Dialog di dalam surau..
“dzu, mcm mane dengan waku-waku tadi?Awk menang tak? Dapat pizza tak?”
“hehe..tak menang pun…tapi tak kesah pun sebab bukan itu yang saya cari kat sane …”
“oh..awak dapat ukhwah ek?”
Saya hanya tersenyum sebagai jawapan. Sewaktu kertas siapa yang ingin hadiri waku-waku nihongo day diedarkan di kelas lagi, saya bersimpati dan kagum dengan semangat sensei yang menggunakan modal sendiri untuk hari nihongo tersebut. Namun, saat itu, saya masih mencari driving force untuk saya hadiri acara tersebut. Report dan happyou, mensetsu, dan kesuntukan waktu.
Akhirnya, saya teringat akan buku “kiat-kiat menarik hati” karangan seorang ikhwah Ikhwanul Muslimin. Buku yang menceritakan kekreativitian ahli-ahli ikhwan dalam menyampaikan dakwah dan mengumpul ahli dalam kalangan masyarakat. Ada yang sanggup berpura-pura terpijak kaki orang, membaca majalah secara terbalik dan lain-lain lagi semata-mata ingin mencuri tumpuan orang lain dan memulakan perbualan. Hal ini sangat terkesan pada hati saya yang Allah hadiahkan pelbagai aktiviti menarik di JAD yang mampu saya manfaatkan untuk membina ukhwah dengan rakan-rakan dan kouhai tachi, sebagai permulaan kepada usaha dakwah.
Bukan ini yang saya ingin ulaskan sebenarnya. Tapi frasa what you seek for is what you get. Saya tidak merasakan satu kerugian atau pun satu pembaziran masa menghadiri waku-waku nihongo day walaupun pulang tanpa sebarang hadiah, semuanya kerana bukan itu matlamat saya ke sana.
Menyingkap Kegagalan
Hal ini membuatkan saya terfikir kembali, mengapa saya sering merasa frust dengan kegagalan yang saya alami kebelakangan ini walaupun banyak yang saya pelajari daripadanya.
「失敗から学ぶ」kata peribahasa jepun. Hal ini membuatkan saya kembali muhasabah diri,
Apakah tujuan saya inginkan kesempurnaan dalam setiap kerja?
Apakah tujuan saya untuk sentiasa menjadi yang terbaik?
Apakah tujuan saya untuk jadi orang yang berjaya?
Kalau redha Allah yang dicari untuk setiap perkara ini, segala yang saya lakukan yang selari dengan syariat dan peraturannya, diiringi dengan niat yang ikhlas untukNya, pasti akan saya perolehi walaupun kegagalan yang muncul akhirnya. Kerana bukanlah hasil yang dipandang oleh Allah SWT, tapi sejauh mana kita berusaha untuk mencari redhaNya dalam setiap yang kita lakukan.
Pengajaran dari VT
Buku ini banyak mengajar saya untuk menetapkan matlamat yang betul untuk berjaya. Hari ini baru saya sedari hikmahnya. Patutlah Allah takdirkan saya baca buku tersebut, kerana Allah ingin mengajar saya sesuatu. Buku ini menceritakan kisah pemain-pemain volleyball. Tapi matlamat mereka untuk menjuarai sukan tersebut bukanlah semata-mata ingin mendapat gelaran johan, tetapi demi mempamerkan imej Islam yang sebenar. Bersukan dengan seluar panjang dan menjaga waktu solat sewaktu latihan dan pertandingan, masih boleh berjaya. Islam itu tidak mengongkong dan sesuai untuk diamalkan oleh semua orang termasuk atlit. Dan akhirnya mereka berjaya setelah berkali-kali gagal sebelumnya.
Coach mereka juga sentiasa mengingatkan agar memperbetulkan kembali niat, saat kemenangan semakin menghampiri. Saat kegagalan menjengah pula, keyakinan pada pertolongan Allah diterapkan dalam hati walaupun skor mereka 0. Sangat bermakna.
Keyakinan Pada kekuasaan Allah SWT
Setiap hari kita berdoa dan berdoa. Kadangkala terselit rasa, betul ke Allah dengar doa aku ni? Kenapa Allah tak makbulkan pun permintaan aku? Ketahuilah, rasa-rasa hati inilah yang menggugat kepercayaan kita kepada Allah SWT dan kekuasaanNya.
Allah SWT yang mampu menghidupkan orang yang mati.
Allah SWT yang mampu menyejukkan dan menyamankan api untuk keselesaan dan keselamatan Nabi Ibrahim.
Allah SWT yang mampu membelah lautan untuk menyelamatkan Nabi Musa.
Allah SWT yang Maha berkuasa atas segala sesuatu.
Lihat sendiri keyakinan Nabi Muhammad SAW saat baginda dan saidina Abu Bakar bersembunyi dalam Gua Thur. Betapa takutnya Abu Bakar sehingga beliau mengatakan
“kalau salah seorang daripada mereka melihat tapak kakinya, pastinya kita akan dijumpai.”
Tapi Rasulullah SAW dengan tenangnya menjawab,
“Apakah engkau menyangka kita hanya berdua, sedangkan Allah adalah yang ketiga.”
Betapa Rasulullah ingin menerangkan kepada Abu Bakar saat itu yang Allah tidak akan sekali-kali meninggalkan mereka. Allah akan menyelamatkan dan melindungi mereka.
Berubah dan Mendapat Pertolongan Allah
Oleh itu, saya ingin mengajak diri saya dan rakan-rakan agar terus yakin dengan pertolongan Allah walaupun setelah berkali-kali kita gagal dalam hidup ini. Dan lakukanlah perubahan, demi sebuah kejayaan.
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (surah ar-Ra’d:11)Yakinlah dengan ayat Allah ini. Perubahan itu harus bermula dengan diri kita sendiri, sebelum Allah membantu kita. Carilah driving force dan mokuteki(matlamat) yang betul untuk kita berubah, agar segalanya tidak terhenti sekerat jalan sahaja.
Dosa kecil yang membesar
Melihat komen akmal pada post yang sebelum ini, saya sangat bersetuju dengan apa yang ditulis. Hal ini menambahkan keyakinan saya pada tafsiran saya berkenaan satu ayat al-Quran. Setiap kali membaca al-ma’thurat, ayat ini menarik perhatian saya.
“Allah melindungi orang yang beriman. Mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya.”
Setiap kali berbuat dosa, saya terasa yang Allah tak melindungi saya. Dalam erti kata lain saya bukanlah tergolong dalam kalangan orang beriman yang mendapat perlindungan daripadaNya.
Mungkin kita semua terhindar dari melakukan dosa-dosa besar seperti zina, minum arak, derhaka kepada ibubapa dan sebagainya. Tapi mungkin kita terlepas pandang dosa-dosa kecil kita yang kita lakukan tanpa kita sedari setiap hari. Dosa-dosa yang berkumpul dan berkumpul menjadi dosa besar yang menghalang rahmatNya dan cahayaNya untuk masuk ke dalam hati kita semua.
Apa yang saya sedari, selama ini saya agak mengambil mudah persentuhan tangan dengan bukan muhrim sewaktu muamalat harian. Membayar makanan di shokudo, membeli barang di petronas, membuat passport dan lain-lain. Mungkin kerana kebiasaan berurusan begitu, jadi kita seakan memandang remeh hal ini.
Tidak kiralah lelaki mahupun perempuan, sesetengah daripada kita memandang remeh batasan aurat sesama jantina yakni daripada pusat hingga ke lutut. Mungkin hal ini juga yang menjauhkan kita dari rahmatNya.
Maka, marilah kita semua kembali beristighfar atas segala dosa-dosa kecil yang kita lakukan dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.
Semoga hidayah Allah itu kekal menjadi milik kita selama-lamanya.
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
No comments:
Post a Comment