Alhamdulillah, antara sedar atau tidak, sudah setahun saya memilih untuk bersama dengan ISMA. Memilih untuk menerima tarbiyah dan beramal dalam ISMA. Buat yang tidak mengenali, ISMA adalah singkatan daripada Ikatan Muslimin Malaysia. Dulu, mungkin isu jemaah adalah antara isu yang terlalu sensitif untuk dibicarakan di JAD. Kini, selaras dengan misi ISMA untuk proses penggarapan umum dan membesarkan takungan, ISMA memilih untuk bersama masyarakat. Tidak lagi menjadi satu badan yang kelihatan eksklusif untuk ahli-ahlinya sahaja. Maka, selaras dengan itu, saya juga memilih untuk memperkenalkan ISMA kepada anda semua.
Seperti NGO(badan bukan kerajaan) yang lain, ISMA ditubuhkan bukan untuk mendapatkan apa-apa keuntungan, tetapi demi membina generasi harapan. Dengan kata mudahnya, badan yang menguruskan tarbiyah, untuk membentuk insan-insan yang soleh dan musleh(boleh menyolehkan orang lain).
Pimpinan-pimpinan ISMA terdiri daripada mereka yang mendapat tarbiyah terus daripada Ikhwanul Muslimin. Maka, fikrah dan bentuk pentarbiyahan yang dibawa oleh ISMA juga sama dengan apa yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin.
Islam untuk semua orang. Tetapi mengapa organisasi ini perlu diberi nama ISMA?
Seperti anda dan kita semua juga, semua adalah manusia. Tetapi kenapa anda dipanggil Fatimah, dan dia dipanggil Ahmad? Ya, kerana jika tidak diberi nama, kita tak kenal dan tidak boleh untuk menggelarnya. Begitu juga dengan ISMA dan fikrah yang dibawanya. Islam yang dibawa oleh ISMA sama dengan Islam yang dibawa oleh jemaah-jemaah lain. Cuma cara pentarbiyahannya berbeza. Jadi bagi memudahkan kita semua untuk mengenalnya, organisasi ini pun memilih untuk diberi nama ISMA.
Kenapa saya pilih untuk bersama ISMA?
Kerana saya tertarik dengan cara pentarbiyahannya. Seperti yang dikatakan sebelum ini, Islam yang dibawa oleh mana-mana jemaah adalah sama. Bahan rujukan juga sama. Al-Quran dan hadith rasulullah SAW. Cuma cara pentarbiyahan sahaja yang berbeza. ISMA sangat mementingkan usrah dan program-program tarbiyahnya. Apabila anda memilih ISMA, komitmen adalah perkara yang paling penting. Jika anda yakin segala yang diatur oleh ISMA adalah untuk kebaikan iman dan menjadikan anda insan yang lebih baik, tiada alasan lagi untuk anda menolak segala yang telah dirancangkan untuk anda.
Usrah, daurah, mabit, dan segala-gala yang telah diatur adalah WAJIB dihadiri. Tiada alasan untuk berkata tidak. Jika halangan besar datang dan anda tidak dapat hadir, maka segala yang berlangsung dalam program akan direkodkan untuk anda. Supaya anda juga mendapat input yang sama dengan rakan-rakan seusrah. Supaya anda tidak tertinggal sedikit pun daripada proses-proses tarbiyah yang diperlukan untuk membentuk diri menjadi insan baik dan boleh membaikkan orang lain.
Setahun bersama ISMA
Weekend ini berlangsungnya satu program tahunan yang juga saya hadiri tahun lepas. Program yang menjadi titik bermulanya langkah saya bersama ISMA. Setahun telah berlalu, dan kesannya benar-benar dapat dirasai.
"Lepas ni, kalau pergi usrah, pakai baju kurung boleh? Sopan sikit. Kalau pegi program-program pon macam tu jugak ek.."
"Kenapa cakap aku-ko?tukarlah. Cakap ana-enti ke, tak pun cakap saya-awak ke. Yang pasti bukan aku-ko. Kasar sangat bunyinya..."
"ha?Study group dengan budak lelaki?Lepas ni study dengan kawan perempuan je boleh tak?Takde budak perempuan yang pandai ke?Mesti ada keberkatannya kita pilih untuk belajar dalam keadaan yang mengundang redha Allah..."
"hm, ikhtilat. Boleh nak ym dan sms dengan lelaki. Tapi hal-hal penting je la. Pastikan tiada smiley dan kata-kata yang tak penting seperti haha...huhu...hehe...dan lain-lain..."
Inilah antara pesanan-pesanan yang kami terima saban hari dalam membentuk diri menjadi insan yang lebih baik. Kadang-kadang kita merasakan apa yang kita lakukan adalah yang terbaik, sedangkan hakikatnya tidak. Disinilah kepentingannya untuk kita masuk ke dalam sistem tarbiyah yang baik, supaya kita tidak lagi berkompromi dengan diri-sendiri dalam hal-hal tertentu yang sememangnya bercanggah dengan syariat Islam.
ISMA dan ikhtilat
Saya tak pasti tentang jemaah lain, tetapi ISMA saya lihat sebagai sebuah badan yang amat menjaga ikhtilat antara ikhwah dan akhawatnya. Program-program yang dianjurkan banyak yang diasingkan. Jikalau ada program yang bercampur lelaki dan perempuan, maka pengarah dan penolong pengarahnya adalah sepasang suami isteri. Fasilitator-fasilitatornya juga begitu. Maka urusan perhubungan antara lelaki dan perempuan menjadi lebih mudah.
Teramatlah jarang untuk anda melihat mereka yang bukan suami isteri, atau ikhwah dan akhawat yang belum berkahwin untuk bercakap, walaupun dalam program yang sama. Kakak-kakak yang baru berkahwin pun apabila diselidiki, mereka juga tidak pernah berhubung sendiri dengan zauj(suami) masing-masing sewaktu bertunang melainkan melalui mas'ul dan masu'lah, juga ahli keluarga masing-masing. Setiap perhubungan melalui sms atau email akan diforwardkan juga kepada mas'ul dan mas'ulah masing-masing demi menjaga hubungan sebelum berkahwin dan tiada unsur lagho dalam setiap perhubungan.
Ada yang berkata ISMA terlalu syadid dalam perihal ikhtilat sehingga setiap perhubungan dengan ikhwah atau akhawatnya perlu dilaporkan kepada mas'ul dan mas'ulah masing-masing.
"Yang syadid tu hukum Allah SWT, bukan hukum ISMA. ISMA cuma melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah."
Itulah jawapannya. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Tahu syariat, tetapi tidak tahu pula cara melaksanakannya. Maka, itulah kepentingannya untuk kita memasuki sistem tarbiyah. Supaya setiap perkara itu dapat dipelajari dengan lebih mendalam tentang cara pelaksanaanya.
p/s: Sesiapa yang berminat untuk mengikuti usrah ISMA atau program-program umum, silalah ym atau email saya di xylannet_03@yahoo.com.
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
nk m***k...
ReplyDeleteape tu miss anonymous?x faham la...
ReplyDeletemabruk dz=)
ReplyDeleteanti dah mula brada dlm gerakan islam,atau yg lebih tepat lg brada dlm jemaah islam yg smemangnya akan memudahkan kita buat keje dakwah.
bila dh ada dlm jemaah ni, adab2 n prinsip berjemaah kena amalkan.yup,komitmen, thiqah dan berlapang dada penting.lgpun kita masih dlm proses tarbiyah,n ana sndiri msih byk bnda kena blja.
pglaman stiap org berbeza-beza=)
cuma ana sedih, bila berlaku perselisihan/salah faham antara jemaah ni, then mula laa ckp org tu salah, kita btul etc. trutama bg yg msih baru dan kurang terdedah dgn jemaah lain.sbb tu sblum komited,pastikan kita tau ltar blkg NGO yg kita nk sertai.
kt msia ni byk gerakan islam mlalui NGO.apa yg pasti, kita perlu berada dlm jemaah.boleh rujuk bahagian kedua dlm Apa Erti Sy Mganut Islam dari Fathi Yakan yg part menyediakan diri utk gerakan islam.
nway,truskan usaha anti utk bntu islam=) moga usaha ini akan mpermudahkan anti msuk syurga aminn
salam enti..ana blog-hopping ni..
ReplyDeletejumpe pule yg sama fikrah dgn ana.....subhanallah...besaaarkan 'family' ni
sangat setuju dgn pendapat enti..ana juge tertarik dgn isma kerana cara pentarbiyyahannye..
family ni makin besar dan bakal jadi 'international'..masyaAllah.....ana jumpe satu 'dunia' dalam prog baru-baru ni...
moga kite sentiasa tsabat dlm amal2 tarbiyyah..ameen
Teruskan usaha ante.
ReplyDeletesaya rasuk miss anonymous cakap...
ReplyDeletenk *asu*
hee~ ^_^
salam...
ReplyDeletedzu, selangkah ke hadapan nampak...
neway sekadar perkongsian, secara umumnya ak dah ikut usrah (tarbiyyah) ISMA sejak matriks lagi, tapi seperti juga dzulaika, ak start semangat nak ikut secara aktif sejak program TAUTAN, program yang sama yg jadi titik bermula langkah dzulaika (tapi masa tu tak tahu pun die ikut skali sebab ikhtilat yang diterangkan tadi - just tahu di akhir2 program).
secara jujur, ak bersyukur ditemukan dengan sebuah kumpulan manusia yang akhirnya membawa ak melalui satu perubahan besar dalam hidup. aku menjadi 'aku' sekarang ni, sebahagian besarnya kerana usaha2 mereka di ISMA...
hingga kini, ISMA dan orang2 di sekitarnya tetap meninggalkan kesan yg mendalam di hati... uhibbukum fillah...
semoga segala amal kita diterima Allah, walau sebesar biji sawi yang tersembunyi di langit dan di bumi atau di dalam hati...
p/s: agree dgn artikel ni...
@alhuda
ReplyDeletethanx huda atas doanya..semoga kite dpt melangkah ke syurga bersama-sama..setuju ngn huda...tak kisah la NGO mana yg kta sertai, berikanlah yg terbaik yg kite mampu utk tegakkan Islam di muka bumi ini dan yg penting kene berlapang dada dan berbaik sangka pd semua..
@anonymous
harap dapat jumpa enti kt mana-mana program nnt:)
@fareast
insyaAllah...doakan ana..
@akmal
teruskan beramal...mungkin kecil pd pandangan manusia, tp besar nilainya di sisi Allah SWT...
ketahuilah, ISMA sentiasa membuka ruang utk anda terus menerima tarbiyah drpdnya...
kepada yg nak join halaqah tu, jgn segan silu, boleh msg or email sy terus ye(gurls only)...:)
moga2 arah perjalanan yg dipilih mendapat keredhaan Allah..agar jalan2 yang terbuka luas untuk diredah,untuk diteroka,di hilirnya mengalir dan kembali bersatu kepelbagaian syabab2 atas nama cinta Allah,akarnya tauhid,cabangnya syiar dan syariat
ReplyDelete