Sunday, July 5, 2009

susah jugak jadi lelaki

Alhamdulillah, semalam diberi kesempatan olehNya untuk melawat satu kematian. Ayah seorang sahabat yang sangat ceria orangnya. Dan disebabkan keceriaanya, ramai orang senang untuk bersahabat dengannya. Dan atas dasar kasih sayang dan ukhwah yang telah terjalin, saya rasa bertanggungjawab untuk berada disampingnya saat dia perlukan teman-teman untuk meminjam kekuatan dan bahu.

Kami tiba saat jenazah baru diletakkan di ruang tamu, selepas dikafankan barangkali. Masuk ke rumah terus tercari-cari di mana kappa. Saat terlihat wajahnya, put terus menerkam dan memeluk beliau. Dan itulah kali pertama saya melihat beliau menumpahkan air matanya sejak mengenalinya hampir 2 tahun. Kappa yang ceria terkulai layu dalam pelukan sahabat2.

Kappa kuat dan tabah. Dengan deraian air mata, surah Yasin dibaca berulang-ulang kali di hadapan jenazah ayahnya. Dipanggil ke dapur pun, surah Yasin tidak terlepas dari genggamannya. Alhamdulillah, saat jenazah di angkat untuk dibawa ke masjid, beliau kelihatan lebih tenang dan mampu untuk tersenyum.

Apa kaitan kappa dengan susahnya menjadi lelaki? Ya, kappa hanya 2 beradik, dan adiknya lelaki. Maka, segala urusan tentang jenazah, adiknya yang uruskan. Mengangkat dan membawa ke masjid, mengikut van jenazah dan sebagainya. Saat melangkah masuk ke masjid, saya terlihat seorang lelaki duduk di perkarangan masjid, seorang diri sambil memegang kedua lututnya dan memandang ke hadapan. Seakan-akan berfikir. Itulah adik kappa. Kappa ada kami untuk menenangkannya, juga ada ibu untuk dipeluk dan menangis bersama.

Tapi saat melihat adiknya termenung seorang diri, saya terfikir, susahnya menjadi seorang lelaki. Pasti selepas ini keluarga bergantung kepadanya. Pasti dia kehilangan teman untuk berborak hal2 lelaki. Pasti dia perlu lebih memikirkan tentang ibu dan kakaknya berbanding dirinya sendiri kelak.

Ya Allah, semoga Engkau tabahkan hati mereka sekeluarga dan ampunilah dosa kami semua. Ya Allah permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat..

Maka, saat ini dengan rasa rendah dirinya, saya bersyukur lahir sebagai seorang perempuan. Sesusah mana pun menjaga aurat dan maruah diri, pasti tak sesusah menanggung beban emosi dan tanggungjawab sebagai lelaki. Terima kasih ya Allah...

p/s : Sedekahkanlah al-Fatihah untuk arwah ayah kappa setiap kali anda baca post ni..semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

5 comments:

  1. moga kappa n keluarga tabah menghadapi ujian yg melanda....kita semua perlu bersedia utk menghadapi benda yang sama..

    ReplyDelete
  2. salam..
    berpeluang juga menziarahi family Kappa
    sgt sedih dgn suasana semalam
    sgt sedih juga tgk adik kappa termenung diluar masjid sebelum waktu Zohor semalam
    saya yakin adik kappa boleh menjadi seorang anak yg bertanggugjawab utk family kappa~

    ReplyDelete
  3. people always leave and we need to be prepared for that..
    adik kappa mengingatkan aku pada seseorang.
    hope adik kappa akan jadi llaki yg jauh lbh baik dr org 2

    ReplyDelete
  4. insyaAllah...doakan yang terbaik utk kita semua..

    ReplyDelete