Tuesday, December 1, 2009

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Mungkin kita sudah biasa mendengar ungkapan ini. Saya pun pernah tertanya-tanya sebenarnya, apakah benar pemuda hari ini yang akan mencorakkan bangsa dan negaranya? Padahal hampir keseluruhan pemimpin Negara terdiri daripada mereka yang telah berumur. Dan mengapa golongan remaja/belia ini juga yang menjadi sasaran dakwah Islam dan juga dakyah luar?

Menyingkap Sejarah
Hadith Ghulam
Kalau diteliti kembali hadith ini, kita akan dapati Tukang sihir juga meminta seorang ghulam(remaja berusia belasan tahun/16tahun ke atas) daripada raja untuk diturunkan segala ilmu sihirnya. Rahib juga menginginkan hal yang sama dengan tukang sihir, seorang ghulam untuk menegakkan agama Allah SWT diatas muka bumi ini.

Naze deshoune?

Kejatuhan Andalusia
Selama 800 tahun lamanya kota ini dikuasai oleh Islam. Namun, takdir mengatasi segalanya apabila orang-orang Portugal berjaya mengusir kaum muslimin dari sana. Bagaimana mereka boleh berjaya melakukannya?

Ya, dengan memerhatikan pemuda-pemudanya.

Tahukah anda, sebelum menyerang Andalusia secara melulu, bangsa Portugal telah beberapa lama memerhatikan dan menyelidiki keadaan pemuda-pemuda Andalusia.

Pada awal penyelidikan mereka, mata-mata Portugal mendengar pertelingkahan antara pemuda zaman tersebut.

“Aku hafal kitab Shahih Bukhari lebih banyak daripada kamu.” Kata pemuda pertama.

Pemuda kedua pula berkata, “Tiada yang setara denganku dalam bidang ilmu Kimia, jadi aku lebih baik daripada kamu.”

Pemuda ketiga pula menyampuk, ”Apakah ada orang yang lebih handal dan hebat dalam menunggang kuda selain daripada aku?”

Maka, setelah memerhatikan hal ini, mata-mata Portugal pun pulang dan memberitahu tentera-tenteranya,

“Pulanglah kalian, jangan masuk ke Andalusia sekarang.”

Beberapa ketika kemudian, mereka datang lagi ke Andalusia dan mendapati para pemuda Andalusia masih berlumba-lumba dalam bidang syair dan kesusasteraan. Maka, mereka mematikan niat untuk menyerang.

Namun satu ketika, mereka kembali ke Andalusia dan mereka dapati seorang remaja Andalusia sedang menangis. Lalu mereka bertanya,

“Mengapa kamu menangis?”

“Awekku meninggalkan aku.”

Maka, saat ini, mereka segera pulang ke Portugal lantas berkata,

“Sekaranglah saatnya kita dapat masuk ke Andalusia dan kalahkan mereka!”

Dan akhirnya, dengan hanya beberapa bulan, mereka berjaya mengusir umat Islam daripada kota tersebut.

Pemuda:Aset terbesar masyarakat
Maka, dapatlah disimpulkan bahawa, pemudalah aset terbesar masyarakat. Kanak-kanak sihat dan bertenaga, tapi tidak matang fikirannya. Orang tua pula matang dalam berfikir, tetapi kurang kekuatan fizikal. Kitalah, golongan pemuda dan pemudi yang memiliki kedua-duanya. Juteru, kitalah aset terbesar masyarakat ini, umat ini. Kita jugalah kayu ukur bangun dan musnahnya sesuatu bangsa.

Realitinya, dimanakah kedudukan kita hari ini?

Pemuda berkualiti jadikan realiti
Namun segalanya tidak semudah yang kita sangkakan. Untuk membangunkan umat ini, segalanya perlu bermula dari diri kita sendiri. Kesugguhan kita untuk berubah menjadi pemuda berkualiti, memahami ajaran agamaNya, menurut perintah TuhanNya, bersungguh dalam setiap kerja dan focus dan fakih dalam pelajaran di Universiti menjadi taruhannya. Tanpa itu semua, umat ini tidak akan kembali disanjung seperti suatu masa dahulu.

Bergeraklah dan berubahlah. Agar kita dapat sama-sama menyumbang kepada kegemilangan umat ini.

Gambare!!


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

No comments:

Post a Comment