Friday, May 29, 2009

sakit itu suatu rahmat

Betullah seperti yang dikatakan, perempuan lebih cepat stress berbanding lelaki kerana impian mereka terlalu banyak, dan kalau boleh semua perkara mahu dilakukan serentak. Setelah dikenal pasti, saya juga merasakan inilah faktor utama penyebab tekanan buat diri saya sejak akhir-akhir ini. Memandangkan weekend ni parents akan datang ziarah, juga program yang menuntut kehadiran saya bermula malam ini, terlalu banyak yang saya fikirkan, dan terlalku banyak yang ingin disiapkan pada malam-malam saya sepanjang minggu ini.

Nak siapkan report jisshu, report jikken, buat shukudai sendiri, study zairyou dengan kiko, study untuk usrah, menulis untuk azzariyat, update blog, tulis diari dan lain-lain lagi, maka timbulnya perasaan tak cukup masa dan tekanan sebab tak mampu nak selesaikan semuanya dalam sesuatu masa. Sehinggalah pada hari ini...

Alhamdulillah...saya bersyukur kepada Dia yang lebih memahami kemampuan diri ini..Alhamdulillah, Allah kurniakan rasa sakit buat diri ini, yang saya anggap sebagai tempoh rehat buat diri sendiri. Sudah beberapa malam tempoh tidur saya terganggu dek impian dan hajat yang ingin dilaksanakan setiap malam, hari ini Allah kurniakan saya rehat yang panjang.

Walaupun sakit masih belum berkurang, sekurang-kurangnya semangat saya untuk menjalani hidup selepas tidur yang panjang ini meningkat. Ada satu rasa atau semangat baru yang Dia kurniakan dalam hati ini untuk terus bergerak dan menggunakan masa yang ada secara maksimum untuk terus beramal sebelum dijemput untuk bertemuNya. Terima kasih Ya Allah...

Kepada rakan-rakan yang dikurniakan sakit juga, saya berdoa semoga anda cepat sembuh. Kepada gee, semoga cepat baik demam. Cuma satu pesanan saya, janganlah anda bersedih dengan nikmat sihat yang ditarik olehNya sementara waktu ini. Tapi bergembiralah kerana Dia telah memilih untuk mengkifarahkan dosa-dosa kita yang lalu dengan sakit di dunia ini. Tak dapat nak digambarkan siksanya azabNya di akhirat kelak atas kesalahan-kasalahan kita. Kalau sekarang kita punya tidur dan ubat untuk menghilangkan sekejap rasa sakit tersebut, ketahuilah di sana kelak, tiada yang dapat menghalang diri kita daripada siksaNya yang amat dahsyat...

What you see is what you get. Positivekan pemikiran kita, dan insyaAllah, kita dapat melihat nikmat sakit ini dari sudut yang berbeza. Walaupun mungkin menangguhkan lebih banyak kerja, mengurangkan potensi dan keupayaan diri untuk melakukan sesuatu, ykinlah dengan peryolonganNya. Semoga sisa masa yang singkat itu menjadi lebih bermakna buat kita apabila dia memberikan keupayaan maksimum untuk otak kita berfikir dengan lebih baik..InsyaAllah...ingatlah yang Dia sentiasa ada bersama kita...


Jadilah hamba yang paling sabar dengan ujianNya, paling redha dengan takdirNya...




>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Thursday, May 28, 2009

renungan

terdengar mutiara kata ni dari radio IKIM.fm semalam...

kadangkala gembira yang dipinta, tapi kesedihan yang diberi olehNya,
supaya kita menjadi insan yg lebih gembira...

kadangkala berani yang dipinta, tapi ketakutan yang diberi olehNya,
supaya kita menjadi insan yang lebih berani...

kadangkala kejayaan yang dipinta, tapi kegagalan yang diberi olehNya,
supaya kita menjadi insan yang lebih berjaya...

Maka, jadilah seorang hamba yang paling yakin dengan janjiNya, paling redha dengan takdirNya...kerana sesungguhnya Dialah Yang LebihMengetahui..



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Monday, May 25, 2009

yeay~

Alhamdulillah...mak nak datang weekend ni...ureshiina...knape ckp mak ek?ntah..tp satu family la datang...ayah, abang ngn adek sekali...

"Nak suruh mak bawakkan apape ke?"
"hm, nak ikan bilis...ikan bilis kt sini tak cantik..akak takut nak makan..."
"hish, cerewet sgt...nnt kt jepun mati kebuluran baru tau..."
"heh..x gi jepun lagi..."
"lagi nak apape ke?"
"nak kek coklat...nak2..akak teringin sgt nak makan kek coklat..."
"tgk la kalau mak rajin nak buat.."
"ala..."
"lagi ade tak?"
"nak kuih hijau yang bawah pulut tu...lame dah xmkn.."
"haha...adek marah la mak buat kuih tu...die cakap klau mak buat lagi nnt adek muntah.."
"aah..xkire...nak jugak...hee"

Selalunye call cakap biasa2 je..tp lately, sbb dah lame sgt tak balik umah dan jumpa mak, call duration kyuugeki ni henka shimasu(berubah mendadak)...dulu call dalam 10minit je setiap malam..tapi sekarang mencecah 40minit++...waa...xsabar nak jumpe mak, ayah, adek ngan abang..


Ya Allah, permudahkanlah perjalanan mereka ke sini dan lindungilah kami sekeluarga dari azab api nerakaMu...




>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Sunday, May 24, 2009

lets think and answer...

  1. Some months have 30 days, some months have 31 days. How many months have 28 days?
  2. If a doctor gives you 3 pills and tells you to take one pill every half hour, how long would it be before all the pills had been taken?
  3. I went to bed at eight 8 'clock in the evening and wound up my clock and set the alarm to sound at nine 9 'clock in the morning. How many hours sleep would I get before being awoken by the alarm?
  4. Divide 30 by half and add ten. What do you get?
  5. A farmer had 17 sheep. All but 9 died. How many live sheep were left?
  6. If you had only one match and entered a COLD and DARK room, where there was an oil heater, an oil lamp and a candle, which would you light first?
  7. A man builds a house with four sides of rectangular construction, each side having a southern exposure. A big bear comes along. What color is the bear?
  8. Take 2 apples from 3 apples. What do you have?
  9. How many animals of each species did Moses take with him in the Ark?
  10. If you drove a bus with 43 people on board from Chicago and stopped at Pittsburgh to pick up 7 more people and drop off 5 passengers and at Cleveland to drop off 8 passengers and pick up 4 more and eventually arrive at Philadelphia 20 hours later, What's the name of the driver?

Gambattene!


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Friday, May 22, 2009

segalanya tak kekal...

Tersentak dengan teguran daripada seorang sahabat...

"zu, nak pinjam shukudai kiko mung.."
"x siap lagi...baru nak salin ni.."
"nak yang zairyou punye.."
"xsiap gak lagi..."
"hish...bakpo mg beruboh loni..abih sume bende xwat..."

Kesibukan menjalani kehidupan seorang pelajar JAD yang juga seorang hamba Allah, anak kepada ibubapa, tugas sebagai naqibah dan daie kadangkala mendatangkan kelesuan kepada diri ini. Report yang banyak, kuiz lagi, tugas-tugas lain lagi membuatkan saya terfikir, diri ini tak mampu untuk melakukan segalanya dalam masa yang serentak.

Bayangkan, saat anda terbangun di awal pagi, anda pilih untuk bermunajat kepadaNya atau mengulangkaji pelajaran?

Bayangkan, hujung minggu anda ada report yang perlu disiapkan, juga ada program yang menuntut kehadiran anda. Apa pilihan anda?

Bayangkan, malam anda, anda punya pilihan untuk mengulangkaji pelajaran, atau menghadiri meeting utk memperbaiki keadaan umat? atau menjadi kaunselor membantu rakan2 di dlm kesusahan?atau menghadiri usrah? atau majlis ilmu?

Bayangkan, anda punya waktu lapang, buku fikrahkah yang menjadi bahan bacaan atau buku pelajaran?

Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang inginkan kejayaan di dunia perlukan ilmu, sesiapa yang inginkan kejayaan di akhirat perlukan ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya juga perlukan ilmu.

Ya Allah, sesungguhnya hati ini inginkan kedua-duanya, aku mohon diri ini diberi kekuatan untuk menggapainya...

Alhamdulillah, Allah lorongkan jalannya apabila seorang hamba Allah memberitahu, dengan jadual, maka kita dapat melakukan segalanya dengan lebih tersusun. InsyaAllah...Saya optimis dengan apa yang saya lakukan kerana sesungguhnya Dia lebih dekat dari urat nadi kita untuk membantu setiap kali kita tersungkur...

Seorang ulama' berkata, "Berputus asa di tengah perjalanan adalah kerana kesilapan di titik permulaan." Maka, betulkanlah niat di hati kita dan matlamat kita semoga dibantu Allah untuk menggapainya. Sesungguhnya segala yang kita ada kini tak akan kekal. Hanya apa yang kita lakukan untuk mencapai redhaNya yang akan kekal. Saya tinggalkan sepotong hadith ini, untuk kita sama-sama fikirkan dan muhasabah, nilailah diri kita kembali...apa yang kita inginkan sebenarnya...apa yang lebih baik sebenarnya...semoga kita tidak terleka dengan segala yang tidak kekal...

Daripada Abdullah bin al-Syikhir r.a, Nabi SAW bersabda,
"Wahai anak Adam!Adakah kamu memiliki daripada harta kamu melainkan apa yang engkau makan lalu engkau menghabiskannya, atau engkau memakainya lalu engkau melusuhkannya, atau engkau bersedekah lalu engkau kekalkannya(pada hari pembalasan)."



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Monday, May 18, 2009

kerdilnya diri ini

Dalam diari seorang pejuang,
Tiada masalah yang merumitkan,
Ujian yang melemahkan,
Dugaan yang menyusahkan,
Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan,
Untuk menjadi lebih hebat..

Mereka tepu dengan dugaan..
Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi,
Lambang kekerdilan kudrat hamba..
Berdepan dengan 'belaian' PENCIPTA..
Sebagai tanda ingatan dariNya..

Sukarnya untuk bersyukur ketika diuji. Lambang kerdilnya seorang hamba berdepan dengan ketentuan Yang Maha Merancang. Tak tercapai dek akal, apakah hikmah yang terkandung disebalik setiap yang terjadi.

Ya, hambaMu ini lemah ya Allah..inginkan sesuatu yang Engkau pinjamkan sementara cuma..sedar hakikat diri, tak mampu untuk menggapai segala yang diinginkan..

Pembacaan novel-novel cinta islamik, bukanlah mengajar saya tentang cinta. Sebaliknya kekuatan seorang hamba menempuh setiap dugaan yang ditimpakan ke atas mereka untuk menguji keimanan setiap hambaNya. Fahri(ayat-ayat cinta) berhadapan dengan dugaan apabila dituduh membuntinkan seorang gadis. Kata-kata seorang tua di penjara yang mengingatkan beliau,"Allah sedang berbicara denganmu wahai anak muda". Ya, mungkin itulah yang cuba Allah sampaikan kepada diri ini juga.

Sedangkan Saidatina Khadijah sendiri pun setelah kematian anaknya Abdullah, terkeluar kata-kata, "Kalau ye pun, biarlah sehingga habis susuannya, baru diambil..". Tanda lemahnya seorang insan berhadapan dengan kehilangan. Mujur ada suami di sisi menenangkan. Kata baginda rasulullah SAW, "tak mengapa ya Khadijah, engkau boleh menyambung susuannya di syurga kelak.". Kata-kata yang akhirnya menerbitkan senyuman di bibir seorang ibu yang kehilangan anak kecilnya.

Ya Allah, aku mohon, hatiku setabah dan sekuat itu juga.

"zu, awak macam dah berputus asa dari rahmat Allah.."kata seorang sahabat. Itulah yang saya takutkan terjadi pada insan kerdil ini. Takut konokokoro berputus asa dari rahmatNya. Cuba untuk mempositifkan diri dan menafikan kata-katanya. Dalam hati berkata, Allah bersamaku walau apa jua yang terjadi. Allah tak pernah melupakanmu dzulaikha. Senyuman diberi bersama genangan air mata kepada seorang sahabat yang cuba memberi kekuatan kepada diri ini. Terima kasih...

Malu pada diri sendiri dan kawan-kawan. Pandai menasihati orang, tapi tak mampu untuk tenangkan hati sendiri. Friends, i need ur words to comfort me like what rasulullah SAW said to khadijah...Thank you..



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Sunday, May 17, 2009

kisah di sebalik ...

Setiap hari kita bersolat dan rukuk di dalamnya. Bilangan rukuk pula adalah sama nisbahnya dengan rakaat solat kita. Namun, tahukah kita kisah di sebalik bacaan selepas bangkit dari rukuk tersebut?

Sebelum adanya bacaan 'sami'Allahu liman hamidah' dan i'tidal, semua pergerakan dalam solat menggunakan lafaz 'Allahuakhbar' sebagai tanda berubahnya pergerakan dalam solat. Suatu hari rasulullah SAW telah mengajarkan kepada para sahabat baginda agar menghormati orang yang lebih tua. Maka, kesemua mereka berazam dalam diri masing-masing untuk hormat kepada yang lebih tua daripada mereka.

Maka keesokan paginya, sewaktu berjalan menuju ke masjid, seorang sahabat mendapati ada seorang lelaki tua yang berjalan di hadapannya. Ditakdirkan Allah lelaki tua itu uzur dan berjalan dengan sangat perlahan sekali. Sahabat yang ingin mengejar takbiratul u'la bersama baginda rasulullah SAW ini ingin mempercepatkan langkahnya dan memotong lelaki tua terbabit, namun dimatikan niatnya apabila teringat pesanan rasulullah SAW semalam. Ingin dipotong, tetapi takut bertindak kurang ajar dan tidak menghormati si tua tadi, tetapi ingin juga segera ke masjid. Maka dalam dilema itu, sahabat ini terus berjalan dengan perlahan dan teliti di belakang si tua sehinggalah tiba di selekoh masjid.

Maka, ketika itu, lelaki tua itu didapatinya berjalan lurus. Ditegurnya si tua tadi,

"Pakcik tak pergi solat di masjid?"
"tak, aku seorang yahudi."

Barulah si sahabat tadi sedar yang rupanya si tua dihadapannya tadi adalah seorang yahudi. Terus dia berlalu dan bergegas ke masjid. Sesampainya di situ, dia terus memasuki saf dan mengangkat takbir. Sejurus selepas itu rasulullah SAW pun rukuk. Maka, terkeluarlah perkataan 'Alhamdulillah'(segala puji bagi Allah) dari bibirnya sebagai tanda kesyukuran pada Yang Esa apabila dia sempat juga untuk memasuki rakaat pertama bersama rasulullah SAW. Maka, bangkit dari rukuk itulah rasulullah menyebut 'sami'Allahu liman hamidah' yang bermaksud, 'Allah mendengar pujian orang yang memujiNya'.

Sungguh, Allah mendengar pujian sahabat tersebut. Maka muhasabahlah kembali solat kita. Zikir-zikir yang dibaca ketika rukuk dan sujud sebagai tanda memuji Allah adakah hanya di bibir sahaja, atau disertai dengan kekaguman kepada Dia yang layak dipuji. Terasakah anda apabila membaca 'sami'Allahu liman hamidah'? Terasa tak yang Allah sedang berbicara dengan kita? Kita tunduk, bangun dan sujud, penat itu dihilangkan oleh sebaris ayat yang bermaksud 'Allah mendengar pujian orang yang memujiNya'. Kalau kita tak mampu untuk merasakan kehadiran Allah disisi yang sentiasa memerhatikan kita, rasailah yang Dia sentiasa mendengar pujian kita kepadaNya.

Saya sendiri terasa malu pada Allah, kadangkala apabila terleka semasa solat, membaca bacaan dan memuji tanpa perasaan, malu pada Dia Yang Maha Mendengar. Terasa macam, betulkah aku sedang memuji Allah? Padahal Allah mendengar lagi Maha Mengetahui hakikat yang terselindung di sebalik hati ini. Ayuh, sama-samalah kita menghadirkan hati kita di dalam solat kita. Semoga penulisan ini menjadi kekuatan untuk saya terus memeriksa hati sewaktu solat.

Soalan cepumas untuk semua, siapakah sahabat yang diceritakan dalam kisah di atas?hee...siapa yang dapat jawab, semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu...




>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Thursday, May 14, 2009

err...x cukup duitlah...

Duit, sesuatu yang sinonim dengan kehidupan kita sehari-harian. Pernah tak anda mengalami krisis kewangan? Ingin berbelanja, tapi poket kosong. Inginkan makanan yang sedap, tapi tak mampu untuk membelinya. Ya, saya juga dilanda krisis kewangan kini. Saban hari menghitung waktu, bilakah tibanya awal bulan, menunggu kemasukan biasiswa yang seterusnya.

Bolehkah kita hidup tanpa duit? Soalan cepumas untuk semua. Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing. Kita yakin rezeki itu datang dari Allah, tapi mengapa kita resah apabila tidak berduit? Duitkah punca rezeki kita? Pernah tak anda ke sekolah atau ke mana-mana tanpa membawa wang? Anda dapat makan tak waktu tu? Dapat naik kenderaan tak? Dapat oksigen tak? Ya, rezeki Allah itu pelbagai. Bukan hanya terletak pada wang sahaja. Pernah satu ketika, saya dah tiada duit langsung untuk membeli breakfast. Dah la saya ditakdirkan untuk memiliki perut yang cepat lapar, maka amatlah terseksa waktu tu. Tapi, rezeki itu sememangnya milik Dia Yang Maha Pemurah. Ketika saya menaiki bas untuk ke universiti, pakcik yang membawa bas memberikan saya satu roti krim gardenia dengan air susu kotak. Hanya Allah yang tahu perasaaan saya ketika itu. Syukur kepadaNya yang masih mengurniakan secebis rasa hamba yang mengharap kepadaNya untuk sesuap makanan pagi itu. Terima kasih ya Allah...

Jadi, janganlah anda berasa gusar, walaupun tak berduit. Saya juga tidak berduit ketika ini, tapi masih tidak dilanda kebuluran. Masih mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, kerana sesungguhnya rezeki kita berada ditangan Dia Yang Maha Kuasa.


Saya mempunyai satu prinsip yang saya pegang selama ini berkenaan wang. Bagi saya, duit itu letaknya di tangan, bukan di hati. Anda sayang duit anda? Takut simpanan berkurang? Takut kehilangan wang? Hilangkanlah perasaan tersebut. Letakkanlah duit itu di tangan agar kita lebih mudah menghadirkan rasa ingin memberi. Takutlah untuk meletakkannya di hati, agar kita tidak terjebak menjadi seorang yang kikir, juga sombong dengan harta yang dimiliki.

Walaupun YPM atau penaja lain atau ibubapa kita memberi sejumlah wang kepada kita untuk kegunaan sebulan, ketahuilah semuanya itu bukan rezeki kita seorang. Terdapat hak insan-insan lain di dalamnya. Terdapat hak anak-anak yatim, hak orang miskin, hak sahabat kita, hak orang yang berpuasa, hak jemaah dan dakwah, hak rakyat palestin, hak jiran kita, juga sesiapa sahaja yang telah ditetapkan haknya oleh Allah dalam apa yang kita peroleh. Maka, saya menyeru diri saya dan anda semua, tunaikanlah hak mereka. Letakkanlah duit di tangan, bukan di hati kita. Semoga rezeki kita ditambah oleh Allah SWT.

"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan." (al-Baqarah:245)

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah[166] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (al-Baqarah:161)

"Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak."(al-Hadid:11)

"Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun." (at-Taghabun:17)


Janji siapakah yang lebih benar selain Allah SWT? Yakin denganNya, maka kita akan tenang, walaupun tanpa duit.Tapi harus juga diingat bahawa, tak berduit juga punca seseorang jauh daripada Allah.

Bayangkan seorang yang saban hari menghabiskan wangnya di jalan Allah dan dakwah, tiba-tiba diuji dengan suatu kecemasan yang menuntut wang yang banyak daripadanya. Ibunya sakit ke, keretanya rosak ke atau lain-lain. Pasti saat itu, jiwa yang lemah ini susah untuk redha dengan segala yang telah ditetapkannya. Sesunggguhnya kefakiran itu sangatdengan dengan kekufuran. Jadi, kita haruslah beringat dalam memelanjakan wang, jangan sampai langsung tiada simpanan untuk kecemasan. Simpanan itu bukan sahaja untuk kecemasan, tapi fikirkanlah juga tentang keselamatan iman kita, yang mungkin tak mampu untuk menerima dugaan sebegitu. Beringat sebelum kena. Sebab itu juga, Imam Hassan al-Banna, apabila meminta ahli ikhwanul muslimin untuk menginfakkan harta untuk dakwah mereka, beliau tidak terima golongan yang menginfakkan seluruh hartanya. Bukan dikhuatiri orang tersebut tak mampu untuk hidup tanpa harta, tapi dikhuatiri imannya tak mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut.

Sebab itu setiap pagi dan petang, kita berdoa dalam bacaan al-ma'thurat kita

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kufur dan kefakiran."

Kerana sesungguhnya kefakiran itu sangat dekat dengan kekufuran. Makabersederhanalah kita dalam segala hal. Bersederhana dalam berbelanja, juga dalam menabung. Bersyukurlah apabila diberi nikmat, bersabarlah apabila diuji. Semoga kita semua berada dalam rahmat kasih sayangNya. Doakan krisis ini berakhir secepat mungkin ye kawan-kawan.=)




>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Tuesday, May 12, 2009

kita tak punya banyak masa

Sewaktu melayari laman-laman di internet, saya ditakdirkan Allah untuk membaca satu artikel tentang kehidupan. Seperti yang kita sedia maklum, manusia ditakdirkan untuk hidup di tujuh alam. Ada juga yang mengatakan 5 alam. Yang pasti, kita bukan ditakdirkan untuk hidup di alam dunia ini sahaja. Dengan keyakinan ada kehidupan lain selepas ini, maka kita berusaha yang terbaik untuk kehidupan yang lebih baik di sana kan?


Cuba kita teliti balik, alam-alam ini. Bermula dengan alam roh, kita membuat perjanjian dengan Yang Maha Pencipta. Selepas itu kita ditempatkan di alam rahim. Membesar dan membesar sehingga cukup tempohnya, kita pun keluar. Masuk pula ke alam dunia yang kita lalui sekarang. Selepas ini kita akan menempuh alam kubur, alam akhirat dan kemudian menuju ke destinasi syurga atau neraka.

Fasa yang akan kita tempuhi selepas ini lagi panjang rupanya. Kita baru berada di alam ketiga perjalanan kehidupan seorang insan. Dan pasti, akhirat nanti terlalu lama berbanding kehidupan di dunia yang teramat singkat ini. Berapa lama tempoh di akhirat? Selama-lamanya. Impikan kehidupan indah di syurga? Let's work for it.

Kita tak punya banyak masa. Kehidupan kita, jika dinisbahkan mengikut umur baginda Rasulullah SAW sebanyak 63tahun. Tempoh hidup selepas dimatikan pula adalah infiniti. Pertukaran apakah yang lebih bijak, selain mengorbankan jangkamasa sebanyak 63tahun di dunia ini, itu pun kalau umur kita sepanjang itu, dengan sebuah kehidupan yang pasti jauh lebih indah, jauh lebih menarik, jauh lagi mempersonakan di akhirat kelak?

Seorang pensyarah berkata kepada pelajar-pelajarnya,

“ Masa kita untuk bersusah payah, beramal, tunduk taat kepada ALLAH, hanya sebentar sahaja di dunia ini. Itulah dia semasa kita berada di alam kehidupan sebagai manusia. Kemudian kita akan mati, dan melalui alam barzakh. Kehidupan di alam barzakh sudah bergantung kepada amal kita di dunia. Panjang alam barzakh tidak kita ketahui. Seterusnya Israfil akan meniupkan sangkakala kedua ketika hari kebangkitan, dan kita akan berada di hari perhitungan. Hari itu, amal kita di dunia akan diperhitungkan dengan hitungan seketat-ketatnya. Lamanya hari itu, tidak kita ketahui. Amalan kita di dunia lah yang akan menentukan sama ada kita melepasi sirat atau tidak. Jika kita melepasi titian sirat, maka kita akan ke syurga. Jika kita tidak melepasi sirat, maka kita akan ke neraka. Semuanya ketika itu adalah bergantung kepada amal kita di dunia.”

Ya, amalan kita pada hari, penentu nasib kita di hari esok. Itulah rahmat kasih sayang Allah buat kita semua. Kita hanya perlu untuk bersusah payah sedikit sahaja di dunia, sebentar cuma jika dibandingkan dengan ganjarannya syurgaNya untuk selama-lamanya.

Jadi, saya menyeru diri saya dan rakan-rakan, jika kita dilanda perasaan malas, tension, atau sudah terlalu penat untuk beramal, duduklah sebentar dan berfikirlah. Kita tidak punya banyak masa. Kepenatan melaksanakan dakwah, menjalankan amanah, kesakitan mendapat hinaan dan cacian, semua itu sebentar cuma. Mou chotto dake...Berusahalah untuk dapatkan yang terbaik untuk kehidupan kita di sana kelak. Kerana kita tak tahu, bilakah kita akan dijemput untuk bertemuNya.

Jika Usamah bin Zaid pada umur belasan tahun sudah berjaya mengetuai angkatan perang tentera muslimin, Sultan Muhammad al-Fatih juga telah mampu untuk menakluk Constantinople, Hassan al-Banna pula telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin juga ketika umur 20an. Apakah sumbangan seorang insan kerdil di umur 20 ini untuk agamanya?

"Ya Allah, berkatilah umur kami, terimalah segala amal kami...Kurniakanlah kami kekuatan untuk menegakkan agamaMu dalam diri kami dan orang sekeliling kami..Jadikanlah kami kekasih-kekasih yang sentiasa rindukan pertemuan denganMu Ya Allah...amin.."


edited from Langitilahi-Hilal Asyraf.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Sunday, May 10, 2009

my mom is my best friend

Sempena hari ibu ni, ingin saya coretkan sedikit kenangan, juga hadiah buat bonda tercinta. Saya bukanlah seorang anak yang solehah atau baik buat kedua ibubapa saya, cuma sedaya upaya memberi yang terbaik buat mereka. Alhamdulillah, saya dikurniakan ibu bapa yang sangat baik. Thank you Allah. Tapi hari ni nak cite pasal mak je...sbb mother's day. Ayah jangan jelous ek...nanti akak cite pasal ayah pulak..hee:)

Ok, macam tajuk post ni, my mom is my best friend. Hontou no hanashi desu!! Mak adalah sahabat terbaik saya. Saya boleh bercerita tentang semua perkara kepadanya. And she's always there for me when i need her. Kalau orang lain call mak sekurang-kurangnya sekali sehari, saya sekurang-kurangnya 2 kali. Sekali waktu bangun tido, sekali sebelum tido. Topik yang dibincangkan juga pelbagai, tentang study, jiran tetangga, saudara-mara, cuaca, sale, tazkirah dan lain-lain.

Setelah bergayut dengan mak, sejak di zaman persekolahan lagi, kawan-kawan yang mendengar sering bertanya, "cakap ngan sape tadi?". "ha? dengan mak la...". Dan mereka akan berkata, "x macam ckp ngn mak pon...macam kawan je..."

Adey...xtau...gaya bahasa yang digunakan pelik ke? Kalau orang kelantan, ckp ngn mak die loghat kelantan la kan. Klau orang penang or utara, akan terkeluak la loghat utara mereka. Tapi, mak ngan ayah saya anak jati selangor, sekampung lagi. Cuma saya dan adik beradik yang dilahirkan di Perak, jadi mungkin sebab tu kitorg xde loghat apape. Pernah juga bertanya kepada mak,

"Mak, akak cakap ngn mak kasar ke? Kawan2 selalu ckp, akak ckp ngn mak mcm ckp dgn kawan..."
"Xde la...biase je...diorg ckp ngn mak diorang cmne?"
"Hehe...xtau...tapi ade yang sopan dpn mak, ade yang xleh ckp tentang certain issue dgn parents diorg..."
"o0oo.."

Jadi, saya rasa perhubungan saya dengan mak normal kot. Mak xckp apape pon tentang kekasaran gaya bahasa anak die ni. Tapi itu bukanlah tiket untuk saya berkurang ajar atau bertindak tidak sopan dengan ibubapa. Memang boleh bercerita tentang semua perkara dengan mak.

"Mak, kawan akak azamir yang tggl kat selama tu dah meninggal, mayat die baru jumpe pagi tadi. Sekarang kat hospital besut."
"akak nak gi tgk die ke?"
"hm, nak...klau boleh la.."
"nnt mak call ayah, suruh ayah temankan...lps skolah nnt akak pegi ngn ayah ek.."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Mak, nanti akak kawen umur 25 tau...mak kene start simpan duit dari sekarang...nanti nak cat umah kite colour hijau tau...hehe"

Mak akan tersengih dan jawab, "Akak kawen kt kampung je la...xyah bazir duet byk2...nak masak pun ramai org nak tolong.."

"ok, ye la...."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"surah ape yang akak selalu baca sebelum tdo tu?"

"hm, surah al-Mulk dengan surah al-Waqiah.."

"o0o...kenape bace? kte dpt ape kalau bace?"

"Rasulullah SAW cakap, kalau kte bace surah al-Mulk sebelum tidur, nnt kte mati ade orang teman. Nanti xde la sorang2 je kt kubur."

"o0o...sape yang teman kte?orang ke?"

"hehe..yang tu akak xtau la...tp ade la yang teman, pastu nnt ble malaikat nak pukul kte, surah al-Mulk akan ckp, xleh2...orang ni selalu baca aku, xleh pukul die..."

"o0o...surah al-Waqiah plak?"

"surah tu kalau kita bace, rasulullah ckp kte xkan miskin selama-lamanya."

"o0oo...surah al-Waqiah xpe la pendek2 ayat die. Surah al-Mulk panjang, nnt tersekat2 mak bace. Akak ajar mak baca surah al-Mulk boleh?"

"ok, no probs..."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Mak, sape beli buku psikologi cinta ni?"
"mak la..knape?"
"haha...mak bace jgak buku ni?"
"mak beli untuk anak2 mak la...korang kan da besar...."
"hehe..."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"mak, boring la...adek ngn ayah da pegi skola...kte xyah masak la hari ni...kte gi shopping nak?"
"jOm~"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"akak cuti ble? mak nak tempah flight ticket ni...kte gi holiday 2org nak...hehe...adek ngn ayah skolah...abang pun cuti x same.."
"yeay~tp xtau ag ble cuti...ypm ni bkn btol sgt...nnt time cuti ade kem la ape la...."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"akak couple ngn sape sekarang?"

heh...soalan ni yang tak larat nak jawab. Tapi itulah mak saya. Nak cakap open sangat pun xjugak. Ade jugak certain things yang mak xleh nak compromise.

"mak, nak amek lesen...kawan2 akak suma da ade lesen..."
"xleh2...balaja pon x abes lg..."
"nak jugak...nak.."
"xleh, mak x berkenan org amek lesen time blaja"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"akak kt mane tu?"
"ha, dalam kereta...baru balik usrah.."
"usrah je...homework da siap ke?report?"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"apsal math dapat A je ni? ni mesti kes overconfidence...study ke x ni?"
"ala...mane la akak tau..rase cm da btol je sume..."
"tu la..gi study.."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"result cmne?"
"hm 1B..."
"1B? mesti ramai yang dpt straight A..tu la...sibuk ngn usrah lagi..."
"mane ade...subjek tu memang akak xsuke pon...mak la xdoa utk akak.."
"mak doa tau...mane bleh nak harap doa mak je...kene ade usaha jugak..."
"ok2...nnt akak jadi rajin sket.."
"jd rajin byk..."
"ok..."

My mom really concern when it comes to study & results. Haih, sbb tu saya selalu mengeluh bila dapat result x comel. Sebab nak fikir alasan ape nak bagi dkt mak. Her expectation is very high. Tapi, itu la semangat saya utk bersungguh-sungguh balajar, bagi yang terbaik untuk mak. Sejak akhir-akhir ni, selaras dengan peningkatan usia, mak da berubah sikit. Banyak cakap pasal kematian.

"Mak x doa supaya panjang umur dah sekarang ni, nnt kesian korang kene jaga mak waktu sakit"

"Wasiat mak da buat dah...Mak letak duit kat akaun akak byk2 bukan utk akak sorang tau...nanti bahagi2kan antara abang ngn adik. Bagi la duit kat ayah jugak. Kalau ayah kawen lain, biarla ayah duduk umah kte ni. Korang jgn berebut dgn ayah plak.."

"nanti dh tua mak nak duduk ngn akak tau. Taknak duduk ngn abang, nnt isteri die xsuke susah plak."

"Kalau mak xde nnt, tgk2kan adek tu...die kecik lagi...korang besar dh.."

"Kite ni kene sentiasa ingat mati, sbb mana ada org yg hidup selama-lamanya. Ade org takut tgk mayat. Tapi mak rase, nnt kte jd mayat jugak satu hari nnt. Akak jgn takut pulak..klau ade kematian, tolong org uruskan jenazah..."

Sayang mak. Selalu ingatkan anak die tentang kematian. Kematian yang tidak mengenal usia. Sebab itu selagi termampu, saya cuba untuk berikan yang terbaik untuk mak. Sekarang ade krisis kewangan, tapi xsampai hati nak mengadu kt mak. Hm, she has given me everything i need, so its my turn, not to burden her with my problems. InsyaAllah, akak jadi anak solehah utk mak. Akak xberani nak janji banyak2...takut tak tertunai nanti. Terima kasih mak untuk segalanya. Sayang mak~



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Wednesday, May 6, 2009

terima kasih kawan~

A : zu, salah ni...yang 100 tu dari kepala smpai hujung la...
zu : o0o...ye ke?bkn smpai dkt sini je ke?
A : xla...tgk, sensei pon tulis kt depan...salah ni...
B : haah, kan aku dah oyat ke mg kt kelas td...hok 100 tu smpai hujung..
A : hahaha...salah
zu : ye la...ok, terima kasih bgtau...

Kalau saya boleh bersabar sikit je lagi, pasti tiada babak 'perang mulut' yang berlaku selepas itu. Bercakap memang mudah, tapi nak praktikkan memang susah. Sebab tu besar ganjaran bagi mereka yang bersabar. Patutlah Allah janjikan syurga bagi mereka yang bersabar. Sebab, bersabar itu tak semudah yang kita sangkakan.

Minta maaf kepada siapa yang terlibat dalam dialog di atas. Tak ada niat nak burukkan sesiapa. Cuma ingin berterima kasih kerana sudi menegur salah diri ini. Saya pasti dalam diri setiap orang punya perasaan yang dia betul. Apa yang dilakukannya betul. Tidakan yang diambilnya betul. jadi rasa betul ini sebenarnya telah menutup segala kesalahan-kesalahan sendiri. Cuba bayangkan anda sikat rambut tanpa cermin. Anda sikat dengan baik dan rasa macam dah comel dah, tapi hakikatnya tidak. Bila kita tengok cermin rupanya tocang yang diikat, senget sebalah rupanya.

Sahabat adalah cermin diri. Sahabat yang baik akan menunjukkan kesalahan sahabatnya dan memperbetulkan sahabatnya. Sebab dia mahukan yang terbaik untuk sahabatnya. Jadi hargailah teguran sahabat anda. Jangan mudah melenting dan menangkan pendapat sendiri. Kita tak nampak apa yang tertulis di bahagian belakang kita. Hanya sahabat yang nampak. Jadi bersyukurlah bila dia tolong betulkan kita.

Sambungan kepada kisah tadi, apabila sesi perang mulut berlangsung dengan hangatnya, ada satu suara membisikkan peringatan buat diri ini.

B : konokokoro xleh tension2...kene berlapang dada..

Zupp...kata-kata yang terus menusuk ke dalam konokokoro. Thank you B~

Bila marah menguasai diri, kita mudah hilang pertimbangan dalam tindakan kita. Sebab tu pentingnya sabar. Sebab bersabar dapat menjamin kewarasan akal kita. Apape pun, saya anggap ini sebagai tarbiyah dari Allah untuk mengajar diri ini bersabar. Tarbiyah datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin kadang-kadang kita perlu ditarbiyah dengan keras, dengan perkara yang memalukan, dengan perkara yang tidak disukai supaya kita dapat belajar yang diri ini lemah sebenarnya. Diri ini tidak mampu untuk mencorak hidup mengikut acuan sendiri. Diri ini perlukan Dia untuk memberi yang terbaik buat diri ini. Thank you Allah...

Hargailah sahabat anda yang menegur. Walau siapa pun dia. Walau sekeras dan sesinis mana pun dia menegur. Ditegur bukanlah masalah utama. Baguslah jika ada yang menegur. Yang lebih utama adalah memikirkan bagaimana untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Dan yakinlah yang teguran itu sebenarnya datang dari Allah Yang Maha Mengetahui, cuma disampaikan oleh sahabat-sahabat kita.

Terima kasih juga kepada saudara A kerana menegur. Kepada rakan-rakan di luar sana, saya perlukan teguran anda untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ini. Tegurlah saya jika saya silap, marahlah saya jika saya ingkar.

Pengajaran berguna yang saya dapat hari ini:
1. Jangan cepat melenting.
2. Control ur voice.
3. Jangan gaduh ngn orang. Rasulullah SAW pun xsuke.
4. Berdiam diri lebih baik
5. Last but not least, jangan gaduh ngn lelaki, sebab prmpuan xkan menang. Just nod ur head and say "ok". That's better. Sejarah hidup membuktikan yang mak xpernah menang gaduh ngn ayah. Kakak xpernah menang bila gaduh ngn abang. Saya pun xpernah menang bila gaduh ngn khalis. Adey~ baik senyap je..




>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Monday, May 4, 2009

sekai ni hitotsu dake no hana



Hanaya no mise saki ni naranda
Ironna hana wo miteita
Hito sorezore konomi wa aru kedo
Doremo minna kirei dane
Kono naka de dare ga ichiban da nante
Arasou koto mo shinai de
Baketsu no naka hokorashige ni
Chanto mune wo hatteiru

Sore na noni bokura ningen wa
Doushite kou mo kurabeta garu?
Hitori hitori chigau noni sono naka de
Ichiban ni naritagaru?

Sousa bokura wa
Sekai ni hitotsu dake no hana
Hitori hitori chigau tame wo motsu
Sono hana wo sakaseru koto dake ni
Isshou kenmei ni nareba ii

Komatta youni warai nagara
Zutto mayotteru hito ga iru
Ganbatte saita hana wa dore mo
Kirei dakara shikata nai ne
Yatto mise kara dete kita
Sono hito ga kakaete ita
Iro toridori no hanataba to
Ureshi souna yokogao

Namae mo shira nakatta keredo
Ano hi boku ni egao wo kureta
Dare mo kizukanai youna basho de
Saiteta hana no youni

Sousa bokura wa
Sekai ni hitotsu dake no hana
Hitori hitori chigau dame wo motsu
Sono hana o sakaseru koto dake ni
Isshou kenmei ni nareba ii

Chiisai hana ya ooki na hana
Hitotsu toshite onaji mono wa nai kara
(N 1)Number one ni nara nakutemo ii
Moto moto tokubetsu na Only one


Orang cakap pengajaran itu datang dalam pelbagai bentuk Dari pengalaman hidup, persekitaran, pembacaan dan lain-lain. Hari ini saya belajar sesuatu dari lagu ni. Bagi mereka yang tak faham bahasa jepun, saya bagi summary sikit tentang lagu ni. Lagu yang menceritakan tentang yume(impian). Ni pada pandangan saya la. Menceritakan yang setiap orang punya impian tersendiri. Cuma dilihat dari sudut berbeza. Kalau direct translation, lagu ni sebenarnya bercakap tentang bunga.

Sousa bokura wa (kita semua)
Sekai ni hitotsu dake no hana
(hanya sekuntum bunga sahaja di dunia)
Hitori hitori chigau tame wo motsu
(setiap orang punya sebab tersendiri memilikinya)
Sono hana o sakaseru koto dake ni
(cuma bagaimana kita mengembangkannya)
Isshou kenmei ni nareba ii
(cukuplah sekadar dengan bersungguh-sungguh)

Chiisai hana ya ooki na hana
(bunga kecil dan bunga besar)
Hitotsu toshite onaji mono wa nai kara
(sebab setiap bunga mana ada yang sama)
(N 1)Number one ni nara nakutemo ii
(jadi, tak menjadi nombor 1 pun xpe)
Moto moto tokubetsu na Only one
(yang teristimewa hanya ada satu)

hm, selama ni selalu terfikir untuk jadi yang terbaik. Tapi bukan itu yang utama sebenarnya. Menjadi yang terbaik tak penting, tetapi melakukan yang terbaik itu yang lebih utama. Setiap orang punya impian tersendiri. Terasa kecil bila sensei tanya impian setiap orang di dalam kelas. Ada yang ingin jadi ahli politik, nak buka perniagaan sendiri, jadi pensyarah dan tak kurang juga yang bercita-cita menjadi jurutera yang berjaya dan dapat menyumbang kepada masyarakat. Waa..sungguh mantap rakan-rakanku. Saya hanya bercita-cita untuk membuka tadika sendiri. Mendidik anak-anak kecil mengenal A,B,C dan 1,2,3 juga alif, ba, ta. Hanya itu yang saya impikan. Chiisai na yume kedo, isshoukenmei nareba ii...that's what i've learned from this song.



Setiap orang punya pandangan dan impian yang berbeza. Jadi, hormatilah dan berilah sokongan kepada sesiapa sahaja untuk menggapai impiannya. Be proud of your dreams. Sekecil-kecil impian kita pandangan orang lain, mungkin itu sudah cukup untuk memberi kepuasan kepada diri sendiri. Asalkan kita bersungguh-sungguh untuk menggapainya.
Bold
"no 1 ni naranakute mo ii, isshoukenmei nareba ii..."
"x jadi no 1 pon xpe, asalkan bersungguh-sungguh untuk jadi yg terbaik.."

sape nak dgr lagu ni boleh klik sini.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Sunday, May 3, 2009

kelebihan menulis diari

Selama ini, amalan menulis diari saya anggap remeh. Menyusahkan diri. Nanti orang lain terbaca, tak ke malu. Tapi bila lihat dari sudut lain, saya lihat ia cukup menarik sebagai terapi diri.



Terapi yang bagaimana?Terapi unuk mendapatkan ketenangan hati. Sedarkah anda, yang diari itu walaupun kita jaga cukup rapi supaya tidak dilihat atau dibaca orang lain, tapi masih ada yang melihatnya. Masih ada yang mengetahui segala yang terkandung di dalamnya. Pastinya Dialah Allah Yang Maha Mengetahui. Ketahuilah, menulis diari bukan untuk diri sendiri, tapi tulislah luahan hati dan perasaan anda untuk tatapan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mendengar. Pohonlah padaNya yang terbaik buat diri kita kerana hanya Dia Yang Berkuasa atas segala sesuatu. Merintihlah, menangislah, mengadulah padaNya, kerana Dia sentiasa di sisi kita setiap masa dan ketika. Hanya Allah Yang Maha Kaya yang dapat memenuhi setiap keinginan kita.

Kadangkala, kita dilanda sedih kerana sahabat yang tidak datang ziarah atau mungkin guru yang tidak memberi perhatian pada kita. Ketahuilah, sesungguhnya kita tak mampu untuk mengubah orang lain. Tunaikanlah hak kita ke atas orang lain, tuntutlah hak kita pada Dia Yang Menciptakan. Jadilah anak, murid juga sahabat yang baik. Tiada Yang Maha Kaya selain Dia. Hanya Dia yang mampu untuk beri yang terbaik buat diri ini.

Jadi saya kira, dengan menulis diari kita dapat merasai kewujudan Allah disisi. Dapat merasai masih ada yang mendengar rintihan hati ini. Masih ada tempat untuk kita bergantung. Ketika berseorangan dan tiada teman untuk berbicara, kita dapat merasai, sesungguhnya kita punya Allah Yang Maha Mendengar. Kita ada Dia Yang Maha Penyayang untuk mengasihani diri ini. Kita ada Dia Yang Maha Pelindung ketika dianiayai.

Kekangan masa untuk menulis diari, terutamanya ketika sibuk dengan report dan homework yang banyak cukup memberi kesan ke atas hati ini. Konokokoro rindu untuk berdua-duaan denganNya sambil meluah rasa hati dan pengharapan kepadaNya. Rindu untuk merasai ketenangan yang Dia sentiasa ada di sisi, walau ketika berseorangan. Rindu untuk menilai baik buruk diri ini, sejauh mana bukti kasih kepada Dia yang banyak memberi nikmat.

"Ya Allah, aku mohon berilah aku sedikit ruang dalam kesibukan ini untuk bersama denganMu. Bersama menghitung saat-saat untuk bertemu denganMu. Kurniakanlah aku rasa cinta kepada Engkau dan RasulMu. Kasihilah diri ini sebagaimana Engkau mengasihi kekasih-kekasihMu. Pertemukanlah aku dengan Engkau dan RasulMu di akhirat kelak. Hanya kepadaMu aku memohon doa dan pertolongan..Amin"


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<