Sunday, May 17, 2009

kisah di sebalik ...

Setiap hari kita bersolat dan rukuk di dalamnya. Bilangan rukuk pula adalah sama nisbahnya dengan rakaat solat kita. Namun, tahukah kita kisah di sebalik bacaan selepas bangkit dari rukuk tersebut?

Sebelum adanya bacaan 'sami'Allahu liman hamidah' dan i'tidal, semua pergerakan dalam solat menggunakan lafaz 'Allahuakhbar' sebagai tanda berubahnya pergerakan dalam solat. Suatu hari rasulullah SAW telah mengajarkan kepada para sahabat baginda agar menghormati orang yang lebih tua. Maka, kesemua mereka berazam dalam diri masing-masing untuk hormat kepada yang lebih tua daripada mereka.

Maka keesokan paginya, sewaktu berjalan menuju ke masjid, seorang sahabat mendapati ada seorang lelaki tua yang berjalan di hadapannya. Ditakdirkan Allah lelaki tua itu uzur dan berjalan dengan sangat perlahan sekali. Sahabat yang ingin mengejar takbiratul u'la bersama baginda rasulullah SAW ini ingin mempercepatkan langkahnya dan memotong lelaki tua terbabit, namun dimatikan niatnya apabila teringat pesanan rasulullah SAW semalam. Ingin dipotong, tetapi takut bertindak kurang ajar dan tidak menghormati si tua tadi, tetapi ingin juga segera ke masjid. Maka dalam dilema itu, sahabat ini terus berjalan dengan perlahan dan teliti di belakang si tua sehinggalah tiba di selekoh masjid.

Maka, ketika itu, lelaki tua itu didapatinya berjalan lurus. Ditegurnya si tua tadi,

"Pakcik tak pergi solat di masjid?"
"tak, aku seorang yahudi."

Barulah si sahabat tadi sedar yang rupanya si tua dihadapannya tadi adalah seorang yahudi. Terus dia berlalu dan bergegas ke masjid. Sesampainya di situ, dia terus memasuki saf dan mengangkat takbir. Sejurus selepas itu rasulullah SAW pun rukuk. Maka, terkeluarlah perkataan 'Alhamdulillah'(segala puji bagi Allah) dari bibirnya sebagai tanda kesyukuran pada Yang Esa apabila dia sempat juga untuk memasuki rakaat pertama bersama rasulullah SAW. Maka, bangkit dari rukuk itulah rasulullah menyebut 'sami'Allahu liman hamidah' yang bermaksud, 'Allah mendengar pujian orang yang memujiNya'.

Sungguh, Allah mendengar pujian sahabat tersebut. Maka muhasabahlah kembali solat kita. Zikir-zikir yang dibaca ketika rukuk dan sujud sebagai tanda memuji Allah adakah hanya di bibir sahaja, atau disertai dengan kekaguman kepada Dia yang layak dipuji. Terasakah anda apabila membaca 'sami'Allahu liman hamidah'? Terasa tak yang Allah sedang berbicara dengan kita? Kita tunduk, bangun dan sujud, penat itu dihilangkan oleh sebaris ayat yang bermaksud 'Allah mendengar pujian orang yang memujiNya'. Kalau kita tak mampu untuk merasakan kehadiran Allah disisi yang sentiasa memerhatikan kita, rasailah yang Dia sentiasa mendengar pujian kita kepadaNya.

Saya sendiri terasa malu pada Allah, kadangkala apabila terleka semasa solat, membaca bacaan dan memuji tanpa perasaan, malu pada Dia Yang Maha Mendengar. Terasa macam, betulkah aku sedang memuji Allah? Padahal Allah mendengar lagi Maha Mengetahui hakikat yang terselindung di sebalik hati ini. Ayuh, sama-samalah kita menghadirkan hati kita di dalam solat kita. Semoga penulisan ini menjadi kekuatan untuk saya terus memeriksa hati sewaktu solat.

Soalan cepumas untuk semua, siapakah sahabat yang diceritakan dalam kisah di atas?hee...siapa yang dapat jawab, semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu...




>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

4 comments:

  1. penah dgr cte ni..
    abu bakar kot hehehe
    xtao btol ke x

    ReplyDelete
  2. eh, bkn abu bakar ke?hm, kene check blk ni..seb baek xtulis sape...dgr time ceramah, xrujuk sumber laen lg..

    ReplyDelete