Tuesday, June 30, 2009

berjalan melihat alam

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal," (al-Imran:190)
"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? "(al-Mulk:3)
Melompat-lompat dari satu laman ke satu laman mencari maklumat untuk report kali ini menemukan saya dengan beberapa penemuan berharga yang sering kita abaikan. Indahnya alam ciptaan Allah!!





Pernah tak boring tengok alam? Pernah tak rasa nak tukar warna langit jadi hijau ke awan jadi perang ke? Kenapa sejak lahir kita tak pernah rasa bosan tengok rumput warna hijau? Sudah pasti kerana ciptaan-ciptaan Allah terlalu indah untuk kita pertikaikan dan bosan. Subhanallah...

Pernah terfikir tak bagaimana agaknya kehidupan kita tanpa air?

"Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?." (al-Mulk:30)
Sejak wujudnya bumi, air telah dikenal pasti sama ada wujud dalam keadaan pepejal atau gas pada asalnya, yang pasti air telah diciptakan Allah untuk menjamin keinambungan ciptaan-ciptaanNya di bumi hingga ke hari ini. Bumi yang entah berapa juta tahun wujud ini, masih dapat mengekalkan jumlah air yang sama buat kita semua. Secara saintifiknya, bagaimanakah air boleh menyumbang kepada evolusi makhluk? Jawapannya, carilah dan tulislah dalam report anda sahabat2 sekalian...hee..

Semoga dalam kita mengkaji tentang air, bumi dan alam sekitar ini, kita semakin dekat dengan al-Khaliq, pencipta segala sesuatu. Ikhlaskan niat, carilah jawapannya untuk kita lebih mengenaliNya...semoga dipermudahkan Allah dalam usaha kita menyiapkan report ini..insyaAllah...

p/s: untuk sahabat2 bukan JAD, kami semua ada assignment untuk final exam subjek bumi dan alam sekitar berkenaan air dan kepentingannya yang perlu dihantar esok..tolong doakan kami semua~

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Monday, June 29, 2009

ujian terhadap org yg disayangi Allah

Daripada Abu Hurairah r.a,Nabi s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang Allah kehendaki kpdnya kebaikan,nescaya Allah mengujinya"

Keterangan
Allah s.w.t menguji org tertentu dgn pelbagai musibah utk memberikan ganjaran kpdnya.

Jadi...jgn penah sedey ble Allah uji kta dgn mcm2 musibah.tu tandanya Allah syg kt kta.sbb Dia lg tao yg hambaNya ini akn lalai dan ble diuji kita akn ingat kepadaNya..Allah xpenah zalim.Dia xkn uji kta dgn sesuatu yg kta xdpt tggung.Dia lebih mengetahui setakat mana kemampuan kita.ingatlah bila kita diuji makna nya kta mmg mampu utk menanggung ujian tu..jgn penah berputus asa dgn rahmat Allah.jgn cpt mengeluh dan melatah bila ditimpa ujian.sesungguhnya ujian itu sbgai tarbiah kpd diri sendiri dan percayalah di sebalik ujian pasti ada hikmahnya..=)

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Saturday, June 27, 2009

kata yang tak terluah

Saya juga manusia biasa. Inilah kata-kata yang tak terluah oleh saya. Jika anda sayangkan saya dan mampu untuk menerima saya seadanya, maka teruskanlah pembacaan. Jika tidak, abaikanlah post kali ini. Sebab saya pun takut anda tak mampu menerima the real me. Saya yang sebenar. Saya yang juga manusia biasa.

Fikirlah....nak teruskan pembacaan atau tidak...

Fikirlah....nak teruskan pembacaan atau tidak...

Fikirlah....nak teruskan pembacaan atau tidak...

Sedikan hati dan minda anda untuk menerima dengan hati terbuka segala yang tak terluah oleh saya selama ini...Last but not least...

Fikirlah sekali lagi....nak teruskan pembacaan atau tidak...

Ampuni saya jika ada yang akan terluka selepas ini...

Post ini juga banyak cerita tentang saya, kalau tak berminat untuk tahu, boleh abaikan...tiada paksaan...















Saya sakit, saya lemah, saya kelaparan dan saya kesunyian. Nak mak, nak ayah, nak nisa, nak wawa, nak mai, nak mazni dan lain-lain. Saya juga manusia biasa. Melangkah ke JAD mungkin menjadikan saya seorang Dzulaikha yang baru. Panggilan juga berubah. Dulu orang panggil dz, kat sini orang panggil dzu. Tak tahu berubah yang bagaimana, tapi yang pasti tidak seperti dahulu lagi. Memang cita-cita saya untuk jadi insan baru.

Saya tidak pandai bersahabat. Sebab lidah saya berbisa kata orang. Sebab tu tak ramai yang nak jadi kawan saya. Sifat itu cuba saya buang di sini. Sebab tu saya suka untuk study dalam bilik, sebab saya takut lagi banyak saya bercakap dan berjumpa dengan orang, lagi banyak hati yang akan disakiti. Saya juga suka untuk melihat senyuman di wajah setiap insan yang saya temui, maka kadang-kadang saya abaikan perasaan sendiri demi sebuah senyuman diwajah anda. Lagipun, itukan pesan rasulullah SAW, mochiron la kene ikut kan.

Tapi kan, saya juga manusia biasa. Adakala saya rasa nak marah orang, tapi kita kene tahan marah. Jadi saya tahanlah dan cuba lupakan. Kadang-kadang tak puas hati dengan perbuatan orang lain, saya pun keras kepala jugak, nak ikut kepala sendiri jugak, tapi sifat ini pun tak elok, maka saya cuba bertahan dan mendiamkan diri. Kadang-kadang rasa nak bermanja dengan orang, nak makan yang orang belanja,tapi macam menyusahkan orang pulak, maka saya lupakan juga. Kadang-kadang rasa nak pentingkan diri sendiri, tapi itupun tak elok jugak, maka saya abaikan jugak perasaan2 tak elok ini.

Tapikan,saya rasa saat inilah kesabaran saya diuji. Sejauhmana saya mampu untuk kekalkan akhlak yang sedemikian. Sejauh mana saya mampu untuk taat pada suruhanNya. Saya sakit, saya lemah, saya lapar dan saya kesunyian. Saya ada banyak report nak disiapkan, tapi saya tak faham dan tak tahu nak buat macam mana. Saya ada program yang perlu dihadiri. Saat ini saya rasa saya nak pentingkan diri saya!!Saya bukanlah seorang yang sentiasa kuat. Hari ini saya rasa lemah sangat. Saya lapar dan saya nak makan, tapi saya tak larat nak masak, tak larat nak gi beli sendiri. Saya nak suruh orang lain buat boleh tak? Macam menyusahkan orang lain, tapi saya tak larat.

"Budak2 tudung labuh ni tak nak maen sukan...menimbulkan fitnah kepada agama ni...timbulkan fitnah ni.." Kata seorang sahabat.

Saya nak sokong sukan sampai habis, tapi saya tak larat. Saya balik ke rumah pun bukan laptop yang saya kejar, tapi katil. Saya bukan insan perfect yang sentiasa sihat dan bersemangat. Hari ni saya rasa lemah sangat, saya selalu pinjamkan bahu dan telinga pada orang, tapi hari ni saya nak pinjam telinga dan bahu orang lain. Tapi saya tak tahu siapa orang tu.

Nak nisa, nak mai, nak maimis, nak wawa.

"dz, ko ok tak ni? xpe ar..aku teman ko dekat asrama la..ponteng prep same2...hehe.."

"dz, bangun...dah lmbat ni, ko gi la mandi cepat...nanti aku kemaskan katil ko.."

Saya tak suka bilik dan locker saya bersepah. Tapi saya pun tak perfect. Hari ni semua jadi kucar-kacir sebab saya memang tak larat. Saya nak siapkan report, tapi saya kene berbaring untuk legakan sakit. Pastu saya asyik tidur je. Tubuh ni bukan milik saya. Kekuatan itu bukan milik saya juga. Saya perlukan sokongan, saya perlukan bantuan. Saya pun manusia biasa jugak.

Saya pun ada perasaan jugak. Selama ini saya mampu untuk melupakan apa yang saya rasa dan mampu handle kemarahan saya. Tapi hari ni saya tertekan dengan keadaan saya. Saya rasa saya tak kuat untuk melupakan rasa hati sendiri. Saya pun manusia biasa. Saya pun sensitif jugak. Saya pun nak marah orang jugak. Tapi semua tu pun tak elok jugak. Maka inilah saya yang lemah. Yang hanya mampu menangis di hadapan laptop sambil meluahkan rasa. At least, tiada siapa yang akan terasa hati dengan saya.

Nak nisa, nak mai, nak maimis, nak wawa.

"sorry la mai, aku tengah tension ni. Nasib la ko yang dekat ngan aku. Ko la yang kene marah."

Kenapa saya nak sangat jumpa mereka ni? Sebab merekalah insan-insan yang dapat menerima saya seadanya. Hari ni mereka dimarahi sebab ketensionan saya dekat orang lain,. tapi esok hari bila saya terlewat bangun untuk ke kelas, balik je ke bilik lepas mandi, baju sekolah telah bergosok, katil telah dikemas. Insan-insan yang mengabaikan keburukan saya dan menerima saya seadanya. Insan yang memahami bahawa saya bukan sengaja bertindak sedemikian rupa dan menghadiahkan kebaikan pula kepada saya. Yang tiada itulah yang akan selalu dikenang.

Saya tak pasti ada yang seperti mereka di sini. Atau mungkin saya yang tak pernah cuba mengenali anda semua. Anda mungkin sanggup untuk menjadi sahabat saya jika saya sentiasa cuba untuk menggembirakan hati anda semua. Tapi saya tak pasti, jika saya bertindak melukai hati anda sekarang, mampukah anda untuk menerima saya lagi sebagai sahabat? Kuatkah anda untuk menerima kemarahan saya dan kemudian melupakannya begitu sahaja? Mampukah anda berkata seperti mereka,

"Dz tengah tension tu...lek2 wat tak tau je...wat pekak je..."

dan menerima saya seperti tiada apa yang berlaku sebelum itu. Pernah saya terlepas kata sewaktu tension, dan niat sahabat saya itu mamang baik untuk mengambil tahu pasal saya.

"Sorry, tengah tension ni...baik awk jauhkan diri dari saya. Nanti saya marah awak.."

Dan kata-kata itu juga melukai hatinya. Saya manusia biasa. Maafkan saya atas kekasaran saya sebelum ini. Terimalah saya seadanya. Bantulah saya, sokonglah saya. Saya pun takut untuk mati dalam keadaan menyakiti hati insan-insan disekeliling saya. Buat sesiapa yang terasa hati dengan penulisan saya kali ini, saya minta maaf. Terimalah saya seadanya. Buat housemate2 kesayangan saya, bukan niat saya untuk memencilkan diri dalam bilik, tapi dalam keadaan kesihatan yang tidak stabil dan emosi yang terganggu, saya takut lebih banyak hati yang akan terluka dengan tindakan saya saat ini. Tolong fahami saya.

Khas untuk dzulaikha yg disayangi,

"Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (ash-Shaff:13)

Mou chotto dake...
Kejap lagi sihatlah tubuh ni...
Jap lagi Allah bagi kekuatan dan kefahaman untuk buat report...

Khas untuk dzulaikha yg disayangi,

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-Baqarah:214)"

Ingat nak masuk syurga senang ke?
Allah tak cakap pun kene jadi baik waktu biasa je, waktu tension boleh buat perangai..
Allah tarik nyawa saat ni, bersedia ke untuk berhadapan denganNya bersama sekeping hati yang tension?
Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat..
Kalau kita yakin dengan Allah, pasti Allah tunaikan apa yang kita hajati...

Khas untuk dzulaikha yg disayangi,

Ingat dengan marah orang lain boleh hilangkan tension ke?
Nanti kene fikir pulak macamana nak pujuk balik..
So, duduk senyap2 dalam bilik dan muhasabah diri...
Allah pun maafkan ko, walaupun salah ko lagi banyak daripada buih di lautan..
Allah pun lupakan je semua tu bila ko minta maaf..
Ko lagi hebat dari Allah ke yang nak marah2 org ni?

Khas untuk dzulaikha yg disayangi,

Ko kan selalu cakap, tunaikan hak orang lain ke atas diri kita, tuntutlah hak kita pada Allah SWT..
Menggembirakan hati yang lain tu hak orang ke atas dirimu...hormati mereka, kasihi mereka..

Khas untuk dzulaikha yg disayangi,

Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung harap
Cukuplah mati sebagai peringatan
Cukuplah redha Allah yang menjadi sasaran..bukan redha hati sendiri..


melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Friday, June 26, 2009

sekadar coretan ringkas..

Konokokoro sibuk sangat minggu ni, tak sempat nak melihat blog ni...nak online ym pun xde masa..minta maaf kepada semua pembaca...Cuma nak share satu ayat, sesibuk mana pun kita, jangan pernah lupa bahawa kita masih ada Allah Yang Maha Berkuasa untuk mengatur hidup kita...

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah talah mengadakan kententuan bagi tiap-tiap sesuatu”

(At-Thalaq:2-3)

Jangan berputus harap. Kita ada Allah yang akan memberi jalan keluar yang tidak disangka-sangka. Berharaplah kepadaNya...sebenarnya pesanan ini adalah khas untuk diri saya sendiri. Semoga Allah lindungi kita semua daripada azab siksa dan nerakaNya.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Tuesday, June 23, 2009

org yg di kasihi Allah S.W.T

Daripada Anas bin Malik r.a,Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya Allah mempunyai 'ahli' drpd kalangan manusia.Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda bersabda: "Merekalah ahli al-Quran iaitu 'ahli' Allah dan golongan pilihanNya ."
(riwayat Ibn Majah)

keterangan
'ahli al-Quran': Golongan yg menghafal al-Quran,banyak membaca al-Quran dan beramal dgnnya.

'ahli Allah': Para wali Allah dan golongan yg mendpt pilihan yg istimewa drpd Allah

JOm baca al-Quran =)

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Monday, June 22, 2009

warisan yang menguntungkan

Daripada Abu Darda r.a, Nabi s.a.w bersabda :
"sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham.Mereka mewariskan ilmu.Sesiapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."

Keterangan
-'dinar dan dirham' merujuk kpd perkara dunia.
para nabi tidak mengambil perkara dunia melainkn sekadar keperluan shj

-'sesiapa yg mengambilnya'
boleh difahami dgn erti perintah drpd Nabi s.a.w,iaitu siapa yg mengambilnya hendaklah ia mengambil dgn banyak dan jgnlah merasa ckp dgn yg sedikit.
(Tuhfah al-Ahwazi)


Demikianlah pesanan dari Nabi s.a.w supaya kta sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dalam hidup. Sesungguhnya ilmu itulah yang dapat membantu kita utk menebarkan dakwah Islam dgn cara yang lebih berkesan.sama2 lah kta berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan kerana Allah SWT..


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Sunday, June 21, 2009

cerita tentang ayah

Hari tu dah cakap tentang mak, hari ni sempena father's day cite tentang ayah la plak. Just to be fair to both of them.

Bila bercerita tentang ayah, semua yang terkeluar adalah tentang kuatnya ayah. My dad my hero~. Ayah yang sentiasa melindungi keluarganya. Same goes to my ayah. Kisah hidup ayah yang agak tragis berbanding kami adik beradik, membuatkan ayah berazam agar kami tidak melalui semua itu.

Ayah hidup dalam keluarga yang miskin, adik beradik yang ramai. Ini membuatkan atok dan nenek terpaksa meninggalkan ayah dengan mak ngah di sebuah pondok kecil di tepi hutan. Sejak itu, ayah survive sendiri untuk hidup tanpa bantuan ibubapa. Ayah hidup kais pagi makan pagi, pergi sekolah dengan baju yang comot, balik mengail ikan untuk makan lagi. Zaman kanak-kanaknya sangat dahsyat sehingga tidak tergambar oleh saya sendiri.

Tapi, sudah tentu cerita ini bukan terkeluar dari mulut ayah sendiri. Mak yang lebih banyak bercerita. Bukan sebab kami semua takutkan ayah, tapi ayah pun mesti taknak anak-anaknya tahu tentang kisah hidupnya. Lagipun memang fitrah seorang ayah lebih banyak diam daripada mak, membuatkan banyak cerita-cerita tentang ayah tak terluah olehnya.

Sebagai anak kesayangan ayah, hehe…(pernyataan yang dibuat sendiri…bila tanya ayah betul ke x?Ayah akan senyum dan cakap…ye la..) saya selalu habiskan masa dengan ayah. Orang cakap anak perempuan akan lebih rapat dengan ayah. Betul kot. Selalu ayah yang teman ke mana-mana sebab saya tak ada lesen lagi. Nak naik basikal pun dah tak reti kot, motor lagi la..Jadi ayah akan jadi driver untuk pegi mana-mana. Even nak keluar pegi beli hadiah bday untuk ayah pun ayah juga yang kene hantar. Hee..anak ayahkan..atarimae ne..

Tapi, itupun ayah tak banyak bercerita tentang kisah hidupnya. Ayah Cuma bercerita, sewaktu ditinggalkan oleh atok dan nenek, beberapa tahun lepas tu, ada seorang bibik amek ayah sebagai anak angkat. Sejak tu, hidup ayah dah senang sikit. Sebelum tu, duit 10sen pun ayah tak ada. Bibik dan mbah yang banyak tolong ayah. Jadi setiap kali raya, mesti singgah rumah bibik dan mbah. Alhamdulillah, kedua-duanya masih sihat sampai sekarang. Mbah dah pun berusia 100 lebih, tapi masih boleh berjalan dan makan macam biasa. Bibik pulak lebih kurang sebaya dengan nenek. Mbah mesti nangis setiap kali jumpa ayah, dan mbah akan ulang cerita yang sama setiap kali ktorg melawatnya.

“Zaini ni budak baik…dulu sekolah die takde duit…akulah yang bagi duit beli baju baru…sihat lagi ye ko nak…”

Hm, patut la ayah kuat. Ayah macam banyak penyakit, tapi taknak jumpa doktor. Degil macam saya juga kot. Tapi kalau anak-anak selesema pun dah kene paksa gi klinik. Ayah cakap lagi baik tak payah tau ada penyakit apa, sebab takyah pening kepala risau tentang penyakit. Ayah memang degil. Sebab tu mak selalu mintak tolong saya untuk cakap dekat ayah.

“Kakak suruhlah ayah gi klinik..”

“akak, cakaplah dekat ayah slowkan sikit bawak kereta tu..”

“akak, gi la pujuk ayah makan kat luar malam ni…”

“Kalau akak yang cakap mesti ayah dengar punye…”

Itulah modal mak saya. Kalau saya yang cakap mesti ayah dengar. Tak tau la betul ke tak. Tapi saya buat je la apa yang mak suruh. Ayah pun selalu je dengar kalau saya yang cakap. Ayah saya hero saya!! Kalau ade bunyi pelik kat luar rumah, mesti ayah siap2 nak tengok, apa yang berlaku. Saya kan penakut. Tapi saya lagi takut kalau orang apa2kan ayah. Jadi, bila yah nak melangkah keluar rumah je, saya akan tahan,

“ayah, kte tunggu polis datang la…nanti ayah yang kene belasah ngan diorang..”

Ayah akan senyum je. Dulu masa rumah ktorang dirompak, habis kaki ayah kene tetak dengan parang sebab ayah melawan nak selamatkan ktorg. Tapi, ktorg buat muka ok je walaupun kene ikat. Jadi ayah pun dah tak melawan sangat. Masa tu tengok ayah angkat tangan, doa ktorg semua selamat kot. Sayang ayah..

Masa kecil2 dulu, saya memang ditinggalkan dengan ayah sebab mak sangat sibuk keje as engineer. Jadi, seawal umur 7tahun dah masuk dapur, masak untuk ayah. Tapi tak sedap la. Rasa nak muntah masa tu makan masakan sendiri. Tapi ayah rilek je habiskan semua. Ayah memang redha je dengan makanan2 yang saya masak walaupun x sedap. Ayah cakap ni pun ok la…dulu ayah makan lauk garam je. Sayang ayah.

Ayah pandai masak. Kalau mengadu nak makan masakan ayah, ayah masaklah. Ayah pun tak banyak menyusahkan mak. Kadang-kadang ayah basuh je baju sendiri, iron baju sendiri, kemas bilik sendiri. Bekerja sebagai engineer dengan projek di merata-rata tempat, mak memang selalu outstation. Selalunya weekend je baru dapat jumpa mak. Sebab tu mak tak bagi jadi engineer. Tapi ayah tak pernah berkira la dengan apa yang ayah dah buat. Ayah selalu cakap, “Ada isteri macam mak pun ayah dah bersyukur…”.

Huhu..nak husband yang macam ayah…:)

Last word, ayah lagi rajin online berbanding mak, jadi ada possibility ayah menjengah blog anak dia ni..so, walaupun dah wish pagi tadi, nak ulang jugak lagi…happy father’s day ayah!!sayang ayah!!

*bibik & mbah tu bahasa jawa..maksudnya makcik & nenek kot..not so sur about that


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Saturday, June 20, 2009

mukmin sebenar

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sesiapa bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya, ia adalah mukmin."(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Keterangan:
Itulah apa yang dirasai oleh orang yang sempurna imannya. Adapun orang munafik sama sahaja baginya kebaikan dan keburukan.

Bergembiralah dengan setiap kebajikan yang kita lakukan. Proud to be a muslim..

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Thursday, June 18, 2009

rindu kat korang sume...!!

assalamualaikum...
buat sahabat-sahabatku yang jauh dan dekat...
cuma nak cakap...i miss u guys...really mean it!!

NISAQAY

nisa, i have to admit this...really miss u..miss our oldtimes & sweet memories kat seratas. Senda gurau, gaduh, nangis dan ketawa bersama. Sahabat saya yang ni, masuk sama-sama dengan saya kat seratas. Kitorang 2nd intake, so memang rapat walaupun tak sama kelas n dorm...

Nisa, i'm happy for u...happy bila tahun lepas sewaktu nisa datang ziarah rumah kat tbp, dia cakap...

"Nak buku hadith 40 ni..ko bagi la kat aku...nanti ko beli yg laen ek..naqibah aku suruh hafal hadith niat..."
"Ye la...amek la.."

Then, early this year when she has gone to IMU, she says to me...

"Weh, aku kene jadi naqibah kat sini...bagi la apape website islamic kat aku..."
"waa..mantap2...gi try tgk iluvislam...menarik la..."

Nisa, sebab aku sayang ko la aku ajak ko gi usrah sama-sama kat sekolah dulu. Aku nak masuk syurga ngan ko. Nak ulang balik sume yang kite lalui tu kat syurga nanti. Kite usaha sama2 ek. Walaupun kita selalu gaduh, tapi ko la yang selalu support dan bagi semangat/kekuatan dari dalam untuk aku lagi kuat study. Ko la yang selalu setuju dengan idea2 bengong aku, walaupun kite banyak langgar peraturan sekolah. Tq nisa...kalau boleh memang aku taknak tolak kedatangan ko kat sini..tapi kadang-kadang jadual kite tak sama..

"dz, ko free x weekend ni?aku nak gi umah ko ni..."
"sorry2...ade program smpai esok..ko dtg esok boleh?"
"xpe la camtu...xde rezeki"

Gomenne nisa...insyaAllah...aku lapangkan diri waktu mai balik nanti, kitorang overnight kat umah ko...

MAIASIAH


Mai, rindu kamu juga!! Ni la insan yang selalu bersabar dengan kerenah-kerenah saya sejak dulu. Sahabat yang sangat menghargai sahabatnya. Walaupun jauh di Rusia, mai tetap akan call, at least once a month kot...kan mai?sorry jugak mai..selalu menghampakan kamu...

"dz, aku call ko skarang bleh?"
"ops...tgh meeting la mai...lagi 10 minit..k?"
after 10 minit
"aku call sekarang ek.."
"hm, jap2..nnt ak msg ble da ok"

Gomenne mai...banyak menyusahkan ko..tapi memang rindu la kat ko skarang...i'm happy for u t0o...

"dz, ko buat la usrah online ngan aku.."

"dz, aku pun susah gak nak terima kegagalan..camne ni?"

Alhamdulillah...akhirnya, kita sama-sama berada atas jalan ni..lagi rapat kte dgn seseorang orang cakap lagi susah untuk kte sampaikan dakwah kepada mereka..hargai sangat bila ko sendiri yang nak dekatkan diri dengan Allah...sebab aku pun nak masuk syurga dengan ko jugak...memang la kite da janji nanti ko balik bulan 8 ni kte gi umah nisa same2...tapi kalau Allah tarik nyawa kita sebelum tu, mesti xkesampaian hajat nak jumpe korang...so, kte usaha same2 ek..semoga kat syurga nanti boleh spend masa lebih ngan korang..:)

WAWA


Wa, antara ramai-ramai aku rase paling banyak persamaan dengan ko. Degil, keras kepala, taknak dengar cakap orang. Ni la sifat yang kte share same2 kan? Huhu...miss u to0...aku x sampai hati gak bile dengar ko cakap...

"dz, duduk la area kansai...gi okayama ke...dekat sikit dengan hiroshima"
"hm, xtau la..aku tengah pertimbangkan yamaguchi dai...tapi kawan aku nak duduk kat tokyo..taknak gi tmpat lain..."
"o0ooo...ni la kawan...ade kawan baru, lupe kat kawan lame..."

Sorry wa...tak bermaksud pun camtu...nway, aku letak yamaguchi dai as 2nd kibo...doa la banyak2...ade rezeki, aku ke sana jumpe ko ek...nway, i'm happy for u t0o...

"cepat la wa...ko jadi imam ek.."
"taknak ar...xde jishin..cam bnyk salah je.."
"ala..."

Sebenarnya, rasa berat hati tu pun rahmat dari Allah jugak. Nak sedarkan insan-insan seperti kita supaya mendekatiNya. Wa, taktau nak cakap camne..kite dulu usrah same2, ponteng prep same2, tidur kat surau same2 kan...sume tu kenangan yang aku memang xleh nak lupe...tapi, nak cakap jugak, aku pun nak masuk syurga dengan ko...jomlah kite same2 betulkan diri kite...kalau ko rase byk salah dengan Allah sampai hilang jishin(keyakinan) untuk jadi baik, ketahuilah yang aku pun lbey kurang je...salah2 yang ko penah buat, aku pun penah buat jugak...sebab kite kan same..tapi, u know what? Allah lagi Maha Pemaaf. Sebanyak mana pun dosa kita, Allah pasti ampunkan sebab Dia sayang kite...

Kepada sahabat-sahabat lain,
Ajim, huda, mazni, maimis, shud, nazira, aina, fedah, shafa, bib, dan lain-lain yang tak disebutkan...rindu kat korang jugak..bile la boleh jumpe balik dgn sumorg...Sayang semua...kalau kite xdapat jumpa kat dunia ni...kte usaha sama2 supaya bleh waqt gathering kat syurga nanti ek...sayang korang sume!!!


p/s: semalam dapat message from ajim kt new zealand...die kirim salam kat semua...die pun rindu kat kte semua jugak...kalau rindu kat saya jugak, komen kat bawah ni ek;p

Lepas baca ni, klik sini ek..sambungannya kat sana:)

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Tuesday, June 16, 2009

tarbiyah pertamaku..

Abu Daud dan at-Tirmizi meriwayatkan daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya kekurangan yang mula-mula sekali menimpa bani Israel ialah, seorang lelaki bertemu dengan seorang lelaki lalu berkata, “Wahai kamu ini, bertaqwalah kepada Allah. Tinggalkan apa yang kamu lakukan. Sesungguhnya ia tidak halal bagi kamu.” Kemudian dia bertemu dengan lelaki itu keesokan harinya dalam keadaan melakukan kemungkaran. Namun keadaan itu tidak menghalangnya untuk menjadi teman makan, minum, dan duduk. Apabila mereka melakukan demikian, Allah mencampur adukkan hati sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain. Kemudian baginda membaca:

“Orang-orang kafir yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.”(al- Maidah:78)

Kemudian baginda SAW bersabda: Sekali-kali tidak! Demi Allah kamu mesti menyuruh ma’ruf, mencegah mungkar, memegang tangan orang zalim(menghalang tindakan zalimnya) dan mengembalikannya dengan bersungguh-sungguh kepada kebenaran…”

Alhamdulillah…baru-baru ini saya didedahkan dengan hadith ini, untuk memupuk jiwa dai’e dalam diri. Tegahan Rasulullah SAW daripada mencampuri mereka yang melakukan maksiat tanpa niat untuk membetulkannya mungkin membuka jalan untuk syaitan memasuki hati dan mungkin menyebabkan Allah membolak-balikkan hati kita. Itulah yang sering terjadi apabila kita telah immune dengan sesuatu maksiat yang berlaku. Maka, kita hilang sensitiviti terhadapnya. Nau’zubillah..





Hadith ini mengingatkan saya pada satu tempat, tempat diri ini mula-mula ditarbiyah. Bermula dengan tangan kosong, dan diajak untuk berbicara tentang agama di sebuah bilik kecil, dengan jaminan punya makanan sedap, diri ini melangkah menyahutnya. Benar, di sana punya makanan sedap sebagai hidangan, untuk menarik hati-hati insan seperti saya untuk belajar mendekati agama. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya hati ini terbuka untuk menerimanya…

Di sana, saya diajar tentang ghaflah, cinta, ukhwah dan lain-lain. Di antaranya juga, ditekankan untuk sentiasa mengasingkan diri daripada perkara-perkara maksiat di sekolah. Kami dididik untuk meninggalkan majlis-majlis berunsur maksiat, sebagai tanda tidak setuju dengan perbuatan mereka, juga untuk mengasingkan hati apabila terpaksa juga menghadiri majlis-majlis tersebut. Saya yang memang suka belajar waktu tu, memang menyahut seruan Sang Murabbi untuk meninggalkan majlis-majlis seumpama itu seperti Sambutan Hari Kemerdekaan, Karaoke, Sambutan Hari Guru dan lain-lain majlis yang diadakan di sekolah untuk diisi dengan mengulangkaji pelajaran.

Mengapa saya bercerita tentang semua ini? Pointnya hanya saya temui apabila mempelajari hadith ini. Konokokoro(hati ini) berkata, “o0oo..patutlah dulu kat sekolah cikgu tak bagi pergi majlis-majlis cmtu…”. Sebenarnya itulah permulaan untuk mendidik hati, membezakan mana nilai yang sepatutnya diambil, mana yang harus ditolak. Mengajar hati untuk membezakan yang mana maksiat dan yang mana baik. Kerana, saya terpaksa mengakuinya, hidup dikelilingi maksiat seperti sekarang, kadangkala membuatkan saya hilang sensitiviti terhadapa perkara seumpamanya.

Kalau dulu di sekolah, couple dianggap sebagai perkara yang sangat besar, dan pengamalnya baik lelaki mahupun perempuan dipandang serong oleh semua pelajar kerana melanggar hukum Allah. Namun kini, hati ini telah immune dengan aksi-aksi pegang-pegang tangan mereka di komuter mahupun di universiti. Mungkin sebab hati ini telah terlalu lama tidak diasingkan dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Saya berkata begini, bukanlah menolak untuk berkawan dengan mereka yang melakukan dosa sebagai langkah untuk menjaga hati sendiri, tapi lihatlah mereka sebagai objek dakwah. Lihatlah mereka dengan pandangan kasih-sayang, lihatlah mereka dengan harapan ingin menjadikan diri kita dan mereka insan yang lebih baik daripada hari ini. Itulah tanda kita mengasingkan hati kita. Bukan mengasingkan diri daripada bergaul mesra, tapi bergaul mesralah dengan tujuan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka. Kerana tugas dakwah itu terpikul di setiap bahu-bahu kita, tak kiralah yang baru memeluk Islam, yang bertudung atau tak, yang bercouple atau tak. Dan ingatlah, mereka inilah yang akan menyalahkan kita di akhirat kelak kerana kita berdiam diri terhadap perbuatan salah mereka.

Semoga Allah menjaga hati-hati kita untuk sentiasa berusaha menegakkan agamaNya. Semoga hati-hati-hati kita terpelihara daripada dibolak-balikkan akibat hilangnya sensitiviti terhadap maksiat. Semoga kita dapat mendidik jiwa kita untuk menyampaikan apa yang kita tahu kepada orang lain..insyaAllah…

p/s: Rindu kat cikgu…rindu kat usrahmate dulu…nanti kalau berkesempatan, harap kita semua dapat ziarah cikgu same2 ek..:)



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Wednesday, June 10, 2009

ketenangan itu adalah...

alhamdulillah...
hari-hari yang sibuk telah berakhir...sekurang-kurangnya saya masih mampu untuk menarik nafas lega dan menyusuan kembali jadual hidup mengikut aturan yang lebih baik apabila segalanya jadi berterabur seminggu yang lalu...alhamdulillah, hanya kepadaNya kita berharap...

Terus kepada menjawab soalan yang diutarakan oleh saudara Uwais al-qarni di shout box...bagaimanakah yang dikatakan tenang itu? Pertama sekali, saya ingin menyatakan, saya bukanlah seorang ulama' yang banyak ilmu agamanya untuk memberikan tafsiran yang tepat berkanaan hal ini. Saya juga bukanlah seorang yang tinggi ilmu bahasa arabnya, yang mampu memberikan tafsiran maknanya, dari uslub bahasa arabnya. Saya hanya insan biasa yang mampu memberikan tafsirannya mengikut pandangan tersendiri, dengan tarbiyah-tarbiyah dariNya melalui pengalaman hidup ini.

Pertama sekali, frasa "kebahagiaan itu adalah bila hati tenang mengingati tuhan.." adalah petikan daripada lagu hakikat bahagia, yang saya dengar tika itu, maka dalam banyak-banyak liriknya, hanya itu yang terkesan di hati. Maka, saya meluahkannya di shout box. Ketika saya betul-betul mengharapkan pertolongan daripadaNya untuk mempermudahkan saya menyiapkan report. Alhamdulillah, segala-galanya telah berakhir dengan baik. Hasilnya saya serahkan kepada Dia untuk menentukannya, kerana yang mampu saya lakukan adalah berusaha melaksanakannya sebaik mungkin.

Berbalik kepada tenang yang ingin diceritakan. Tak pasti cara penyampaian ini adalah yang terbaik, tapi saya harap beberapa cebisan pengalaman hidup saya ini, dapat menjadi sedikit iktibar buat kita dalam mencari ketenangan dalam diri apabila mengingati Allah SWT. InsyaAllah...

Memetik kata-kata ustaz Hasrizal, "manusia banyak mencari kesusahan hidup melalui persepsinya sendiri". Man is the enemy of his own. Sesungguhnya kata-kata ini memberi kesan yang besar buat saya dalam mencari ketenangan dalam diri. Dilahirkan dalam keluarga yang sangat mementingkan nilai ilmu dan pelajaran, saya terdidik untuk menjadi orang yang TAKUT untuk gagal dalam hidup ini. Mereka yang pernah bersekolah dengan saya mungkin lebih mengetahui hal ini. Sahabat2 karib saya, nisa, wawa, maimis, mai asiah, huda, mazni dan lain-lain mungkin lebih mengenali sifat saya yang satu ini. Ya, saya takut untuk gagal. Kalau anda mengikuti siri-siri artikel saya sebelum2 ini, mungkin anda dapat merasakan ketakutan saya untuk gagal dalam apa jua hal sangat tinggi sehingga abang pun terpaksa berpura-pura kalah demi mengelakkan air mata adiknya ini tertumpah apabila kalah.

Beberapa siri artikel sebelum ini yang saya ceritakan tentang ketegangan dan tekanan yang menimpa adalah gara-gara pelajaran. Memasuki JAD mengubah terus kehidupan dan peribadi diri. Saya yang dahulunya sangat rajin(hehe...mai n nisa mesti gelak baca ni, sbb saya xlah serajin diorang), tapi at least much2 better than nowadays. Kenapa saya rajin? Sebab takutkan kegagalan dan ingin menjadi yang terbaik. Kerana takut gelaran yang terbaik itu terlepas ke tangan orang lain, maka saya sedaya upaya berusaha untuk menjadi yang terbaik. Rakan-rakan selalu berpesan "kadang2 kene jatuh juga, xleh selalu di atas", "up is good, down is not for eternal", "orang yang paling berani adalah mereka yang berani hadapi kegagalan". Saya ingat semua tu, terima kasih semua...

Tapi, kenapa setelah masuk JAD, semua itu semakin terhakis dalam diri? Saya sering tertanya2 hal ini dan masih mencari jawapannya. Mungkin kerana saya sudah terlalu penat untuk rajin belajar. Memasuki tadika seawal usia 3tahun++, bertukar2 sekolah sebab parents tak mahu saya menjadi jaguh kampung kata mereka. Which means, kalau dekat sekolah tu, saya dpt no 1, maka saya akan dipindahkan ke sekolah yang lagi tinggi saingannya. Keadaan yang memaksa saya untuk menjadi rajin. Kat JAD, xnak jadi yang terbaik ke? Hm, berbalik kepada kata-kata, manusia banyak mencari kesusahan hidup melalui persepsinya sendiri. Saya tertekan sebenarnya apabila xdapat jadi yang terbaik. Tekanan ditambah dengan expectation ibubapa yang mengharapkan anaknya score cemerlang A+ untuk setiap subjek...Mom, i'll try my best..Jadi untuk meNENANGkan hati sendiri, saya menukar perspektif hidup saya. Menjadi no 1 itu bukanlah yang terbaik. No1 ni naranakute mo ii, isshoukenmei nareba ii...

Jadi, saya banyak mempositivekan diri dengan perspektif hidup yang baru. Saya belajar menerima setiap qada' dan qadarnya dengan hati yang terbuka. Pernah, kawan saya berpesan sewaktu mengambil result SPM, "Nanti kalau tak dapat straight A1 jangan bunuh diri ek..". Sampai begitu sekali tahap saya xboleh menerima kegagalan, sehingga itu yang dipesan kepada diri ini. Bukan seorang, malah ramai yang berkata begitu. Setiap ujian, tesuto, kuizzu dan contest di JAD saya akhiri dengan titisan air mata apabila tak tercapai apa yang diingini. Sehinggalah saya dipilihNya untuk mengenaliNya dengan aktiviti2 keagamaan di sini.

I know there's something wrong in me bila saya tak dapat nak menerima segala yang ditakdirkan untuk diri ini. Beberapa siri artikel sebelum ini juga, masih menunjukkan keadaan yang sama apabila saya masih susah untuk menerima hakikat kegagalan diri. Gagal untuk memahami apa yang diajar sensei sewaktu kelas. Gagal untuk menghafal pelajaran dengan baik. Gagal untuk menerima hakikat yang keupayaan saya untuk berfikir telah berkurang. Daya hafalan semakin berkurang. Saya tertekan dengan keadaan ini. Saya lebih2 lagi tertekan dengan air mata yang sering tumpah, tanda saya tak redha dengan segala ketentuanNya, sedangkan saya telah agak lama ditarbiyah. Kalau orang kelantan cakap, "babil gile bdk ni...xpehe2..kene terime dgn redha sumo tu..". Saya marahkan diri sendiri. Sehinggalah saya mengetahui yang, menangis bukanlah tanda kita tak redha dengan ketentuanNya.

Bukan saya pinta air mata mengalir, tapi termengalir dengan sendiri. Pernah sekali kuiz, saya beritahu deskmate saya, kali ni aku taknak nanges dah. Aku boleh terima dah apa yang ditakdirkan untuk aku. Tapi hal yang sebaliknya pula berlaku. STRESS!! Kenapa air mata ni keluar jugak? Tapi, dalam ketiga-tiga orang yang tinggi ilmu agamanya saya tanyakan hal ini. Dan tiada satu pun yang bersetuju dengan perspektif saya mengatakan bahawa menangis adalah tanda tidak redha dengan ketentuan Allah SWT. Cukuplah kata-kata itu menjadi penawar buat diri ini. Menghantar sedikit ketenangan kepada hati yang takut terbatal akidahnya, rosak imannya gara-gara tak boleh menerima takdirNya dengan baik. Alhamdulillah...Sekali lagi perspektif diri itu membunuh ketenangan hati saya.

Satu lagi kata-kata yang menarik perhatian saya. "Boleh ke kita buat sesuatu kerana Allah, tapi tak bersungguh-sungguh?" Lebih kurang begitu bunyinya. Kata-kata Hilal dalam bukunya atau webnya, saya tak pasti. Tapi kata-kata ini memberi kesan yang sangat besar untuk saya muhasabah diri. Hati ini tertanya-tanya, betul ke selama ni apa yang aku buat kerana Allah? Aku tak bersungguh-sungguh pun belajar, betul ke aku belajar kerana Allah? Dakwah memang telah saya letakkan no1 di hati, sejak saya yakin itu adalah tiket untuk ke syurgaNya. Tapi bagaimana pula dengan belajar? Belajar yang telah saya tinggalkan zaman kesungguhan menekuninya sewaktu sekolah dahulu. Sedangkan ketika ini, masa saya kebanyakannya digunakan untuk belajar berbanding dengan dakwah. Rugilah saya sekiranya saya tidak melakukannya kerana Allah, kerana masa saya akan terbazir dengan sia-sia. Maknanya, saya perlu mengubahnya menjadi sumber pahala saya juga untuk tabung akhirat. Tsumari, saya perlu bersungguh-sungguh melakukannya, apabila belajar itu saya niatkan kerana Allah SWT. Dapat satu point/alasan untuk saya berusaha untuk berjaya. Alhamdulillah...

Alhamdulillah..kalau apa yang kita lakukan adalah kerana Allah, kita tahu yang mampu kita buat adalah memberikan atau berusaha sebaik mungkin. Hasilnya, hanya Dia yang menentukanNya. Kalau inilah yang kita pegang, insyaAllah...ketenangan itu pasti datang menyapa hati...insyaAllah..

Saya tak kata yang hati saya sentiasa tenang. Tapi, saya semakin merasainya sejak kebelakangan ini. Apabila saya mengambil masa untuk bercuti dan menukar perspektif diri terhadap salah faham yang saya lakukan untuk merosakkan ketenangan hati sendiri. Alhamdulillah..mula merasainya, apabila saya sudah tidak sensitif seperti dulu. Dalam kesibukan, saya sedaya upaya memberikan yang terbaik sebagai orang yang dipilih untuk mengetuai muzakarah. Dulu, mungkin saya akan berkecil hati apabila ada yang tidak menghargai usaha saya, marah bila ada yang lambat turun muzakarah dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan perspektif baru "Saya hanya mampu memberi yang terbaik, bukan mendapatkan hasil terbaik" dan "segala-gala yang dilakukan kerana Allah perlulah bersungguh-sungguh", saya semakin bersungguh-sungguh dengan tugas saya. Dengan kehadiran yang tak penuh, lambat, shukudai yang tidak disiapkan, alhamdulillah, saya mampu tenang menerimanya, kerana saya hanya mampu memberi yang terbaik, bukan mendapatkan hasil yang terbaik berdasarkan usaha saya.

Persediaan untuk usrah adik-adik yang saya curi masa study saya untuk memberikan perkongsian terbaik buat mereka juga, menemukan saya dengan dua orang sahaja daripada mereka pada waktu yang dijanjikan. Saya masih tenang dan tidak terasa kecil hati. Saya sendiri pelik dengan keadaan diri saya. Betul ke ni hati aku? Bukan orang lain punya ke? Alhamdulillah...kalau inilah ketenangan yang saya cari, dan yang Allah beri, saya harap biarlah ia kekal sebegitu...Kerana saya tahu, walau apapun hasilnya, asalkan segala yang saya lakukan adalah diniatkan keranaNya, ganjaran itu sudah pun saya peroleh. Bak kata orang, orang Islam tak pernah kalah dalam perang. Sama ada mereka menang atau pun syahid(menang jugak). Kalau kita lakukan sesuatu tu kerana Allah, kita telah menang sebenarnya...

Kuiz yang berakhir minggu lepas pun, hasilnya tidak seberapa sedangkan saya telah berusaha mengulangkaji sampai terganggu waktu tidur. Deskmate saya pula tidur dengan lenanya sedangkan hasilnya, dia dapat markah lebih berbanding saya. Kalau dulu mungkin saya akan bermasam muka dengannya tanda protes. Hm, teruk kan? Tapi kali ni, saya mampu tersenyum seolah-olah tiada apa pun yang mengganggu fikiran atas apa yang berlaku. Ada orang cakap, "haha...aku teruk gak, tapi xleh nak sdey ar sebab aku tak study pun..". Tapi bagi saya saat ini, saya tak perlu pun untuk bersedih, sebab saya tau saya dah menang. Walaupun hasilnya kat sini saya tak nampak, tapi dah ada ganjaran kat sana buat saya atas usaha saya memberi yang terbaik untukNya. Syukur kepadaNya yang mencampakkan rasa tenang di hati ini.

Berbalik kepada pengertian tenang yang diutarakan. Bagi saya ketenangan itu adalah apabila tiada rasa tension, sedih, terlalu gembira, jealous dgn kejayaan orang, riak, sombong, ujub dan lain-lain penyakit hati yang boleh merosakkan ketenangannya. Saya pun tak pernah terlepas dari semua rasa ini, tapi pesan saya bila ada di antaranya yang singgah di hati, pohonlah kepadaNya agar dibersihkan kembali hati kita, dan sedarkanlah diri kita akan hakikat, yang kita ni hambaNya yang lemah. Kalau kita rasa dah banyak beramal, lagi baek daripada orang laen...duduklah sebentar dan fikirlah...kalau Allah tak bagi kekuatan untuk beramal tu, kita tak buat jugak...Kalau Allah tak bagi hidayah tu pada kita, kita tak mampu pun untuk jadi diri kita yang hari ini..

Sabda nabi Muhammad SAW, katanya Allah berkata,

"Aku berada di bawah sangkaan hamba-hambaku.."

Jadi, yakinlah dengan janjiNya. Saya pun pernah mempersoalkan, kenapa Allah tak tolong saya pun sedangkan saya dah tolong agamaNya. Saya persoalkan bila doa saya Allah tak makbulkan pun sedangkan saya bersungguh-sungguh memintanya. Rasa jahat sangat bila terkenang semua tu. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini..Tapi kini saya sedar, kalau betul segala yang saya lakukan ini adalah untukNya, saya dah menang pun. Saya tolong agamaNya, Allah dah bagi dah kredit yang lebih besr kat sana. Saya menadah tangan dan berdoa banyak kali pun, Allah dah bagi kredit untuk saya atas usaha saya yang meletakkan harapan hanya kepadaNya. Semua itu sudah lebih dari cukup..

Sebagai penutup, ingin saya tegaskan man is the enemy of his own. Tukarlah pemikiran dan perspektif minda kita. Betullah yangdikatakan apabila kita mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Menjadi tenang apabila kita merujuk segalanya kepada Dia. Tanda ingatan padaNya Yang Maha Kuasa dan hakikat diri yang lemah. Minta maaf jika entri ini terlalu panjang dan terlalu banyak menceritakan pasal saya. Maaf juga jika persoalan yang dipinta tak terjawab. Harapan saya, semoga tulisan dari hati ini, sampai kepada hati anda semua. Kalau tak banyak pun, ambillah sedikit pengajaran daripadanya, semoga kita sama-sama beroleh manfaat..insyaAllah.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Saturday, June 6, 2009

hm, boleh ke?

Boleh ke buat keje atas alasan saja-saja nak buat? Hm, terasa nak menulis di blog ni saat ni walaupun ade 8 report yang xsiap lagi...stuck masa tengah buat...xde mood nak teruskan...jadi, saja nak tulis kat sini...tapi, kukuh ke alasan saja2 tu?

Hm, berbalik kepada tujuan utama blog ini dibuat. Ya, blog ini dibuat sebagai platform untuk saya berdakwah, menyampaikan apa yang saya tahu sebagai kekuatan atau pemangkin buat diri untuk melaksanakannya, juga buat orang ramai mengambil seberapa banyak iktibar dalam mendidik diri menjadi hamba yang terbaik untuk Allah SWT.

Jadi, saya kira alasan saja2 nak tulis tu harus dipotong dan dijernihkan kembali agar saya mendapat pulangannya di akhirat kelak. Mencuri ruang masa dalam sedikit kesibukan untuk menyampaikan sedikit pengisian buat kita semua, semoga kita sama2 beroleh manfaat.

Melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU. Inilah kata-kata yang tak pernah saya tinggalkan untuk setiap post dalam blog ni. Menghuraikannya mungkin mengambil masa yang agak lama, tapi saya harap kita dapat hayati sama2 apa yang ingin saya sampaikan melalui kata-kata ini.

Yang pertama, melihat SATU kepada banyak. Mungkin pemikiran kita sering terarah kepada satu sudut sahaja. Contohnya, apabila diuji kita sering melihat, Allah telah meninggalkan kita, tanpa meihat dari aspek yang laen, yang sesungguhnya Allah sedang memberi yang terbaik untuk kita. Atau kita terlupa untuk melihat dunia sekeliling, masih ramai yang lebih menderita dari kita, tapi masih mampu untuk tersenyum daan bersyukur atas nikmat hidup di dunia. Maka seruan saya, lihatlah SATU kepada BANYAK. つまり、lihatlah setiap sesuatu itu dari pelbagai aspek dan dari sudut pandangan yang berbeza. Semoga kita sama2 beroleh ketenangan dengannya.

Yang kedua adalah melihat banyak kepada SATU. Mungkin ramai yang faham, tapi susah untuk dipraktikkan. Kita marah bila ada yang menegur perlakuan kita, kita kecil hati bila orang tak hargai kita, kita gembira apabla mendapat hadiah dan kejayaan, kita menangis bila kehilangan orang tersayang, kita seronok bila YPM naikkan biasiswa. Tapi, kadang2 kita lupa pada SATU kuasa yang memberikan kita semua itu. Lupa yang segala-galanya adalah dari Dia, membuatkan kita marah pada manusia, berterima kasih pada manusia, berkecil hati dengan manusia. Tanda kita tak menerima dengan baik apa yang telah ditetapkanNya untuk kita. Sebab kita terlupa untuk merujuk setiap yang terjadi itu adalah ketentuanNya.

Jadi, marilah kita sama2 muhasabah kembali diri kita. Melihat SATU kepada BANYAK, melihat BANYAK kepada SATU. Marilah kita praktikkan kata-kata ini dalam kehidupan seharian kita, semoga ketenangan itu datang menyinggahi hati kita bila berfikir semuanya dari Dia Yang lebih Mengetahui. What you see is what you get. Lihatlah dari sudut yang berbeza, kerana natijahnya pasti berbeza. Tak percaya? Try la...



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Wednesday, June 3, 2009

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . .

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Tuesday, June 2, 2009

Lihatlah alam...

Suka lagu ni...suka perkara-perkara yang berkaitan dengan HATI dan ALAM...sebab banyak membantu dalam proses mengenal siapa saya dan siapa Dia. Maka, seruan saya marilah kita melihat alam...

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?"(al-Mulk : 3)

Alam ini terlalu indah untuk kita. Terlalu banyak rahsia yang belum diterokai. Alam yang sentiasa taat padaNya. Yang takkan jemu dipandang oleh mata.


"Wahai alam, aku pasti kau jua makhluk Allah seperti diri ini. Bantulah aku, doakanlah agar aku sentiasa diberi kekuatan untuk memburu cintaNya. Doakanlah agar bibirku ini juga sebasah bibirmu yang sentiasa mengalunkan zikir memujiNya...Amin..."


Lagu : AlarmMe
Lirik : Zaini Subin & AlarmMe
Programmer : Sharani
Vikal : Xahan, Nordin & Khir
Publishing : Rapsodi Kristal Sdn Bhd.

Subhanallah....
hu.. u.. u....

Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah damainya ditepian pantai
Disitu terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu

Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah damainya ditepian pantai
Disitu terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu

Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Indahnya bintang begemerlapan,
Meriahkan malam yang kesunyian
Mergastua warnai alam maya
Mengalunkan madah mengakui Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Ya.. Allah...


p/s : xtau mcm mane nak letak video tu kt page ni..sesape yg tau tolong ajar...btw, sape yg nak dengar lagu ni, boleh klik sini. Enjoy it, feel it~



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<