Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan lagi olehNya untuk menghirup oksigen, bernafas, dan menulis di sini. Sedikit luahan, mungkin juga pengenalan tentang saya buat semua.
Selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW, orang yang paling saya sayang adalah kedua ibu dan bapa saya. Selepas mereka pula adalah sahabat-sahabat di sekeliling saya. Ya, bagi saya sahabat adalah yang kedua selepas ibubapa saya. Mungkin kerana hidup saya dikelilingi sahabat-sahabat yang baik-baik belaka, kasih sayang itu lebih mudah untuk disemai dan melekat di hati.
Cabaran Persahabatan
Sejak di zaman persekolahan lagi, saya merasakan cabaran utama dalam bersahabat adalah kemunculan orang ketiga dalam hati-hati kami semua, yang merampas kedudukan yang seharusnya dikhususkan untuk sahabat. Atau dengan kata mudahnya, couple.
Setiap kali sahabat-sahabat saya menjalin hubungan(bercouple), saya terasa seakan-akan masa mereka untuk saya berkurang, malah perhatian mereka pada saya juga berkurang kerana kemunculan orang ketiga ini. Maka, setiap kali ada yang bercouple, saya akan berpesan perkara yang sama,
“Hm, aku tak kesah pun ko nak couple, tapi kene sayang aku lebih daripada dia tau. Kene bagi perhatian lebih kat aku tau. Tak kesah la ko nak tipu aku ke, tapi yang aku tau ko kene sayang aku lebih tau!!”
Alhamdulillah, setakat hari ini, saya yakin dengan sahabat-sahabat saya. Mereka sering ada bila saya perlukan mereka. Mungkin sebab saya cakap,
“Ko kenal aku dulu sebelum dia kan…kita rapat dulu sebelum korang rapatkan…jadi, apape hal ko kene lebihkan aku tau…hehe”
Saya sangat gembira mndengar apabila ada yang kata,
“Kalau aku boleh call dia selalu dan lama-lama, takkan dengan ko xleh kot..”
“Kalau aku boleh spend banyak-banyak untuk die, takkan dengan ko nak berkira kot…”
“Sebenarnya dia tak bagi aku drive orang lain naik kereta ni, tapi xpe la. Sebab ko kan…”
Ketahuilah, saya sangat menghargai kamu semua. Terima kasih atas kasih sayang ini. Marilah kita bersama niatkan kasih sayang dan ukhwah yang kita bina ini kerana mencari keredhaan Allah SWT. Semoga bertambah kemanisannya, dan bersama memperoleh ganjaran di akhirat kelak.
Cinta dan pengorbanan
Tapi, ada satu perbezaan yang saya perhatikan daripada mereka yang bercouple. Antara sahabat dan pasangan mereka, ternyata pasangan mereka lebih mengambil berat, sanggup berkorban untuk mereka berbanding sahabat. Senang cerita, couple inilah yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW iaitu, untuk menyayangi sahabat lebih dari menyayangi diri sendiri. Persoalannya pula, mengapa ini yang terjadi?
Mengapa bukan sahabat yang sanggup berkorban untuk sahabat? Mengapa pasangan yang bukan muhrim, yang baru dikenali dan diketahui hati budi itu juga yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka?
Seringkali berlaku situasi seperti di bawah.
“Ala…semua orang busy siapkan homework…xde sape nak teman gi makan…ajak dia je la…” “Xde sape nak teman keluar minggu ni. Duit dah xde ni, kene kuar dengan dia la nampaknya…”
Ya, semuanya kerana nilai cinta dan kasih sayang. Kasih sayang itulah yang melahirkan semangat atau rasa ingin berkorban. Maka, dapat saya simpulkan bahawa, selagi kita tak sanggup untuk berkorban demi sahabat kita, nilai kasih sayang kita pada mereka mungkin kurang daripada pasangan mereka.
Maka, hargailah dan cintailah sahabat kita, melebihi cinta kita kepada diri kita sendiri. Demi menyempurnakan iman di hati, juga demi ganjaran yang lebih besar di akhirat nanti. Mungkin inilah dakwah yang lebih berkesan buat mereka, daripada kita bebeli dengan hujah-hujah tentang haramnya bercouple, atau pun berfikir bagaimana mahu memutuskan hubungan merekadan menyelamatkan rakan kita. Ya, segalanya bermula daripada diri kita sendiri. Jika kita mampu menjadi lebih baik daripada pasangan mereka, insyaAllah, sahabat kita juga akan terkesan dengan tindakan kita dan memilih yang lebih baik untuk kehidupannya di sini dan di sana.
Ketika seorang sahabat, Jaafar bin Abi Talib meninggal dunia sebab peperangan dan meninggalkan beberapa orang anak yang menjadi anak-anak yatim ketika itu. Maka Rasulullah pun berseru kepada seluruh golongan muhajirin dan ansar,
“Siapakah di antara kalian yang sanggup untuk menjaga anak yatim ini?”
“Saya sanggup ya Rasulullah.” Jawab sahabat pertama.
“Saya sanggup ya Rasulullah.” Jawab sahabat kedua pula.
Sahabat yang ketiga pula menjawab, “Saya juga sanggup ya Rasulullah.”
Antara ramai-ramai orang Islam di situ, 3 orang sahabat ini yang volunteer untuk menjaga anak-anak yatim ini. Sedangkan hakikatnya, mereka bertiga inilah orang yang termiskin, sehingga diberi gelaran Abul Masakin(Bapa orang-orang miskin). Tingginya nilai ukhwah dan pengorbanan para sahabat. Mereka sanggup untuk menjaga anak-anak yatim ini kerana asas iman yang kukuh telah terbina dalam hati mereka. Kasih sayang mereka kepada ayah anak-anak ini yang melahirkan rasa cinta dan sanggup berkorban untuk anak-anak ini.
Saya sangat terkesan dengan kisah ini. Para sahabat sangat mudah berkorban untuk sahabat mereka walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Subhanallah, semoga hati ini, dan hati-hati kita semua dipenuhi dengan rasa cinta kepada sahabat melebihi diri kita sendiri. Semoga Allah SWT menyempurnakan iman dalam hati kita semua.
Cabaran JAD
Di JAD lain pula halnya kerana, pastinya sahabat-sahabat saya di sini yang bercouple lebih menegenali dan bersahabat lebih lama dengan pasangan masing-masing berbanding dengan saya. Maka, ayat-ayat yang selalu saya tuturkan buat teman-teman di SERATAS, pastinya tidak sesuai untuk dituturkan buat mereka di sini.
Tapi yang pasti, walau apapun, ketahuilah yang kedudukan anda semua di hati saya, tetap sama dengan kedudukan sahabat-sahabat saya yang dulu. Anda semua tetap di tempat kedua selepas ibu dan bapa saya. Sebab saya sanagt hargai nilai persahabatan ini.
Tercampak keseorangan di sini,tanpa rakan sesekolah di sisi, saya tidak merasa terasing. Malah semakin bertambah tempoh perkenalan kita, semakin dalam kasih sayang saya buat anda semua. Terima kasih kerana menerima saya sebagai sahabat dalam hidup anda.
Jaulah ke Melaka yang telah dirancangkan sekian lama pada hujung mingu hadapan diharap dapat menambah mekar pada ukhwah yang terbina di antara kita semua. Semoga kita dapat sama-sama membuang segala buruk sangka antara satu sama lain. Semoga kita dapat lebih mengenali sahabat-sahabat apabila bermusafir bersama. Semoga kita dapat menerima dan melengkapi kekurangan antara satu sama lain. Semoga Allah mengikat hati-hati kita untuk kekal bersama di atas jalanNya ini.
Uhibbukum fillah.
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
terigin mempunyai sahabat yg senantiasa menemani n mndoakn kesejahteraan hidup ini..semoga cik konokokoro berbahagia hidup dikelilingi insan2 yg tersayang...
ReplyDelete