Friday, July 3, 2009

awak nak yang macam mana?

Assalamualaikum...terasa telah lama tidak menulis kepada anda semua. Sibuk, penat kimochi warui(bad mood) semua menjadi penyebab saya menyepi kebelakangan ini. Jadi sebelum memulakan kerja menulis report suwa sensei minggu ni, maka saya rasa perlu untuk saya mencoretkan sesuatu untuk kita fikir-fikirkan di hujung minggu ini. Sesuatu yang penting, tapi mungkin sedikit ringan buat kepala kita jika dibandingkan dengan memikirkan cara mendapat jawapan kiko atau zairyou, dan mungkin tidak sepening membuat kousatsu untuk report. Sesuatu yang santai, tapi penting untuk kita hadam dan fikirkan bersama.

Soalan ringkas yang saya tanyakan kepada teman-teman, mungkin anda juga pernah bertanya kepada rakan-rakan anda perkara yang sama.

"Awak nak kahwin dengan orang yang macam mana?"

"Selain agama, kene la cari yang berharta. Kita nak dakwah pun perlukan duit jugak. Tak boleh nak dinafikan, kewangan yang baik tu pun menjamin keharmonian rumah tangga." Jawab aida.

"Saya takut saya nusyuz nanti. Memang kene cari yang handsome la. Takde duit pun xpe, nanti boleh kaya jugak kalau usaha. Tapi muka memang xleh nak ubah. Memang takutlah nusyuz.." Jawab linda.

"Saya tak nak kahwin dengan tabligh, nanti kene tinggal. Saya penakut, mana boleh tinggal saya sorang2. Kalau tak, tinggal 2 hari kene bagi 2ribu, tinggal 40 hari, kene bagi 40ribu. Boleh la saya shopping dengan isteri2 tabligh yang lain...haha"

"Taknak dekat **** jugak sebab nanti kahwin mesti die suruh jual kerepek..." Kata xxx.

"Saya memang tak kisah la...nak poligami pun xpe. Tapi kalau poligami dgn awk, mesti die sayang sy lebih sebab saya comel lagi..." Jawab liana.

"Saya bukan cantik sangat pun nak yang hensem. Yang biase2 dah la..." Jawab siti.

Anda mungkin tersenyum mendengar jawapan mereka ini, tapi itulah realitinya. Setiap kita mesti punya ciri tersendiri yang kita jadikan kayu ukur untuk kita pilih yang terbaik buat diri kita. Tapi, apa yang lebih menarik ialah, apa yang diceritakan dalam buku ni.


Buku yang hanya 88 mukasurat, tetapi mengandungi pelbagai hikmah buat kita semua. Yang menceritakan bagaimana harus kita mengurus urusan cinta dan perkahwinan itu ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Buku ini menceritakan seorang wanita yang sangat baik dan alim. Ramai yang datang berjumpa dengan ibubapanya untuk menyuntingnya menjadi penyeri hidup, tapi ramai yang tertolak. Persoalannya, mengapakah mereka di tolak?

Setiap kali mereka merisik dirinya melalui ibubapanya, ada di antara mereka yang mengambil nombor telefon dan sebagainya untuk berhubung dengannya. Mungkin sebagai langkah perkenalan sebelum meniti ke alam rumah tangga.
Maka, setelah ibubapanya memberitahu si polan ni ada merisik, pasti tak lama selepas itu ada sms2 dari nombor yang tak dikenali untuk bertanya khabar dan berkenalan dahulu.

Wanita ini sangat tidak senang dengan sikap-sikap mereka ini yang berhubung terus dengannya. Tidak cukupkah sekadar bertemu dengan kedua orang tuanya? Mengapa perlu menghubunginya terus? Maka setiap kali dipinang, setiap kali itu juga dia melaksanakan solat istikharah, dan hatinya pasti tidak tenang dengan mereka-mereka ini.

Namun, satu hari ibunya menelefon dan memberitahu, dia telah dipinang oleh seorang lelaki. Maka dia pun melaksanakan solat istikharah, dan dia tenang dengan keputusannya lalu menerima pinangan lelaki tersebut. Kalau tak silap, selepas merisik dan si wanita bersetuju, 3 hari selepas itu terus datang rombongan meminang dari pihak lelaki. Sugoi jyan, sono otoko.

Dan lelaki itu tidak pernah menghubunginya selepas itu, sehinggalah tarikh perkahwinan ditetapkan dan mereka berkahwin. Setelah berkahwin dan melihat barang-barang hantaran, si wanita terkejut dengan pemberian lelaki tersebut. Nak tau apa dia bagi? Baca sendiri...hehe..

"Ha? Nape jubah ni saiz XXL? Awak ingat saya besar ek?"

"Manela saya tau saiz awak, hari tu masa tunang nampak macam besar je.."

"Tak kesah ke kahwin dgn orang besar?"

"Tak kesah...yang penting agama..."

Dalam banyak2 yang saya ceritakan, inilah yang ingin saya sampaikan. Sugoi jyan..Mungkin inilah hadiah dari Allah buat pencintaNya yang sangat menjaga hati dan perhubungan sebelum perkahwinan. Dihadiahkan seorang insan yang mampu menerima dirinya, segala keburukan dan kekurangan kerana nilai agama yang ada padanya.

Pernah tak terfikir, tanpa Islam mampukah kita untuk hidup dengan baik pada hari ini? Beragama dan berakhlak Islam mengangkat darjat kita sebagai makhluk terbaik ciptaanNya. Jadi, tunggu apa lagi...Jom kita amalkan Islam yang sebenar...Cara hidup yang menjamin kebahagian buat kita di dunia dan akhirat...:)


p/s: anda nak kahwin dengan orang macam mana? :p


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

25 comments:

  1. saya nk jodoh y serasi ngn saya=)
    y mampu terima sy dgn seadanya...
    m0ga Allah kurnia jodoh y terbaik bagiNYA untukku~~

    ReplyDelete
  2. nak kahwin dgn orgh macam awak la... huhuhu...

    amboi x censored langsung jalan cerite, cam kenal je sape mr xxxx tu...

    neway nice artikel yg santai dan terkesan...

    ReplyDelete
  3. sy pon nk jodoh yg serasi ngn sy..oooo..akmal klu bab2 camni laju je jwb!haha..

    ReplyDelete
  4. salam dz...
    nk bgtau haritu kan ktorang g umah ckgu...ktorang jmpe dgn salsabil...
    then b4 mlgkah pulang, dia cakap.
    'huda, bacalah buku ni ye!'
    kulihat tajuknya:'pemilik cintaku selepas Allah dan rasul'

    bgusnye dz dah bace.sy nk kena cari buku ni.mcm best jer....huhu

    ReplyDelete
  5. sy sgt sgt setuju ngn Kah.
    n yg paling penting dia dpt bimbing sy ke jln yg diredhaiNya..

    yg perfect tu x semestinya t'baik utk kite kn..

    ReplyDelete
  6. aku lak nak yg 'macam tu'..hahhaha

    ReplyDelete
  7. cerah... 'macam tu' 2 mcm mne?? hehehe

    ReplyDelete
  8. salam...wah, ckp pasal kawen je ramai yg respon ek...

    @sapikah : insyaAllah kah, Allah lebih tau ape yg terbaik utk kite sume...

    @akmal : dah abes tapis la ni..sbb tu keluar ****, x keluar name..

    @anonymous : akmal mmg laju je bab2 ni..hee..semoga Allah beri yg terbaik utk awk..

    @alhuda : baca huda, jgn xbaca...insyaAllah byk manfaatnya utk kte semua..penulis yg sme mnulis cerita mawar berduri tu..

    @nafisah : sbb Allah jadikan manusia berbagai ragam, maka citarasa kta semua pasti berbeza..yg terbaik utk awk, mungkin bkn yg terbaik bg sy...sesungguhnya Dialah yg lebih mngetahui..

    @cerah : semoga Allah makbulkan doa mg utk dapat yg 'macam tu'

    @cecah : =)

    @gee : eh, lmbt lg ke?hehe..

    @dg : hm, yg tu kene tunggu cerah jawab la nmpaknye..

    ReplyDelete
  9. salam buat semua...

    bila saya berbicara tentang isu ni, semua org mengatakan sy telah dewasa, telah setapak menuju ke arah rumah tangga..namun, bukanlah itu yg ingin saya sampaikan di sini..sy masih kanak2 yg belajar dr pengalaman sekeliling...

    sebenarnya artikel ini ditulis utk menyantuni sahabat2 yg bercouple..sbgai seorang yg memegang lencana dai'e, menunjukkan gambaran neraka kpd mereka pasti bkn jln yg terbaek menyelesaikan permasalahan ini..maka sy memikirkn lebih baik utk sy melorongkan atau menunjukkan cth bagaimana mengurus cinta menurut islam sendiri yg diceritakan melalui buku tersebut. Supaya kita sendri boleh berfikir apa yg lebih baik sebenarnya..

    Kita mungkin runsing dgn muka yg berjerawat, tubuh yg byk lemak, mahupun kulit yg x seputih nihonjin..tapi, ketahuilah apa yg lebih utama sbgai persediaan menjadi dewasa dan berkahwin bukanlah itu semua.

    Itu semua mungkin faktor kedua, kerana yg lebih penting adalah nilai agama yg ada pd diri kita semua. Islam yg mengangkat tinggi martabat kta sbgai wanita. Islam yg menjadikan kta seorang yg berakhlak mulia. Kerana itulah yg akan melayakkan diri kita untuk brcinta sampai ke syurga...insyaAllah..

    teringat kata2 Hassan al-Banna kpd isterinya saat segala perabot2, karpet dan almari rumahnya di bawa ke pej Ikhwanul Muslimin dan mereka terpaksa tinggal di rumah yg lebih kecil.

    "Nanti kita bina rumah di syurga ya..."

    Dan isterinya hanya tersenyum mendengarkan janji seorang suami yg bersungguh menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

    ReplyDelete
  10. waa..nk bina umh kt syurga gk la
    sp nk bina umh kt syurga ngan sy hehehe =)

    ReplyDelete
  11. watak2 yg agak x bertapes la jgek..hihi,,takotnye kawen..~nk umah di syurge gak

    ReplyDelete
  12. lor,taknak umah..nak mahligai besau2..tp istri satu cukup la kot..ma..huhuhu
    @dg-check blog aq..huhuhu

    ReplyDelete
  13. nk bina mahligai ngan cerah la~

    ReplyDelete
  14. jom2,kite g kurus kawin lu,awk nk ble? =P

    ReplyDelete
  15. kawin...kawin..kawin...kawin ka?? kawin jom

    ReplyDelete
  16. boleh tak aku buat pembedahan plastik cm MJ... jd putih ckit..br hensem.. kalau tak camne nk kawin dgn LINDA nanti..hehehe

    ReplyDelete
  17. ensem tu datang dari hati..ko wat pembedahan muke supe MJ skalipun,kalo linda dari awal tak ske ko..memang x ske..
    macam ko tgk pantai,ape yang lawa dengan pantai?pasir?amik pasir..tak lawa pom..air?amik air wat balik letak kat umah..tak lawa pom..

    ReplyDelete
  18. wah..hebatnya ayat y keluar dr hati org y ajak aku g kursus kawin sama2..xpe la cerah,kamu ni hebat,tak mampu hamba nak tandingi dan berjalan seiringan dgn kamu

    ReplyDelete
  19. lor,baru ingat jodoh da sampai..huhuhu

    ReplyDelete
  20. sye pn nk cri jodoh gak..tpi x tau dgn sape jodoh sye..klu boleh sye nk org yg simple2 je...bestnye de rumah kt syurga...

    ReplyDelete
  21. salam..
    mungkin tanpa sedar beberapa ayat atau penggunaan dialog dalam post ni menyinggung hati beberapa pihak...gomenne..

    semoga saya lebih berhati-hati dlm pemilihan dan penapisan dialog2 yg boleh diceritakan kpd umum atau tidak..

    sekali lagi, minta maaf...

    ReplyDelete