Hm, berbalik kepada tujuan utama blog ini dibuat. Ya, blog ini dibuat sebagai platform untuk saya berdakwah, menyampaikan apa yang saya tahu sebagai kekuatan atau pemangkin buat diri untuk melaksanakannya, juga buat orang ramai mengambil seberapa banyak iktibar dalam mendidik diri menjadi hamba yang terbaik untuk Allah SWT.
Jadi, saya kira alasan saja2 nak tulis tu harus dipotong dan dijernihkan kembali agar saya mendapat pulangannya di akhirat kelak. Mencuri ruang masa dalam sedikit kesibukan untuk menyampaikan sedikit pengisian buat kita semua, semoga kita sama2 beroleh manfaat.
Melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU. Inilah kata-kata yang tak pernah saya tinggalkan untuk setiap post dalam blog ni. Menghuraikannya mungkin mengambil masa yang agak lama, tapi saya harap kita dapat hayati sama2 apa yang ingin saya sampaikan melalui kata-kata ini.
Yang pertama, melihat SATU kepada banyak. Mungkin pemikiran kita sering terarah kepada satu sudut sahaja. Contohnya, apabila diuji kita sering melihat, Allah telah meninggalkan kita, tanpa meihat dari aspek yang laen, yang sesungguhnya Allah sedang memberi yang terbaik untuk kita. Atau kita terlupa untuk melihat dunia sekeliling, masih ramai yang lebih menderita dari kita, tapi masih mampu untuk tersenyum daan bersyukur atas nikmat hidup di dunia. Maka seruan saya, lihatlah SATU kepada BANYAK. つまり、lihatlah setiap sesuatu itu dari pelbagai aspek dan dari sudut pandangan yang berbeza. Semoga kita sama2 beroleh ketenangan dengannya.
Yang kedua adalah melihat banyak kepada SATU. Mungkin ramai yang faham, tapi susah untuk dipraktikkan. Kita marah bila ada yang menegur perlakuan kita, kita kecil hati bila orang tak hargai kita, kita gembira apabla mendapat hadiah dan kejayaan, kita menangis bila kehilangan orang tersayang, kita seronok bila YPM naikkan biasiswa. Tapi, kadang2 kita lupa pada SATU kuasa yang memberikan kita semua itu. Lupa yang segala-galanya adalah dari Dia, membuatkan kita marah pada manusia, berterima kasih pada manusia, berkecil hati dengan manusia. Tanda kita tak menerima dengan baik apa yang telah ditetapkanNya untuk kita. Sebab kita terlupa untuk merujuk setiap yang terjadi itu adalah ketentuanNya.
Jadi, marilah kita sama2 muhasabah kembali diri kita. Melihat SATU kepada BANYAK, melihat BANYAK kepada SATU. Marilah kita praktikkan kata-kata ini dalam kehidupan seharian kita, semoga ketenangan itu datang menyinggahi hati kita bila berfikir semuanya dari Dia Yang lebih Mengetahui. What you see is what you get. Lihatlah dari sudut yang berbeza, kerana natijahnya pasti berbeza. Tak percaya? Try la...
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
salam...
ReplyDeletenice entry... selalu dgr tentang frasa ni tp, susah sggh untuk diaplikasikan... bila dlm kesusahan, baru terkial2 fikir semua ni dr Allah.. tp bila dapat nikmat, happy, mungkin xterlintas pun dalam ingatan dan hati nurani...
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (10:12)
p/s : bile exam? join prgm kat skola nnt?
salam..
ReplyDelete"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi(tidak dgn penuuh keyakinan); maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang(kembali kafir). Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata."
semoga kita sama2 dijauhkan daripada menjadi golongan yg rugi..
exam nxt month..mintak maaf sgt sbb xdpt nk join..sy sokong dari jauh..kalau perlu apa2 bantuan, just let me know..semoga apa yg dirancangkn dipermudahkan Allah SWT..insyaAllah