Wednesday, June 10, 2009

ketenangan itu adalah...

alhamdulillah...
hari-hari yang sibuk telah berakhir...sekurang-kurangnya saya masih mampu untuk menarik nafas lega dan menyusuan kembali jadual hidup mengikut aturan yang lebih baik apabila segalanya jadi berterabur seminggu yang lalu...alhamdulillah, hanya kepadaNya kita berharap...

Terus kepada menjawab soalan yang diutarakan oleh saudara Uwais al-qarni di shout box...bagaimanakah yang dikatakan tenang itu? Pertama sekali, saya ingin menyatakan, saya bukanlah seorang ulama' yang banyak ilmu agamanya untuk memberikan tafsiran yang tepat berkanaan hal ini. Saya juga bukanlah seorang yang tinggi ilmu bahasa arabnya, yang mampu memberikan tafsiran maknanya, dari uslub bahasa arabnya. Saya hanya insan biasa yang mampu memberikan tafsirannya mengikut pandangan tersendiri, dengan tarbiyah-tarbiyah dariNya melalui pengalaman hidup ini.

Pertama sekali, frasa "kebahagiaan itu adalah bila hati tenang mengingati tuhan.." adalah petikan daripada lagu hakikat bahagia, yang saya dengar tika itu, maka dalam banyak-banyak liriknya, hanya itu yang terkesan di hati. Maka, saya meluahkannya di shout box. Ketika saya betul-betul mengharapkan pertolongan daripadaNya untuk mempermudahkan saya menyiapkan report. Alhamdulillah, segala-galanya telah berakhir dengan baik. Hasilnya saya serahkan kepada Dia untuk menentukannya, kerana yang mampu saya lakukan adalah berusaha melaksanakannya sebaik mungkin.

Berbalik kepada tenang yang ingin diceritakan. Tak pasti cara penyampaian ini adalah yang terbaik, tapi saya harap beberapa cebisan pengalaman hidup saya ini, dapat menjadi sedikit iktibar buat kita dalam mencari ketenangan dalam diri apabila mengingati Allah SWT. InsyaAllah...

Memetik kata-kata ustaz Hasrizal, "manusia banyak mencari kesusahan hidup melalui persepsinya sendiri". Man is the enemy of his own. Sesungguhnya kata-kata ini memberi kesan yang besar buat saya dalam mencari ketenangan dalam diri. Dilahirkan dalam keluarga yang sangat mementingkan nilai ilmu dan pelajaran, saya terdidik untuk menjadi orang yang TAKUT untuk gagal dalam hidup ini. Mereka yang pernah bersekolah dengan saya mungkin lebih mengetahui hal ini. Sahabat2 karib saya, nisa, wawa, maimis, mai asiah, huda, mazni dan lain-lain mungkin lebih mengenali sifat saya yang satu ini. Ya, saya takut untuk gagal. Kalau anda mengikuti siri-siri artikel saya sebelum2 ini, mungkin anda dapat merasakan ketakutan saya untuk gagal dalam apa jua hal sangat tinggi sehingga abang pun terpaksa berpura-pura kalah demi mengelakkan air mata adiknya ini tertumpah apabila kalah.

Beberapa siri artikel sebelum ini yang saya ceritakan tentang ketegangan dan tekanan yang menimpa adalah gara-gara pelajaran. Memasuki JAD mengubah terus kehidupan dan peribadi diri. Saya yang dahulunya sangat rajin(hehe...mai n nisa mesti gelak baca ni, sbb saya xlah serajin diorang), tapi at least much2 better than nowadays. Kenapa saya rajin? Sebab takutkan kegagalan dan ingin menjadi yang terbaik. Kerana takut gelaran yang terbaik itu terlepas ke tangan orang lain, maka saya sedaya upaya berusaha untuk menjadi yang terbaik. Rakan-rakan selalu berpesan "kadang2 kene jatuh juga, xleh selalu di atas", "up is good, down is not for eternal", "orang yang paling berani adalah mereka yang berani hadapi kegagalan". Saya ingat semua tu, terima kasih semua...

Tapi, kenapa setelah masuk JAD, semua itu semakin terhakis dalam diri? Saya sering tertanya2 hal ini dan masih mencari jawapannya. Mungkin kerana saya sudah terlalu penat untuk rajin belajar. Memasuki tadika seawal usia 3tahun++, bertukar2 sekolah sebab parents tak mahu saya menjadi jaguh kampung kata mereka. Which means, kalau dekat sekolah tu, saya dpt no 1, maka saya akan dipindahkan ke sekolah yang lagi tinggi saingannya. Keadaan yang memaksa saya untuk menjadi rajin. Kat JAD, xnak jadi yang terbaik ke? Hm, berbalik kepada kata-kata, manusia banyak mencari kesusahan hidup melalui persepsinya sendiri. Saya tertekan sebenarnya apabila xdapat jadi yang terbaik. Tekanan ditambah dengan expectation ibubapa yang mengharapkan anaknya score cemerlang A+ untuk setiap subjek...Mom, i'll try my best..Jadi untuk meNENANGkan hati sendiri, saya menukar perspektif hidup saya. Menjadi no 1 itu bukanlah yang terbaik. No1 ni naranakute mo ii, isshoukenmei nareba ii...

Jadi, saya banyak mempositivekan diri dengan perspektif hidup yang baru. Saya belajar menerima setiap qada' dan qadarnya dengan hati yang terbuka. Pernah, kawan saya berpesan sewaktu mengambil result SPM, "Nanti kalau tak dapat straight A1 jangan bunuh diri ek..". Sampai begitu sekali tahap saya xboleh menerima kegagalan, sehingga itu yang dipesan kepada diri ini. Bukan seorang, malah ramai yang berkata begitu. Setiap ujian, tesuto, kuizzu dan contest di JAD saya akhiri dengan titisan air mata apabila tak tercapai apa yang diingini. Sehinggalah saya dipilihNya untuk mengenaliNya dengan aktiviti2 keagamaan di sini.

I know there's something wrong in me bila saya tak dapat nak menerima segala yang ditakdirkan untuk diri ini. Beberapa siri artikel sebelum ini juga, masih menunjukkan keadaan yang sama apabila saya masih susah untuk menerima hakikat kegagalan diri. Gagal untuk memahami apa yang diajar sensei sewaktu kelas. Gagal untuk menghafal pelajaran dengan baik. Gagal untuk menerima hakikat yang keupayaan saya untuk berfikir telah berkurang. Daya hafalan semakin berkurang. Saya tertekan dengan keadaan ini. Saya lebih2 lagi tertekan dengan air mata yang sering tumpah, tanda saya tak redha dengan segala ketentuanNya, sedangkan saya telah agak lama ditarbiyah. Kalau orang kelantan cakap, "babil gile bdk ni...xpehe2..kene terime dgn redha sumo tu..". Saya marahkan diri sendiri. Sehinggalah saya mengetahui yang, menangis bukanlah tanda kita tak redha dengan ketentuanNya.

Bukan saya pinta air mata mengalir, tapi termengalir dengan sendiri. Pernah sekali kuiz, saya beritahu deskmate saya, kali ni aku taknak nanges dah. Aku boleh terima dah apa yang ditakdirkan untuk aku. Tapi hal yang sebaliknya pula berlaku. STRESS!! Kenapa air mata ni keluar jugak? Tapi, dalam ketiga-tiga orang yang tinggi ilmu agamanya saya tanyakan hal ini. Dan tiada satu pun yang bersetuju dengan perspektif saya mengatakan bahawa menangis adalah tanda tidak redha dengan ketentuan Allah SWT. Cukuplah kata-kata itu menjadi penawar buat diri ini. Menghantar sedikit ketenangan kepada hati yang takut terbatal akidahnya, rosak imannya gara-gara tak boleh menerima takdirNya dengan baik. Alhamdulillah...Sekali lagi perspektif diri itu membunuh ketenangan hati saya.

Satu lagi kata-kata yang menarik perhatian saya. "Boleh ke kita buat sesuatu kerana Allah, tapi tak bersungguh-sungguh?" Lebih kurang begitu bunyinya. Kata-kata Hilal dalam bukunya atau webnya, saya tak pasti. Tapi kata-kata ini memberi kesan yang sangat besar untuk saya muhasabah diri. Hati ini tertanya-tanya, betul ke selama ni apa yang aku buat kerana Allah? Aku tak bersungguh-sungguh pun belajar, betul ke aku belajar kerana Allah? Dakwah memang telah saya letakkan no1 di hati, sejak saya yakin itu adalah tiket untuk ke syurgaNya. Tapi bagaimana pula dengan belajar? Belajar yang telah saya tinggalkan zaman kesungguhan menekuninya sewaktu sekolah dahulu. Sedangkan ketika ini, masa saya kebanyakannya digunakan untuk belajar berbanding dengan dakwah. Rugilah saya sekiranya saya tidak melakukannya kerana Allah, kerana masa saya akan terbazir dengan sia-sia. Maknanya, saya perlu mengubahnya menjadi sumber pahala saya juga untuk tabung akhirat. Tsumari, saya perlu bersungguh-sungguh melakukannya, apabila belajar itu saya niatkan kerana Allah SWT. Dapat satu point/alasan untuk saya berusaha untuk berjaya. Alhamdulillah...

Alhamdulillah..kalau apa yang kita lakukan adalah kerana Allah, kita tahu yang mampu kita buat adalah memberikan atau berusaha sebaik mungkin. Hasilnya, hanya Dia yang menentukanNya. Kalau inilah yang kita pegang, insyaAllah...ketenangan itu pasti datang menyapa hati...insyaAllah..

Saya tak kata yang hati saya sentiasa tenang. Tapi, saya semakin merasainya sejak kebelakangan ini. Apabila saya mengambil masa untuk bercuti dan menukar perspektif diri terhadap salah faham yang saya lakukan untuk merosakkan ketenangan hati sendiri. Alhamdulillah..mula merasainya, apabila saya sudah tidak sensitif seperti dulu. Dalam kesibukan, saya sedaya upaya memberikan yang terbaik sebagai orang yang dipilih untuk mengetuai muzakarah. Dulu, mungkin saya akan berkecil hati apabila ada yang tidak menghargai usaha saya, marah bila ada yang lambat turun muzakarah dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan perspektif baru "Saya hanya mampu memberi yang terbaik, bukan mendapatkan hasil terbaik" dan "segala-gala yang dilakukan kerana Allah perlulah bersungguh-sungguh", saya semakin bersungguh-sungguh dengan tugas saya. Dengan kehadiran yang tak penuh, lambat, shukudai yang tidak disiapkan, alhamdulillah, saya mampu tenang menerimanya, kerana saya hanya mampu memberi yang terbaik, bukan mendapatkan hasil yang terbaik berdasarkan usaha saya.

Persediaan untuk usrah adik-adik yang saya curi masa study saya untuk memberikan perkongsian terbaik buat mereka juga, menemukan saya dengan dua orang sahaja daripada mereka pada waktu yang dijanjikan. Saya masih tenang dan tidak terasa kecil hati. Saya sendiri pelik dengan keadaan diri saya. Betul ke ni hati aku? Bukan orang lain punya ke? Alhamdulillah...kalau inilah ketenangan yang saya cari, dan yang Allah beri, saya harap biarlah ia kekal sebegitu...Kerana saya tahu, walau apapun hasilnya, asalkan segala yang saya lakukan adalah diniatkan keranaNya, ganjaran itu sudah pun saya peroleh. Bak kata orang, orang Islam tak pernah kalah dalam perang. Sama ada mereka menang atau pun syahid(menang jugak). Kalau kita lakukan sesuatu tu kerana Allah, kita telah menang sebenarnya...

Kuiz yang berakhir minggu lepas pun, hasilnya tidak seberapa sedangkan saya telah berusaha mengulangkaji sampai terganggu waktu tidur. Deskmate saya pula tidur dengan lenanya sedangkan hasilnya, dia dapat markah lebih berbanding saya. Kalau dulu mungkin saya akan bermasam muka dengannya tanda protes. Hm, teruk kan? Tapi kali ni, saya mampu tersenyum seolah-olah tiada apa pun yang mengganggu fikiran atas apa yang berlaku. Ada orang cakap, "haha...aku teruk gak, tapi xleh nak sdey ar sebab aku tak study pun..". Tapi bagi saya saat ini, saya tak perlu pun untuk bersedih, sebab saya tau saya dah menang. Walaupun hasilnya kat sini saya tak nampak, tapi dah ada ganjaran kat sana buat saya atas usaha saya memberi yang terbaik untukNya. Syukur kepadaNya yang mencampakkan rasa tenang di hati ini.

Berbalik kepada pengertian tenang yang diutarakan. Bagi saya ketenangan itu adalah apabila tiada rasa tension, sedih, terlalu gembira, jealous dgn kejayaan orang, riak, sombong, ujub dan lain-lain penyakit hati yang boleh merosakkan ketenangannya. Saya pun tak pernah terlepas dari semua rasa ini, tapi pesan saya bila ada di antaranya yang singgah di hati, pohonlah kepadaNya agar dibersihkan kembali hati kita, dan sedarkanlah diri kita akan hakikat, yang kita ni hambaNya yang lemah. Kalau kita rasa dah banyak beramal, lagi baek daripada orang laen...duduklah sebentar dan fikirlah...kalau Allah tak bagi kekuatan untuk beramal tu, kita tak buat jugak...Kalau Allah tak bagi hidayah tu pada kita, kita tak mampu pun untuk jadi diri kita yang hari ini..

Sabda nabi Muhammad SAW, katanya Allah berkata,

"Aku berada di bawah sangkaan hamba-hambaku.."

Jadi, yakinlah dengan janjiNya. Saya pun pernah mempersoalkan, kenapa Allah tak tolong saya pun sedangkan saya dah tolong agamaNya. Saya persoalkan bila doa saya Allah tak makbulkan pun sedangkan saya bersungguh-sungguh memintanya. Rasa jahat sangat bila terkenang semua tu. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini..Tapi kini saya sedar, kalau betul segala yang saya lakukan ini adalah untukNya, saya dah menang pun. Saya tolong agamaNya, Allah dah bagi dah kredit yang lebih besr kat sana. Saya menadah tangan dan berdoa banyak kali pun, Allah dah bagi kredit untuk saya atas usaha saya yang meletakkan harapan hanya kepadaNya. Semua itu sudah lebih dari cukup..

Sebagai penutup, ingin saya tegaskan man is the enemy of his own. Tukarlah pemikiran dan perspektif minda kita. Betullah yangdikatakan apabila kita mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Menjadi tenang apabila kita merujuk segalanya kepada Dia. Tanda ingatan padaNya Yang Maha Kuasa dan hakikat diri yang lemah. Minta maaf jika entri ini terlalu panjang dan terlalu banyak menceritakan pasal saya. Maaf juga jika persoalan yang dipinta tak terjawab. Harapan saya, semoga tulisan dari hati ini, sampai kepada hati anda semua. Kalau tak banyak pun, ambillah sedikit pengajaran daripadanya, semoga kita sama-sama beroleh manfaat..insyaAllah.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

3 comments:

  1. sy x tau nk kte pe bce post ni dzu,yg pasti ,ia mmberi kesan n buat sy berfikir.thanx..n sy just nk awk tau,sy syg awk.n thanx for giving the best sbb jd sahabat sy yg sedia sabar n menerime segale kelemahan sy

    ReplyDelete
  2. sayang awak juga!!hm, tu la yg saya rasa...orang cakap kalau kita xdpt apa yg kte suka, kita kene suka apa yg kite dapat..

    kuncinya, ketenangan itu pilihan kita. Pilihan melalui bagaimana kte melihat sesuatu yg berlaku..baik yg kte lihat, baiklah yg kte dapat...insyaAllah...

    Tapi still xleh tolak sunnatullah...usaha tu perlu, redha pun perlu jgak..

    what u give, u'll get back..awk terima sy seadanya as sahabat, tu la kunci Allah bukakan pintu hati sy utk menerima awk seadanya juga..tq farah~

    ReplyDelete
  3. haha..menarik artikel ni...zu2..suasana hidup kita cukup berbeza..awak dibesarkn dlm family yg mengejar kejayaan..sye pula dibesarkn dlm family yg diajar utk redha je..haha..tp dsbbkn tu kadang2 sye rse sedih dgn sendiri...kalau buat ape2 sye tk cukup bersungguh..tp Alhamdulillah..sye rse banyak benda yg Allah bg sye senang dpt..YG PENTING..ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK AKU DAN KAMU...haha

    ReplyDelete