Waktu untuk mensucikan diri telah tiba!!!
Sedih bila kita tak dapat nak jadi hamba yang terBAIK buat tuannya...
Jadi, ambillah peluang sewaktu ramadhan ini, untuk beri yang terbaik pada Allah SWT atas segala yang telah diberikannya kepada kita. Jarang sekali kita bersyukur, malah mengeluh pula atas ujian-ujianNya kepada kita.
Persediaan untuk menyambut ramadhan pasti bermula dari sekarang. Ini pun dah di kira last minute kerana sepatutnya, setelah 1 Syawal tiba, kita sudah seharusnya plan dan bersedia untuk ramadhan yang seterusnya. Namun, hakikat insan yang sememangnya pelupa, mengalpakan diri ini dengan dunia tersendiri.
Berdoalah, semoga Allah pertemukan kita dengan ramadhan kali ini.
Berdoalah supaya Allah mengurniakan kekuatan untuk kita beramal secara maksimum ramadhan kali ini.
Berdoalah supaya Allah menetapkan hati kita untuk terus istiqamah dalam beramal setelah berlalunya ramadhan kali ini.
Berdoalah agar Allah mempertemukan kita dengan lailatulqadar sewaktu ramadhan kali ini.
Berdoalah agar Allah panjangkan umur kita untuk menjejaki ramadhan yang seterusnya.
Berdoalah dengan keyakinan yang tinggi dan kerendahan hati yang mengharap hanya kepadaNya agar diri ini dapat disucikan daripada najis dosa.
Berdoalah agar ditetapkan iman di hati dan dipelihara daripada melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.
Berdoalah apa sahaja yang anda ingini, pasti Allah mendengarnya.
Semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terbaik buat kita semua.
Kalau sebelum ini kita berpuasa seperti rutin tahunan, kali ini perbaharuilah puasa kita. Niatkanlah puasa kita ini semata-mata untuk mendapatkan redhaNya, untuk menagih pengampunan dariNya, untuk mendekatkan diri kepadaNya, untuk melatih diri daripada melakukan perbuatan dosa, juga untuk mendidik diri sentiasa menyandarkan harapan kepadaNya. Semoga puasa kita kali ini, memberi perubahan yang besar buat iman di hati kita semua.
Sabda Rasulullah SAW,
“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni.”(hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
“Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Dan berdoalah, semoga ramadhan kali ini mengundang rahmatNya buat diri kita, keluarga, sahabat dan muslim di seluruh dunia. Berusahalah untuk berpuasa yang terbaik, demi meraih cinta Ilahi. Kerana Rasulullah SAW bersabda,
“Kalau Aku(Allah) telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Dan perbanyakkanlah doa kita,bermula dari sekarang. Supaya kita terbiasa untuk banyak berdoa di ramadhan nanti. Kerana sesungguhnya doa orang yang berpuasa itu pasti akan dimakbulkan.
“Tiga doa yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang teraniaya. Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu- pintu langit. ‘Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Tidak lupa juga, rancanglah kewangan anda bermula dari sekarang. Rancanglah perbelanjaan anda. Bukan perbelanjaan untuk menyambut hari raya, tetapi perbelanjaan untuk beramal di bulan mulia ini. Berapa yang ingin diinfakkan untuk anak yatim, untuk warga Palestin, untuk sahabat handai, untuk mad'u, haousemate dan lain-lain.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadith yang panjang,
“Barangsiapa pada bulan Ramadan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka itu menjadi keampunan bagi dosa-dosanya, dan mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain.
Mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.’
Beliau berkata, ‘Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu… Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga di mana ia tidak akan haus hingga masuk syurga.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Semoga kita termotivasi untuk merancang yang terbaik buat ramadhan kali ini. Dan segalanya pasti bermula saat ini. Berhentilah daripada bertangguh untuk melakukan kebaikan. Jika Allah tak pertemukan kita dengan ramadhan kali ini, sekurang-kurangnya kita masih punya saham atas segala usaha yang kita lakukan demi mendapat puasa, pahala amalan yang terbaik diiringi cinta dan redhaNya di ramadhan kali ini.
Jom, rancang yang terbaik untuk ramadhan ni!!
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
No comments:
Post a Comment