Monday, August 31, 2009

kenangan bilik itu~

Alhamdulillah..diberi peluang lagi untuk bernafas hari ni...dapat balik rumah jumpe family...dapat pegang laptop ni balik...ari tu balik, laptop ni sakit...masuk hospital, doktor cakap die punya hard disk dah sampai ajal..so, kene tukar yg baru...maknanye, semua data kembali ke fitrah...tapi, xpelah...mungkin itu yang terbaik...terhapuslah gambar2 zaman-zaman jahiliah dulu dari simpanan...semoga sejarah tidak berulang kembali...semoga hidayah ini kekal milik kita hingga ke akhir hayat..insyaAllah...

i'm home
Entah kenapa, sewaktu asar tadi, tergerak hati untuk bersolat di bilik arwah tokwan. Bilik yang telah lama dibiarkan kosong, sejak perginya tokwan ke alam kekal abadi. Bilik yang ditakuti oleh rata-rata penghuni rumah ni, sebab beberapa kematian didalamnya. Dulu, masa tahun 1995, arwah nenek juga meniggal dunia di bilik yang sama.

"Mak rasa nak cat balik la bilik ni. Pastu kite tukar perabot. Kalau tak sampai bila2 kite akan dihantui kenangan bilik ni."

"Membazir je la...xpe, kite ubah susun atur ngan tukar langsir pun ok kot..."

Tenang.

Sayu.

Iulah perasan saat saya meangkah masuk ke bilik tersebut. Membentang sejadah di tempat yang sama tokwan solat dahulu. Tokwan sangat rajin solat. Setiap solatnya di awal waktu. Sebab tenaga yang dah tak banyak, biasanya tokwan akan bersedia awal, sebelum azan lagi sudah berwudhu' dan duduk di sejadah menunggu masuknya waktu solat. Tokwan jugaklah orang yang akan marah, bila ada ahli rumah yang melewatkan waktu solat.

Tokwan tak sempat untuk bertemu ramadhan kali ini. Rasa bersyukur sangat, Allah masih panjangkan umur sehingga ramadhan kali ini. Masih diberi kesihatan dan tenaga untuk bersolat. Yang paling utama, hati ini masih tergerak untuk menunaikan solat dan taat kepda perintahNya.
Selesai solat, teringat kenangan terakhir bersalam dan mencium tokwan. Masa tu hati telah pun terdetik,

"Mungkin inilah salam dan ciuman akhir untuk tokwan..."

Kata-kata maaf dipohon skali, gusar, mungkin tiada peluang lagi selepas ini. Rupa-rupanya sangkaan tu menjadi realiti. Cuma terkilan, tidak berpeluang untuk menatapi jenazahnya buat kali terakhir. Bertahun lamanya tokwan tinggal bersama, ramadhan kali ini terasa kehilangannya. Sebab tokwan sakit, lauk tokwan selalunya special daripada yang lain. Air minum tokwan pun begitu. Jadi, kami adik-beradik akan selang seli bertugas menyiapkan makan dan minum tokwan. Namun, kini segalanya tiada lagi.

Kalau bersolat terawikh, balikk rumah mesti ada tokwan. Sekarang balik, rumah kosong. Walaupun tokwan tak banyak cakap, terasa sangat kehilangannya. Insan itulah yang banyak mendoakan diri ini.

Semoga tokwan aman di sana.

Semoga tokwan dapat berehat sepuas-puasnya sehingga hari kebangkitan nanti.

Semoga Arwah tkwan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman.

Semoga diberi peluang untuk bertemu kembali dengan tokwan di pintu syurga nanti.

InsyaAllah...

p/s : hargailah insan-insan tersayang disekeliling kta, selagi hayat ada...ringankanlah lidah untuk menyebut kata sayang dan maaf..supaya tidak terilan di kemudian hari...

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Wednesday, August 26, 2009

2 Ramadhan yang lalu...

2 Ramadhan 1430H(Ahad)

Hari ni hari ahad. Semalam ada kelas, ganti untuk cuti pada hari jumaat nanti. Jadi, pagi ahad ni, cadangnya hendak masakkan sahur untuk ahli rumah, malangnya terlajak pula hingga matahari telah terbit.

Bangun, dan berfikir sambil menyusun aktiviti yang hendak dilakukan hari ini. Mandi dan terus menyiapkan diri untuk memasak iftar petang ni. Puding triffle, resepi yang menjadi pilihan. Target, pukul 11pg semuanya telah selesai. Malangnya, sinki dapur yang tersumbat agak mengganggu konsentrasi memasak. Alhamdulillah segalanya siap lebih kurang pukul 12.30tghari.

Tiada yang menarik berlaku. Kitab ar-Raheeq makhtum dibelek, membaca tentang peribadi penulis sebelum diteruskan dengan segala isinya yang pasti menarik. Alhamdulillah sejak diri ini menjadi 'Islam' semula, buku-buku sirah semakin mendapat tempat di hati. Nafsu saya pada buku sangat kuat, sehinggakan hampir setiap kali keluar shopping dengan tujuan lain, pasti akhirnya ada satu atau dua buah buku yang terbeli.

Rak buku dibelek, buku "Ramadhan Tetamu Yang Dirindui" karangan Ustaz Abdul hadi Awang pula menjadi pilihan. Kisah ini disingkap daripada catatan beliau dalam karyanya ini.

Demi menyelusuri ramadhan kali ini dengan lebih baik, marilah kita sama-sama menyingkap kembali peristiwa yang berlaku pada 2 Ramadhan yang lalu.


2 Ramadhan 0002H(Jumaat)

Pada hari ini berlakunya peperangan yang pertama dalam Islam, yang dikenali sebagai Perang Badar. Badar adalah nama tempat yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Alhamdulillah, tentera Islam berjaya mengawal kawasan strategik, tsumari, berjaya menguasai sumber air di kawasan itu.


Peperangan antara 313 orang tentera muslimin, bertembung dengan 1000 orang tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Pada peringkat awal, tentera Islam tidak bercadang untuk berperang, tetapi mereka ingin memintas pasukan pemimpin Mekah bernama Abu Sufian dalam perjalanan pulang dari Syam. Supaya bekalan musuh yang berpusat di Mekah dapat dilumpuhkan.

Tiba-tiba, mereka terpaksa berhadapan dengan tentera musuh yang lebih ramai dan kebanyakannya adalah di kalangan ahli keluarga mereka sendiri. Tetapi tentera Islam tetap teguh berperang menegakkan agama Allah, dengan disertai oleh para malaikat.

"Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukurinya." (surah Ali-Imram:123-125)

Peperangan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Sebanyak 70 orang tentera musyrikin terbunuh, 70 orang lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Perang ini sangat luar biasa kerana kemenangan berpihak kepada tentera Islam yang jumlahnya lebih kecil. Tambahan pula, para sahabat sedang menjalani ibadah puasa ketika itu. Hal ini membuktikan puasa bukanlah penyebab kurangnya produktiviti kita, malah umat Islam saat itu masih boleh berperang dalam keadaan lapar dan dahaga. Itulah orang-orang yang berjuang mencapai redha Allah SWT.

Allah SWT mengangkat martabat para sahabat yang menyertai perang badar, dan kesemua mereka dijanjikan syurga olehNya. Merekalah para Hizbullah, iaitu orang yang menegakkan agama Allah.

"Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasulnya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang yang menanamkan iman dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongna yang datang daripadaNya dan dimasukkanNya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan mereka kekal di dalamnya. Allah redha kepada mereka dan mereka pun berasa puas kepada(limpahan rahmat)Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung." (surah al-Mujadalah:22)


Pengajaran Untuk Kita
Begitu teguh sekali umat terdahulu mendokong agama ini. Sesungguhnya golongan inilah yang banyak memotivasikan diri saya untuk terlibat dalam dakwah dan tabah mengahrungi hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan. sekurang-kurangnya, saya tidak diuji sehebat mereka. Terpaksa memilih antara Allah dan rasulNya mahupun ahli keluarga tercinta. Nyata cinta kepada Allah dan rasulNya tetap utuh di hati mereka. Lantas, jadilah mereka orang yang beruntung dan beroleh syurganya.

Golongan ini jugalah golongan pertama yang ditarbiyah oleh Rasulullah SAW. Qaidah sulbah yang menyambung perjuangan baginda menegakkan Islam di bumi Allah SWT. Golongan yang menyebabkan kita semua lahir dalam agama Islam hari ini. Maka, secara tak langsung, menjadi kewajipan bagi kita semua, menyambung perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat bagi memberi keamanan kepada seluruh umat manusia, dengan ketundukan kepada Allah SWT, dan pengamalan cara hidup Islam.

Yang paling utama, bercita-citalah untuk menjadi seperti mereka dengan langkah pertama, mengubah diri kita sendiri. Berusahalah untuk menjadikan diri kita sehebat mereka, supaya agama mulia ini, tidak terfitnah dengan adanya kita. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk memperbaiki diri di bulan mulia ini. Semoga 1 Syawal nanti, kita dapat keluar dalam keadaan fitrah kembali.



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Saturday, August 22, 2009

Khutbah ramadhan

Dipetik daripada blog Saifulislam.com
Baginda s.a.w. bersabda:

kemudahan-ramadhan

Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, Allah SWT pertemukan kita lagi di ramadhan kali ini. Hati bergetar hebat saat membaca rangkap ini dalam post Abu Saif Khutbah Jumaat:Ramadhan Menamatkan Perhambaan Diri. Dalam banyak yang dipesankan, part yang ini paling menyentuh hati saya. Benar, Allah telah melorongkan segala jalan untuk kita membuat kebajikan dan kebaikan serta menghalangi kita daripada godaan syaitan di bulan yang mulia ini.

Sebelum ramadhan, mungkin kita biasa dengar dialog-dialog sebegini.

"Syaitan la ni yang hasut aku mandi lambat. Dah tak sempat nak solat berjemaah kat surau..."

"Ala...jangan la cakap camtu...aku takut esok bila dah masuk ramadhan, aku lagho lagi tengok cerita petang2, lambat mandi nak salahkan sape pulak?"

Ramadhan tiba untuk melatih kita sentiasa taat kepadaNya dan berhati-hati dalam setiap urusan harian kita. Supaya puasa kita tidak hanya sekadar lapar dan dahaga.

Kenapa part ni yang menarik hati saya?

Kerana saya juga merasakan begitu payah untuk beramal di bulan ini walaupun segala jalan telah disediakan kearahnya. "Seolah-olah kita tidak tertarik pula dengan tawaran Allah dan ganjarannya". Takut dengar ayat ni. Takut untuk mengetahui kondisi iman di hati. Segala yang buruk itu daripada syaitan atau diri kita sendiri. Semoga hati-hati kita sentiasa tertarik untuk mendekatkan diri denganNya dan menambah amal di bulan mulia ini. InsyaAllah..

Yosh~, minna...gambare!!


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Friday, August 21, 2009

mesej ringkas untuk awak semua~

Rindu untuk menulis kembali pada semua. Hidup yang sangat huru-hara minggu ni. Setiap hari ada kuiz. Tambahan pula subjek-subjek yang memerlukan kemahiran membaca, menghafal dan memahami. Ekonomi dan Engineering Metallurgy. Hari ini baru saya rasa ada hikmahnya mak suruh amik teknikal, instead of biology mase form 4 dulu. Mungkin mak yang lebih memahami anak dia ni sangat lemah dalam bab-bab menghafal dan memahami teori-teori yang memerlukan pembacaan yang banyak.

Rindu nak tengok nombor-nombor dan rumus-rumus. Namun, yang pasti saya tidak boleh mengalah. Terbukti insan-insan hebat adalah mereka yang kuat daya ingatannya. Nak taknak kene asah otak untuk lebih banyak membaca dan menghafal.

Saya sangat mengkagumi mereka yang mampu menghafaz al-Quran dengan cepat dan baik. Pengalaman bersembang dengan student Darul Quran,

"Dulu masa interview nak masuk DQ, dia suruh hafal 1 page al-Quran dalam masa sejam."

Sugoi jyan...Imam Syafie pun seawal usia 9tahun dah berjaya menghafal al-Quran...dzulaikha? insyaAllah...satu hari nanti...

Saya juga sangat kagum dengan rakan-rakan yang sangat bersemangat untuk belajar. Memandangkan kedua-dua subjek ni bukan yang menjadi minat saya, sedikit sebanyak mempengaruhi semangat untuk belajar dan mendalami kedua-duanya.

"Ya Allah berilah aku kekuatan untuk mendalami subjek-subjek ini. Semoga satu hari nanti berguna untuk diriku dan agamaMu.."

Sempena ramadhan yang bakal menjelang, jom kita semak amal-amal yang boleh dilaksanakan sepanjang ramadhan ini.

1. Tilawah al-Quran 30 juzuk
2. Hafazan juzuk 30
3. Sedekah untuk Palestin
4. Sedekah untuk anak-anak yatim dan orang susah
5. Qiamullail
6. Belanja orang berbuka puasa

Personally, inilah yang saya ingin capai ramadhan ini. Semoga Allah pertemukan kita semua dengan ramadhan kali ini. Selalunya bila sakit, terasa macam ada harapan untuk sembuh kembali. Tapi sakit kali ini, terasa seperti ajal semakin hampir pula.

Setiap kali bangun tidur, bersyukur sangat sebab masih bernafas.

Setiap kali solat, bersyukur sangat sebab masih boleh sujud dan minta keampunannya.

Semoga di beri kesempatan menjadi tetamu ramadhan kali ini.

Takut menghadapi mati? Jom sediakan bekal~

Takut keseorangan di kubur? Jom baca quran, jangan tinggalkan surah al-Mulk sebelum pejamkan mata untuk tidur...

Takut dengan azab Allah? Jom banyakkan istighfar dan taubat kita...rahmat dan ampunannya sangat luas, cuma kita yang tidak hargainya.

Semoga bertemu kembali di pintu syurga nanti. InsyaAllah...

p/s: kalau ditakdirkan saya pergi dulu sebelum anda, ringankanlah mulut anda untuk mendoakan keselamatan saya di sana...maaf ya kalau ada salah apa2...semoga kita semua memperoleh hidayah dan rahmat dariNya...

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Sunday, August 16, 2009

perempuan, solat di surau, dan kisah di suatu subuh...

Artikel ni saya copy daripada email. Ada orang forwardkan. Bila baca ni, semangat saya untuk turun surau dan solat berjemaah meningkat. Disaat diri dilanda futur sebab kelapangan masa di hujung minggu, Allah hantarkan artikel ni untuk tingkatkan kembali semangat untuk beramal. Harap anda semua pun begitu juga.

Kepada rakan-rakan perempuanku, marilah kita sama-sama mengimarahkan surau. Sesungguhnya inilah peluang terakhir kita untuk mendapat pahala solat berjemaah di surau. Lepas ni kat nihon mesti dah tak berpeluang nak dapat. Lepas tu balik m'sia, dah start kerja pulak. Bila dah kerja dari pagi hingga petang, sempat lagi ke kita nak menjengah surau? Nanti bila dah kahwin pulak, lebih baik untuk kita duduk di rumah dan jadi imam kepada anak-anak pula. Mesti dah tak berpeluang untuk ke masjid atau surau. Jadi, sama-samalah kita manfaatkan 6 bulan terakhir kita di sini, untuk dapat pahala solat berjemaah di surau.

Dan satu perkara yang saya tak boleh lupa tentang perempuan, solat berjemaah dan surau. Suatu ketika semasa di matrix, seorang sahabat saya bertanya kepada mr**** tentang hukum perempuan bersolat jemaah di surau.

"mg rase buleh dop bena org perempuan gi smayg kt surau?"

"set mg xyah smayg kat surau la...wat tambah dosa je..."

"hah?bakpo dosa plak yg bertambah?bkn solat kt surau dpt pahala lg banyak ke?"

"ye la...set mg meme la nak tambah pahala solat kt surau...tp x tutup aurat pun ke surau...pakai baju ketat, stokin x pakai...wat tambah dosa set mg ngn set2 aku je..."

Saya tak termasuk dalam sesi dialog mereka berdua. Tapi saya di belakang mereka saat itu. Telinga ini yang meneliti segala yang terkeluar daripada mulut2 mereka. Sedar yang segala yang terkeluar daripada mulut mr**** benar2 belaka. Alhamdulillah, mulai detik itu Allah bukakan pintu hati untuk memakai stokin, belajar untuk menutup aurat dengan sempurna. Semoga dosa saya dan mereka tidak bertambah dan bertambah lagi hari demi hari. Semoga Allah mengampuni dosa kami yang lalai dan mengingkari perintahnya.

Terima kasih juga kepada mr**** kerana menyedarkan saya tentang perkara yang saya dan rakan-rakan terlepas pandang sebelum ini. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya untuk kamu. Semoga kamu beroleh redhaNya di dunia dan akhirat kerana menyelamatkan kami daripada terus melakukan dosa.

OK, termelalut panjang pula. Harap kita dapat sama-sama hayati kisah ini. Tak pasti tentang kesahihan ceritanya, tapi garaplah isi-isi penting yang cuba disampaikan melaluinya. Semoga kita semua lebih bersemangat untuk mengimarahkan surau di setiap waktu solat~. Selamat menyambut kedatangan ramadhan!!

Sholat Subuh di Masjid

Seorang pria bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid .

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

ditengah jalan menuju masjid, pria tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,

dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI,

berjalan menuju masjid .


Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!

Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.

Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,

berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang pria yg memegang lampu.

Dia menanyakan identitas pria tsb, dan pria itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,

jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.'

Pria pertama mengucapkan ter ima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pria pertama bertanya kepada pria yang

membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya.

Pria kedua menolak.

Pria pertama mengajak lagi hingga berkali2 dan,

lagi, jawabannya sama.

Pria pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

Pria kedua menjawab

Aku adalah Setan (devil/ evil)


Pria itu terkejut dgn jawaban pria kedua.

Setan kemudian menjelaskan,

'Saya melihat kamu berjalan ke masj id ,

dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,

membersihkan badan dan kembali ke masj id ,

Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan

bahkan itupun tidak membuatmu merubah pikiran untuk tinggal dirumah saja,

kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karena hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHAWATIR jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya,

jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,

jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai d ima sjid dgn selamat..'

Jadi, jangan pernah biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.

Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat

dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut





>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Friday, August 14, 2009

Langit ilahi~


Alhamdulillah, setelah sekian lama membaca buku ni, khatam juga akhirnya. Semasa melayari blog Abu Saif, ada terbaca komen-komen orang tentang buku ini yang akan dilancarkan di pesta buku tempoh hari juga, tapi masih tidak terniat untuk beli. Hanya 2 buah buku karangan Abu Saif yang menjadi matlamat saya sewaktu ke pesta buku dahulu.

Sampai di gerai Galeri Ilmu, saya terus mencapai buku-buku Abu Saif(bercinta hingga ke syurga dan rindu bau pohon tin) sambil membelek-belek majalah Anis yang dijual. Promoter pun menghulurkan buku ini kepada saya.

"Belilah dik...buku ni pun best jugak...sama macam buku yg adik amek tu...penulis die tulis website jugak..."

"o0oo..."

Saya pun membelek-belek cover dan melihat pengarangnya.

"handsome jugak ustaz ni..."monolog dalam hati.

Tapi tak terbeli jugak. Minggu depannya sewaktu pesta buku hampir berakhir baru saya digerakkan hati untuk membeli buku ni. Lepas beli dan baca, memang tak rasa rugi pun. Secara keseluruhannya, buku ni macam himpunan artikel-artikel pendek. Artikel-artikel motivasi yang membuatkan kita kembali menghitung diri kita. Siapa kita, dan siapa Allah SWT. Buku yang banyak mengajar saya untuk merendah diri dan berasa hina dihadapannya. Kerana sememangnya hakikat kita manusia, adalah hamba kepada Allah SWT.

Pengarang buku ni namanya Hilal Asyraf. Websitenya adalah www.langitilahi.com. Dan yang mengejutkan adalah beliau rupanya sama umur dengan saya. Subhanallah...di saat diri ini masih tercari-cari misi dan tujuan hidup di dunia, insan hebat ini sudah pun mengarang buku untuk mengajak kita semua menjadi hamba. Semoga Allah merahmatinya dan mempermudah segala urusannya.

Kepada yang berminat nak baca, boleh pinjam daripada saya. Semoga kita semua terdidik untuk menjadi hamba yang terbaik untukNya. InsyaAllah...

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Sunday, August 9, 2009

setahun bersama ISMA..

Alhamdulillah, antara sedar atau tidak, sudah setahun saya memilih untuk bersama dengan ISMA. Memilih untuk menerima tarbiyah dan beramal dalam ISMA. Buat yang tidak mengenali, ISMA adalah singkatan daripada Ikatan Muslimin Malaysia. Dulu, mungkin isu jemaah adalah antara isu yang terlalu sensitif untuk dibicarakan di JAD. Kini, selaras dengan misi ISMA untuk proses penggarapan umum dan membesarkan takungan, ISMA memilih untuk bersama masyarakat. Tidak lagi menjadi satu badan yang kelihatan eksklusif untuk ahli-ahlinya sahaja. Maka, selaras dengan itu, saya juga memilih untuk memperkenalkan ISMA kepada anda semua.

Seperti NGO(badan bukan kerajaan) yang lain, ISMA ditubuhkan bukan untuk mendapatkan apa-apa keuntungan, tetapi demi membina generasi harapan. Dengan kata mudahnya, badan yang menguruskan tarbiyah, untuk membentuk insan-insan yang soleh dan musleh(boleh menyolehkan orang lain).

Pimpinan-pimpinan ISMA terdiri daripada mereka yang mendapat tarbiyah terus daripada Ikhwanul Muslimin. Maka, fikrah dan bentuk pentarbiyahan yang dibawa oleh ISMA juga sama dengan apa yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin.

Islam untuk semua orang. Tetapi mengapa organisasi ini perlu diberi nama ISMA?
Seperti anda dan kita semua juga, semua adalah manusia. Tetapi kenapa anda dipanggil Fatimah, dan dia dipanggil Ahmad? Ya, kerana jika tidak diberi nama, kita tak kenal dan tidak boleh untuk menggelarnya. Begitu juga dengan ISMA dan fikrah yang dibawanya. Islam yang dibawa oleh ISMA sama dengan Islam yang dibawa oleh jemaah-jemaah lain. Cuma cara pentarbiyahannya berbeza. Jadi bagi memudahkan kita semua untuk mengenalnya, organisasi ini pun memilih untuk diberi nama ISMA.

Kenapa saya pilih untuk bersama ISMA?
Kerana saya tertarik dengan cara pentarbiyahannya. Seperti yang dikatakan sebelum ini, Islam yang dibawa oleh mana-mana jemaah adalah sama. Bahan rujukan juga sama. Al-Quran dan hadith rasulullah SAW. Cuma cara pentarbiyahan sahaja yang berbeza. ISMA sangat mementingkan usrah dan program-program tarbiyahnya. Apabila anda memilih ISMA, komitmen adalah perkara yang paling penting. Jika anda yakin segala yang diatur oleh ISMA adalah untuk kebaikan iman dan menjadikan anda insan yang lebih baik, tiada alasan lagi untuk anda menolak segala yang telah dirancangkan untuk anda.

Usrah, daurah, mabit, dan segala-gala yang telah diatur adalah WAJIB dihadiri. Tiada alasan untuk berkata tidak. Jika halangan besar datang dan anda tidak dapat hadir, maka segala yang berlangsung dalam program akan direkodkan untuk anda. Supaya anda juga mendapat input yang sama dengan rakan-rakan seusrah. Supaya anda tidak tertinggal sedikit pun daripada proses-proses tarbiyah yang diperlukan untuk membentuk diri menjadi insan baik dan boleh membaikkan orang lain.

Setahun bersama ISMA
Weekend ini berlangsungnya satu program tahunan yang juga saya hadiri tahun lepas. Program yang menjadi titik bermulanya langkah saya bersama ISMA. Setahun telah berlalu, dan kesannya benar-benar dapat dirasai.

"Lepas ni, kalau pergi usrah, pakai baju kurung boleh? Sopan sikit. Kalau pegi program-program pon macam tu jugak ek.."

"Kenapa cakap aku-ko?tukarlah. Cakap ana-enti ke, tak pun cakap saya-awak ke. Yang pasti bukan aku-ko. Kasar sangat bunyinya..."

"ha?Study group dengan budak lelaki?Lepas ni study dengan kawan perempuan je boleh tak?Takde budak perempuan yang pandai ke?Mesti ada keberkatannya kita pilih untuk belajar dalam keadaan yang mengundang redha Allah..."

"hm, ikhtilat. Boleh nak ym dan sms dengan lelaki. Tapi hal-hal penting je la. Pastikan tiada smiley dan kata-kata yang tak penting seperti haha...huhu...hehe...dan lain-lain..."

Inilah antara pesanan-pesanan yang kami terima saban hari dalam membentuk diri menjadi insan yang lebih baik. Kadang-kadang kita merasakan apa yang kita lakukan adalah yang terbaik, sedangkan hakikatnya tidak. Disinilah kepentingannya untuk kita masuk ke dalam sistem tarbiyah yang baik, supaya kita tidak lagi berkompromi dengan diri-sendiri dalam hal-hal tertentu yang sememangnya bercanggah dengan syariat Islam.

ISMA dan ikhtilat
Saya tak pasti tentang jemaah lain, tetapi ISMA saya lihat sebagai sebuah badan yang amat menjaga ikhtilat antara ikhwah dan akhawatnya. Program-program yang dianjurkan banyak yang diasingkan. Jikalau ada program yang bercampur lelaki dan perempuan, maka pengarah dan penolong pengarahnya adalah sepasang suami isteri. Fasilitator-fasilitatornya juga begitu. Maka urusan perhubungan antara lelaki dan perempuan menjadi lebih mudah.

Teramatlah jarang untuk anda melihat mereka yang bukan suami isteri, atau ikhwah dan akhawat yang belum berkahwin untuk bercakap, walaupun dalam program yang sama. Kakak-kakak yang baru berkahwin pun apabila diselidiki, mereka juga tidak pernah berhubung sendiri dengan zauj(suami) masing-masing sewaktu bertunang melainkan melalui mas'ul dan masu'lah, juga ahli keluarga masing-masing. Setiap perhubungan melalui sms atau email akan diforwardkan juga kepada mas'ul dan mas'ulah masing-masing demi menjaga hubungan sebelum berkahwin dan tiada unsur lagho dalam setiap perhubungan.

Ada yang berkata ISMA terlalu syadid dalam perihal ikhtilat sehingga setiap perhubungan dengan ikhwah atau akhawatnya perlu dilaporkan kepada mas'ul dan mas'ulah masing-masing.

"Yang syadid tu hukum Allah SWT, bukan hukum ISMA. ISMA cuma melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah."

Itulah jawapannya. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Tahu syariat, tetapi tidak tahu pula cara melaksanakannya. Maka, itulah kepentingannya untuk kita memasuki sistem tarbiyah. Supaya setiap perkara itu dapat dipelajari dengan lebih mendalam tentang cara pelaksanaanya.


p/s: Sesiapa yang berminat untuk mengikuti usrah ISMA atau program-program umum, silalah ym atau email saya di xylannet_03@yahoo.com.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Tuesday, August 4, 2009

result??masa untuk muhasabah...

"Apa pun(kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa(kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." (asy-Syura:36)

Alhamdulillah...penantian berakhir...akhirnya dapat jugak result...hanya lafaz alhamdulillah yang mampu hamba ini lafazkan kepada Penciptanya atas segala nikmat yang diberikan. Yang pasti, nikmat iman, Islam dan hidayahNya itu lebih besar harganya untuk menjamin kebahagiaan kekal abadi di akhirat kelak.

Kalau sebelum ini saya banyak terfikir, mengapa segala yang saya inginkan, sering tidak dimakbulkan oleh Allah, kini saya sedar. Rupanya banyak nikmat pemberiannya yang saya terlepas pandang.

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"(ar-Rahman)

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya, Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(an-Nahl:18)

Allah bagi kehidupan yang baik.

Kesihatan yang baik.

Keluarga yang bahagia.

Negara yang aman.

Oksigen, makanan, duit, scholarship, ilmu dan macam-macam lagi sehingga tak terhitung oleh kita. Jadi, kenapa sedikit yang Allah tak bagi tu kita nak persoalkan?

Soalan ni untuk diri saya sebenarnya. Memuhasabah diri menjadikan saya semakin benci kepada diri sendiri. Mengharap ada peluang untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Mengharap ampunan dan hidayahNya buat hati ini yang semakin banyak mempersoalkan urusanNya. Ampunilah hambaMu ini ya Allah...

"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan."(asy-Syura:25)

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Sunday, August 2, 2009

mari merancang~


Waktu untuk mensucikan diri telah tiba!!!
Sedih bila kita tak dapat nak jadi hamba yang terBAIK buat tuannya...
Jadi, ambillah peluang sewaktu ramadhan ini, untuk beri yang terbaik pada Allah SWT atas segala yang telah diberikannya kepada kita. Jarang sekali kita bersyukur, malah mengeluh pula atas ujian-ujianNya kepada kita.

Persediaan untuk menyambut ramadhan pasti bermula dari sekarang. Ini pun dah di kira last minute kerana sepatutnya, setelah 1 Syawal tiba, kita sudah seharusnya plan dan bersedia untuk ramadhan yang seterusnya. Namun, hakikat insan yang sememangnya pelupa, mengalpakan diri ini dengan dunia tersendiri.

Berdoalah, semoga Allah pertemukan kita dengan ramadhan kali ini.

Berdoalah supaya Allah mengurniakan kekuatan untuk kita beramal secara maksimum ramadhan kali ini.

Berdoalah supaya Allah menetapkan hati kita untuk terus istiqamah dalam beramal setelah berlalunya ramadhan kali ini.

Berdoalah agar Allah mempertemukan kita dengan lailatulqadar sewaktu ramadhan kali ini.

Berdoalah agar Allah panjangkan umur kita untuk menjejaki ramadhan yang seterusnya.

Berdoalah dengan keyakinan yang tinggi dan kerendahan hati yang mengharap hanya kepadaNya agar diri ini dapat disucikan daripada najis dosa.

Berdoalah agar ditetapkan iman di hati dan dipelihara daripada melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.

Berdoalah apa sahaja yang anda ingini, pasti Allah mendengarnya.

Semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terbaik buat kita semua.

Kalau sebelum ini kita berpuasa seperti rutin tahunan, kali ini perbaharuilah puasa kita. Niatkanlah puasa kita ini semata-mata untuk mendapatkan redhaNya, untuk menagih pengampunan dariNya, untuk mendekatkan diri kepadaNya, untuk melatih diri daripada melakukan perbuatan dosa, juga untuk mendidik diri sentiasa menyandarkan harapan kepadaNya. Semoga puasa kita kali ini, memberi perubahan yang besar buat iman di hati kita semua.

Sabda Rasulullah SAW,
“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni.”(hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

“Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Dan berdoalah, semoga ramadhan kali ini mengundang rahmatNya buat diri kita, keluarga, sahabat dan muslim di seluruh dunia. Berusahalah untuk berpuasa yang terbaik, demi meraih cinta Ilahi. Kerana Rasulullah SAW bersabda,
“Kalau Aku(Allah) telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dan perbanyakkanlah doa kita,bermula dari sekarang. Supaya kita terbiasa untuk banyak berdoa di ramadhan nanti. Kerana sesungguhnya doa orang yang berpuasa itu pasti akan dimakbulkan.
“Tiga doa yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang teraniaya. Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu- pintu langit. ‘Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Tidak lupa juga, rancanglah kewangan anda bermula dari sekarang. Rancanglah perbelanjaan anda. Bukan perbelanjaan untuk menyambut hari raya, tetapi perbelanjaan untuk beramal di bulan mulia ini. Berapa yang ingin diinfakkan untuk anak yatim, untuk warga Palestin, untuk sahabat handai, untuk mad'u, haousemate dan lain-lain.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadith yang panjang,

“Barangsiapa pada bulan Ramadan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka itu menjadi keampunan bagi dosa-dosanya, dan mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain.

Mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.’

Beliau berkata, ‘Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu… Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga di mana ia tidak akan haus hingga masuk syurga.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Semoga kita termotivasi untuk merancang yang terbaik buat ramadhan kali ini. Dan segalanya pasti bermula saat ini. Berhentilah daripada bertangguh untuk melakukan kebaikan. Jika Allah tak pertemukan kita dengan ramadhan kali ini, sekurang-kurangnya kita masih punya saham atas segala usaha yang kita lakukan demi mendapat puasa, pahala amalan yang terbaik diiringi cinta dan redhaNya di ramadhan kali ini.

Jom, rancang yang terbaik untuk ramadhan ni!!




>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<