Tuesday, December 29, 2009

Screening test

Lama pula rasanya tidak menulis di sini. Ingin saya berkongsi suatu kisah untuk kita sama-sama ambil pengajaran.

Baru-baru ini cousin saya telah ditunangkan dengan seorang jejaka. Oleh sebab cousin saya anak yatim piatu, maka ayah dan maknya menjadi banyak(pakcik & makcik). Untuk memastikan semua pakcik dan makcik menyetujui pilihannya, maka dia telah membawa pulang seorang jejaka untuk di screen test oleh ahli keluarga yang lain.

Cukup hanya satu malam jejaka tersebut bermalam di rumah saya, seluruh keluarga telah mengambil keputusan untuk me'reject' pilihan cousin saya. Dan akhirnya cousin saya ditunangkan dengan jejaka terbaik pilihan keluarga.

Screening test
Walaupun ramai yang mengatakan luaran tidak menggambarkan dalaman seseorang, namun hakikatnya tiada siapa yang mampu untuk mengorek dan melihat dalaman orang lain. Makanya, yang menjadi ukuran tetap luaran seseorang. Sebab itu jugalah hanya dengan satu malam penilaian sahaja, result sudah boleh dikeluarkan.

Tapi apa yang mereka(pakcik & makcik) saya perhatikan agaknya?
Perwatakan
Cara berpakaian
Cara percakapan
Cara bergaul dengan orang tua
Solat
Cara makan dan sebagainya

Mungkin kerana semua aspek luaran ini mampu melambangkan peribadi seseorang. Dan pastinya mereka yang lebih tua lebih banyak makan garam dan pengalamannya daripada kita. Ada juga seorang cousin kecil saya yang bersekolah tadika di PASTI. Jadi dia terdidik dengan solat berjemaah sejak kecil lagi. Apabila ada tetamu bertandang ke rumah dan tiba waktu solat, si kecil ni akan berbunyi,

"Janganlah balik lagi. Sembahyanglah dulu. Kakak bentangkan sejadah ye. Sape yang nak jadi imam ni?"

^_^. Atok2 dan pakcik2 saya yang lain dah biasa terkena dengan cousin yang sorang ni. Sebab dia sangat aktif dan petah berbicara. Akhirnya keputusan tersebut terpaksa diterima dengan hati terbuka oleh cousin saya, dan ternyata kini dia lebih yakin dengan calon pilihan keluarga.

Kita dan Screening test
Hakikatnya, Allah juga sedang menjalankan screening test ke atas kita semua.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(surah al-Zalzalah 7-8)
Sekecil zarah zekalipun kesalahan atau kebaikan kita, mendapat nilaian daripada Allah SWT. Atau dalam kata lainnya, jika kita benar-benar beriman dengan ayat ini, kita tiada satu saat pun untuk dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah, juga tidak boleh melakukan sekecil-kecil kesalahan atau kejahatan pun dalam hidup ini.

Namun, satu perkara yang membezakan Allah dengan makhlukNya, Dia Yang Maha Peenyayang dan Maha Pengampun. Sejahat mana pun kita, banyak mana pun kesalahan yang kita lakukan, selagi pintu taubat masih terbuka untuk kita, Dia pasti akan mengampuni dan menerima kita kembali. Bersyukurlah kita Allah tidak terus memutuskan untuk me'reject' atau menerima kita ke syurgaNya. Selagi hayat ada, selagi itu kita dinilaiNya hingga ke Hari Penentuan nanti.

Iman dan amal
"Iman itu buahnya amal."
Imanlah yang akan menggerakkan kita untuk terus beramal. Keyakinan kita pada adanya Allah Pencipta seluruh alam, adanya Hari Akhirat, adanya balasan syurga dan neraka, adanya pahala dan dosalah yang menggerakkan diri kita untuk menjalani hidup ini dengan penuh hati-hati. Iman jugalah yang menggerakkan diri kita untuk terus beramal, walaupun kita telah keletihan. Kerana adanya keyakinan dalam diri kita bahawa segalanya akan terbalas juga dengan sesuatu yang lebih baik dan kekal di akhirat nanti.

Iman itu pula berkait dengan ilmu. Tanpa ilmu, kita tidak mampu untuk membina keyakinan dalam hati. Sifir mudahnya begini.
IMAN + ILMU - AMAL = POHON YANG TIDAK BERBUAH
IMAN + AMAL - ILMU = SIA - SIA
ILMU + AMAL - IMAN = SOMBONG
IMAN + ILMU + AMAL = SUKSES DUNIA AKHIRAT
Oleh itu, teruskan membina iman.
Teruskan menambah amalan.
Jangan lupa untuk muhasabah dan memperbaharui taubat kepadaNya

Screening test kita belum lagi berakhir.
Control diri dengan baik dalam kehidupan ini, agar kita semua diterima untuk ke syurgaNya.

Tak lama pun lagi,
"Sesungguhnya jarak antara hidup dan mati itu ibarat antara azan dan iqamah sahaja."


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

Tuesday, December 22, 2009

baca+faham+hafaz=berjaya dunia & akhirat

Saya pasti ramai di antara kita yang berhajat untuk memahami isi kandungan al-Quran seterusnya menerapkannya dalam seluruh aspek kehidupan kita. Jadi, di sini saya ingin mempromosikan sebuah terjemahan al-Quran terbaru. Terjemahan al-Quran per kata. Tsumari(Pendek kata), al-Quran yang diterjemah mengikut setiap perkataan. Benri kan~Tambahan pula ada asbabun nuzul sekali. Hoshiinaa....


Jom pakat beli ramai-ramai. Tak mahal pun RM130 je. Kalau kte bleh spend mahal2 untuk barang2 lain, apa salahnya kali ni kte spend sedikit duit untuk al-Quran ni. Semoga dengan adanya al-Quran ni, kita akan lebih bersemangat untuk membaca al-Quran serta mentadabbur ayat-ayatNya.

Klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut tentang al-Quran ni. Boleh beli online kat sini jugak.Tak payah penat-penat jalan cari kat kedai buku. Dijamin sampai insyaAllah. Saya pernah beli buku online dari website ni. Ataupun, bagi yang duduk di Shah Alam, saya pernah tengok al-Quran ni dijual di PKNS, kedai depan surau PKNS.

Semoga kita semakin dekat dengan al-Quran.


p/s : ada orang janji nak hadiahkan al-Quran ni sebelum fly=)i'm waiting for that...sementara tu bleh la khatamkan al-Quran lama dulu...


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

Monday, December 21, 2009

Mari merancang cuti kita

Hari ni masuk hari keempat cuti. Masih ada 20 hari berbaki untuk cuti kali ini(student JAD). Rasanya masih belum terlambat untuk kita semua merancang perjalanan cuti kali ini. Agar masa lapang yang ada tidak disia-siakan begitu sahaja. Saya pasti kita semua pernah terjumpa atau mendengar pepatah yang berbunyi,

"You're planning to fail, if you fail to plan"
Allah SWT juga ada berfirman dalam surah al-Asr,

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(ayat 1-3)

Jadi, agar kita sama-sama dapat memanfaatkan cuti ini sebaiknya, marilah bersama merancang perjalanan cuti kali ini. Sedikit perkongsian tentang rancangan perjalanan cuti saya kali ini, semoga bermanfaat untuk semua. Apapun, kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah jualah yang terbaik. Sekurang-kurangnya, dapat jualah perancangan ini menjadi hujah buat kita di akhirat kelak, tanda adanya usaha daripada diri kita untuk tidak menjadi golongan yang rugi.

Plan untuk Iman
Cuti adalah antara faktor penyebab kepada futur. Tidak dinafikan, ketiadaan suasana yang soleh dan islamik, sedikit sebanyak mendorong kita untuk lebih mengutamakan hawa nafsu berbanding iman di hati. Tidur berlebihan, tengok tv berlebihan, shopping berlebihan dan lain-lain lagi. Jadi, sebagai persediaan untuk menghadapi semua ini, buatlah 1 jadual amalan harian yang mampu untuk mengekang kita daripada segala yang berlebihan ini.

contoh jadual amal

Plan untuk keluarga
Bagi mereka yang duduk berjauhan dengan keluarga, inilah saatnya untuk kita kembali menjalin hubungan dan memperbaiki ukhwah sesama keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga. Tak salah kalau sekali-sekala kita meluangkan masa menemani ayah ke kebun, menolong emak di dapur dan halaman rumah, menonton tv bersama adik-beradik dan lain-lain lagi. Mereka juga punya hak ke atas diri kita, maka gunakanlah peluang ini sebaiknya untuk kita menebus kembali masa-masa lalu yang tidak dapat untuk diperuntukkan bersama.


Pokok dan buah nangka di kebun ayah

Sharpen Your Skills
Oleh sebab tak lama lagi kita akan tinggal berjauhan dengan keluarga dan tanah air, gunakanlah sisa masa yang ada untuk kita mengaut sebanyak-banyak ilmu daripada mereka disekeliling kita terutamanya emak dan ayah. Belajar memasak makanan dan kuih-muih yang sedap daripada emak, belajar tentang teknologi dan survival skill daripada ayah. Banyak ilmu dan pengalaman orang tua yang dapat kita jadikan pengajaran untuk masa depan.


belajar mengelim karipap daripada emak

Ulangkaji Pelajaran
Mungkin kelihatan agak skema, tapi ingin saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan 1 batch yang lain, walaupun semuanya telah diterima masuk ke universiti pilihan masing-masing, itu bukanlah tiket yang membolehkan kita semua untuk terbang ke Jepun. Kita masih ada exam semester akhir yang kan bermula pada 8 Febuari 2010 nanti. Keputusan itulah yang kan mencorakkan sijil diploma kita dan juga menjadi tiket untuk kita ke Jepun. Jadi, peruntukkanlah sedikit masa untuk kita kembali meneliti dan cuba memahami segala yang telah dipelajari.



Kunci kejayaan : Usaha+mujahadah
Segala yang kita rancangkan akan kekal menjadi perancangan selagi kita tidak bergerak untuk melaksanakannya. Menulis, berkata dan merancang tidaklah sesusah untuk melaksanakannya. Kita semua perlukan usaha dan kesungguhan agar segala yang dirancangkan mampu menjadi suatu kenyataan.

Saat kemalasan hadir, katakanlah kepada diri anda,

"Aku dah xde masa lain dah nak buat semua ni lepas ni, kalau aku tak buat sekarang."

Saat nafsu memberontak untuk membazirkan masa dengan suatu yang sia-sia, jawablah,

"Ini hanya kehendak, bukan keperluan. Banyak lagi plan yang belum selesai. Aku perlu selesaikan semua perancangan dulu sebelum memenuhi kehendak sendiri."

Saat iman dan nafsu berlawan untuk memilih dosa atau pahala, katakanlah,

"Aku telah berusaha sejauh ini untuk mendapatkan hidayahNya, aku takkan lakukan sesuatu yang bakal menghilangkannya daripada hati ini."

Sungguh, perjalanan menuju Allah itu amat sukar. Perlukan semangat yang tinggi, kesabaran, kesungguhan dan usaha yang berterusan. Maka, janganlah kita cacatkan usaha-usaha kita dengan dosa-dosa yang akan menjauhkan kita denganNya.

Kalau jatuh, bangunlah kembali.

Kalau gagal mengikut perancangan, disiplinkanlah diri kembali.

Semoga usaha kecil kita ini, mendapat ganjaran yang besar di sisi Ilahi.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

Friday, December 18, 2009

Dedikasi buat sahabat

Post ini ditujukan khas buat semua yang mengenali diri ini dan menganggap saya sebagai sahabatnya.

Terasa seakan masa berlalu dengan sangat pantas. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum meninggalkan Malaysia demi misi yang lebih besar. Sayang rasanya mahu meninggalkan bumi bertuah ini dan sangat sedih rasanya untuk berpisah dengan sahabat sekalian. Sahabat yang banyak membantu saya untuk menjadi Dzulaikha hari ini. Sahabat yang sentiasa bersama-sama senang dan susah. Sahabat yang saling ingat-mengingatkan dan nasihat-menasihati. Terima kasih kerana jadi sahabat saya.

Tiada kata indah untuk diluahkan.

Tiada hadiah berharga yang mampu kuberikan.

Tiada yang istimewa untuk kujanjikan.

Cuma sedikit pesanan buat diri ini dan semua.

Peliharalah ukhwah ini demi kasih kita padaNya.

Terimalah….sebuah pertemuan.



Sebuah Pertemuan

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Sumber http://www.hijjaz.com.my


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

Friday, December 11, 2009

saya kehilangan........


Hidup ini sentiasa penuh dengan dugaan dan cabaran. Kali ini saya diuji pula dengan kehilangan handphone yang baru sebulan bersama saya. Mungkin terdapat pelbagai hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Apape pun, kalau ini yang dapat mendekatkan diri saya denganNya, saya redha atas segala yang berlaku. Dan artikel ini saya baca saat saya benar-benar terasa kehilangannya apabila segala yang saya rancangkan untuk cuti minggu ni terganggu dan tergendala akibat tidak dapat berurusan dengan orang lain.

Dzulaikha harus terus positive.

Dzulaikha harus teruskan kehidupan seperti biasa.

Dzulaikha mampu untuk berhadapan dengan ujian kali ini.

Dzulaikha perlu banyakkan muhasabah.

Hayatilah, semoga kalin juga mendapat manfaat daripadanya.

Kesakitan Yang Menyedarkan

Di satu tapak pembinaan, kelihatan ramai pekerja sibuk membuat kerja masing-masing. Setiap pekerja diawasi oleh seorang mandor. Mereka sedang membina sebuah pangsapuri mewah.

Mandor itu mengawasi pekerjanya setiap masa dari tingkat bawah hingga ke tingkat yang paling tinggi. Satu ketika mandor itu berada di tingkat tiga bangunan tersebut. Dia memandang ke bawah dan ternampak beberapa orang pekerjanya sedang "mencuri tulang". Mandor itu berteriak dari tingkat tiga menyuruh pekerjanya itu membuat kerja tapi tiada siapa yang mendengar teriakan itu disebabkan bunyi bising jentera-jentera pembinaan.

Mandor itu mencari jalan untuk menarik perhatian pekerjanya di tingkat bawah. Dia melemperkan syiling 50sen di hadapan salah seorang pekerja yang mencuri tulang tersebut. Pekerja itu terkejut melihat syiling itu tiba-tiba jatuh di hadapannya. Cepat-cepat dia mengambil syiling tersebut sebelum kawannya yang lain nampak. Dia tidak mendongak langsung ke atas untuk mencari punca dari mana syiling itu jatuh. Mandor di tingkat tiga geram sekali dengan sikap pekerja tersebut.

Kemudian dia mencari jalan lagi untuk menarik perhatian pekerjanya. Mandor itu mengambil seketul batu kecil. Kali ini dia membaling batu itu dan kena betul-betul di atas kepala pekerjanya. Disebabkan rasa sakit terkena balingan tersebut, pekerja itu mendongak ke atas untuk mencari siapa yang membaling batu itu mengenai kepalanya. Lantas pekerja tersebut terpandang mandor yang berada di tingkat tiga. Para pekerja yang sedang mencuri tulang itu cepat-cepat bangun dan meneruskan tugas mereka apabila mereka tersedar bahawa mandor itu sedang memerhati tingkah laku mereka. Mereka bimbang gaji mereka akan dipotong.

Dalam kehidupan, Allah seringkali mengingatkan kita mengenai tanggungjawab kita terhadap-Nya. Allah sering melemparkan 'syiling' atau memberi kesenangan yang melimpah ruah agar kita mahu memandang ke atas dan mencari siapa yang melempar 'syiling' tersebut. Namun kita selalunya leka dengan kenikmatan 'syiling' itu hingga membuatkan kita lupa untuk berterimakasih dan bersyukur. Kita terus hanyut dalam kesenangan dan keselesaan kita.

Oleh sebab itu, kadang-kadang Allah melempar 'batu kecil' atau memberi musibah kepada kita untuk menarik perhatian kita supaya kembali kepada jalan-Nya. Kebanyakan kita, apabila ditimpa musibah dan kesulitan, barulah teringat kepada Allah, barulah teringat untuk menadah tangan memohon do'a dan pertolongan. Sedangkan di waktu kita senang, kita mudah lupa untuk sujud dan bersyukur.

Jadikanlah kesenangan kita untuk menambah keimanan kita kepada Allah. Bersujud dan bersyukurlah. Sementara kesulitan pula, kita anggap saja sebagai peringatan Allah kepada kita terhadap kesalahan yang kita lakukan. Mungkin dalam kesenangan, kita telah lupa kepada-Nya maka dengan kesulitan kita kembali mengingati-Nya, insaf dan bertaubat...



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

Tuesday, December 8, 2009

合格です!!

Alhamdulillah...hari ni dapat result kemasukan ke universiti.

Alhamdulillah....diterima masuk ke Tokyo University of Science(東京理科大学).


Tapi masih banyak lagi yang harus dilalui. Final exam pun tak lepas lagi. InsyaAllah, panjang umur dan diberi kesempatan oleh Allah, akan menjejak ke bumi Jepun Mac 2010.


p/s: masih tercari-cari tempat tinggal yang sesuai untuk 4orang berdekatan dengan daigaku. Sempai, oshiete....yoroshikune..:)


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

Tuesday, December 1, 2009

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Mungkin kita sudah biasa mendengar ungkapan ini. Saya pun pernah tertanya-tanya sebenarnya, apakah benar pemuda hari ini yang akan mencorakkan bangsa dan negaranya? Padahal hampir keseluruhan pemimpin Negara terdiri daripada mereka yang telah berumur. Dan mengapa golongan remaja/belia ini juga yang menjadi sasaran dakwah Islam dan juga dakyah luar?

Menyingkap Sejarah
Hadith Ghulam
Kalau diteliti kembali hadith ini, kita akan dapati Tukang sihir juga meminta seorang ghulam(remaja berusia belasan tahun/16tahun ke atas) daripada raja untuk diturunkan segala ilmu sihirnya. Rahib juga menginginkan hal yang sama dengan tukang sihir, seorang ghulam untuk menegakkan agama Allah SWT diatas muka bumi ini.

Naze deshoune?

Kejatuhan Andalusia
Selama 800 tahun lamanya kota ini dikuasai oleh Islam. Namun, takdir mengatasi segalanya apabila orang-orang Portugal berjaya mengusir kaum muslimin dari sana. Bagaimana mereka boleh berjaya melakukannya?

Ya, dengan memerhatikan pemuda-pemudanya.

Tahukah anda, sebelum menyerang Andalusia secara melulu, bangsa Portugal telah beberapa lama memerhatikan dan menyelidiki keadaan pemuda-pemuda Andalusia.

Pada awal penyelidikan mereka, mata-mata Portugal mendengar pertelingkahan antara pemuda zaman tersebut.

“Aku hafal kitab Shahih Bukhari lebih banyak daripada kamu.” Kata pemuda pertama.

Pemuda kedua pula berkata, “Tiada yang setara denganku dalam bidang ilmu Kimia, jadi aku lebih baik daripada kamu.”

Pemuda ketiga pula menyampuk, ”Apakah ada orang yang lebih handal dan hebat dalam menunggang kuda selain daripada aku?”

Maka, setelah memerhatikan hal ini, mata-mata Portugal pun pulang dan memberitahu tentera-tenteranya,

“Pulanglah kalian, jangan masuk ke Andalusia sekarang.”

Beberapa ketika kemudian, mereka datang lagi ke Andalusia dan mendapati para pemuda Andalusia masih berlumba-lumba dalam bidang syair dan kesusasteraan. Maka, mereka mematikan niat untuk menyerang.

Namun satu ketika, mereka kembali ke Andalusia dan mereka dapati seorang remaja Andalusia sedang menangis. Lalu mereka bertanya,

“Mengapa kamu menangis?”

“Awekku meninggalkan aku.”

Maka, saat ini, mereka segera pulang ke Portugal lantas berkata,

“Sekaranglah saatnya kita dapat masuk ke Andalusia dan kalahkan mereka!”

Dan akhirnya, dengan hanya beberapa bulan, mereka berjaya mengusir umat Islam daripada kota tersebut.

Pemuda:Aset terbesar masyarakat
Maka, dapatlah disimpulkan bahawa, pemudalah aset terbesar masyarakat. Kanak-kanak sihat dan bertenaga, tapi tidak matang fikirannya. Orang tua pula matang dalam berfikir, tetapi kurang kekuatan fizikal. Kitalah, golongan pemuda dan pemudi yang memiliki kedua-duanya. Juteru, kitalah aset terbesar masyarakat ini, umat ini. Kita jugalah kayu ukur bangun dan musnahnya sesuatu bangsa.

Realitinya, dimanakah kedudukan kita hari ini?

Pemuda berkualiti jadikan realiti
Namun segalanya tidak semudah yang kita sangkakan. Untuk membangunkan umat ini, segalanya perlu bermula dari diri kita sendiri. Kesugguhan kita untuk berubah menjadi pemuda berkualiti, memahami ajaran agamaNya, menurut perintah TuhanNya, bersungguh dalam setiap kerja dan focus dan fakih dalam pelajaran di Universiti menjadi taruhannya. Tanpa itu semua, umat ini tidak akan kembali disanjung seperti suatu masa dahulu.

Bergeraklah dan berubahlah. Agar kita dapat sama-sama menyumbang kepada kegemilangan umat ini.

Gambare!!


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

Wednesday, November 25, 2009

Nilai kasihNya

Hari ini saya rasa amat bertuah dan bersyukur, kerana diberi peluang olehNya, untuk merasai secebis nikmat dunia. Nikmat sebuah kehidupan dan kasih sayang seorang ibu.

Mak saya seorang yang sangat teliti dalam mendidik anak-anak. Kadang-kadang rasa macam mak ni over-protective. Abang tak pernah dibenarkan keluar dengan kawan-kawan pada malam hari. Kalau abang yang lelaki pun tak boleh, saya dan adik apatah lagi. Setiap kali keluar rumah, kami perlu ditemani oleh mak atau ayah.

Kawan-kawan kitorang semua mak dan ayah kenal. Nak keluar hangout dengan kawan2 boleh, tapi ayah atau mak yang akan jadi driver tolong hantar dan ambil semula mengikut masa dan tempat yang ditetapkan. Tapi sebab dah nareru(get used to) dengan peraturan macam ni dah tak terasa terkongkong sangat.

Musim hujan yang menimpa sejak akhir-akhir ni membuatkan saya terasa sayangnya mak terhadap anaknya yang seorang ini. Bila hujan turun, nyamuk pun semakin banyak. Dan antara ramai2 manusia dalam dunia ni saya tergolong dalam kalangan mereka yang sangat diminati nyamuk. Saya teringat dekat mak. Sebab kalau dirumah pun saya yang menjadi mangsa serangan nyamuk. Betullah apa yang orang cakap, sayangnya seorang mak terhadap anak dia, kalau ada seekor nyamuk pun yang gigit, nyamuk itu tak akan dilepaskan dan akan ditamatkan riwayat hidup sang nyamuk.

Saya dibekalkan dengan 3jenis ubat nyamuk oleh mak.

Ubat nyamuk elektrik untuk letak dalam bilik, semburan ridsect dan juga ubat nyamuk portable. Semuanya kerana nak pastikan saya tak digigit nyamuk. Sangat teliti.


Selain itu saya juga dibekalkan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan in case kalau saya sakit secara tiba-tiba dan memerlukan ubat. Jadi, tak hairanlah jika saya ada begitu banyak bekalan vitamin dan ubat-ubatan. Jadi sesiapa yang ada demam, selsema, sakit tekak dsbgnya bolehlah terus ke rumah saya.:)Setakat ni saya tak perlukan lagi kot ubat-ubat tu. Alhamdulillah, masih diberi nikmat sihat. Lagipun nak habiskan stok ubat-ubatan dan vitamin yang ada, nanti mak complaint kenapa tak habis2.

Melihat Banyak kepada SATU

Ya, segalanya membawa saya untuk melihat kembali kepada Dia Yang SATU. Dia yang menganugerahkan kehidupan ini kepada saya. Dia yang menghadiahkan mak dan ayah yang sangat prihatin dan penyayang kepada saya.

Dia memberitahu saya bahawa sesungguhnya, kasih sayangNya Maha Besar buat hamba-hambaNya. Sesungguhnya Dia lebih teliti dalam Perhitungan di hari akhir nanti. Dan kehidupan ini adalah anugerah terbesar daripadaNya. Dengan kehidupan inilah kita dapat mengecapi segala nikmat dan rahmat kasih sayangNya. Maka, terpulanglah kepada kita samada mahu mencorakkannya menjadi jambatan ke syurga mahupun neraka.

Melihat Satu kepada BANYAK

Mungkin ramai yang dah dengar cerita tentang mensetsu daigaku(interview university) saya tempoh hari. Dipendekkan cerita, saya kehilangan jukenhyou(slip exam) untuk interview tersebut. Dan ketiadaannya hanya saya sedari 10minit sebelum saya dipanggil untuk melangkah masuk ke bilik interview. Sebenarnya saya tertinggal jukenhyou dalam waiting room,tapi setelah dicari dan digeledah tak dijumpai juga di sana. Ada yang telah tolong ambilkan untuk saya, tapi saat itu saya tak tahu siapakah gerangan orang tersebut.

Setelah diceramah dan dibebeli oleh beberapa pegawai JUCTE dan orang-orang shibaura yang menguruskan interview,

受験票がないと、受けられないよ。。

Saya melangkah masuk untuk interview Yamaguchi Daigaku tanpa jukenhyou. Segalanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah walaupun bunpo berterabur masa cakap. Sebenarnya, saya tiada kimochi langsung untuk interview ini. Mungkin kerana saya masih tercari-cari driving force dan mokuteki sebenar untuk ke Jepun. Semoga ketemu jua sebelum berangkat ke sana.

Kokorojunbi yang dibuat pada hari-hari sebelumnya juga banyak membantu. Seperti mensetsu renshu dulu, apabila tak dapat jawab soalan sensei, saya hanya tergelak sahaja, sebelum jawab kotaeraremasen. Sebab saat itu saya terfikir,

“Hehe…dah agak dah mesti ada masalah…”

Sebab saya memang sering bermasalah akhir-akhir ini. Itulah juga yang saya fikirkan saat saya pegang kepala dan tunduk bawah sambil tersenyum sendiri apabila dimarahi oleh pegawai-pegawai tersebut. Dah ditakdirkan saya terlupa, nak buat macam mana. Tapi diorang macam tak boleh nak faham.

Hakikatnya, saya masih seorang manusia yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan. Dan sebagai seorang hamba, saya memang layak untuk diuji olehNya.

Sekurang-kurangnya, dengan segala ujianNya ini, mampu menghadirkan rasa kehambaan kepadaNya. Betapa kerdilnya saya, dan betapa kehidupan ini bukanlah dalam kekuasaan saya. Walaupun untuk interview Tokyo Rika Daigaku, sensei cakap dah sah-sah dapat, keyakinan saya hanya padaNya. Kerana perjalanan kehidupan saya bukan di tangan saya mahupun sensei. Hanya DIA jualah yang berkuasa atas segala sesuatu dan pasti itu yang lebih baik untuk saya. Saya hanya perlu untuk melihat Satu kepada BANYAK.

Takut

Apabila saya terasa diri saya sangat disayangi dan dikasihi, saya jadi takut. Takut saya tak mampu untuk membalas segala kebaikan yang diberikan. Takut saya jadi kufur dan jadi anak derhaka. Takut saya tak mampu untuk berikan yang terbaik sebagai balasan. Takut bila mengenangkan hakikat seorang manusia itu sememangnya pelupa.

Dan kerana sifat pelupa itulah, kita dihumban ke nerakaNya.

Anak lupa pada jasa baik dan pengorbanan ibubapanya.

Isteri lupa pada kebaikan suaminya.

Hamba lupa kepada PenciptaNya.

Hakikatnya, kita semua sentiasa memerlukan peringatan. Andalah harapan saya. Andalah orangnya yang akan mengingatkan saya kembali jika saya terlupa selepas ini agar kita dapat sama-sama mencorakkan kehidupan ini, dengan lakaran terbaik yang mengundang rahmat dan kasih sayangNya untuk kehidupan lebih baik selepas ini.


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Thursday, November 19, 2009

What you seek for is what you get

Alhamdulillah, setelah sekian lama berfikir dan berfikir untuk mencari hikmah atas setiap kegagalan yang menimpa saya kebelakangan ini, saya dihadiahkan sebuah pengajaran oleh Allah SWT. Segalanya berlaku pada hari sabtu yang lalu..

Dialog di dalam surau..

“dzu, mcm mane dengan waku-waku tadi?Awk menang tak? Dapat pizza tak?”

“hehe..tak menang pun…tapi tak kesah pun sebab bukan itu yang saya cari kat sane …”

“oh..awak dapat ukhwah ek?”

Saya hanya tersenyum sebagai jawapan. Sewaktu kertas siapa yang ingin hadiri waku-waku nihongo day diedarkan di kelas lagi, saya bersimpati dan kagum dengan semangat sensei yang menggunakan modal sendiri untuk hari nihongo tersebut. Namun, saat itu, saya masih mencari driving force untuk saya hadiri acara tersebut. Report dan happyou, mensetsu, dan kesuntukan waktu.

Akhirnya, saya teringat akan buku “kiat-kiat menarik hati” karangan seorang ikhwah Ikhwanul Muslimin. Buku yang menceritakan kekreativitian ahli-ahli ikhwan dalam menyampaikan dakwah dan mengumpul ahli dalam kalangan masyarakat. Ada yang sanggup berpura-pura terpijak kaki orang, membaca majalah secara terbalik dan lain-lain lagi semata-mata ingin mencuri tumpuan orang lain dan memulakan perbualan. Hal ini sangat terkesan pada hati saya yang Allah hadiahkan pelbagai aktiviti menarik di JAD yang mampu saya manfaatkan untuk membina ukhwah dengan rakan-rakan dan kouhai tachi, sebagai permulaan kepada usaha dakwah.

Bukan ini yang saya ingin ulaskan sebenarnya. Tapi frasa what you seek for is what you get. Saya tidak merasakan satu kerugian atau pun satu pembaziran masa menghadiri waku-waku nihongo day walaupun pulang tanpa sebarang hadiah, semuanya kerana bukan itu matlamat saya ke sana.

Menyingkap Kegagalan
Hal ini membuatkan saya terfikir kembali, mengapa saya sering merasa frust dengan kegagalan yang saya alami kebelakangan ini walaupun banyak yang saya pelajari daripadanya.

「失敗から学ぶ」kata peribahasa jepun. Hal ini membuatkan saya kembali muhasabah diri,

Apakah tujuan saya inginkan kesempurnaan dalam setiap kerja?
Apakah tujuan saya untuk sentiasa menjadi yang terbaik?
Apakah tujuan saya untuk jadi orang yang berjaya?

Kalau redha Allah yang dicari untuk setiap perkara ini, segala yang saya lakukan yang selari dengan syariat dan peraturannya, diiringi dengan niat yang ikhlas untukNya, pasti akan saya perolehi walaupun kegagalan yang muncul akhirnya. Kerana bukanlah hasil yang dipandang oleh Allah SWT, tapi sejauh mana kita berusaha untuk mencari redhaNya dalam setiap yang kita lakukan.

Pengajaran dari VT
Buku ini banyak mengajar saya untuk menetapkan matlamat yang betul untuk berjaya. Hari ini baru saya sedari hikmahnya. Patutlah Allah takdirkan saya baca buku tersebut, kerana Allah ingin mengajar saya sesuatu. Buku ini menceritakan kisah pemain-pemain volleyball. Tapi matlamat mereka untuk menjuarai sukan tersebut bukanlah semata-mata ingin mendapat gelaran johan, tetapi demi mempamerkan imej Islam yang sebenar. Bersukan dengan seluar panjang dan menjaga waktu solat sewaktu latihan dan pertandingan, masih boleh berjaya. Islam itu tidak mengongkong dan sesuai untuk diamalkan oleh semua orang termasuk atlit. Dan akhirnya mereka berjaya setelah berkali-kali gagal sebelumnya.

Coach mereka juga sentiasa mengingatkan agar memperbetulkan kembali niat, saat kemenangan semakin menghampiri. Saat kegagalan menjengah pula, keyakinan pada pertolongan Allah diterapkan dalam hati walaupun skor mereka 0. Sangat bermakna.

Keyakinan Pada kekuasaan Allah SWT
Setiap hari kita berdoa dan berdoa. Kadangkala terselit rasa, betul ke Allah dengar doa aku ni? Kenapa Allah tak makbulkan pun permintaan aku? Ketahuilah, rasa-rasa hati inilah yang menggugat kepercayaan kita kepada Allah SWT dan kekuasaanNya.

Allah SWT yang mampu menghidupkan orang yang mati.
Allah SWT yang mampu menyejukkan dan menyamankan api untuk keselesaan dan keselamatan Nabi Ibrahim.
Allah SWT yang mampu membelah lautan untuk menyelamatkan Nabi Musa.
Allah SWT yang Maha berkuasa atas segala sesuatu.

Lihat sendiri keyakinan Nabi Muhammad SAW saat baginda dan saidina Abu Bakar bersembunyi dalam Gua Thur. Betapa takutnya Abu Bakar sehingga beliau mengatakan

“kalau salah seorang daripada mereka melihat tapak kakinya, pastinya kita akan dijumpai.”

Tapi Rasulullah SAW dengan tenangnya menjawab,

“Apakah engkau menyangka kita hanya berdua, sedangkan Allah adalah yang ketiga.”

Betapa Rasulullah ingin menerangkan kepada Abu Bakar saat itu yang Allah tidak akan sekali-kali meninggalkan mereka. Allah akan menyelamatkan dan melindungi mereka.

Berubah dan Mendapat Pertolongan Allah
Oleh itu, saya ingin mengajak diri saya dan rakan-rakan agar terus yakin dengan pertolongan Allah walaupun setelah berkali-kali kita gagal dalam hidup ini. Dan lakukanlah perubahan, demi sebuah kejayaan.

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

(surah ar-Ra’d:11)
Yakinlah dengan ayat Allah ini. Perubahan itu harus bermula dengan diri kita sendiri, sebelum Allah membantu kita. Carilah driving force dan mokuteki(matlamat) yang betul untuk kita berubah, agar segalanya tidak terhenti sekerat jalan sahaja.

Dosa kecil yang membesar
Melihat komen akmal pada post yang sebelum ini, saya sangat bersetuju dengan apa yang ditulis. Hal ini menambahkan keyakinan saya pada tafsiran saya berkenaan satu ayat al-Quran. Setiap kali membaca al-ma’thurat, ayat ini menarik perhatian saya.

“Allah melindungi orang yang beriman. Mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya.”

Setiap kali berbuat dosa, saya terasa yang Allah tak melindungi saya. Dalam erti kata lain saya bukanlah tergolong dalam kalangan orang beriman yang mendapat perlindungan daripadaNya.

Mungkin kita semua terhindar dari melakukan dosa-dosa besar seperti zina, minum arak, derhaka kepada ibubapa dan sebagainya. Tapi mungkin kita terlepas pandang dosa-dosa kecil kita yang kita lakukan tanpa kita sedari setiap hari. Dosa-dosa yang berkumpul dan berkumpul menjadi dosa besar yang menghalang rahmatNya dan cahayaNya untuk masuk ke dalam hati kita semua.

Apa yang saya sedari, selama ini saya agak mengambil mudah persentuhan tangan dengan bukan muhrim sewaktu muamalat harian. Membayar makanan di shokudo, membeli barang di petronas, membuat passport dan lain-lain. Mungkin kerana kebiasaan berurusan begitu, jadi kita seakan memandang remeh hal ini.

Tidak kiralah lelaki mahupun perempuan, sesetengah daripada kita memandang remeh batasan aurat sesama jantina yakni daripada pusat hingga ke lutut. Mungkin hal ini juga yang menjauhkan kita dari rahmatNya.

Maka, marilah kita semua kembali beristighfar atas segala dosa-dosa kecil yang kita lakukan dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.


Semoga hidayah Allah itu kekal menjadi milik kita selama-lamanya.



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<