Wednesday, November 25, 2009

Nilai kasihNya

Hari ini saya rasa amat bertuah dan bersyukur, kerana diberi peluang olehNya, untuk merasai secebis nikmat dunia. Nikmat sebuah kehidupan dan kasih sayang seorang ibu.

Mak saya seorang yang sangat teliti dalam mendidik anak-anak. Kadang-kadang rasa macam mak ni over-protective. Abang tak pernah dibenarkan keluar dengan kawan-kawan pada malam hari. Kalau abang yang lelaki pun tak boleh, saya dan adik apatah lagi. Setiap kali keluar rumah, kami perlu ditemani oleh mak atau ayah.

Kawan-kawan kitorang semua mak dan ayah kenal. Nak keluar hangout dengan kawan2 boleh, tapi ayah atau mak yang akan jadi driver tolong hantar dan ambil semula mengikut masa dan tempat yang ditetapkan. Tapi sebab dah nareru(get used to) dengan peraturan macam ni dah tak terasa terkongkong sangat.

Musim hujan yang menimpa sejak akhir-akhir ni membuatkan saya terasa sayangnya mak terhadap anaknya yang seorang ini. Bila hujan turun, nyamuk pun semakin banyak. Dan antara ramai2 manusia dalam dunia ni saya tergolong dalam kalangan mereka yang sangat diminati nyamuk. Saya teringat dekat mak. Sebab kalau dirumah pun saya yang menjadi mangsa serangan nyamuk. Betullah apa yang orang cakap, sayangnya seorang mak terhadap anak dia, kalau ada seekor nyamuk pun yang gigit, nyamuk itu tak akan dilepaskan dan akan ditamatkan riwayat hidup sang nyamuk.

Saya dibekalkan dengan 3jenis ubat nyamuk oleh mak.

Ubat nyamuk elektrik untuk letak dalam bilik, semburan ridsect dan juga ubat nyamuk portable. Semuanya kerana nak pastikan saya tak digigit nyamuk. Sangat teliti.


Selain itu saya juga dibekalkan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan in case kalau saya sakit secara tiba-tiba dan memerlukan ubat. Jadi, tak hairanlah jika saya ada begitu banyak bekalan vitamin dan ubat-ubatan. Jadi sesiapa yang ada demam, selsema, sakit tekak dsbgnya bolehlah terus ke rumah saya.:)Setakat ni saya tak perlukan lagi kot ubat-ubat tu. Alhamdulillah, masih diberi nikmat sihat. Lagipun nak habiskan stok ubat-ubatan dan vitamin yang ada, nanti mak complaint kenapa tak habis2.

Melihat Banyak kepada SATU

Ya, segalanya membawa saya untuk melihat kembali kepada Dia Yang SATU. Dia yang menganugerahkan kehidupan ini kepada saya. Dia yang menghadiahkan mak dan ayah yang sangat prihatin dan penyayang kepada saya.

Dia memberitahu saya bahawa sesungguhnya, kasih sayangNya Maha Besar buat hamba-hambaNya. Sesungguhnya Dia lebih teliti dalam Perhitungan di hari akhir nanti. Dan kehidupan ini adalah anugerah terbesar daripadaNya. Dengan kehidupan inilah kita dapat mengecapi segala nikmat dan rahmat kasih sayangNya. Maka, terpulanglah kepada kita samada mahu mencorakkannya menjadi jambatan ke syurga mahupun neraka.

Melihat Satu kepada BANYAK

Mungkin ramai yang dah dengar cerita tentang mensetsu daigaku(interview university) saya tempoh hari. Dipendekkan cerita, saya kehilangan jukenhyou(slip exam) untuk interview tersebut. Dan ketiadaannya hanya saya sedari 10minit sebelum saya dipanggil untuk melangkah masuk ke bilik interview. Sebenarnya saya tertinggal jukenhyou dalam waiting room,tapi setelah dicari dan digeledah tak dijumpai juga di sana. Ada yang telah tolong ambilkan untuk saya, tapi saat itu saya tak tahu siapakah gerangan orang tersebut.

Setelah diceramah dan dibebeli oleh beberapa pegawai JUCTE dan orang-orang shibaura yang menguruskan interview,

受験票がないと、受けられないよ。。

Saya melangkah masuk untuk interview Yamaguchi Daigaku tanpa jukenhyou. Segalanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah walaupun bunpo berterabur masa cakap. Sebenarnya, saya tiada kimochi langsung untuk interview ini. Mungkin kerana saya masih tercari-cari driving force dan mokuteki sebenar untuk ke Jepun. Semoga ketemu jua sebelum berangkat ke sana.

Kokorojunbi yang dibuat pada hari-hari sebelumnya juga banyak membantu. Seperti mensetsu renshu dulu, apabila tak dapat jawab soalan sensei, saya hanya tergelak sahaja, sebelum jawab kotaeraremasen. Sebab saat itu saya terfikir,

“Hehe…dah agak dah mesti ada masalah…”

Sebab saya memang sering bermasalah akhir-akhir ini. Itulah juga yang saya fikirkan saat saya pegang kepala dan tunduk bawah sambil tersenyum sendiri apabila dimarahi oleh pegawai-pegawai tersebut. Dah ditakdirkan saya terlupa, nak buat macam mana. Tapi diorang macam tak boleh nak faham.

Hakikatnya, saya masih seorang manusia yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan. Dan sebagai seorang hamba, saya memang layak untuk diuji olehNya.

Sekurang-kurangnya, dengan segala ujianNya ini, mampu menghadirkan rasa kehambaan kepadaNya. Betapa kerdilnya saya, dan betapa kehidupan ini bukanlah dalam kekuasaan saya. Walaupun untuk interview Tokyo Rika Daigaku, sensei cakap dah sah-sah dapat, keyakinan saya hanya padaNya. Kerana perjalanan kehidupan saya bukan di tangan saya mahupun sensei. Hanya DIA jualah yang berkuasa atas segala sesuatu dan pasti itu yang lebih baik untuk saya. Saya hanya perlu untuk melihat Satu kepada BANYAK.

Takut

Apabila saya terasa diri saya sangat disayangi dan dikasihi, saya jadi takut. Takut saya tak mampu untuk membalas segala kebaikan yang diberikan. Takut saya jadi kufur dan jadi anak derhaka. Takut saya tak mampu untuk berikan yang terbaik sebagai balasan. Takut bila mengenangkan hakikat seorang manusia itu sememangnya pelupa.

Dan kerana sifat pelupa itulah, kita dihumban ke nerakaNya.

Anak lupa pada jasa baik dan pengorbanan ibubapanya.

Isteri lupa pada kebaikan suaminya.

Hamba lupa kepada PenciptaNya.

Hakikatnya, kita semua sentiasa memerlukan peringatan. Andalah harapan saya. Andalah orangnya yang akan mengingatkan saya kembali jika saya terlupa selepas ini agar kita dapat sama-sama mencorakkan kehidupan ini, dengan lakaran terbaik yang mengundang rahmat dan kasih sayangNya untuk kehidupan lebih baik selepas ini.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

2 comments: