Sunday, July 12, 2009

sesi mengkuarantin diri

Alhamdulillah...siap jugak akhirnya report terakhir untuk sem ni. Semoga Allah mempermudahkan anda semua juga insyaAllah...

Saya tak bercadang untuk menulis panjang kali ini, cuma ingin berpesan-pesan sebelum saya pergi mengkuarantin diri selama 2 minggu akan datang bermula pkul 12 tengah malam ini.

Peperiksaan final yang bakal menjelang turut mencuakkan diri saya. Maka, demi menumpukan perhatian kepada peperiksaan kali ini, saya rasa perlu untuk mengkuarantinkan diri sebentar.

Namun, ini bukanlah cuti sementara yang saya ambil untuk melarikan diri daripada tugas dakwah, cuma perhentian yang akan membantu saya untuk bangun semula dengan semangat baru selepas ini.

Peperiksaan dah dekat...

Gunakanlah masa yg ada untuk mengulangkaji pelajaran...

Ramadhan dah dekat...

Gunakanlah masa yg ada untuk khatamkan al-Quran...

Semoga dalam masa 2 minggu ini, kita sama2 dapat jadi insan yang baru. Yang lebih dekat dengan penciptaNya. Sedar yang saya telah lama mengabaikan buku-buku pelajaran saya. Latihan-latihan yang diberi oleh sensei tachi pon. Suatu hari, sensei tanya...

"Awak buat x latihan yg saya bagi?"

"hehe...xbuat sensei..."

"Awak pun x buat? Shinjirarenai(mcm x caye)..."

Saat tu saya tersedar, yang saya dah jauh berubah rupanya. Jauh daripada saya yang dulunya agak rajin berbanding sekarang. Walaupun sebelum ni ramai jugak rakan2 memperkatakan hal yang sama, tapi saya abaikan semuanya.

"ak tgk mg beruboh dh loni...abih sume bende mg xwat..."

"eh, mg pon niru shukudai ore gak ko.."

Saya kata kepada diri sendiri yang saya sememangnya malas sejak dulu lagi. Tapi bila saya tahu yang malas tu adalah tanda2 futur(lalai), saya jadi takut. Saya perlu lakukan sesuatu demi menyelamatkan iman senipis kulit bawang ni. Saya perlu jadi rajin. Saya perlu manfaatkan masa sebaiknya. Maka, jalan terbaik adalah saya perlu mengkuarantinkan diri saya untuk muhasabah diri dan mengecas semula iman di dada.

"Ya Allah, peliharalah aku dari sifat malas dan sifat2 mazmumah...Berikanlah aku kekuatan untuk terus beramal demi mencari redhaMu..."

Seribu kemaafan juga saya pohon daripada anda semua andai diri ini banyak melukakan atau menggores hati anda semua. Semoga kita semua diberi kemudahan dalam urusan seharian kita.
みんな、 期末試験がんばってね。。

Saya tinggalkan satu hadith, untuk kita sama2 fikirkan dan menilai kembali diri kita.

Abu Hurairah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana caranya malu kepada Allah itu? Lalu Rasulullah SAW menjawab,

"Kamu berasa malu denganNya, sebagaimana kamu berasa malu dengan lelaki yang soleh dalam kalangan kamu."



p/s : saya mengharapkan doa anda semua...tolong doakan keselamatan iman saya, tolong pohonkan pada Allah supaya memberi kekuatan untuk saya terus berusaha dan beramal di jalanNya...semoga anda juga memperoleh redhaNya.

Kepada mereka yg mempunyai urusan dengan saya, saya boleh online sampai pukul 12 mlm ni je. 早く連絡してね。。Ataupun kalau ada apape hal dalam tempoh 2 minggu ni bleh sms terus ke nombor telefon saya. Selamat maju jaya~



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

1 comment:

  1. salam my dear dz~
    all the best utk final exam ni...
    iAllah i'll pray for you...
    buat yang terbaik untuk islam=)

    ReplyDelete