そろそろ大学を決めないといけないね。。
Alhamdulillah, Allah tidak memberatkan kepala saya memikirkan daigaku(universiti) mana yang ingin dimasuki. Dan saya juga memilih tanpa banyak berfikir. Mungkin kerana saya ada matlamat jangka panjang saya sendiri, maka saya memilih daigaku mengikut apa yang membolehkan saya mencapai matlamat yang saya inginkan. Yang pasti matlamat akhir saya mendalami ilmu dalam bidang kejuruteraan bukanlah untuk menjadi seorang jurutera. Sebab apa?
Woman as engineer my point of view. Saya ditakdirkan untuk lahir sebagai anak seorang engineer. Ibu saya adalah seorang graduan dalam bidang kejuruteraan elektrik(telekomunikasi). Beliau berkhidmat di telekom daripada tamat belajar sehingga beliau mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa 2 tahun lepas.
Kehidupan sebagai anak seorang jurutera mungkin tak seindah yang anda bayangkan. Mungkin bagi yang perempuan, anda fikir sebagai jurutera anda boleh berehat di pejabat, bilik berhawa dingin dan sebagainya tanpa perlu bersusah payah. Tapi realitinya, ketika mengandungkan saya pun mak saya terpaksa mengheret perut yang besar sehingga ke switzerland atas urusan kerja. Sistem komunikasi di negara kita mungkin telah jauh berubah berbanding dahulu. Tapi, di zaman 80an dahulu, mak saya dan rakan2 terpaksa masuk ke hutan2, kampung-kampung di pedalaman untuk membolehkan penduduk di situ mempunyai talian telefon dan berkomunikasi dengan masyarakat luar. Lebih-lebih lagi untuk survive sebagai perempuan di kalangan jurutera2 lelaki yang ramai di kawasan pedalaman, agak mengerikan.
Kalau anda bayangkan, kerja anda hanya dari pukul 8.30 hingga 5 petang sahaja, anda mungkin silap. Itu hanyalah waktu bekerja yang sepatutnya, tapi di syarikat swasta, syarikat telah menetapkan target untuk setiap tahun dan bulan, maka semua pekerja harus berusaha untuk mencapai target tersebut, kalau tidak anda tidak akan mendapat bonus pada tahun tersebut. Orang cakap jadi doktor susah, sebab ada on call. Tapi, jurutera pun macam tu juga. Kalau system breakdown pukul 3 pagi, maka pukul 3 pagi lah mak saya mengheret saya dan adik beradik lain ke pejabat menemani beliau melihat apa kerosakan yang berlaku. Waktu ini jugalah para software dan it engineer akan bertugas kerana di siang hari, sistem tak boleh diberhentikan operasinya sesuka hati. Dahsyat kan? Bekerja sebagai jurutera tak semudah yang anda sangkakan.
Kalau ada projek di luar kawasan tempat kerja anda, maka anda harus willingly berpindah sementara waktu ke kawasan tersebut. Mak saya juga pernah ditukarkan ke Penang selama 2 tahun sewaktu saya baru hendak melangkah ke darjah satu. Pada mulanya kami dibawa tinggal dengan mak, tapi bila ayah sakit kene tinggal sorang2, mak tinggalkan kami dengan ayah. Hujung minggu sahaja mak akan balik ke taiping. Dan begitulah kehidupan kami sekeluarga sebab mak memang selalu outstaion dan kami hanya dapat berkumpul bersama di hujung minggu.
Satu ketika, ayah saya juga ditukarkan menjadi pegawai di pejabat pendidikan. Saat itu, mak dan ayah sama2 sibuk dan selalu outstation. hanya bibik yang menemani kami hari-hari. Mak dengan ayah memang sangat kibishi tentang result kami semua, tapi saya memang tertekan bila berjaya dapat nombor 1 pun, hari anugerah tiada yang menemani untuk ambil hadiah. Baik tak payah belajar bersungguh-sungguh. Rungut seorang anak yang tak faham keadaan ibubapanya saat itu. Lepas tu saya pun buatlah perangai macam2, report kat cikgu yang mak ayah selalu tinggalkan saya dan lain2 lagi. Maka kedua-dua mereka bertemu dengan pihak sekolah.
Selepas tu, ayah ambil keputusan untuk jadi cikgu, supaya tak terlalu sibuk. Mak pulak sedaya upaya cuba melapangkan masa, dan menghadiri hari-hari penting dalam kehidupan kitorang sebagai kanak-kanak.
Tapi bagi saya sendiri, saya tidaklah merasa terlalu diabaikan sebab mak saya memang sugoi. Walaupun hanya hujung minggu di rumah, mak mesti masak masakan sedap-sedap untuk kitorang. Dan baju raya kami semua, tak pernah dibeli. Semua mak jahit sendiri. Sugoi jyan, saya tak tahu mak ambil masa mana untuk buat semua tu. Sewaktu bersekolah di seratas pun, setiap hujung minggu mak mesti datang melawat. Begitu jugak abang dekat mrsm beseri. 2 minggu sekali mak dengan ayah mesti datang melawat.
Kiranya mak saya berjaya sebagai engineer dan ibu yang baik untuk kitorang. Tapi, seriusly, bebanan kerja sebagai engineer membuatkan mak saya selalu migrain. Pening memikirkan masalah mesin yang rosak, customer yang selalu maki hamun, juga perangai anak buah yang 1001 macam. Sehingga akhirnya, mak saya didapati sakit jantung dan terpaksa dioperate. Selepas itu mak ambil keputusan untuk jadi suri rumah sepenuh masa.
Gurls, do u still want to be an engineer? Be prepared for all those things. It might happen to u too...Perhatian kepada keluarga dan kerjaya harus seimbang dan anda perlu jadi seorang yang sangat kuat menghadapi segala cabaran hidup. Kesian mak, dah la kat tempat kerja banyak masalah, anak-anak pulak buat perangai kat rumah. Tapi, alhamdulillah, kami banyak belajar berdikari..
Saya tak rasa saya mampu untuk jadi engineer dan ibu sebaik mak saya. Jadi, memang dah kimete(decide) untuk tidak menjadi engineer. Maksudnya, saya tidak ingin terus membina kerjaya dalam bidang kejuruteraan, tapi saya perlu untuk bekerja sebagai jurutera dahulu demi mengumpul duit untuk mencapai impian saya.
Jadi, pemilihan daigaku yang baik pun penting untuk membolehkan saya bekerja sebagai jurutera. Kepada rakan2 sekalian, fikir2kanlah daigaku mana yang terbaik buat diri kita semua dan tetapkanlah target atau matlamat anda. Semoga kita semua dipermudahkan dalam urusan pemilihan daigaku. InsyaAllah...
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
No comments:
Post a Comment