Baginda s.a.w. bersabda:
Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]
Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.
Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.
Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, Allah SWT pertemukan kita lagi di ramadhan kali ini. Hati bergetar hebat saat membaca rangkap ini dalam post Abu Saif Khutbah Jumaat:Ramadhan Menamatkan Perhambaan Diri. Dalam banyak yang dipesankan, part yang ini paling menyentuh hati saya. Benar, Allah telah melorongkan segala jalan untuk kita membuat kebajikan dan kebaikan serta menghalangi kita daripada godaan syaitan di bulan yang mulia ini.
Sebelum ramadhan, mungkin kita biasa dengar dialog-dialog sebegini.
"Syaitan la ni yang hasut aku mandi lambat. Dah tak sempat nak solat berjemaah kat surau..."
"Ala...jangan la cakap camtu...aku takut esok bila dah masuk ramadhan, aku lagho lagi tengok cerita petang2, lambat mandi nak salahkan sape pulak?"
Ramadhan tiba untuk melatih kita sentiasa taat kepadaNya dan berhati-hati dalam setiap urusan harian kita. Supaya puasa kita tidak hanya sekadar lapar dan dahaga.
Kenapa part ni yang menarik hati saya?
Kerana saya juga merasakan begitu payah untuk beramal di bulan ini walaupun segala jalan telah disediakan kearahnya. "Seolah-olah kita tidak tertarik pula dengan tawaran Allah dan ganjarannya". Takut dengar ayat ni. Takut untuk mengetahui kondisi iman di hati. Segala yang buruk itu daripada syaitan atau diri kita sendiri. Semoga hati-hati kita sentiasa tertarik untuk mendekatkan diri denganNya dan menambah amal di bulan mulia ini. InsyaAllah..
Yosh~, minna...gambare!!
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
No comments:
Post a Comment