Maaf sebab dah lama tak update blog ni. Serabut. Terlalu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Terlalu banyak komitmen yang perlu diberikan. Terlalu banyak impian yang ingin dicapai. Akhirnya semuanya ini membawa saya kepada satu titik yang nyata. SAYA hanyalah seorang MANUSIA biasa. Manusia yang penuh dengan kelemahan dan tidak mampu pun untuk melakukan sesuatu perkara pun tanpa pertolongan dan petunjuk dariNya.
Ada mensetsu pada hujung minggu depan.
Ada banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Segala-galanya menuntut komitmen dan pengorbanan yang tinggi agar saya dapat memberikan yang terbaik pada semua dan diri sendiri. Hidup ini tidak semudah yang kita sangkakan. Saya bukanlah seorang yang perfect, tapi saya sukakan kesempurnaan dalam setiap yang saya lakukan. Dan hal ini sangat memberi impak yang besar dalam kehidupan saya. Hakikatnya, tak semua perkara yang kita usahakan, yang kita dambakan akan menjadi seperti yang diharapkan.
Saya nak bangun qiam setiap hari.
Saya nak baca al-Quran setiap hari.
Saya nak baca al-ma’thurat setiap pagi dan petang.
Saya nak menghafaz juz 30.
Saya taknak tidur dalam kelas.
Saya nak buat homework sendiri.
Saya nak dapat fullmark setiap kali ujian.
Saya nak bangun awal dan tidur awal setiap hari.
Saya nak kehidupan yang teratur dan berjadual.
Saya nak khusyuk dalam setiap solat saya.
Saya nak ikhlas dalam setiap amal saya.
Saya nak telefon mak setiap hari pukul 11malam.
Saya nak jadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri.
Banyak lagi yang saya harapkan. Saya pasti anda semua pun begitu juga. Hakikatnya, tak semudah yang kita sangkakan. Kerana kehidupan ini, bukan milik kita seorang. Kerana ada yang lebih berkuasa dalam mengatur perjalanan hidup kita.
Bukan ingin mengeluh, mahupun berputus asa dalam perjuangan untuk menjadi yang terbaik. Tetapi, saya rasa, saya perlukan masa untuk berehat sebentar dan mengkoreksi diri. Sejak akhir-akhir ini, banyak perkara yang terjadi dan benar-benar menguji keimanan dan kesabaran saya. Banyak perkara yang saya inginkan, saya tak dapat. Banyak pula perkara yang saya harap tidak berlaku, berlaku pula. Segalanya menuntut saya untuk bermujahadah memikirkan hikmah di sebalik setiap yang terjadi.
Sesungguhnya, perubahan itu bermula dari diri kita sendiri. Dan berputus asa di pertengahan jalan adalah kerana kerosakan pada awalnya. Perubahan itu perlu disertai dengan niat yang betul dan ikhlas. Kekuatan untuk terus beramal dan beramal pula datangnya daripada ilmu-ilmu yang kita dapati.
Macam mana kita nak rasa ruginya tidak solat berjemaah isyak dan subuh kalau kita tidak tahu ganjarannya?
Macam mana kita nak rasakan banyaknya dosa yang dipikul kalau kita tidak mengetahui perbuatan-perbuatan kita selama ini adalah satu dosa?
Macam mana kita nak timbulkan rasa inginkan syurgaNya, kalau kita sendiri tak tahu betapa indahnya syurga?
Dan pokok pangkal kepada semua persoalan adalah,
Macam mana kita nak amalkan semua ini, kalau kita sendiri tidak yakin dengan Allah SWT dan janji-janjiNya?
Oleh itu, walaupun berat untuk menyatakannya, saya mohon maaf kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini kerana saya ingin berehat sebentar untuk mencari diri dan re-charge iman di hati. Blog ini tidak dapat saya update sehingga satu masa yang tak dapat saya tentukan lagi. Doakan kesejahteraan saya dan iman di hati saya.
Mungkin ada dosa-dosa yang saya belum bertaubat.
Mungkin ada niat-niat lain yang merosakkan amal.
Mungkin ada riak, ujub, takbur dan yang seangkatan dengannya dalam setiap kejayaan.
Mungkin ada maksiat yang manghalang rahmatNya.
Mungkin ada hati-hati yang saya goreskan dengan sengaja atau tidak sengaja.
Mungkin ada hutang yang masih belum langsai.
Mungkin usaha belum mencukupi.
Mungkin tiada kesungguhan dan keikhlasan.
Segala kemungkinan yang membawa saya jauh dariNya perlu diteliti dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Saya mohon sedikit masa untuk saya kembali betulkan diri agar kembali ke landasan yang sebenar. Segalanya tidak mudah. Maka doa anda semua amat saya harapkan agar dapat mendoakan yang terbaik untuk saya dalam setiap yang saya lakukan. Mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin setelah hati ini mencapai ketenangannya semula saya akan kembali menulis dan berkongsi untuk peringatan kita semua. Inilah medan untuk kita bercucuk tanam agar hasilnya dapat dituai di sana kelak.
Semoga segala ujian, dapat ditempuhi dengan hati terbuka.
Semoga segala nikmat bukanlah istidraj untuk diri ini.
Semoga hari-hari mendatang lebih baik untuk saya dan anda semua.
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
nak kongsikan sedikit ilmu dari daurah yg lepas (no offend-jangan salah faham)...
ReplyDeleteustaz muhaimin pesan kalau kita nak bertaubat lepas buat salah, kita kene rasa kesal... antara salah satu cara nak muhasabah diri, cuba fikir... kalau Allah sayang seseorang tu, mesti Allah pelihara dia kan? then kalau Allah dah pelihara seseorang tu takkanlah syaitan boleh tembus pemeliharaan Allah then goda kita tuk wat kesalahan dan dosa... so maknanya, pada ketika kita buat salah tu, kita tidak berada dalam pemeliharaan Allah... tsumari (dgn kata lain), pada kita itu, kita tidak disayangi Allah, maka mesti ada sebab yg membuatkan Allah murka pada kita, maka cepat2 lah bertaubat...
(maaa, ak pun tak tau nape ak komen pasal ni, huhu rasa cam nak share ilmu yg baru dapat... tu je, tak bermaksud nak ckp penulis blog ni banyak dosa ke apa ke...)
moga bermanfaat...
di harap cik konokokoro bce surah al-insyirah dan ad-dhuha (ayat memujuk)..
ReplyDeleteayat ini diturunkan oleh Allah semasa Nabi dalam Tahun Dukacita, Nabi sangat sedih mase tu. bace lah surah ini dikala saudari berasa susah hati.. insyAllah akan mendapat ketenagan...assalamualaikum...
may allah bless
"bekerjalah, sesungguhnya Allah melihat usahamu, juga Rasulmu dan orang-orang beriman."
ReplyDeleteterima kasih atas komen n kata2 semangat drpd semua..insyaAllah, sedang cuba bangun dari kegagalan semalam, untuk kegemilangan akan datang..
ReplyDelete"God gives us no power to change the past,
But He gives us options on how we destined our future."