Tuesday, June 16, 2009

tarbiyah pertamaku..

Abu Daud dan at-Tirmizi meriwayatkan daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya kekurangan yang mula-mula sekali menimpa bani Israel ialah, seorang lelaki bertemu dengan seorang lelaki lalu berkata, “Wahai kamu ini, bertaqwalah kepada Allah. Tinggalkan apa yang kamu lakukan. Sesungguhnya ia tidak halal bagi kamu.” Kemudian dia bertemu dengan lelaki itu keesokan harinya dalam keadaan melakukan kemungkaran. Namun keadaan itu tidak menghalangnya untuk menjadi teman makan, minum, dan duduk. Apabila mereka melakukan demikian, Allah mencampur adukkan hati sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain. Kemudian baginda membaca:

“Orang-orang kafir yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.”(al- Maidah:78)

Kemudian baginda SAW bersabda: Sekali-kali tidak! Demi Allah kamu mesti menyuruh ma’ruf, mencegah mungkar, memegang tangan orang zalim(menghalang tindakan zalimnya) dan mengembalikannya dengan bersungguh-sungguh kepada kebenaran…”

Alhamdulillah…baru-baru ini saya didedahkan dengan hadith ini, untuk memupuk jiwa dai’e dalam diri. Tegahan Rasulullah SAW daripada mencampuri mereka yang melakukan maksiat tanpa niat untuk membetulkannya mungkin membuka jalan untuk syaitan memasuki hati dan mungkin menyebabkan Allah membolak-balikkan hati kita. Itulah yang sering terjadi apabila kita telah immune dengan sesuatu maksiat yang berlaku. Maka, kita hilang sensitiviti terhadapnya. Nau’zubillah..





Hadith ini mengingatkan saya pada satu tempat, tempat diri ini mula-mula ditarbiyah. Bermula dengan tangan kosong, dan diajak untuk berbicara tentang agama di sebuah bilik kecil, dengan jaminan punya makanan sedap, diri ini melangkah menyahutnya. Benar, di sana punya makanan sedap sebagai hidangan, untuk menarik hati-hati insan seperti saya untuk belajar mendekati agama. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya hati ini terbuka untuk menerimanya…

Di sana, saya diajar tentang ghaflah, cinta, ukhwah dan lain-lain. Di antaranya juga, ditekankan untuk sentiasa mengasingkan diri daripada perkara-perkara maksiat di sekolah. Kami dididik untuk meninggalkan majlis-majlis berunsur maksiat, sebagai tanda tidak setuju dengan perbuatan mereka, juga untuk mengasingkan hati apabila terpaksa juga menghadiri majlis-majlis tersebut. Saya yang memang suka belajar waktu tu, memang menyahut seruan Sang Murabbi untuk meninggalkan majlis-majlis seumpama itu seperti Sambutan Hari Kemerdekaan, Karaoke, Sambutan Hari Guru dan lain-lain majlis yang diadakan di sekolah untuk diisi dengan mengulangkaji pelajaran.

Mengapa saya bercerita tentang semua ini? Pointnya hanya saya temui apabila mempelajari hadith ini. Konokokoro(hati ini) berkata, “o0oo..patutlah dulu kat sekolah cikgu tak bagi pergi majlis-majlis cmtu…”. Sebenarnya itulah permulaan untuk mendidik hati, membezakan mana nilai yang sepatutnya diambil, mana yang harus ditolak. Mengajar hati untuk membezakan yang mana maksiat dan yang mana baik. Kerana, saya terpaksa mengakuinya, hidup dikelilingi maksiat seperti sekarang, kadangkala membuatkan saya hilang sensitiviti terhadapa perkara seumpamanya.

Kalau dulu di sekolah, couple dianggap sebagai perkara yang sangat besar, dan pengamalnya baik lelaki mahupun perempuan dipandang serong oleh semua pelajar kerana melanggar hukum Allah. Namun kini, hati ini telah immune dengan aksi-aksi pegang-pegang tangan mereka di komuter mahupun di universiti. Mungkin sebab hati ini telah terlalu lama tidak diasingkan dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Saya berkata begini, bukanlah menolak untuk berkawan dengan mereka yang melakukan dosa sebagai langkah untuk menjaga hati sendiri, tapi lihatlah mereka sebagai objek dakwah. Lihatlah mereka dengan pandangan kasih-sayang, lihatlah mereka dengan harapan ingin menjadikan diri kita dan mereka insan yang lebih baik daripada hari ini. Itulah tanda kita mengasingkan hati kita. Bukan mengasingkan diri daripada bergaul mesra, tapi bergaul mesralah dengan tujuan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka. Kerana tugas dakwah itu terpikul di setiap bahu-bahu kita, tak kiralah yang baru memeluk Islam, yang bertudung atau tak, yang bercouple atau tak. Dan ingatlah, mereka inilah yang akan menyalahkan kita di akhirat kelak kerana kita berdiam diri terhadap perbuatan salah mereka.

Semoga Allah menjaga hati-hati kita untuk sentiasa berusaha menegakkan agamaNya. Semoga hati-hati-hati kita terpelihara daripada dibolak-balikkan akibat hilangnya sensitiviti terhadap maksiat. Semoga kita dapat mendidik jiwa kita untuk menyampaikan apa yang kita tahu kepada orang lain..insyaAllah…

p/s: Rindu kat cikgu…rindu kat usrahmate dulu…nanti kalau berkesempatan, harap kita semua dapat ziarah cikgu same2 ek..:)



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

2 comments:

  1. salam dz...nice reflection on dat hadith...bgusnyee...
    act kan, mazni ajak g jln2 sikit after wat program kt seratas..n one of the place yg ktorang rancang is rumah ckgu...tapi xconfirm lagi...iAllah nk pegi

    bile2 kalau ko balik cuti, inform ek!!mgkin kita boleh pegi same2...

    nway, rindu gk nk jmpe dz=) last jumpe kt PJU kan??moga Allah pelihara anda

    ReplyDelete
  2. salam...
    insyaAllah huda...kalau ade kesempatan, memang nak sangat balik ziarah cikgu..sejak bukak sem mac hari tu pun x balik taiping lagi...sdey..

    anyway, nnt kalau jumpe cikgu, sampaikan salam sy ek...really appreciate what she has done for us...tq to u too sbb ajak sy masuk halaqah tu...:)

    Semoga Allah pelihara hati-hati kita untuk sentiasa mentaatiNya...

    ReplyDelete