Wednesday, January 6, 2010

tak semudah yang disangkakan

"Ape ni mazni, dah setengah jam dalam kereta, tak gerak-gerak pon lagi...."

"Haha...mati enjin lagi...korang ni reti bawak kereta ke tak?hehe.."

"kalau gerak macam siput ni...bile kite nak sampai?"

Astaghfirullah...kejam kan saya?pasti ramai sahabat-sahabat saya di luar sana terutamanya mazni, siti shafarwati, diyaizzati dan lain-lain pernah merasakan betapa tensionnya mendengar mulut ini mengomel dan mengkritik mereka memandu kereta. Hanya kata maaf yang mampu kuucapkan, semoga segalanya tidak berbekas di hati kawan-kawan semua. Gomennasai...

Tak semudah yang disangkakan
Alhamdulillah, akhirnya diberi peluang juga oleh Allah SWT untuk mendalami ilmu baru, ilmu memandu kereta. Akhirnya dapat juga keizinan daripada mak dan ayah untuk mendapatkan lesen memandu setelah berbagai-bagai hujah diberikan. Ternyata, ianya tidak semudah yang disangkakan.


Enjin mati di persimpangan.
Termasuk gear salah.
Tertukar kiri dan kanan.

Dan banyak lagi masalahnya. Maka, hari ini, saya belajar untuk menghargai mereka yang banyak memandu saya kemana-mana. Mak, ayah, Farah, Mas, Mazni dan lain-lain. Saya juga belajar untuk mengomen secara empati. Tak semua perkara mudah di dunia ini. Mungkin mudah bagi orang lain, tak mudah pula bagi sesetengah yang lain.

Mulut dan hati
Apa yang terluah di mulut, selalunya akan memberi kesan di hati. Sedari kecil terkenal sebagai seorang yang agak laser, hingga terbawa-bawa ke sekolah menengah, juga ke JAD, banyak hati yang telah saya calari dengan kata-kata yang menyakitkan. Walaupun hakikatnya, kebanyakannya hanyalah sekadar gurauan di bibir saya.

Walaupun kata maaf saya tidak dapat menyembuhkan luka-luka lama di hati anda semua, ketahuilah, hanya itu yang mampu saya ucapkan saat ini. Dan saya hanya mampu berdoa agar Allah membuka hati kalian untuk memaafkan segala kekhilafan diri ini. InsyaAllah, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.


Belajarlah untuk melihat orang lain dengan pandangan mata hati kita. Tiada yang tidak pernah melakukan kesilapan dalam hidup ini. juga, tiada manusia yang sempurna segalanya dalam dunia ini. Maka, berpijaklah di alam realiti, nilailah seseorang dengan mata hati kita. Agar mulut dan tindakan kita tidak bertindak sewenang-wenangnya dalam menghakimi orang lain.

Azam Tahun Baru

#Banyakkan berfikir daripada berkata-kata, tak semua yang baik pada pandangan kita, baik pada pandangan orang lain. Gunakanlah neraca Allah untuk menilai baik buruk dalam hidup ini.

#Kurangkan gurauan yang berlebihan dan menghiris perasaan orang. Mungkin saya tidak banyak bergurau berlebihan dengan rakan-rakan JAD, tapi mai, nisa, wawa, maimis, mazni knows me better. InsyaAllah, i'll try my best to zip my lips and i'll learn ways to communicate appropriately.

#Banyakkan mengisi masa dengan membaca.


Semoga segala yang diimpikan, bisa direalitikan. InsyaAllah.
Last words, friends, sorry for all my wrong doing and please help me to improve myself and pray for my success. Love all of you...


XOXO
Dzulaikha Mat Zaini


p/s : saya QTI test hari jumaat ni, doakan ye...

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

4 comments:

  1. assalamualaikum...

    heeh..tetiba kngn 'berayer' dulu bermain-main kt minda ni, hee.. ha! da rase kan.. x senang sgt, tmbh lg bwa 'anak-anak dare di belakang.. besar tanggungjawab tu.. hee,.. x kesah pun, alhmdulillah lps tu sy jd lbh cnfdnt nk bawa sndiri.. tp skrg dah hlg blk ni.. dah lame x bwa:)
    n tengok kereta2 kat india ni menakutkan..
    satu teori
    'who ever can drive sfely on India's road defintly can drive on any road in da world--:)'

    'tiada manusia yang terlepas drpd kesilapan'
    'selemah-lemah ukhwah adalah dgn berlapang dada'
    pandangan mata hati yang disandarkan pada syariat Allah adalah pandangan yg sebenar tulus..
    Pandanglah dengan keikhlasan, InsyaAllah bicara yang terzahir mampu menyentuh hati yg menerima sebaiknya..

    InsyaAllah.. dlm hati ni x teringat ape2 pun pasal tu, yg ada hanyalah kngn indah dn kelakar yang sy sgt rindu kini.fikrah anda semua..tolak ansur kita semua.. 'memahaminya' kita semua.. rindu sgt..
    nway, sy minta maaf jge ye slh silap sy :)
    love u 3.. 4..
    'Moga sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah..'

    >> pjg comment ni. dh blh bwt satu 'post' bru :)
    all da best ya.. jd pmandu berhemah!!

    ReplyDelete
  2. @mazni

    waalaikumussalam...
    yeay~alhamdulillah...sayang mazni lebih~

    ReplyDelete
  3. uwaaah..
    aq ad d tmpt kejadian.

    mazni! ~ ble nk jupe nie? blik rye x nnt?

    dz kun ~ i blik diz spring.hehe. da taw x flyte ble?

    ReplyDelete
  4. huhu..xtau lg la wawa...i'll let u know once i get the flight ticket=)

    insyaAllah.....

    ReplyDelete