Tuesday, July 28, 2009
belajar menjadi dewasa..
Assalamualaikum...
Cuti yang bermula, memberi pangajaran baru buat diri ini. Mak berpesan pada anaknya yang sudah berusia 20 tahun ini agar belajar menjadi dewasa. Bagaimana yang dikatakan belajar menjadi dewasa tu?
Belajar Hidup Bermasyarakat
Terpaksa menerima hakikat yang sejak meninggalkan rumah seawal usia 13 tahun, masuk pulak intensive course setelah lebih kurang sebulan sahaja selepas SPM, membuatkan diri ini agak kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling. Anda yang bersekolah asrama juga pasti merasakan hal yang sama. Maka, cuti kali ini, saya di ajar untuk hidup bermasyarakat. Beerti, semua jemputan kenduri wajib dihadiri. Plus, kene tolong kemas pinggan dan cuci pinggan sekali. Kalau dulu cabut je lepas makan, sekarang kene sedar yang diri ini bukan lagi teenager, dah jadi dewasa. So, act like your age!!
Ditakdirkan Allah, jiran belakang rumah buat kenduri kesyukuran menyambut kelahiran cucunya. Jadi, memang kene tolong la kan. Dulu masa kecik2, mulut yang xde insurans ni pernah sound makcik belakang rumah tu sebab tak tolong ibunya(opah) yang sibuk di waktu kenduri.
"Kesian opah, makcik esah tak tolong pon opah buat keje. Nanti adek besar, adek tolong opah ye.." kata anak kecil ini sambil melihat je opah buat kerja2 memotong dan memasak lauk untuk kenduri.
Maka, kenduri kali ni, saya tunaikan janji tu pada opah. Basuh pinggan dengan opah lepas kenduri. Walaupun sebenarnya saya dah lupa tentang janji yang dibuat pada opah zaman kanak2 dulu, tapi opah tak pernah lupa. Setiap kali kenduri kat umah jiran sebelah, opah mesti tanya dekat mak, "mana adik? Adik cakap nak tolong opah..". Kesian opah, baru kali ni saya memunculkan diri membantu. InsyaAllah opah, lepas ni adek tolong opah lagi...
Belajar Beramah Mesra Dengan Orang Tua
Kalau dulu hanya mengekor sahaja mak waktu ke mana2, kini perlu belajar untuk meringankan mulut dengan orang yang lebih tua. Maksudnya, kene belajar berwajah ceria, bermulut manis dan bersopan sewaktu bercakap dengan mereka. Ilmu pengetahuan tentang perkembangan dunia dan politik juga penting supaya ada topik yang ingin dibincangkan. Nampak remeh, tapi susah juga sebenarnya, takut tersalah cakap dan menyinggung perasaan mereka. Jadi, 1st step mungkin kene belajar untuk senyum dan bertanya khabar dahulu. Selamat mencuba!!
Takdir Allah juga, anak makcik belakang rumah tu kahwin dengan orang kelantan. Jadi masa kenduri tu, besan makcik tu datang sekali. Hm, ni la peluang nak praktik kecek klate ngan orang yang lebih tua pulak. Mak pun promote la anak dia ni pandai kecek klate.
"o0o...buleh kecek klate.."
"sikit2 buleh ar...tapi bdk2 ni oyat bunyi mace sie.."
"buleh ar tu.."
"saeng ade ugop dok pasir puteh..tapi x ingat kampung ga..ade gong ar tapi.."
"o0oo...klate meme banyak gong..gong gapo?"
"hehe...xingat.."
Best jugak kadang2 sembang dengan makcik2 ni.
Belajar Untuk Tidak Berkira Dengan Orang Lain
Maksudnya, kalau basuh pinggan, kene basuh semua sekali. Jangan basuh pinggan sendiri je. Kalau sapu sampah, kene sapu habiskan satu rumah, jangan tinggalkan bahagian lain untuk abang atau adik. Kalau mengemas, jangan kemas bilik sendiri je, kemaskan jugak bilik abang dengan adik.
Kalau dengan kawan2, setakat seringgit dua tu tak payah la nak berkira. Belanja orang dapat pahala sebab menggembirakan hati orang lain. Pastu, kalau ada kawan2 yang memang suka belanja, jangan ambil kesempatan pulak. Ada masa, kita pulak yang kene belanja. Birthday kawan, jangan buat2 lupa. Common sense yang tak perlu diajar sebenarnya, tapi kadang2 kalau tak diberitahu, kita akan lupa atau buat2 tak tahu kan.
Belajar Untuk Ada Prinsip Sendiri
Walau apa yang kita lakukan, kita perlu tahu apa matlamat akhir kita. Mengapa kita bertindak sedemikian. Jangan jadikan halangan2 sebagai alasan untuk kita gagal mencapai matlamat akhir. Mengutip kata2 ayah hilal dalam pesanan kepada anaknya. Yang penting adalah air kopi yang ingin diminum, bukan cawan yang digunakan untuk meminumnya.
Memang tak mudah untuk membasuh pinggan dengan tudung labuh, handsocks dan stokin di kaki, tapi bukan mustahil. Matlamat akhir adalah untuk membantu dan bergaul dengan masyarakat demi mencari redha Allah SWT. Jadi halangan seperti kotor, minyak dan basah bukanlah alasan yang kukuh untuk kita membatukan diri dan tidak membantu. Juga bukan alasan yang kukuh untuk kita katakan sebagai darurat yang membolehkan kita membuka aurat sesuka hati mengikut kesesuaian situasi.
Rasululllah SAW pun cakap, kalau kotor, basuhlah. Jadi, yakinlah dengan islam yang kita anuti. Sesuai untuk sepanjang zaman dan apa jua keadaan. Tabahkan hati, teguhkan prinsip diri, sesuai dengan ajaran Islam yang kita anuti.
Selamat Belajar
Selaras dengan peningkatan usia kita, sikap dan perangai harus turut berubah. Tak salah kalau kadang2 ingin bersikap seperti budak kecil, tapi didiklah diri kita menjadi seorang dewasa. Seorang yang lebih mementingkan orang sekeliling berbanding diri sendiri. Seorang yang mempunyai prinsip sendiri, dan tak mudah dipengaruhi oleh orang sekeliling. Tambahan pula, adat melayu sememangnya banyak yang bertepatan dengan ajaran Islam. Maka, niatkanlah setiap yang kita lakukan semata2 untuk mencari redha Allah SWT. Menjalin hubungan baik sesama manusia, menghormati yang lebih tua dan lain2 lagi. Semoga kita semua berjaya menjadi seorang dewasa~
p/s : Kalau ada apape pelajaran tambahan untuk menjadi seorang dewasa, tolong ajarkan ye:)
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
Monday, July 27, 2009
amankah kamu?
Satu hadith panjang untuk renungan kita semua...
Masih adakah masa untuk kita bersuka ria?
Iman, sihatkah engkau di kala cuti ni?
Yazid Arraqqasyi dari Ana s bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'
Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana
panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas
dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan
sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Kasihnya baginda Rasulullah SAW pada kita semua...Semoga Allah semaikan rasa cinta yang sama buat Insan Agung ini dalam hati kita semua...
Marilah sama-sama menghitung diri...
Mencari hakikat sebenar diri...
Mencari jalan menuju redha Ilahi...

Sunday, July 26, 2009
kisah hamba Allah dengan harimau dan buaya
Assalamualaikum...semoga bermanfaat untuk semua...
Copied from email...
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi..... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu
kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar,
kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang
pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek
harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi
untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali
tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah
agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba
dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat
bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa
tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus
putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba
Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis,
kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor
tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai
kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana
aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
..
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali
putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba
Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar
satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah
ni pun
mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik
madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya
ni.. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba
Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya
yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut
kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur
nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau
pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka
pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu
gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa
pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada
Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

Saturday, July 18, 2009
kokoro junbi : tolong doakan bleh?
Maaflah memungkiri janji sendiri untuk tidak buat post selama 2 minggu ni. Sebab, saya sangat lemah saat ini, dan perlukan doa dari anda semua untuk saya terus kuat meneruskan perjuangan.
Alhamdulillah, lepas sudah paper subjek kikou..Paling susah kanaa...Saya rasa macam saya tinggal 2 soalan je..tapi bila orang tanya macam2, saya rasa banyaknya soalan yang saya tinggalkan kosong...dou shiyou..
Prinsip Yang Memakan Diri
Saya ada satu prinsip yang saya pegang selama ini. All or nothing. Samada dapatkan semua, atau tak dapat langsung. Sebab saya jenis yang takutkan kegagalan, jadi saya hanya akan masuk bertanding jika saya yakin saya boleh menang. Kalau tak, jangan harap saya akan libatkan diri. Sebab saya takutkan kekalahan. Tak sanggup untuk merasai sakitnya kegagalan.
Kalau jawab soalan, saya kena pastikan jawapan saya betul. Kalau saya tak yakin dengan jawapan tersebut, saya tak boleh nak merapu dan pura-pura tulis yang saya boleh jawab sedangkan saya tak faham atyau tak tahu jawapannya. Maka, saya hanya ada pilihan untuk jawab dengan betul atau biarkan kosong.
Soalan kikou yang teramat banyak, menjadikan saya pilih yang mana saya boleh buat sahaja. Ingatkan ada masa untuk mengulang soalan2 yang akan mengambil masa yang agak lama untuk saya fikir dan ingat semula, tapi xcukup masa rupanya. Inilah kelemahan saya. Saya tak reti nak mengarut tentang soalan yang saya memang tak reti nak jawab. Prinsip yang memakan diri sendiri akhirnya.
Tak semua yang kita nak kita akan dapat
Saya tak pasti mengapa, tapi hati saya sangat menginginkan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Mungkin untuk meyakinkan hati tentang pemilihan tokyo rika sebagai universiti sebagai tempat belajar kat nihon nanti, dan mungkin juga sebab ingin buktikan pada semua orang yang saya tak berubah lagi. Saya masih boleh score lagi. Sebab tu saya kuarantin diri daripada online dan bukak laptop sepanjang minggu peperiksaan. Sebab saya memang inginkan yang terbaik kali ini.
Tapi, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Saya dapat merasakan aura result saya akan jadi teruk bila saya begitu bersungguh2 inginkan kejayaan cemerlang sem ni. Biasanya kalau saya bersungguh2 inginkan sesuatu, pasti saya tak akan dapat apa yang saya hajati sangat2 tu.
Saya nak sangat2 dapat straight A1 dalam SPM, tapi saya tak dapat.
Saya nak sangat2 belajar kat Europe, tapi saya tak dapat.
Saya nak sangat2 jadi hamba yang sentiasa redha dan sabar dengan dugaanNya, tapi itulah yang paling susah untuk saya buat.
Suatu ketika, saya pernah menangis sebab result yang teruk. Seseorang berpesan kepada saya,
"kalau tangan tak sampai untuk capai bintang, janganlah target untuk mencapainya. Nanti kalau jatuh, sakit."
Selalunya saya hanya bercita2 nak panjat pokok rambutan sahaja. Tapi kali ini bercita2 nak panjat pokok kelapa. Kalau jatuh mesti sakit kan? Saya sudah merasakan aura kesakitannya selepas selesai menjawab exam kikou.
Tapi tidak bermakna saya dah berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah. Kalau maryam boleh melahirkan nabi Isa tanpa ayah, dan Abu Dzar juga mendapati rumahnya tidak terbakar walaupun ramai yang melihat rumahnya terbakar, saya tetap yakin dengan kuasa Allah SWT. Tak mustahil kertas jawapan yang banyak kosong itu akan terisi dengan jawapan2 yang betul, sebab saya sangat yakin dengan pertolongan Allah SWT.
Kokoro no junbi(Persediaan hati)
Apapun, sebelum saya terjatuh dari pokok kelapa yang saya sedang panjat(saya memang tak berharap saya jatuh), saya harus buat persediaan. Kena sediakan tilam2 kat bawah, panggil ambulans, sediakan ubat-ubatan dan sebagainya. Supaya apabila saya terjatuh nanti, saya tak terus mati(berputus asa dari rahmatNya).
Dengan kata mudahnya, saya perlu bersedia dari sekarang, supaya di hari pengambilan result nanti saya mampu untuk tersenyum dan menerima segala yang telah ditetapkanNya sebagai perkara yang terbaik untuk dunia dan akhirat saya. Juga untuk iman saya. Saya perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Bersedia untuk menghadapi kegagalan.
Cerah cakap, kalau rasa nak nangis, nangis je la. Tapi rasulullah SAW cakap sabar tu adalah saat pertama kita diuji. Bukan setelah 1liter air mata ditumpahkan atau 1000 rungutan yang terkeluar. Memang sakit kalau jatuh dari tempat tinggi, jadi saya berharap kesakitan ini akan membawa saya ke syurgaNya. Semoga pahala untuk kesabaran menghadapi dugaanNya kali ini mampu saya perolehi.
Kalau dulu saya mengambil masa selama 2 hari untuk berhenti menangis mengenangkan result SPM saya, kini saya berharap saya mampu mengambil result dengan senyuman di bibir. Saya juga berharap saat itu, hati saya akan bersyukur sebab dipilih Allah untuk diuji dengan dugaan yang amat berat ini, tanda kasih sayangNya pada saya.
Jadi, kene banyakkan usaha, amal dan baca al-Quran.
Semoga saya terus tabah menghadapi segala ujian dariNya.
Semoga saya dapat menerima segalanya dengan hati terbuka.
Tolong doakan yang terbaik untuk saya boleh?
Biarlah kalau berjaya, kita jadi hamba yang bersyukur dengan nikmatNya.
Kalau gagal, jadi hamba yang redha dengan ujianNya.
Terima kasih, minna mo gambattene...

Sunday, July 12, 2009
sesi mengkuarantin diri
Alhamdulillah...siap jugak akhirnya report terakhir untuk sem ni. Semoga Allah mempermudahkan anda semua juga insyaAllah...
Saya tak bercadang untuk menulis panjang kali ini, cuma ingin berpesan-pesan sebelum saya pergi mengkuarantin diri selama 2 minggu akan datang bermula pkul 12 tengah malam ini.
Peperiksaan final yang bakal menjelang turut mencuakkan diri saya. Maka, demi menumpukan perhatian kepada peperiksaan kali ini, saya rasa perlu untuk mengkuarantinkan diri sebentar.
Namun, ini bukanlah cuti sementara yang saya ambil untuk melarikan diri daripada tugas dakwah, cuma perhentian yang akan membantu saya untuk bangun semula dengan semangat baru selepas ini.
Peperiksaan dah dekat...
Gunakanlah masa yg ada untuk mengulangkaji pelajaran...
Ramadhan dah dekat...
Gunakanlah masa yg ada untuk khatamkan al-Quran...
Semoga dalam masa 2 minggu ini, kita sama2 dapat jadi insan yang baru. Yang lebih dekat dengan penciptaNya. Sedar yang saya telah lama mengabaikan buku-buku pelajaran saya. Latihan-latihan yang diberi oleh sensei tachi pon. Suatu hari, sensei tanya...
"Awak buat x latihan yg saya bagi?"
"hehe...xbuat sensei..."
"Awak pun x buat? Shinjirarenai(mcm x caye)..."
Saat tu saya tersedar, yang saya dah jauh berubah rupanya. Jauh daripada saya yang dulunya agak rajin berbanding sekarang. Walaupun sebelum ni ramai jugak rakan2 memperkatakan hal yang sama, tapi saya abaikan semuanya.
"ak tgk mg beruboh dh loni...abih sume bende mg xwat..."
"eh, mg pon niru shukudai ore gak ko.."
Saya kata kepada diri sendiri yang saya sememangnya malas sejak dulu lagi. Tapi bila saya tahu yang malas tu adalah tanda2 futur(lalai), saya jadi takut. Saya perlu lakukan sesuatu demi menyelamatkan iman senipis kulit bawang ni. Saya perlu jadi rajin. Saya perlu manfaatkan masa sebaiknya. Maka, jalan terbaik adalah saya perlu mengkuarantinkan diri saya untuk muhasabah diri dan mengecas semula iman di dada.
"Ya Allah, peliharalah aku dari sifat malas dan sifat2 mazmumah...Berikanlah aku kekuatan untuk terus beramal demi mencari redhaMu..."
Seribu kemaafan juga saya pohon daripada anda semua andai diri ini banyak melukakan atau menggores hati anda semua. Semoga kita semua diberi kemudahan dalam urusan seharian kita.
みんな、 期末試験がんばってね。。
Saya tinggalkan satu hadith, untuk kita sama2 fikirkan dan menilai kembali diri kita.
Abu Hurairah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana caranya malu kepada Allah itu? Lalu Rasulullah SAW menjawab,
"Kamu berasa malu denganNya, sebagaimana kamu berasa malu dengan lelaki yang soleh dalam kalangan kamu."
p/s : saya mengharapkan doa anda semua...tolong doakan keselamatan iman saya, tolong pohonkan pada Allah supaya memberi kekuatan untuk saya terus berusaha dan beramal di jalanNya...semoga anda juga memperoleh redhaNya.
Kepada mereka yg mempunyai urusan dengan saya, saya boleh online sampai pukul 12 mlm ni je. 早く連絡してね。。Ataupun kalau ada apape hal dalam tempoh 2 minggu ni bleh sms terus ke nombor telefon saya. Selamat maju jaya~

Friday, July 10, 2009
teknologi Allah Maha Hebat!!!
Petang tadi tokwan dipanggil menghadap ilahi pukul 4 petang. Mak call saya dengan suara yang terketar-ketar memberitahu berita tersebut. Saya blank sebentar, tak tahu apa yang patut dilakukan. Lepas solat asar, tengok ada 3 lagi missed call daripada mak. Mak call lagi, tanya...
"Akak nak balik tak ni? Kalau nak balik gi KL malam ni, naek bas sekali dengan maksu..."
"hm, xtau...tapi..."
"Risau nak exam ek?Takpe lah...akak tak yah balik la...study je la ye nak..."
"hm..."
"teknologi Allah kan hebat, akak doa kat mane2 pon sampai jugak dekat tokwan...akak baca yasin dekat shah alam je la ek.."
"ye la.."
"same je...kalau mak mati mase akak tgh exam pun, mak tak bagi orang bgtau akak...yang dah mati biar la...hidup perlu diteruskan..kene tengok masa depan jugak...nak mintak maaf ke ape ke mase hidup, dah mati nanti tak guna jugak jumpe..."
"alaaa...mak ni..."
"dah2...gi study...doakan tokwan banyak2..."
Hm, sesungguhnya teknologi Allah Maha Hebat. InsyaAllah, di mana pun kita berada, doa kita pasti sampai buat mereka yang didoakan. Semoga tokwan bahagia di sana. al-Fatihah...
p/s : kepada kawan-kawan, maaf andai saya ada melukakan hati anda semua secara sengaja atau tidak. Pesanan mak takkan saya lupa. Kalau nak mintak maaf, kene minta masa hidup. Kalau nyawa sudah tiada, segalanya tak bermakna lagi. Andai saya pergi dahulu sebelum kamu semua, panjatkanlah doa buat kebahagiaan saya di sana. Semoga kita semua dapat bertemu kembali di pintu syurga nanti. InsyaAllah...

woman as engineer
そろそろ大学を決めないといけないね。。
Alhamdulillah, Allah tidak memberatkan kepala saya memikirkan daigaku(universiti) mana yang ingin dimasuki. Dan saya juga memilih tanpa banyak berfikir. Mungkin kerana saya ada matlamat jangka panjang saya sendiri, maka saya memilih daigaku mengikut apa yang membolehkan saya mencapai matlamat yang saya inginkan. Yang pasti matlamat akhir saya mendalami ilmu dalam bidang kejuruteraan bukanlah untuk menjadi seorang jurutera. Sebab apa?
Woman as engineer my point of view. Saya ditakdirkan untuk lahir sebagai anak seorang engineer. Ibu saya adalah seorang graduan dalam bidang kejuruteraan elektrik(telekomunikasi). Beliau berkhidmat di telekom daripada tamat belajar sehingga beliau mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa 2 tahun lepas.
Kehidupan sebagai anak seorang jurutera mungkin tak seindah yang anda bayangkan. Mungkin bagi yang perempuan, anda fikir sebagai jurutera anda boleh berehat di pejabat, bilik berhawa dingin dan sebagainya tanpa perlu bersusah payah. Tapi realitinya, ketika mengandungkan saya pun mak saya terpaksa mengheret perut yang besar sehingga ke switzerland atas urusan kerja. Sistem komunikasi di negara kita mungkin telah jauh berubah berbanding dahulu. Tapi, di zaman 80an dahulu, mak saya dan rakan2 terpaksa masuk ke hutan2, kampung-kampung di pedalaman untuk membolehkan penduduk di situ mempunyai talian telefon dan berkomunikasi dengan masyarakat luar. Lebih-lebih lagi untuk survive sebagai perempuan di kalangan jurutera2 lelaki yang ramai di kawasan pedalaman, agak mengerikan.
Kalau anda bayangkan, kerja anda hanya dari pukul 8.30 hingga 5 petang sahaja, anda mungkin silap. Itu hanyalah waktu bekerja yang sepatutnya, tapi di syarikat swasta, syarikat telah menetapkan target untuk setiap tahun dan bulan, maka semua pekerja harus berusaha untuk mencapai target tersebut, kalau tidak anda tidak akan mendapat bonus pada tahun tersebut. Orang cakap jadi doktor susah, sebab ada on call. Tapi, jurutera pun macam tu juga. Kalau system breakdown pukul 3 pagi, maka pukul 3 pagi lah mak saya mengheret saya dan adik beradik lain ke pejabat menemani beliau melihat apa kerosakan yang berlaku. Waktu ini jugalah para software dan it engineer akan bertugas kerana di siang hari, sistem tak boleh diberhentikan operasinya sesuka hati. Dahsyat kan? Bekerja sebagai jurutera tak semudah yang anda sangkakan.
Kalau ada projek di luar kawasan tempat kerja anda, maka anda harus willingly berpindah sementara waktu ke kawasan tersebut. Mak saya juga pernah ditukarkan ke Penang selama 2 tahun sewaktu saya baru hendak melangkah ke darjah satu. Pada mulanya kami dibawa tinggal dengan mak, tapi bila ayah sakit kene tinggal sorang2, mak tinggalkan kami dengan ayah. Hujung minggu sahaja mak akan balik ke taiping. Dan begitulah kehidupan kami sekeluarga sebab mak memang selalu outstaion dan kami hanya dapat berkumpul bersama di hujung minggu.
Satu ketika, ayah saya juga ditukarkan menjadi pegawai di pejabat pendidikan. Saat itu, mak dan ayah sama2 sibuk dan selalu outstation. hanya bibik yang menemani kami hari-hari. Mak dengan ayah memang sangat kibishi tentang result kami semua, tapi saya memang tertekan bila berjaya dapat nombor 1 pun, hari anugerah tiada yang menemani untuk ambil hadiah. Baik tak payah belajar bersungguh-sungguh. Rungut seorang anak yang tak faham keadaan ibubapanya saat itu. Lepas tu saya pun buatlah perangai macam2, report kat cikgu yang mak ayah selalu tinggalkan saya dan lain2 lagi. Maka kedua-dua mereka bertemu dengan pihak sekolah.
Selepas tu, ayah ambil keputusan untuk jadi cikgu, supaya tak terlalu sibuk. Mak pulak sedaya upaya cuba melapangkan masa, dan menghadiri hari-hari penting dalam kehidupan kitorang sebagai kanak-kanak.
Tapi bagi saya sendiri, saya tidaklah merasa terlalu diabaikan sebab mak saya memang sugoi. Walaupun hanya hujung minggu di rumah, mak mesti masak masakan sedap-sedap untuk kitorang. Dan baju raya kami semua, tak pernah dibeli. Semua mak jahit sendiri. Sugoi jyan, saya tak tahu mak ambil masa mana untuk buat semua tu. Sewaktu bersekolah di seratas pun, setiap hujung minggu mak mesti datang melawat. Begitu jugak abang dekat mrsm beseri. 2 minggu sekali mak dengan ayah mesti datang melawat.
Kiranya mak saya berjaya sebagai engineer dan ibu yang baik untuk kitorang. Tapi, seriusly, bebanan kerja sebagai engineer membuatkan mak saya selalu migrain. Pening memikirkan masalah mesin yang rosak, customer yang selalu maki hamun, juga perangai anak buah yang 1001 macam. Sehingga akhirnya, mak saya didapati sakit jantung dan terpaksa dioperate. Selepas itu mak ambil keputusan untuk jadi suri rumah sepenuh masa.
Gurls, do u still want to be an engineer? Be prepared for all those things. It might happen to u too...Perhatian kepada keluarga dan kerjaya harus seimbang dan anda perlu jadi seorang yang sangat kuat menghadapi segala cabaran hidup. Kesian mak, dah la kat tempat kerja banyak masalah, anak-anak pulak buat perangai kat rumah. Tapi, alhamdulillah, kami banyak belajar berdikari..
Saya tak rasa saya mampu untuk jadi engineer dan ibu sebaik mak saya. Jadi, memang dah kimete(decide) untuk tidak menjadi engineer. Maksudnya, saya tidak ingin terus membina kerjaya dalam bidang kejuruteraan, tapi saya perlu untuk bekerja sebagai jurutera dahulu demi mengumpul duit untuk mencapai impian saya.
Jadi, pemilihan daigaku yang baik pun penting untuk membolehkan saya bekerja sebagai jurutera. Kepada rakan2 sekalian, fikir2kanlah daigaku mana yang terbaik buat diri kita semua dan tetapkanlah target atau matlamat anda. Semoga kita semua dipermudahkan dalam urusan pemilihan daigaku. InsyaAllah...

Wednesday, July 8, 2009
Dosa Penghalang Rezeki
Daripada Thauban r.a, Nabi SAW bersabda:
Sempena da dkt xm ni,apa kata kita muhasabah diri kita balik.cuba teliti setiap perkara yg kita lakukn.sama ada perkara itu btol dan insyaAllah mendpt keredhaanNya atau pun perkara yg kita lakukn itu bertentangan dgn syariatNya..ble da dkt xm ni mestila kita mengharapkn agar dimurah kn rezki dan semoga dengan usaha yang kita lakukan kita akn mendpt kejayaan.tapi adakah usaha yg kita lakukan tu benar di jalanNya atau pun ke arah melakukan dosa?fikir2 knlah.. moga usaha yg kita lakukan sentiasa dibwh keredhaanNya..minna shiken gambatte =)
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
"Sesungguhnya seseorang insan terhalang untuk mendapat rezeki lantaran dosa yang dilakukannya"
(riwayat Ibn Majah)
Sempena da dkt xm ni,apa kata kita muhasabah diri kita balik.cuba teliti setiap perkara yg kita lakukn.sama ada perkara itu btol dan insyaAllah mendpt keredhaanNya atau pun perkara yg kita lakukn itu bertentangan dgn syariatNya..ble da dkt xm ni mestila kita mengharapkn agar dimurah kn rezki dan semoga dengan usaha yang kita lakukan kita akn mendpt kejayaan.tapi adakah usaha yg kita lakukan tu benar di jalanNya atau pun ke arah melakukan dosa?fikir2 knlah.. moga usaha yg kita lakukan sentiasa dibwh keredhaanNya..minna shiken gambatte =)
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
Monday, July 6, 2009
Pemudah sesuatu perkara
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
"Ya Allah! Tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah.Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendaki ia mudah"
(riwayat Ibnu Hibban)
Dalam kesibukan kita menjalani hidup ini yg semakin hari makin busy(ngan happyou and shiken),jangan penah lupa yg kita sentiasa ad tempat utk bergantung dan memohon pertolongan.Hanya Allah la yg dpt membantu kta dalm sgla urusan..walaupun sibuk,marilah kita sentiasa mengingatiNya..moga2 Dia mempermudahkn segala urusan kita dan semoga hdp kta semua diredhaiNya =)
Dalam kesibukan kita menjalani hidup ini yg semakin hari makin busy(ngan happyou and shiken),jangan penah lupa yg kita sentiasa ad tempat utk bergantung dan memohon pertolongan.Hanya Allah la yg dpt membantu kta dalm sgla urusan..walaupun sibuk,marilah kita sentiasa mengingatiNya..moga2 Dia mempermudahkn segala urusan kita dan semoga hdp kta semua diredhaiNya =)
>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<
Sunday, July 5, 2009
susah jugak jadi lelaki
Alhamdulillah, semalam diberi kesempatan olehNya untuk melawat satu kematian. Ayah seorang sahabat yang sangat ceria orangnya. Dan disebabkan keceriaanya, ramai orang senang untuk bersahabat dengannya. Dan atas dasar kasih sayang dan ukhwah yang telah terjalin, saya rasa bertanggungjawab untuk berada disampingnya saat dia perlukan teman-teman untuk meminjam kekuatan dan bahu.
Kami tiba saat jenazah baru diletakkan di ruang tamu, selepas dikafankan barangkali. Masuk ke rumah terus tercari-cari di mana kappa. Saat terlihat wajahnya, put terus menerkam dan memeluk beliau. Dan itulah kali pertama saya melihat beliau menumpahkan air matanya sejak mengenalinya hampir 2 tahun. Kappa yang ceria terkulai layu dalam pelukan sahabat2.
Kappa kuat dan tabah. Dengan deraian air mata, surah Yasin dibaca berulang-ulang kali di hadapan jenazah ayahnya. Dipanggil ke dapur pun, surah Yasin tidak terlepas dari genggamannya. Alhamdulillah, saat jenazah di angkat untuk dibawa ke masjid, beliau kelihatan lebih tenang dan mampu untuk tersenyum.
Apa kaitan kappa dengan susahnya menjadi lelaki? Ya, kappa hanya 2 beradik, dan adiknya lelaki. Maka, segala urusan tentang jenazah, adiknya yang uruskan. Mengangkat dan membawa ke masjid, mengikut van jenazah dan sebagainya. Saat melangkah masuk ke masjid, saya terlihat seorang lelaki duduk di perkarangan masjid, seorang diri sambil memegang kedua lututnya dan memandang ke hadapan. Seakan-akan berfikir. Itulah adik kappa. Kappa ada kami untuk menenangkannya, juga ada ibu untuk dipeluk dan menangis bersama.
Tapi saat melihat adiknya termenung seorang diri, saya terfikir, susahnya menjadi seorang lelaki. Pasti selepas ini keluarga bergantung kepadanya. Pasti dia kehilangan teman untuk berborak hal2 lelaki. Pasti dia perlu lebih memikirkan tentang ibu dan kakaknya berbanding dirinya sendiri kelak.
Ya Allah, semoga Engkau tabahkan hati mereka sekeluarga dan ampunilah dosa kami semua. Ya Allah permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat..
Maka, saat ini dengan rasa rendah dirinya, saya bersyukur lahir sebagai seorang perempuan. Sesusah mana pun menjaga aurat dan maruah diri, pasti tak sesusah menanggung beban emosi dan tanggungjawab sebagai lelaki. Terima kasih ya Allah...
p/s : Sedekahkanlah al-Fatihah untuk arwah ayah kappa setiap kali anda baca post ni..semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT

Friday, July 3, 2009
awak nak yang macam mana?
Assalamualaikum...terasa telah lama tidak menulis kepada anda semua. Sibuk, penat kimochi warui(bad mood) semua menjadi penyebab saya menyepi kebelakangan ini. Jadi sebelum memulakan kerja menulis report suwa sensei minggu ni, maka saya rasa perlu untuk saya mencoretkan sesuatu untuk kita fikir-fikirkan di hujung minggu ini. Sesuatu yang penting, tapi mungkin sedikit ringan buat kepala kita jika dibandingkan dengan memikirkan cara mendapat jawapan kiko atau zairyou, dan mungkin tidak sepening membuat kousatsu untuk report. Sesuatu yang santai, tapi penting untuk kita hadam dan fikirkan bersama.
Soalan ringkas yang saya tanyakan kepada teman-teman, mungkin anda juga pernah bertanya kepada rakan-rakan anda perkara yang sama.
"Awak nak kahwin dengan orang yang macam mana?"
"Selain agama, kene la cari yang berharta. Kita nak dakwah pun perlukan duit jugak. Tak boleh nak dinafikan, kewangan yang baik tu pun menjamin keharmonian rumah tangga." Jawab aida.
"Saya takut saya nusyuz nanti. Memang kene cari yang handsome la. Takde duit pun xpe, nanti boleh kaya jugak kalau usaha. Tapi muka memang xleh nak ubah. Memang takutlah nusyuz.." Jawab linda.
"Saya tak nak kahwin dengan tabligh, nanti kene tinggal. Saya penakut, mana boleh tinggal saya sorang2. Kalau tak, tinggal 2 hari kene bagi 2ribu, tinggal 40 hari, kene bagi 40ribu. Boleh la saya shopping dengan isteri2 tabligh yang lain...haha"
"Taknak dekat **** jugak sebab nanti kahwin mesti die suruh jual kerepek..." Kata xxx.
"Saya memang tak kisah la...nak poligami pun xpe. Tapi kalau poligami dgn awk, mesti die sayang sy lebih sebab saya comel lagi..." Jawab liana.
"Saya bukan cantik sangat pun nak yang hensem. Yang biase2 dah la..." Jawab siti.
Anda mungkin tersenyum mendengar jawapan mereka ini, tapi itulah realitinya. Setiap kita mesti punya ciri tersendiri yang kita jadikan kayu ukur untuk kita pilih yang terbaik buat diri kita. Tapi, apa yang lebih menarik ialah, apa yang diceritakan dalam buku ni.
Buku yang hanya 88 mukasurat, tetapi mengandungi pelbagai hikmah buat kita semua. Yang menceritakan bagaimana harus kita mengurus urusan cinta dan perkahwinan itu ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Buku ini menceritakan seorang wanita yang sangat baik dan alim. Ramai yang datang berjumpa dengan ibubapanya untuk menyuntingnya menjadi penyeri hidup, tapi ramai yang tertolak. Persoalannya, mengapakah mereka di tolak?
Setiap kali mereka merisik dirinya melalui ibubapanya, ada di antara mereka yang mengambil nombor telefon dan sebagainya untuk berhubung dengannya. Mungkin sebagai langkah perkenalan sebelum meniti ke alam rumah tangga.
Maka, setelah ibubapanya memberitahu si polan ni ada merisik, pasti tak lama selepas itu ada sms2 dari nombor yang tak dikenali untuk bertanya khabar dan berkenalan dahulu.
Wanita ini sangat tidak senang dengan sikap-sikap mereka ini yang berhubung terus dengannya. Tidak cukupkah sekadar bertemu dengan kedua orang tuanya? Mengapa perlu menghubunginya terus? Maka setiap kali dipinang, setiap kali itu juga dia melaksanakan solat istikharah, dan hatinya pasti tidak tenang dengan mereka-mereka ini.
Namun, satu hari ibunya menelefon dan memberitahu, dia telah dipinang oleh seorang lelaki. Maka dia pun melaksanakan solat istikharah, dan dia tenang dengan keputusannya lalu menerima pinangan lelaki tersebut. Kalau tak silap, selepas merisik dan si wanita bersetuju, 3 hari selepas itu terus datang rombongan meminang dari pihak lelaki. Sugoi jyan, sono otoko.
Dan lelaki itu tidak pernah menghubunginya selepas itu, sehinggalah tarikh perkahwinan ditetapkan dan mereka berkahwin. Setelah berkahwin dan melihat barang-barang hantaran, si wanita terkejut dengan pemberian lelaki tersebut. Nak tau apa dia bagi? Baca sendiri...hehe..
"Ha? Nape jubah ni saiz XXL? Awak ingat saya besar ek?"
"Manela saya tau saiz awak, hari tu masa tunang nampak macam besar je.."
"Tak kesah ke kahwin dgn orang besar?"
"Tak kesah...yang penting agama..."
Dalam banyak2 yang saya ceritakan, inilah yang ingin saya sampaikan. Sugoi jyan..Mungkin inilah hadiah dari Allah buat pencintaNya yang sangat menjaga hati dan perhubungan sebelum perkahwinan. Dihadiahkan seorang insan yang mampu menerima dirinya, segala keburukan dan kekurangan kerana nilai agama yang ada padanya.
Pernah tak terfikir, tanpa Islam mampukah kita untuk hidup dengan baik pada hari ini? Beragama dan berakhlak Islam mengangkat darjat kita sebagai makhluk terbaik ciptaanNya. Jadi, tunggu apa lagi...Jom kita amalkan Islam yang sebenar...Cara hidup yang menjamin kebahagian buat kita di dunia dan akhirat...:)
p/s: anda nak kahwin dengan orang macam mana? :p

Subscribe to:
Posts (Atom)