Alhamdulillah...diberi hidup sehingga hari ini...malam ni dah masuk 6 syawal...sambutan raya??diary raya??banyak yang ingin diceritakan dan dikongsikan..tapi yang pertama sekali tentulah tentang kampungku yang indah...Kampung sebelah mak dan ayah..sebab kedua-duanya berasal dari kampung yang sama..
Ni la pemandangan di sebelah rumah tokwan. Sawah padi yang baru selesai dibajak. Untuk pengetahuan semua, ni pemandangan di sebelah kiri rumah tokwan. Rumah ni terletak di tengah sawah padi. Kiri, kanan dan belakang sawah.
Yang ini pula pemandangan parit di hadapan rumah tokwan. Air tenang dan tinggi. Musim hujan sejak akhir-akhir ni. Mak cakap masa zaman mak sekolah dulu, mandi, minum, basuh baju semua pakai air parit ni. Nak berkubang? Boleh jugak. Pakcik-pakcik saya dengan cousin2 lelaki berani la terjun dalam parit ni. Ikan pun banyak.
Inilah rumah tokwan. Arwah tokwan dah meninggal tahun 2000 yang lalu, kini rumah pusaka tu diwarisi oleh acu, adek mak yang terakhir. Jadi, dah tak boleh panggil rumah tokwan, dah jadi rumah acu.
Ini pula pandangan dari sebelah kanan rumah acu.
Taktau apa nama benda ni. Tali air kot. Funsinya pun tak berapa pasti. Tapi banyak la kat kampung ni. Belakang tu rumah acu. Ni la parit depan rumah tu.
Rumah arwah tokwan sekarang ada kat belakang masjid ni. Dekat situlah arwah nenek dan tokwan beserta keturunan-keturunannya disemadikan. Arwah moyang sebelah ayah pun disemadikan dekat belakang masjid ni. Tapi arwah nenek dan atok sebelah ayah dikebumikan di Taiping sebab mereka menghabiskan sisa usia di rumah saya sendiri, tidak di kampung ini. Rumah arwah nenek sebelah ayah pun telah terlalu uzur dan sudah dirobohkan. Sekarang pakcik2 ayah yang buat rumah baru atas tanah tu dan menetap di kampung ni.
Ni pulak rumah anak yatim, berdekatan dengan masjid. Tak pasti program Yayasan Ilmuwan bersama anak yatim tu dekat kampung ni ke bukan. Memang excited nak join program tu time ramadhan dulu, tapi awal2 lagi dah beli tiket n plan nak habiskan cuti merdeka kat taiping, jadi xde rezeki untuk ke sini. Tapi, secara jujur, masyarakat di sini masih berada di bawah taraf kemiskinan..Masih banyak yang perlu dibantu...
Beraya di kampung
Inilah nikmat yang mungkin tidak banyak daripada kita semua dapat merasainya. Saya pasti, rata-rata kita lebih banyak menyambut syawal di rumah sendiri, kemudian barulah pulang ke kampung halaman masing-masing yang mungkin hanya beberapa kilometer dari rumah masing2. Tapi, bagi keluarga saya, hidup di perantauan menjadikan kami sangat teruja untuk pulang ke kampung menyambut syawal bersama sanak saudara. Kampung saya terletak di Sg. Besar, Selangor. Perjalanan menaiki kereta selama lebih kurang 4jam mengikut jalan lama kerana tiada highway untuk ke sana. Saya dan keluarga pernah sekali sahaja beraya di Taiping. Kemeriahannya nyata berbeza, membuatkan kami sentiasa mengambil keputusan untuk pulang ke kampung setiap kali raya. Semoga nikmat menyambut syawal di kampung ini berkekalan untuk tahun-tahun akan datang. InsyaAllah...
Salam Aidilfitri
Akhir kata, selamat menyambut aidilfitri buat semua. Maafkan saya atas segala salah dan silap sebelum ini. Marilah kita sama-sama kembali kepada fitrah. Semoga kita semua lebih bersemangat untuk menambah amal dan bersiap sedia menyambut ramadhan yang akan datang.
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
No comments:
Post a Comment