Saturday, June 27, 2009

kata yang tak terluah

Saya juga manusia biasa. Inilah kata-kata yang tak terluah oleh saya. Jika anda sayangkan saya dan mampu untuk menerima saya seadanya, maka teruskanlah pembacaan. Jika tidak, abaikanlah post kali ini. Sebab saya pun takut anda tak mampu menerima the real me. Saya yang sebenar. Saya yang juga manusia biasa.

Fikirlah....nak teruskan pembacaan atau tidak...

Fikirlah....nak teruskan pembacaan atau tidak...

Fikirlah....nak teruskan pembacaan atau tidak...

Sedikan hati dan minda anda untuk menerima dengan hati terbuka segala yang tak terluah oleh saya selama ini...Last but not least...

Fikirlah sekali lagi....nak teruskan pembacaan atau tidak...

Ampuni saya jika ada yang akan terluka selepas ini...

Post ini juga banyak cerita tentang saya, kalau tak berminat untuk tahu, boleh abaikan...tiada paksaan...















Saya sakit, saya lemah, saya kelaparan dan saya kesunyian. Nak mak, nak ayah, nak nisa, nak wawa, nak mai, nak mazni dan lain-lain. Saya juga manusia biasa. Melangkah ke JAD mungkin menjadikan saya seorang Dzulaikha yang baru. Panggilan juga berubah. Dulu orang panggil dz, kat sini orang panggil dzu. Tak tahu berubah yang bagaimana, tapi yang pasti tidak seperti dahulu lagi. Memang cita-cita saya untuk jadi insan baru.

Saya tidak pandai bersahabat. Sebab lidah saya berbisa kata orang. Sebab tu tak ramai yang nak jadi kawan saya. Sifat itu cuba saya buang di sini. Sebab tu saya suka untuk study dalam bilik, sebab saya takut lagi banyak saya bercakap dan berjumpa dengan orang, lagi banyak hati yang akan disakiti. Saya juga suka untuk melihat senyuman di wajah setiap insan yang saya temui, maka kadang-kadang saya abaikan perasaan sendiri demi sebuah senyuman diwajah anda. Lagipun, itukan pesan rasulullah SAW, mochiron la kene ikut kan.

Tapi kan, saya juga manusia biasa. Adakala saya rasa nak marah orang, tapi kita kene tahan marah. Jadi saya tahanlah dan cuba lupakan. Kadang-kadang tak puas hati dengan perbuatan orang lain, saya pun keras kepala jugak, nak ikut kepala sendiri jugak, tapi sifat ini pun tak elok, maka saya cuba bertahan dan mendiamkan diri. Kadang-kadang rasa nak bermanja dengan orang, nak makan yang orang belanja,tapi macam menyusahkan orang pulak, maka saya lupakan juga. Kadang-kadang rasa nak pentingkan diri sendiri, tapi itupun tak elok jugak, maka saya abaikan jugak perasaan2 tak elok ini.

Tapikan,saya rasa saat inilah kesabaran saya diuji. Sejauhmana saya mampu untuk kekalkan akhlak yang sedemikian. Sejauh mana saya mampu untuk taat pada suruhanNya. Saya sakit, saya lemah, saya lapar dan saya kesunyian. Saya ada banyak report nak disiapkan, tapi saya tak faham dan tak tahu nak buat macam mana. Saya ada program yang perlu dihadiri. Saat ini saya rasa saya nak pentingkan diri saya!!Saya bukanlah seorang yang sentiasa kuat. Hari ini saya rasa lemah sangat. Saya lapar dan saya nak makan, tapi saya tak larat nak masak, tak larat nak gi beli sendiri. Saya nak suruh orang lain buat boleh tak? Macam menyusahkan orang lain, tapi saya tak larat.

"Budak2 tudung labuh ni tak nak maen sukan...menimbulkan fitnah kepada agama ni...timbulkan fitnah ni.." Kata seorang sahabat.

Saya nak sokong sukan sampai habis, tapi saya tak larat. Saya balik ke rumah pun bukan laptop yang saya kejar, tapi katil. Saya bukan insan perfect yang sentiasa sihat dan bersemangat. Hari ni saya rasa lemah sangat, saya selalu pinjamkan bahu dan telinga pada orang, tapi hari ni saya nak pinjam telinga dan bahu orang lain. Tapi saya tak tahu siapa orang tu.

Nak nisa, nak mai, nak maimis, nak wawa.

"dz, ko ok tak ni? xpe ar..aku teman ko dekat asrama la..ponteng prep same2...hehe.."

"dz, bangun...dah lmbat ni, ko gi la mandi cepat...nanti aku kemaskan katil ko.."

Saya tak suka bilik dan locker saya bersepah. Tapi saya pun tak perfect. Hari ni semua jadi kucar-kacir sebab saya memang tak larat. Saya nak siapkan report, tapi saya kene berbaring untuk legakan sakit. Pastu saya asyik tidur je. Tubuh ni bukan milik saya. Kekuatan itu bukan milik saya juga. Saya perlukan sokongan, saya perlukan bantuan. Saya pun manusia biasa jugak.

Saya pun ada perasaan jugak. Selama ini saya mampu untuk melupakan apa yang saya rasa dan mampu handle kemarahan saya. Tapi hari ni saya tertekan dengan keadaan saya. Saya rasa saya tak kuat untuk melupakan rasa hati sendiri. Saya pun manusia biasa. Saya pun sensitif jugak. Saya pun nak marah orang jugak. Tapi semua tu pun tak elok jugak. Maka inilah saya yang lemah. Yang hanya mampu menangis di hadapan laptop sambil meluahkan rasa. At least, tiada siapa yang akan terasa hati dengan saya.

Nak nisa, nak mai, nak maimis, nak wawa.

"sorry la mai, aku tengah tension ni. Nasib la ko yang dekat ngan aku. Ko la yang kene marah."

Kenapa saya nak sangat jumpa mereka ni? Sebab merekalah insan-insan yang dapat menerima saya seadanya. Hari ni mereka dimarahi sebab ketensionan saya dekat orang lain,. tapi esok hari bila saya terlewat bangun untuk ke kelas, balik je ke bilik lepas mandi, baju sekolah telah bergosok, katil telah dikemas. Insan-insan yang mengabaikan keburukan saya dan menerima saya seadanya. Insan yang memahami bahawa saya bukan sengaja bertindak sedemikian rupa dan menghadiahkan kebaikan pula kepada saya. Yang tiada itulah yang akan selalu dikenang.

Saya tak pasti ada yang seperti mereka di sini. Atau mungkin saya yang tak pernah cuba mengenali anda semua. Anda mungkin sanggup untuk menjadi sahabat saya jika saya sentiasa cuba untuk menggembirakan hati anda semua. Tapi saya tak pasti, jika saya bertindak melukai hati anda sekarang, mampukah anda untuk menerima saya lagi sebagai sahabat? Kuatkah anda untuk menerima kemarahan saya dan kemudian melupakannya begitu sahaja? Mampukah anda berkata seperti mereka,

"Dz tengah tension tu...lek2 wat tak tau je...wat pekak je..."

dan menerima saya seperti tiada apa yang berlaku sebelum itu. Pernah saya terlepas kata sewaktu tension, dan niat sahabat saya itu mamang baik untuk mengambil tahu pasal saya.

"Sorry, tengah tension ni...baik awk jauhkan diri dari saya. Nanti saya marah awak.."

Dan kata-kata itu juga melukai hatinya. Saya manusia biasa. Maafkan saya atas kekasaran saya sebelum ini. Terimalah saya seadanya. Bantulah saya, sokonglah saya. Saya pun takut untuk mati dalam keadaan menyakiti hati insan-insan disekeliling saya. Buat sesiapa yang terasa hati dengan penulisan saya kali ini, saya minta maaf. Terimalah saya seadanya. Buat housemate2 kesayangan saya, bukan niat saya untuk memencilkan diri dalam bilik, tapi dalam keadaan kesihatan yang tidak stabil dan emosi yang terganggu, saya takut lebih banyak hati yang akan terluka dengan tindakan saya saat ini. Tolong fahami saya.

Khas untuk dzulaikha yg disayangi,

"Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (ash-Shaff:13)

Mou chotto dake...
Kejap lagi sihatlah tubuh ni...
Jap lagi Allah bagi kekuatan dan kefahaman untuk buat report...

Khas untuk dzulaikha yg disayangi,

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-Baqarah:214)"

Ingat nak masuk syurga senang ke?
Allah tak cakap pun kene jadi baik waktu biasa je, waktu tension boleh buat perangai..
Allah tarik nyawa saat ni, bersedia ke untuk berhadapan denganNya bersama sekeping hati yang tension?
Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat..
Kalau kita yakin dengan Allah, pasti Allah tunaikan apa yang kita hajati...

Khas untuk dzulaikha yg disayangi,

Ingat dengan marah orang lain boleh hilangkan tension ke?
Nanti kene fikir pulak macamana nak pujuk balik..
So, duduk senyap2 dalam bilik dan muhasabah diri...
Allah pun maafkan ko, walaupun salah ko lagi banyak daripada buih di lautan..
Allah pun lupakan je semua tu bila ko minta maaf..
Ko lagi hebat dari Allah ke yang nak marah2 org ni?

Khas untuk dzulaikha yg disayangi,

Ko kan selalu cakap, tunaikan hak orang lain ke atas diri kita, tuntutlah hak kita pada Allah SWT..
Menggembirakan hati yang lain tu hak orang ke atas dirimu...hormati mereka, kasihi mereka..

Khas untuk dzulaikha yg disayangi,

Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung harap
Cukuplah mati sebagai peringatan
Cukuplah redha Allah yang menjadi sasaran..bukan redha hati sendiri..


melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

13 comments:

  1. dzu.sbar ye.sy tau awk kuat. evn sy bkan org yg slalu dpt pnjam bahu or tlinge fr awk tp sy ttp akn trime awk seadenye,,sbb tu yg wat awk special.awk x pnah wat sy trase pon.jgn rsau k.uhibbukifillah
    "look up to the sky, you'll see things tht cn mk u smile";))

    ReplyDelete
  2. dzu..jgn sedey2..sbr eik..jap ag ok laa 2..
    "saya tak pasti ada yang seperti mereka di sini"
    ad dzu..ad..ramai kawan2 kat sini yg dpt pinjamkan awk tlnga dn bahu dorg..nk elin pun blh..huhu..chaiyok2!!dzu xleh sedey2..snym2..ngee=)

    ReplyDelete
  3. sowi klu ak bkn sowg shbt y baek..
    hm mmg xckp baek pn.xpenah baek pn
    sowi sbb mg ad kwn mcm ak..
    tp ak bsyukur sgt2 Allah bg ak kwn mcm mg..
    moga ukhwah ni utk slamanya wpun ak xmenepati ciri teman y baek..
    moga khdpn mg mendpt keredhaanNya..
    sayam mg slamanyer..

    ReplyDelete
  4. saba2 la ye..stp org berbeza perangainya....berbeza dugaannya..berbeza cara hidupnya..berbeza perAAsaanya..berbeza hatinya..inginkan yg sahabat yg sempurna di mata kte mmg susah..jd,sayangilah org di sekelilingmu krn mereka sedia menjadi tmpt sandarmu dikali resah..mmg,sahabat skrg mgkin x same dgn yg dlu tp inilah hakikatnye..sorry 4 everything

    ReplyDelete
  5. khas untuk dzulaika yang disayangi,

    xsalah rasa kecewa, rasa letih, rasa ingin dimanja, rasa nak pentingkan diri, dan rasa rasa yg pelbagai lagi... most important tak salah menjadi manusia biasa yg tidak sempurna...

    mungkin aku bukanlah org yg plg kenal peribadi seorang dzulaika yg sebenarnya, tapi insan inilah yg selama 2 thn lebih mengajar beberapa titik titik penting yg mencorakkan kematangan, pemikiran n plg penting kehidupan ak...

    kadang2 kata2 ko tajam dan kasar, kadang2 diam menimbulkan resah, kadang2 nasihat menimbulkan marah, kadang2 pandangan menimbulkan gelisah, tetapi sering kali juga hati terpujuk kembali bila setiap perbuatanmu dibawa kembali kepada tuhan untuk mencari hikmah tersirat di balik suratan seorang insan bernama dzulaika...

    sebagai seorang yg tidak begitu mengenali, dan sebagai manusia yg penuh kekurangan diri, ak akui kadang kala timbul rasa benci pada ko sedetik dua... namun rasa benci itulah yang akhirnya bila dimuhasabahkan kembali bertukar menjadi benci pada diri sendiri, dan rasa menyayangi bahkan iri hati dengan insan bernama dzulaika...

    kita tak sempurna sebagai makhluk, namun kerana ketidaksempurnaan itulah menjadikan kita sempurna sebagai manusia...

    pesan aku cuma satu, merajuklah, marahlah jika perlu kerana kau berhak rasa begitu... namun jangan lah terlalu lama membawa diri dan hati, pasti ramai yang kerugian menanti dalam sepi butir-butir hikmah dari ko....

    bawalah hati mendekati tuhan, renung-renungkan ayat-ayat Allah memujuk Rasullullah ketika baginda juga dilanda kecamuk emosi.... (al-insyirah, ad-duha, al-kautsar dan lain-lain)

    pesanku cuma satu,
    moga tabah hati,
    tak berbelah bahagi,
    ingatlah Allah sentiasa memerhati,
    walau manusia tak pernah mengerti...

    ReplyDelete
  6. trima kasih awk wat sy nangis..
    air mata ni mmg perlu kuar b4 hati ni jd keras blk
    trima kasih awk wat sy sdar..
    y diri ini xckp baek sbgai seorg shbt apatah lg sbgai hamba Illahi
    trima kasih sbb jd shbt sy..
    tlg bimbing dr ini ke jln y lbh btol n moga kta diredhaiNya
    insyaAllah pasni sy jd teman y lbh baek agar ukhwah kta ini lbh diberkatiNya =)
    awk kne kuat yerr..Allah wat cm2 sbb Dia syg lbh kt awk =)

    ReplyDelete
  7. :D <--tgh senyum ni,mesti mung epi tgk aku senyum..hahahha

    ReplyDelete
  8. salam...terima kasih kpd sahabat2 yg memahami...
    ketensionan itu kadang2 menghilangkan kewarasan akal untuk berfikir dan memerhati sekeliling..

    Allah sentiasa memerhati...
    Sahabat sentiasa di sisi...

    Buat hati2 yg terguris, abaikan saya kali ini..
    Hilang kewarasan akal menjadikan saya menulis begitu...
    Alhamdulillah, doa2 anda semua membuatkan saya lebih sihat dan bersemangat hari ini..yosh!!

    pesanan utk semua, sebelum kita sayang org lain, kene syg diri sendiri dulu..sblm bantu org lain, kene bantu diri sendri dulu...klau tak mcm mana nk tolong org lain kn?

    Sebab tu sblm sayang org lain, konokokoro kene sayang dzulaikha dulu..
    Sebelum ingatkan org lain, konokokoro kene ingatkan dzulaikha dulu..
    Sebelum dakwah org lain, konokokoro kene dakwah dzulaikha dulu..

    rasa sunyi? cari Allah, kenali diri..

    http://umaralfateh.wordpress.com/2009/06/10/teman-di-kala-sunyi/#comment-970

    ReplyDelete
  9. salam dz...
    nak huda x??hee...

    baru balik dari taiping ni...program abes smlm..tgerak nk click kt post ni, tgk2 psl ko n da geng kt srtas...

    aku bace n tringat mcm2 bkenaan ko kt srtas dulu...walaupun aku xslalu jadi mgsa kemarahan ko, tapi ape2 pun aku suka sbb kite2 same2 mgharungi suka duka kt srtas dulu..

    aku knal ko cmne dulu, n aku jumpa dz yang baru bile masuk JAD..ko laa antara org2 yg aku tgk begitu mghargai prsahabatan..=)

    aku nk cakap...aku sayang sgt kt ko...(mata aku dah berair,huhu)..aku syg gak kt kwn2 kite yg dulu..tahle, tapi aritu time kt sick bay aku pandang nad dalam2, n aku cakap mnda yg sama gak...nak ckp aku buang tebiat...huhu

    bila aku tau psl islam, aku lebih mghargai psahabatan kita...jom kite same2 bercinta di syurga...

    dz,jgn rasa lemah..ssghnya Allah tempat kamu berharap(al-insyirah)..stiap saat kesabaran ko tu, nilainya sgt besar di sisi Allah...kagum dgn ketabahan ko...

    aku nk tgk dz yg bsmangat mcm dulu....

    ReplyDelete
  10. salam huda..
    nak huda gak...hee:)

    huda cam fragile je, sbb tu xmarah huda..hee..
    tp klau huda leh thn ngn wawa, mesti bleh tahan gak ngn sy kan..huhu

    alhamdulillah...sedang berusaha mencari kekuatan untuk bangun semula~

    doakan saya ek..

    ReplyDelete
  11. utk dzulaikha yg disyngi~

    akhirnye nmpk jgk dz yg sbnar..
    x slh skali skale mrh tu t'tumph jgk,
    x slh skali skale prasaan yg t'beban tu t'lpas jgk..

    jgn sdeyh2 ye dz~sbb law ko sdeyh,aq pun sdeyh jgk..
    even xd nisa,wawa,mai,o maimis kt situ
    tp ko ad ktorg dlm ht ko kn..

    cheer up dz!
    syg ko sgt2...
    aq pun nk ko kt cni~

    huhu...
    tp Tuhan ad plannye y t'sndri..
    pray 4 d bez 4 us..

    ReplyDelete
  12. dzu...moga Allah pertmukan kamu dgn kwn2 kamu yg dlu...moga kmu tk sedih lagi..moga kamu jd seorg yg mampu hidup dgn realiti.bukan asyik memikrkan masa lalu..sbb masa lalu adalah benda yg paling jauh..belajarla mencari peluang dlm keadaan realiti sekarg..senyum

    ReplyDelete
  13. terima kasih wawa & anonymous...

    ketetapan Allah itu pasti yang terbaik buat diri ini, cuma hikmahnya mungkin mengambil masa yg panjang untuk difahami oleh hamba yang lemah ini..

    org cakap, kalau kita tak dapat apa yg kte suka, belajarlah utk suka apa yg kte dapat..mungkin konsep ni sama seperti konsep bersyukur dan redha atas segala yg diberikanNya..

    yg pasti, bukan salah anda semua sy jadi begini, sy lah yg lebih bersalah kerana tidak menghargai insan2 sekeliling yg bnyk membantu dri ini menjalani khidupn penuh cabaran di sini..

    mungkin anda bosan mndengarnya, tapi sy suka utk mngungkapkannya...terima kasih semua..

    terima kasih kerana jadi sahabat saya..
    terima kasih kerana menerima sy seadanya..
    terima kasih kerana sentiasa bersama saya..

    doa saya, semoga kita sama2 mendapat redha dan syurgaNya...insyaAllah..

    ReplyDelete