Dalam diari seorang pejuang,
Tiada masalah yang merumitkan,
Ujian yang melemahkan,
Dugaan yang menyusahkan,
Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan,
Untuk menjadi lebih hebat..
Mereka tepu dengan dugaan..
Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi,
Lambang kekerdilan kudrat hamba..
Berdepan dengan 'belaian' PENCIPTA..
Sebagai tanda ingatan dariNya..
Sukarnya untuk bersyukur ketika diuji. Lambang kerdilnya seorang hamba berdepan dengan ketentuan Yang Maha Merancang. Tak tercapai dek akal, apakah hikmah yang terkandung disebalik setiap yang terjadi.
Ya, hambaMu ini lemah ya Allah..inginkan sesuatu yang Engkau pinjamkan sementara cuma..sedar hakikat diri, tak mampu untuk menggapai segala yang diinginkan..
Pembacaan novel-novel cinta islamik, bukanlah mengajar saya tentang cinta. Sebaliknya kekuatan seorang hamba menempuh setiap dugaan yang ditimpakan ke atas mereka untuk menguji keimanan setiap hambaNya. Fahri(ayat-ayat cinta) berhadapan dengan dugaan apabila dituduh membuntinkan seorang gadis. Kata-kata seorang tua di penjara yang mengingatkan beliau,"Allah sedang berbicara denganmu wahai anak muda". Ya, mungkin itulah yang cuba Allah sampaikan kepada diri ini juga.
Sedangkan Saidatina Khadijah sendiri pun setelah kematian anaknya Abdullah, terkeluar kata-kata, "Kalau ye pun, biarlah sehingga habis susuannya, baru diambil..". Tanda lemahnya seorang insan berhadapan dengan kehilangan. Mujur ada suami di sisi menenangkan. Kata baginda rasulullah SAW, "tak mengapa ya Khadijah, engkau boleh menyambung susuannya di syurga kelak.". Kata-kata yang akhirnya menerbitkan senyuman di bibir seorang ibu yang kehilangan anak kecilnya.
Ya Allah, aku mohon, hatiku setabah dan sekuat itu juga.
"zu, awak macam dah berputus asa dari rahmat Allah.."kata seorang sahabat. Itulah yang saya takutkan terjadi pada insan kerdil ini. Takut konokokoro berputus asa dari rahmatNya. Cuba untuk mempositifkan diri dan menafikan kata-katanya. Dalam hati berkata, Allah bersamaku walau apa jua yang terjadi. Allah tak pernah melupakanmu dzulaikha. Senyuman diberi bersama genangan air mata kepada seorang sahabat yang cuba memberi kekuatan kepada diri ini. Terima kasih...
Malu pada diri sendiri dan kawan-kawan. Pandai menasihati orang, tapi tak mampu untuk tenangkan hati sendiri. Friends, i need ur words to comfort me like what rasulullah SAW said to khadijah...Thank you..
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
ingatlah even nabi Allah Yunus pun hampir berputus asa apabila lari dari medan dakwah,lalu dimakan ikan Nun sebagai satu teguran..
ReplyDeletesedarlah even nabi Allah Zakaria pun hampir berputus asa ketika badannya dibelah dua,lalu Allah menegurnya..
Sedangkan para Rasul diuji,masakan kita manusia biasa bebas ujian..
semoga dipermudahkan dalam menghadapi pelbagai dugaan yang sementara ini. Insyaallah.
ReplyDeleteterima kasih atas doa dan nasihat..semoga kite semua diberi kekuatan dalam mencari redhaNya..
ReplyDelete"barangsiapa yg Allah mahukn kebaikn utk nya,
ReplyDeletenescaya Dia akn mengujinya dgn kesshn"
sbr bila d uji,pasti ad hikmah nya =)