Tuesday, September 1, 2009

10 Ramadhan 0008H

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah bukakan (memberikan kemenangan) kepada engkau, pembukaan (kemenangan) yang nyata."[al-Fath:1]

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."[an-Nasr:1-3]

Apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian hudaibiah yang termeterai dengan kaum muslimin, berlakulah peristiwa yang memberi kesan besar dalam sejarah islam. Pembukaan kota Mekah. Antara isi kandungan perjanjiannya adalah suku Arab boleh memilih untuk menjadi sekutu Muhammad atau sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak jga tidak boleh berperang selama tempoh 10tahun dan tidak boleh membantu mana-mana pihak lain yang berperang.

Malangnya terdapat 2suku arab yang bertelagah. Bani khuza'ah dan bani bakar. Bani Bakar telah memilih untuk bersekutu degan Quraisy Mekah, manakala bani khuza'ah memilih untuk bersama Nabi Muhammad SAW.


Pada suatu malam, dengan bantuan Quraisy Mekah, Bani Bakar telah menyerang perkampungan Bani Khuza'ah. Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW, baginda telah mengarahkan ratusan ribu umat Islam untuk mara ke Mekah tanpa pengetahuan kaum musyrikin. Kemaraan tetera muslimin hanya diketahui mereka apabila hampir memasuki kota mekah. Penduduk musyrikin menjadi kecil jumlahnya dan tanpa persiapan perang, mereka hanya mampu bersembunyi di sebalik bukit dan di rumah Abu Suffiyan.

Akhirnya umat Islam berjaya menawan kota Mekah dengan bantuan Allah SWT. Fathu Mekah atau pembukaan kota Mekah melambangkan kemerdekaan yang sebenar. Kota Mekah tidak ditakluk oleh kuasa asing seperti Parsi, Rom, Inggeris, China, Perancis dan sebagainya. Sejak Nabi Ismail dan ibunya menetap di Mekah, Mekah berada di bawah pemerintahan bangsa Arab yang terdiri daripada keluarga Rasulullah SAW.

Namun, mereka jugalah yang menjadi golongan yang menentang Islam. Walaupun mereka yang paling dekat dan kenal akan tanda-tanda kerasulan dan akhlak mulia yang ada pada diri baginda SAW, mereka tetap bersikap buruk terhdap baginda kerana kesombongan mereka sendiri.

Inlah perjuangan yang dibawa oleh rasul kita, Nabi Muhammad SAW. Perjuangan memerdekakan akidah dan menyelamatkan semua manusia. Merdeka yang sebenar ialah menegakkan kalimah 'Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah' dan mengikuti ajaranNya dalam seluruh aspek kehidupan(akidah, syariat, dan akhlak). Seperti firman Allah,

"Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."

Setelah Mekah berjaya dikuasai dalam keadaaan aman, perintah berkurung ditamatkan. Penduduk Mekah berhimpun di hadaapan Kaabah. Rasulullah SAW mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai.


Merdeka yang sebenar
"Allah yang membangkitkan kami supaya menyelamatkan sesiapa yang mahu, daripada memperhambakan diri kepada sesama hamba(manusia), kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah, daripada kezaliman berbagai-bagai ajaaran dan undang-undang kepada keadilan Islam, daripada waawasan dunia yang sempit kepada wawasan dunia dan akhirat."
Rub'e bin 'Amir
Panglima Tertnggi Parsi

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

No comments:

Post a Comment