Sempena hari ibu ni, ingin saya coretkan sedikit kenangan, juga hadiah buat bonda tercinta. Saya bukanlah seorang anak yang solehah atau baik buat kedua ibubapa saya, cuma sedaya upaya memberi yang terbaik buat mereka. Alhamdulillah, saya dikurniakan ibu bapa yang sangat baik. Thank you Allah. Tapi hari ni nak cite pasal mak je...sbb mother's day. Ayah jangan jelous ek...nanti akak cite pasal ayah pulak..hee:)
Ok, macam tajuk post ni, my mom is my best friend. Hontou no hanashi desu!! Mak adalah sahabat terbaik saya. Saya boleh bercerita tentang semua perkara kepadanya. And she's always there for me when i need her. Kalau orang lain call mak sekurang-kurangnya sekali sehari, saya sekurang-kurangnya 2 kali. Sekali waktu bangun tido, sekali sebelum tido. Topik yang dibincangkan juga pelbagai, tentang study, jiran tetangga, saudara-mara, cuaca, sale, tazkirah dan lain-lain.
Setelah bergayut dengan mak, sejak di zaman persekolahan lagi, kawan-kawan yang mendengar sering bertanya, "cakap ngan sape tadi?". "ha? dengan mak la...". Dan mereka akan berkata, "x macam ckp ngn mak pon...macam kawan je..."
Adey...xtau...gaya bahasa yang digunakan pelik ke? Kalau orang kelantan, ckp ngn mak die loghat kelantan la kan. Klau orang penang or utara, akan terkeluak la loghat utara mereka. Tapi, mak ngan ayah saya anak jati selangor, sekampung lagi. Cuma saya dan adik beradik yang dilahirkan di Perak, jadi mungkin sebab tu kitorg xde loghat apape. Pernah juga bertanya kepada mak,
"Mak, akak cakap ngn mak kasar ke? Kawan2 selalu ckp, akak ckp ngn mak mcm ckp dgn kawan..."
"Xde la...biase je...diorg ckp ngn mak diorang cmne?"
"Hehe...xtau...tapi ade yang sopan dpn mak, ade yang xleh ckp tentang certain issue dgn parents diorg..."
"o0oo.."
Jadi, saya rasa perhubungan saya dengan mak normal kot. Mak xckp apape pon tentang kekasaran gaya bahasa anak die ni. Tapi itu bukanlah tiket untuk saya berkurang ajar atau bertindak tidak sopan dengan ibubapa. Memang boleh bercerita tentang semua perkara dengan mak.
"Mak, kawan akak azamir yang tggl kat selama tu dah meninggal, mayat die baru jumpe pagi tadi. Sekarang kat hospital besut."
"akak nak gi tgk die ke?"
"hm, nak...klau boleh la.."
"nnt mak call ayah, suruh ayah temankan...lps skolah nnt akak pegi ngn ayah ek.."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mak, nanti akak kawen umur 25 tau...mak kene start simpan duit dari sekarang...nanti nak cat umah kite colour hijau tau...hehe"
Mak akan tersengih dan jawab, "Akak kawen kt kampung je la...xyah bazir duet byk2...nak masak pun ramai org nak tolong.."
"ok, ye la...."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"surah ape yang akak selalu baca sebelum tdo tu?"
"hm, surah al-Mulk dengan surah al-Waqiah.."
"o0o...kenape bace? kte dpt ape kalau bace?"
"Rasulullah SAW cakap, kalau kte bace surah al-Mulk sebelum tidur, nnt kte mati ade orang teman. Nanti xde la sorang2 je kt kubur."
"o0o...sape yang teman kte?orang ke?"
"hehe..yang tu akak xtau la...tp ade la yang teman, pastu nnt ble malaikat nak pukul kte, surah al-Mulk akan ckp, xleh2...orang ni selalu baca aku, xleh pukul die..."
"o0o...surah al-Waqiah plak?"
"surah tu kalau kita bace, rasulullah ckp kte xkan miskin selama-lamanya."
"o0oo...surah al-Waqiah xpe la pendek2 ayat die. Surah al-Mulk panjang, nnt tersekat2 mak bace. Akak ajar mak baca surah al-Mulk boleh?"
"ok, no probs..."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mak, sape beli buku psikologi cinta ni?"
"mak la..knape?"
"haha...mak bace jgak buku ni?"
"mak beli untuk anak2 mak la...korang kan da besar...."
"hehe..."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"mak, boring la...adek ngn ayah da pegi skola...kte xyah masak la hari ni...kte gi shopping nak?"
"jOm~"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"akak cuti ble? mak nak tempah flight ticket ni...kte gi holiday 2org nak...hehe...adek ngn ayah skolah...abang pun cuti x same.."
"yeay~tp xtau ag ble cuti...ypm ni bkn btol sgt...nnt time cuti ade kem la ape la...."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"akak couple ngn sape sekarang?"
heh...soalan ni yang tak larat nak jawab. Tapi itulah mak saya. Nak cakap open sangat pun xjugak. Ade jugak certain things yang mak xleh nak compromise.
"mak, nak amek lesen...kawan2 akak suma da ade lesen..."
"xleh2...balaja pon x abes lg..."
"nak jugak...nak.."
"xleh, mak x berkenan org amek lesen time blaja"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"akak kt mane tu?"
"ha, dalam kereta...baru balik usrah.."
"usrah je...homework da siap ke?report?"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"apsal math dapat A je ni? ni mesti kes overconfidence...study ke x ni?"
"ala...mane la akak tau..rase cm da btol je sume..."
"tu la..gi study.."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"result cmne?"
"hm 1B..."
"1B? mesti ramai yang dpt straight A..tu la...sibuk ngn usrah lagi..."
"mane ade...subjek tu memang akak xsuke pon...mak la xdoa utk akak.."
"mak doa tau...mane bleh nak harap doa mak je...kene ade usaha jugak..."
"ok2...nnt akak jadi rajin sket.."
"jd rajin byk..."
"ok..."
My mom really concern when it comes to study & results. Haih, sbb tu saya selalu mengeluh bila dapat result x comel. Sebab nak fikir alasan ape nak bagi dkt mak. Her expectation is very high. Tapi, itu la semangat saya utk bersungguh-sungguh balajar, bagi yang terbaik untuk mak. Sejak akhir-akhir ni, selaras dengan peningkatan usia, mak da berubah sikit. Banyak cakap pasal kematian.
"Mak x doa supaya panjang umur dah sekarang ni, nnt kesian korang kene jaga mak waktu sakit"
"Wasiat mak da buat dah...Mak letak duit kat akaun akak byk2 bukan utk akak sorang tau...nanti bahagi2kan antara abang ngn adik. Bagi la duit kat ayah jugak. Kalau ayah kawen lain, biarla ayah duduk umah kte ni. Korang jgn berebut dgn ayah plak.."
"nanti dh tua mak nak duduk ngn akak tau. Taknak duduk ngn abang, nnt isteri die xsuke susah plak."
"Kalau mak xde nnt, tgk2kan adek tu...die kecik lagi...korang besar dh.."
"Kite ni kene sentiasa ingat mati, sbb mana ada org yg hidup selama-lamanya. Ade org takut tgk mayat. Tapi mak rase, nnt kte jd mayat jugak satu hari nnt. Akak jgn takut pulak..klau ade kematian, tolong org uruskan jenazah..."
Sayang mak. Selalu ingatkan anak die tentang kematian. Kematian yang tidak mengenal usia. Sebab itu selagi termampu, saya cuba untuk berikan yang terbaik untuk mak. Sekarang ade krisis kewangan, tapi xsampai hati nak mengadu kt mak. Hm, she has given me everything i need, so its my turn, not to burden her with my problems. InsyaAllah, akak jadi anak solehah utk mak. Akak xberani nak janji banyak2...takut tak tertunai nanti. Terima kasih mak untuk segalanya. Sayang mak~
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
syg umi gak..
ReplyDeletetp ssh ngat lao nk ckp cm2 dpn2 umi
huhu adey~
saya tau..ape kata bg card or tulis dlm blog?hehe..kadang2 nk ckp terima kasih pon susah gak..pg td call mak wish happy mother's day je..nk ckp thank you for everything, tp xterluah plak..adey~
ReplyDeletelao tulis lam blog mn umi leh bc
ReplyDeletexsmpai gk nt huhu
da dpt ckp da
gn msg =)
basah pp mase bc bnd ni..syg mama~
ReplyDelete