sebab tu la antara skill yang diperlukan oleh seorang dai'e.

Setelah itu, locker buku saya pula diselongkar. Secara keseluruhan, buku-buku saya banyak tentang hati, sirah dan cinta. Ops, cinta pun ade? Mak yang belikan supaya anak dia tahu macam mana nak handle masalah cinta remaja. Tapi tak pernah baca pun.

Setelah itu, akak tu pun merumuskan yang,

"Bagus dah buku-buku yang korang baca ni...Tapi kita kene tahu, pada tahap sekarang ni, buku mana yang perlu diutamakan untuk dibaca...kita cakap kita ISMA yang ikut fikrah Ikhwanul Muslimin..maka, banyakkanlah baca buku2 ikhwan..supaya kita dapat tahu macammana manhaj diorang, fikrah diorang...ok?"

"ok, sami'na wa a to'na.."

Inilah sebabnya kami terpaksa ponteng slot akhir Jom Surau 2, memandangkan kami semua diajak ke kedai buku, untuk membeli buku-buku fikrah Ikhwanul Muslimin.

Alamat kedainya, nanti saya sertakan di akhir post ini. Memang sangat rambang mata sewaktu memilih buku-buku yang hendak dibeli. Mula-mula bajet nak spend dalam RM50 je, tapi sebab ada bawak duit lebih, terbeli sehingga RM80++. Sangat banyak buku-buku karangan Sayyid Qutb, Yusof al-Qardhawi, mesej-mesej Hassan al-Banna yang dibukukan, Amru Khalid dan ramai lagi. Tapi kebanyakannya adalah terjemahan dalam bahasa Indonesia. Ternyata, mereka lebih maju daripada kita dalam hal ini.

Berikut merupakan buku-buku yang saya telah beli:
1. Seni Menikmati Ujian (Hani Saad Ghunaim)
2. Inilah Islam/Hazaddin (Sayyid Qutb)
3. Jerat-jerat setan/Talbis iblis (Sayyid Qutb)
4. Dari hati ke hati (Amru Khalid)
5. Buah Cinta al-Banna untuk kaum wanita (Hassan al-Banna)

Sekarang saya tengah mengahadam buku Seni Menikmati Ujian, yang mottonya mengubah musibah menjadi hiburan. Semoga menjadi kenyataan buat diri ini. Buku Buah Cinta al-Banna pula telah dihadiahkan kepada usrahmate yang akan fly ke Jordan esok. Gambattene bell...

Buku yang lain-lain masih tiada yang membacanya. Sesiapa yang ingin jadikan bekalan untuk iman sepanjang 2minggu bercuti raya ni, janganlah segan dan silu untuk meminjamnya terus daripada saya.

Ini pula list buku2 yang ada dalam locker saya sekarang. Nak pinjam yang ini pun boleh jugak. =)
1. Langit Ilahi (Hilal Asyraf)
2. Ramadhan Tetamu yang dirindui (Abdul Hadi Awang)
3. Penawar Hati penyejuk Jiwa
4. Cinta Dunia Sengsara di akhirat
5. Kisah Doa & Taubat Para Nabi (Khairul Ghazali)
6. Kuasa Di sebalik Ibadah (Amru KHalid)
7. Psikologi Cinta (Dr. Fadzilah KAmsah & Syaidatun Nazirah)
8. 70 Wanita Terbilang di Zaman RAsulullah SAW
9. Cinta di Rumah Hasan al-Banna
10. Hindari Neraka dengan Air Mata (Yasir Anwar & Ihsan Ayyash)
11. Formula solat sempurna (Ust Zaharuddin Abd Rahman)

Saya sebenarnya tercari-cari buku tentang sirah peperangan antara Aisyah dan Siti Fatimah setelah kewafatan baginda SAW. Juga tentang peristiwa di karbala. Sesiapa yang ada, boleh pinjamkan pada saya tak? Ataupun bagitahu tajuk buku dan di mana saya boleh dapatkannya. Onegaishimasu...

Lagi satu...tercari-cari juga buku Tarbiyatul Aulad karangan DR Abdullah Nasih Ulwan. Untuk persediaan cikgu-tadika-to-be. InsyaAllah...

Selamat beramal di 10 malam terakhir ini. Semoga diberi kekuatan untuk beribadah dan mencari lailatul qadar.

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Thursday, September 10, 2009

boleh ke wanita beriktikaf?

Alhamdulillah...berjaya masuk ke fasa terakhir bulan ramadhan...sahabat, jom tambah amal!!

Menjawab persoalan di atas, boleh ke wanita beriktikaf? Ya, boleh. Isteri-isteri Rasulullah SAW juga beriktikaf di masjid sewaktu 10 malam terakhir ramadhan. Tapi, tak bahaya ke wanita beriktikaf di masjid2 atau surau2?

Kalau melihatkan keadaan di JAD sendiri, surau tbp contohnya, agak kurang selamat bagi kaum wanita untuk beriktikaf di dalamnya. Hal ini kerana surau lelaki dan perempuan hanya dipisahkan oleh tirai sahaja. Malahan security sistem juga tak begitu mantap.

"jadi, x berpeluanglah kita semua nak dapat pahala iktikaf macam ni..."kata aminah.

Jangan risau, saya pun baru mengetahui tentang fakta ini pagi tadi sewaktu kelas Pengajian Islam oleh Ustaz Saedal. Wanita boleh beriktikaf di rumah sendiri, di tempat yang dia biasa solat. Alhamdulillah. Berikut adalah sedikit penerangan tentang dalil-dalilnya. Dicopy daripada website Ustaz Zaharuddin.

Ramai yang bertanya tentang adakah boleh wanita beriktikaf di rumahnya untuk sepuluh malam terakhir ramadhan ini? adakah ia boleh mendapat pahala seperti iktikaf lelaki di masjid?

Jawapannya:

Imam Abu Hanifah & Imam Sufyan At-Thawry mengatakan wanita boleh dan sah beriktikaf di rumahnya dan mereka mendapat pahala sebagaimana lelaki di masjid. bagaimanapun perlu dingat, mereka perlulah menjaga tertib dan adab iktikaf jika ingin perbuat di rumahnya.

Walau bagaimanapun, Imam As-Syafie dalam ijtihadnya, berpandangan wanita tidak boleh beriktikaf di di rumahnya. Kerana ayat al-Quran umum menyebut " dan kamu semua beriktikaf di masjid-masjid" ( al-Baqarah : 187 )

Demikian juga pandangan mazhab Hanbali dan Imam Malik. ( iaitu tiada iktikaf kecuali di masjid yang didirikan kahs untuk solat kepada Allah) . Imam Ibn Quddamah di dalam kitab al-muhghni menyebut, antara dalilnya juga adalah Nabi SAW ketika di minta oleh isteri-isterinya untuk beriktikaf di masjid, maka Nabi SAW mengizinkannya , maka jika rumahnya yang dijadikan wanita sbg tempat solatnya boleh di jadikan tempat iktikaf, maka mengapakah Nabi SAW mengizinkan mereka ke masjid, bukankah terus sahaj Nabi mengizinkan mereka beriktikaf di rumah. Malah jika, iktikaf di rumah lebih elok, sudah tentu nabi akan memaklumkannya kepada para wanita.

Selain itu, ini kerana iktikaf itu adalah ibadat qurbah (yg hampirkan diri dgn Allah), seperti Tawaf, yang memerlukan lelaki dan wanita ke kaabah untuk tujuan tawaf. Demikian juga Iktikaf. ( Al-Mughni, 4/262)

Maka pandagan yang lebih kuat adalah di masjid, manakala pandangan abu hanifah dan thawry boeh diamalkan di ketika sukar ke masjid dan tidak diganggu oleh anak-anak di rumah yang menyebabkan boleh terganggu tujuan iktikaf itu. Selain itu, syarat-syarat iktikaf juga sukar di tepati jika dibuat di rumah dalam banyak keadaan.

Dan apabila wanita beriktikaf di masjid, adalah perlu untuknya menggunakan tirai

yang lebih sebagai mengikuti cara isteri-isteri Nabi SAW dan menutup aurat mereka dengan lebih berkesan.

Berikut pula adalah amalan-amalan yang dilakukan sewaktu iktikaf.

Amalan-amalan semasa iktikaf.

Sebenarnya tidak ada bagi iktikaf itu satu-satu amalan dan bacaan yang tertentu yang tsabit dari Rasulullah SAW selain daripada kesungguhan baginda dalam beriktikaf dan beribadat pada sepuluh akhir Ramadhan lebih daripada masa-masa yang lain.

1.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَجْتَهِدُ فِيْ الْعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مَالاَ يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهَا.

Maksudnya : Daripada Siti Aisyah RA, ia berkata : Adalah Rasulullah SAW bersungguh-sungguh (di segi beribadat) pada masa sepuluh akhir Ramadhan lebih banyak daripada (ibadatnya) pada masa-masa lain. (Sohih Muslim raqm 1175 2/832)

2.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ.

Maksudnya : Daripada Siti Aisyah RA, ia berkata : Adalah Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan, bersungguh-sungguhlah baginda pada mengerjakan ibadat (dengan meninggalkan tidur dengan isterinya), baginda menghidupkan malamnya dan menggerakkan isteri-isterinya, (supaya bangkit beribadat bersama-samanya). (Muttafaq 'Alaih : Sohih Al-Bukhari 2/255, Muslim 2/832)

Berkata An-Nu'man b. Basyir : Kami dapat adakan Qiamullail bersama-sama Rasulullah SAW pada malam yang kedua puluh lima hingga kepada setengah malam dan pada malam yang kedua puluh tujuh hingga kepada masa yang kami sangka kami tak sempat lagi hendak bersahur, kerana terlalu lewatnya. (Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah raqm 2204, sanadnya hasan).

Berkata As-Syafie dan sahabat-sahabatnya : Adalah sangat baik bagi orang yang beriktikaf bahawa ia memenuhi masanya dengan amalan-amalan taat seperti : solat, tasbih, zikir, membaca/tilawah Al-Quran dan belajar serta mengajar, juga mentalaah kitab-kitab dan menulisnya. (Al-Majmu' 6/458).

Tetapi setengah ulama' berpendapat bahawa dikehendaki supaya setiap orang yang beriktikaf itu hanya menumpukan masanya dengan amalan asasi bagi iktikaf sahaja, iaitu zikir, solat, tilawah Al-Quran dan doa. ( Mawahibul Jalil dan Al-Taj Wal Iklil 2/461, Muktasar Baghiah Al-Insan min Wazaifi Ramadhan Libni Rajab, M/s 30).


Semoga kita sama-sama diberi kekuatan untuk menghidupkan 10 malam terakhir ini. Minna, gambattene..


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Tuesday, September 8, 2009

Jom Surau 2~

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk hadir ke program Jom Surau kali ini. Tahun lepas ada last minit program ISMA, jadi tak dapat hadirkan diri. Program berjalan dengan agak lancar dan tenang. Tak berminat untuk komen tentang setiap slot, cuma sedikit komen tentang keseluruhan program. Sudah lama rasanya tidak berkesempatan untuk menjadi peserta program-program sebegini. Kebiasaannya datang dengan tiket sebagai ajk atau fasilitator, namun kali ini diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjadi pendengar dan peserta program. Alhamdulillah.

Sesi bermula dengan menyanyi lagu tema program dan beberapa ucapan. Semua orang seperti malu untuk mengeluarkan suara. Jadi, saya pun berkata kepada kohai di sebelah,

"Akak suka sangat lagu ni...sedap kan...jom nyanyi same2.."

BArulah kedengaran sedikit suara. Sengaja menempatkan diri di kalangan kohai tachi, demi merapatkan jurang dan mendengar sendiri komen-komen mereka tentang program yang berjalan.

Pengisian
Tak dapat dinafikan, setiap slot memberi impak sedikit kepada iman di hati. Rasa bersemangat kembali untuk beramal. Terasa diri semakin jauh dariNya sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah, diberi sedikit sinar dengan kehadiran ke sini. Walaupun, mungkin telah beberapa kali mendengar ceramah atau slot yang sama, tetap memberi kesan kepada hati ini.

Jumpa Sempai

Alhamdulillah...kali ni dapat jugak jumpa kak yong. LAst year kak yong cakap nak balik, tapi last minit cancel. Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan untuk jumpa balik. Kak yong lah antara insan-insan yang memperkenalkan saya dengan tarbiyah. Memberi ruang kepada saya untuk turut serta ke program-program luar yang akhirnya membuatkan saya kembali mencari motif kehidupan ini. Kak yong, arigatoune...

Bersembang pula dengan kak sue, sempai wawa kat hiroshima dai. Terasa kecil pula dunia ini. Wawa tak jadi datang, Allah hadiahkan kak sue pulak untuk bercerita tentang perkembangan wawa kat sana.

Soalan Yang Terkesan
Sementara menunggu ceramah seterusnya berlangsung, akmal pun membebel tentang beberapa perkara dan isu umat Islam. Lalu, seorang kohai bertanya,

"Akak, macam mane ye abang akmal ngan akak-akak sume ni boleh bercakap tentang Islam sampai macam tu?"

Saya tersenyum mendengarnya.

"hm, percaya tak, kalau akak cakap...segalanya bermula dengan usrah.."

"usrah je?"

"hm, usrah dan tarbiyah...kalau kite betul2 komited dengan usrah...insyaAllah, satu hari nanti boleh cakap pasal Islam macam tu jugak.."

Dikala ini, teringat ungkapan, 'Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah'.

"macam mana akak boleh bertudung labuh?"

Soalan yang sering ditanya. Tapi jawapannya tetap sama. Segalanya bermula dengan usrah. Ada juga sahabat yang bertanya,

"Kenapa kene pakai tudung labuh? tudung yang biasa ni pun dah cukup untuk tutup auratkan...nanti orang takut nak dekat ngan kite..macam mana nak sampaikan dakwah?"

"Sebab tu kite kene jadi orang yang bertudung labuh dan boleh bergaul baik dengan masyarakat. Be cheerful, be friendly to others. Hilangkan ketakutan mereka pada golongan yang bertudung labuh dengan menjadi orang bertudung labuh yang boleh bargaul dengan semua orang."

Pengurusan & Makanan
Baik. Mantap la kakda n da geng dgn kouhai tachi. Semoga tahun-tahun akan datang lebih baik lagi. Makanan sahur pun sedap. Gee buat air sedap sangat sampai tak cukup. =p

Tapi....
Satu yang masih kita tak dapat nak ubah, gap antara sempai dan kouhai. Mungkin kita semua merasa lebih senang untuk bergaul dengan orang yang telah lama kita kenal dan rapat. Pepatah pun ada mengatakan yang "Only wet babies like changes". Faham yang semua orang tak suka kan perubahan. Tapi, ingatlah rakan-rakan, akidah dan islamlah yang akan menyatukan kita semua. Ambillah peluang dalam program-program yang sebegini untuk menambah kenalan dan membina hubungan dengan orang lain. Semakin ramai yang kita kenal, semakin banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada setiap orang.

Penghargaan
Terima kasih buat mereka yang banyak menyumbang tenaga untuk menjayakan Jom Surau kali ini. Semoga segala amal dilipatgandakan pahala oleh Allah SWT di bulan mulia ini.

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Wednesday, September 2, 2009

Forum Kemerdekaan ke-52


Mengapa kita gagal untuk bersatu atas satu akidah walaupun berbeza pendapat ?

Kenapa hari ini kita menjadi terumbang-ambing tanpa risalah dan tanpa haluan?

Mengapa kita terus menjadi habuan kepada pemangsa sekitar kita walaupun kita tahu kita adalah umat terpilih dan dimuliakan Allah Taala?

Menjelang ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 52 pada 31 Ogos 2009 dan kemelut politik yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini, adalah sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memahami hakikat kepentingan kemerdekaan kepada negara, menjiwainya, mengembalikan kesetiaan bangsa dan mengimbau sejarah silam untuk dijadikan panduan bernegara pada masa depan.

Oleh itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam & Klang maju ke hadapan untuk mengadakan inisiatif menganjurkan Forum Kemerdekaan bertemakan ‘Memartabatkan Kesetiaan Bangsa, Mengimbau Sejarah Silam’


Tarikh
5 September 2009 / 15 Ramadhan 1430H

Masa
8.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi
Dewan Serbaguna Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor)

Aktiviti-aktiviti
Forum Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna & Melukis (6-12 tahun), Pertandingan Membuat Kolum, Pameran, Teka Silang Kata & Gerai Jualan.


Jom ! Kita ramaikan Forum Kemerdekaan ke-52 anjuran ISMA Shah Alam Klang kali ini.

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Tuesday, September 1, 2009

10 Ramadhan 0008H

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah bukakan (memberikan kemenangan) kepada engkau, pembukaan (kemenangan) yang nyata."[al-Fath:1]

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."[an-Nasr:1-3]

Apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian hudaibiah yang termeterai dengan kaum muslimin, berlakulah peristiwa yang memberi kesan besar dalam sejarah islam. Pembukaan kota Mekah. Antara isi kandungan perjanjiannya adalah suku Arab boleh memilih untuk menjadi sekutu Muhammad atau sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak jga tidak boleh berperang selama tempoh 10tahun dan tidak boleh membantu mana-mana pihak lain yang berperang.

Malangnya terdapat 2suku arab yang bertelagah. Bani khuza'ah dan bani bakar. Bani Bakar telah memilih untuk bersekutu degan Quraisy Mekah, manakala bani khuza'ah memilih untuk bersama Nabi Muhammad SAW.


Pada suatu malam, dengan bantuan Quraisy Mekah, Bani Bakar telah menyerang perkampungan Bani Khuza'ah. Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW, baginda telah mengarahkan ratusan ribu umat Islam untuk mara ke Mekah tanpa pengetahuan kaum musyrikin. Kemaraan tetera muslimin hanya diketahui mereka apabila hampir memasuki kota mekah. Penduduk musyrikin menjadi kecil jumlahnya dan tanpa persiapan perang, mereka hanya mampu bersembunyi di sebalik bukit dan di rumah Abu Suffiyan.

Akhirnya umat Islam berjaya menawan kota Mekah dengan bantuan Allah SWT. Fathu Mekah atau pembukaan kota Mekah melambangkan kemerdekaan yang sebenar. Kota Mekah tidak ditakluk oleh kuasa asing seperti Parsi, Rom, Inggeris, China, Perancis dan sebagainya. Sejak Nabi Ismail dan ibunya menetap di Mekah, Mekah berada di bawah pemerintahan bangsa Arab yang terdiri daripada keluarga Rasulullah SAW.

Namun, mereka jugalah yang menjadi golongan yang menentang Islam. Walaupun mereka yang paling dekat dan kenal akan tanda-tanda kerasulan dan akhlak mulia yang ada pada diri baginda SAW, mereka tetap bersikap buruk terhdap baginda kerana kesombongan mereka sendiri.

Inlah perjuangan yang dibawa oleh rasul kita, Nabi Muhammad SAW. Perjuangan memerdekakan akidah dan menyelamatkan semua manusia. Merdeka yang sebenar ialah menegakkan kalimah 'Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah' dan mengikuti ajaranNya dalam seluruh aspek kehidupan(akidah, syariat, dan akhlak). Seperti firman Allah,

"Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."

Setelah Mekah berjaya dikuasai dalam keadaaan aman, perintah berkurung ditamatkan. Penduduk Mekah berhimpun di hadaapan Kaabah. Rasulullah SAW mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai.


Merdeka yang sebenar
"Allah yang membangkitkan kami supaya menyelamatkan sesiapa yang mahu, daripada memperhambakan diri kepada sesama hamba(manusia), kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah, daripada kezaliman berbagai-bagai ajaaran dan undang-undang kepada keadilan Islam, daripada waawasan dunia yang sempit kepada wawasan dunia dan akhirat."
Rub'e bin 'Amir
Panglima Tertnggi Parsi

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<