Tuesday, July 28, 2009
belajar menjadi dewasa..
Assalamualaikum...
Cuti yang bermula, memberi pangajaran baru buat diri ini. Mak berpesan pada anaknya yang sudah berusia 20 tahun ini agar belajar menjadi dewasa. Bagaimana yang dikatakan belajar menjadi dewasa tu?
Belajar Hidup Bermasyarakat
Terpaksa menerima hakikat yang sejak meninggalkan rumah seawal usia 13 tahun, masuk pulak intensive course setelah lebih kurang sebulan sahaja selepas SPM, membuatkan diri ini agak kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling. Anda yang bersekolah asrama juga pasti merasakan hal yang sama. Maka, cuti kali ini, saya di ajar untuk hidup bermasyarakat. Beerti, semua jemputan kenduri wajib dihadiri. Plus, kene tolong kemas pinggan dan cuci pinggan sekali. Kalau dulu cabut je lepas makan, sekarang kene sedar yang diri ini bukan lagi teenager, dah jadi dewasa. So, act like your age!!
Ditakdirkan Allah, jiran belakang rumah buat kenduri kesyukuran menyambut kelahiran cucunya. Jadi, memang kene tolong la kan. Dulu masa kecik2, mulut yang xde insurans ni pernah sound makcik belakang rumah tu sebab tak tolong ibunya(opah) yang sibuk di waktu kenduri.
"Kesian opah, makcik esah tak tolong pon opah buat keje. Nanti adek besar, adek tolong opah ye.." kata anak kecil ini sambil melihat je opah buat kerja2 memotong dan memasak lauk untuk kenduri.
Maka, kenduri kali ni, saya tunaikan janji tu pada opah. Basuh pinggan dengan opah lepas kenduri. Walaupun sebenarnya saya dah lupa tentang janji yang dibuat pada opah zaman kanak2 dulu, tapi opah tak pernah lupa. Setiap kali kenduri kat umah jiran sebelah, opah mesti tanya dekat mak, "mana adik? Adik cakap nak tolong opah..". Kesian opah, baru kali ni saya memunculkan diri membantu. InsyaAllah opah, lepas ni adek tolong opah lagi...
Belajar Beramah Mesra Dengan Orang Tua
Kalau dulu hanya mengekor sahaja mak waktu ke mana2, kini perlu belajar untuk meringankan mulut dengan orang yang lebih tua. Maksudnya, kene belajar berwajah ceria, bermulut manis dan bersopan sewaktu bercakap dengan mereka. Ilmu pengetahuan tentang perkembangan dunia dan politik juga penting supaya ada topik yang ingin dibincangkan. Nampak remeh, tapi susah juga sebenarnya, takut tersalah cakap dan menyinggung perasaan mereka. Jadi, 1st step mungkin kene belajar untuk senyum dan bertanya khabar dahulu. Selamat mencuba!!
Takdir Allah juga, anak makcik belakang rumah tu kahwin dengan orang kelantan. Jadi masa kenduri tu, besan makcik tu datang sekali. Hm, ni la peluang nak praktik kecek klate ngan orang yang lebih tua pulak. Mak pun promote la anak dia ni pandai kecek klate.
"o0o...buleh kecek klate.."
"sikit2 buleh ar...tapi bdk2 ni oyat bunyi mace sie.."
"buleh ar tu.."
"saeng ade ugop dok pasir puteh..tapi x ingat kampung ga..ade gong ar tapi.."
"o0oo...klate meme banyak gong..gong gapo?"
"hehe...xingat.."
Best jugak kadang2 sembang dengan makcik2 ni.
Belajar Untuk Tidak Berkira Dengan Orang Lain
Maksudnya, kalau basuh pinggan, kene basuh semua sekali. Jangan basuh pinggan sendiri je. Kalau sapu sampah, kene sapu habiskan satu rumah, jangan tinggalkan bahagian lain untuk abang atau adik. Kalau mengemas, jangan kemas bilik sendiri je, kemaskan jugak bilik abang dengan adik.
Kalau dengan kawan2, setakat seringgit dua tu tak payah la nak berkira. Belanja orang dapat pahala sebab menggembirakan hati orang lain. Pastu, kalau ada kawan2 yang memang suka belanja, jangan ambil kesempatan pulak. Ada masa, kita pulak yang kene belanja. Birthday kawan, jangan buat2 lupa. Common sense yang tak perlu diajar sebenarnya, tapi kadang2 kalau tak diberitahu, kita akan lupa atau buat2 tak tahu kan.
Belajar Untuk Ada Prinsip Sendiri
Walau apa yang kita lakukan, kita perlu tahu apa matlamat akhir kita. Mengapa kita bertindak sedemikian. Jangan jadikan halangan2 sebagai alasan untuk kita gagal mencapai matlamat akhir. Mengutip kata2 ayah hilal dalam pesanan kepada anaknya. Yang penting adalah air kopi yang ingin diminum, bukan cawan yang digunakan untuk meminumnya.
Memang tak mudah untuk membasuh pinggan dengan tudung labuh, handsocks dan stokin di kaki, tapi bukan mustahil. Matlamat akhir adalah untuk membantu dan bergaul dengan masyarakat demi mencari redha Allah SWT. Jadi halangan seperti kotor, minyak dan basah bukanlah alasan yang kukuh untuk kita membatukan diri dan tidak membantu. Juga bukan alasan yang kukuh untuk kita katakan sebagai darurat yang membolehkan kita membuka aurat sesuka hati mengikut kesesuaian situasi.
Rasululllah SAW pun cakap, kalau kotor, basuhlah. Jadi, yakinlah dengan islam yang kita anuti. Sesuai untuk sepanjang zaman dan apa jua keadaan. Tabahkan hati, teguhkan prinsip diri, sesuai dengan ajaran Islam yang kita anuti.
Selamat Belajar
Selaras dengan peningkatan usia kita, sikap dan perangai harus turut berubah. Tak salah kalau kadang2 ingin bersikap seperti budak kecil, tapi didiklah diri kita menjadi seorang dewasa. Seorang yang lebih mementingkan orang sekeliling berbanding diri sendiri. Seorang yang mempunyai prinsip sendiri, dan tak mudah dipengaruhi oleh orang sekeliling. Tambahan pula, adat melayu sememangnya banyak yang bertepatan dengan ajaran Islam. Maka, niatkanlah setiap yang kita lakukan semata2 untuk mencari redha Allah SWT. Menjalin hubungan baik sesama manusia, menghormati yang lebih tua dan lain2 lagi. Semoga kita semua berjaya menjadi seorang dewasa~
p/s : Kalau ada apape pelajaran tambahan untuk menjadi seorang dewasa, tolong ajarkan ye:)
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
Labels:
motivasi,
tentang saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waaa....x nk jd dewasa ag...
ReplyDeletex nk pk psal kije...x nk pk sal kawin...x nk pk sal bakal suami...hua3..
opps...ak kne sedar diri ak skg dah dewasa...kne jd org dewasa..ape la...
tanak jgk...huwaa~
ReplyDeletehm, hakikatnya masa yang berlalu tak boleh diundur lagi...
ReplyDeletelihatlah ke hadapan...
beranikan dirimu untuk melangkah...
pasti ada sinar yang lebih terang di situ...
marilah kte same2 terima hakikat yg masa remaja kta telah berlalu...alam dewasa mungkin lebih sukar utk ditempuh..
juga sbg peringatan buat diri yg lalai bhw masa utk kta di persinggahan ini sudah hampir ke penghujungnya...
saya pernah terbaca,tp xsure ni kata2 hikmah ke, hadis ke atau ape2...
ReplyDelete'Allah tidak menyukai pemuda/pemudi yang bersifat keanak-anakan'
so, kalau rasa xnk menjadi dewasa,jadilah orang yang matang~