Setelah beberapa lama membiarkan blog ni bersawang tanpa sebarang update, saya bawakan diari raya tahun ini untuk kita sama-sama meneliti dan mengambil pengajaran daripadanya.
1 Syawal
Bangun awal dan berebut untuk ke toilet di pagi hari. Masing-masing sibuk merebut pahala mandi sunat syawal dan bersedia untuk solat subuh. Terdapat lebih kurang 5 keluarga yang bermalam di rumah acu tahun ini. Jadi, toilet agak sesak di pagi hari.
Selepas mengemas tempat tidur, sibuk pula menyediakan juadah raya di dapur. Kampung ini didominasi oleh kaum lelaki. Cucu2 tokwan, tsumari my cousins pun ramai lelaki. Hanya saya, adik dan seorang lagi cousin perempuan di rumah tu. Yang lain adalah kaum adam. Maka, tenaga kamilah yang dikerah untuk membasuh pinggan, sapu sampah, mengemas dan lain-lain. Kaum adam buat apa pula?
Inilah raya version baru. Anak-anak dibiarkan mengadap PS di pagi raya supaya tidak mengganggu kerja-kerja penyediaan makanan dan menyambut tetamu di rumah. Kecil dan besar sama sahaja.
Aurat dengan cousin
"Hm, kejap lagi mesti lagi ramai cousin yang datang..Pak long, angah, andak sume kan...ala..kene pakai tudung la kan?" soal cousin saya. Adik-beradik mak saya seramai 10 orang, dan kebanyakan mereka memang menetap di Sg. Besar. Hanya yang tinggal di luar selangor yang kan bermalam di rumah acu.
"Ha..tau pun..harap pendidikan islam je dapat A kome nih...sepupu tu bukan mahram kite tau..aurat kene jaga...tudung kene pakai le..." ambil peluang untuk sound. Sound adek sekali. Huhu..mungkin ini yang paling susah untuk kita jaga. Tapi, makin susah, makin banyak pahala tau!!Semoga kita semua kuat dan tabah dalam menegakkan Islam dalam diri masing2.
Alhamdulillah, tahun ni diberi kekuatan untuk mempertahankan aurat. Sampai tidur pun kene pakai tudung, sebab tidur di kampung kan, tidur di tempat terbuka. Acu pun sampai tertanya-tanya,
"eh dzulaikha, kamu botak ke sekarang ni?"
Baraan
Yang paling menarik adalah aktiviti baraan. Baraan = perarakan dari rumah ke rumah oleh orang kampung(lelaki sahaja) setelah solat sunat hari raya. Rumah acu adalah rumah pertama di kampung tu. Maka, kamilah yang paling kalut di pagi raya. Menyediakan juadah untuk menjamu 1 kampung yang datang beraya. Dari orang tua, sehinggalah kanak-kanak seawal usia 2-3 tahun. Yang pasti, kanak-kanak sangat menyukai aktiviti ini. Sebab dapat kutip duit raya di setiap rumah di kampung. Selalunya baraan akan berakhir sehingga tibanya waktu solat asar.
kalut dengan nenek dan cousin di pagi raya menyediakan juadah untuk baraan.
Amalan yang semakin ditinggalkan ini sebenarnya sangat penting dalam usaha merapatkan ukhwah sesama jiran tetangga. Kaum keluarga yang telah terpisah jauh, dapat bertemu dan bermaaf-maafan di hari raya. Kaum hawa pun dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga apabila semua bekerjasama untuk menyediakan juadah di pagi raya.
Meriam
Yang ini pun tak dapat dipisahkan daripada anak muda kampung ni especially my cousins. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, cousin saya yang majoritinya adalah lelaki adalah hero-hero kampung yang hidup dengan kreatif mencipta meriam paip dan mercun-mercun buatan sendiri. Sugoi jyan~kalau M'sia perang satu hari nanti, boleh panggil pasukan ni. Mereka adalah hero-hero tahan lasak, anak-anak kampung yang dah berjuta-juta kali kemalangan motor, cedera di makan hasil kerja tangan meriam sendiri. Yang bising tentulah para ibubapa yang risaukan keselamatan mereka. Tapi, kerana ukhwah yang kuat terbina, segala kecederaan dan kemalangan yang dialami tak pernah sampai ke telinga ibubapa. Mantap seyh~
Tapi kanak-kanak bawah umur macam ni, maen bunga api je la. Gambar meriam xsempat nak ambil sebab asek meletup je.
Survival skill
Suatu perkara yang sangat menyentuh hati saya adalah survival skill anak-anak kampung. Paklong, angah, andak, cik mah, cik es adalah adik beradik mak yang hidup dan tinggal di sungai besar. Kebanyakan pakcik-pakcik saya adalah petani yang mengerjakan sawah padi. Setahun tak bertemu, menjadikan saya dapat detect perubahan2 yang dialami mereka. Garis-garis penuaan jelas terpancar di wajah. Wajah yang dahulunya bersih, kini penuh garis-garis keletihan. Sungguh berbeza dengan keluarga sebelah ayah. Pakcik-pakcik ayah semuanya educated people. Belajar hingga ke universiti dan bekerja di bawah aircond. Pasti berlainan. Cuma hero-hero kampung ini mempunyai survival skill yang tinggi. Campak mereka ke bendang, mereka tahu bagaimana mahu menguruskannya. Campak ke parit, mereka tahu bagaimana nak dapatkan keuntungan. Anak-anak paklong dan cikmah semuanya pandai menangkap belut dan menguruskan kutipan kelapa sawit. Masuk ke bendang pun pandai. Sugoi sangat. My bro memang tak mampu la nak buat semua tu. Pandai maen game dekat pc je kot.
Tema pink
Akhir kata, salam aidilfitri untuk semua dari kami sekeluarga. Jemput datang beraya di rumah kami, 462, jalan bukit 20, kg tersusun bukit jana, kamunting, perak. Saya cuti sehingga 4oktober ni, jemput la ke rumah.
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
No comments:
Post a Comment