"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal," (al-Imran:190)
"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? "(al-Mulk:3)Melompat-lompat dari satu laman ke satu laman mencari maklumat untuk report kali ini menemukan saya dengan beberapa penemuan berharga yang sering kita abaikan. Indahnya alam ciptaan Allah!!
Pernah tak boring tengok alam? Pernah tak rasa nak tukar warna langit jadi hijau ke awan jadi perang ke? Kenapa sejak lahir kita tak pernah rasa bosan tengok rumput warna hijau? Sudah pasti kerana ciptaan-ciptaan Allah terlalu indah untuk kita pertikaikan dan bosan. Subhanallah...
Pernah terfikir tak bagaimana agaknya kehidupan kita tanpa air?
"Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?." (al-Mulk:30)Sejak wujudnya bumi, air telah dikenal pasti sama ada wujud dalam keadaan pepejal atau gas pada asalnya, yang pasti air telah diciptakan Allah untuk menjamin keinambungan ciptaan-ciptaanNya di bumi hingga ke hari ini. Bumi yang entah berapa juta tahun wujud ini, masih dapat mengekalkan jumlah air yang sama buat kita semua. Secara saintifiknya, bagaimanakah air boleh menyumbang kepada evolusi makhluk? Jawapannya, carilah dan tulislah dalam report anda sahabat2 sekalian...hee..
Semoga dalam kita mengkaji tentang air, bumi dan alam sekitar ini, kita semakin dekat dengan al-Khaliq, pencipta segala sesuatu. Ikhlaskan niat, carilah jawapannya untuk kita lebih mengenaliNya...semoga dipermudahkan Allah dalam usaha kita menyiapkan report ini..insyaAllah...
p/s: untuk sahabat2 bukan JAD, kami semua ada assignment untuk final exam subjek bumi dan alam sekitar berkenaan air dan kepentingannya yang perlu dihantar esok..tolong doakan kami semua~
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
ni mesti tereikyou dengan chikyuu aritu..hahha..
ReplyDeletektahuilah bhawa satu ari nanti sungai nil akan kering n tatkala tu,taubat tak diterime lagi ..
air tu pasti tiada suatu ari nanti,nak taw cite? :D
eh, bila matahari terbit dr sebelah barat pun, pintu taubat tertutup kan? xtau plak pasal sungai nil dan air
ReplyDelete