Monday, January 18, 2010

Melawan Diri Sendiri

Saya tak pasti hanya saya yang merasakan seperti ini. Terasa seperti mempunyai dua orang saya di dalam diri ini. Satu saya yang baik, satu lagi yang agak tak baik. Setiap tindakan yang dilakukan diambil melalui hujah-hujah yang dikeluarkan oleh kedua belah pihak. Nak kata syaitan dengan iman pun boleh, hati dengan akal pun boleh juga. Tapi saya lebih senang untuk menganggapnya sebagai perbicaraan antara hati dan akal.

Beza antara hati dan akal

Hati mungkin lebih banyak mendengar kata nafsu. Banyak yang dipintanya. Di sinilah perlunya akal untuk berhujah dan berfikir apakah tindakan atau solusi yang lebih baik. Tapi, akal pun perlukan sumber untuk menjadi kayu ukur atau garis panduan dalam menetapkan apa yang boleh dan tidak boleh dalam hidup ini.

“Hati inginkan barang yang mahal2..namun akal bertindak untuk berfikir jauh…sekadar keperluan sudah mencukupi…”

“Hati sering meminta lebih…sedangkan akal bertindak untuk menyelamatkan diri daripada kufur dan boros…”

Hakikatnya, kitalah yang seharusnya bertindak memenangkan hujah akal ke atas hujah hati atau nafsu kita semata-mata. Semuanya tidak mudah, tapi

“When there’s a will, there’s a way…”

Kuasa minda dan hati mengatasi segalanya

Baru pulang dari kem motivasi, menurut Tuan Haris, kuasa minda itu sebenarnya lebih besar daripada kuasa fizikal. Walaupun ditekan dengan berbagai dugaan, selagi minda dan hati kita kata kita mampu untuk menghadapinya, insyaAllah kita mampu lakukannya.

Saya tidak mengatakan jalan menuju Allah itu mudah. Pernah beberapa kali tersungkur mencari jalan sebenar sehingga saya kembali mempersoalkan,

“Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita.”

Tapi, kenapa semakin banyak pula ujian dariNya? Bila pertolongan Allah nak sampai ni?

Ya, bila kita bergerak mendekati Allah, makanya kita bergerak menjadikan diri kita sebagai seorang yang beriman. Dan firman Allah SWT,

“Patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata,"Kami beriman." Sedangkan mereka tidak diuji??(al-Ankabut:2)”

Pastinya Allah akan menguji setiap yang kita azamkan dan katakan. Untuk menguji samada kita benar-benar beriman dan percaya kepadaNya. Menguji sejauh mana kebenaran dan kesungguhan kita dalam berazam dan berjanji.

Hidup Ikut Sunnah

Hidup ini banyak peraturannya. Mungkin orang melihat saya sebagai seorang yang cerewet. Tak boleh nak minum air Nescafe, milo, apatah lagi coca-cola. Tak boleh pula mencampurkan makanan laut dan darat. Kena minum susu sebelum tidur. Tak boleh meniru dalam peperiksaan dan lain-lain lagi.

Hakikatnya, peraturan-peraturan hidup itu bukanlah saya sendiri tetapkan. Jua bukanlah sesuatu yang saya sukai dan lakukan dengan hati yang rela. Namun, saya percaya, jika inilah cara hidup insan Agung, sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini, Nabi Muhammad SAW yang dikatakan al-Quran bergerak, maka apalah salahnya walaupun tidak semua, sedikit daripadanya kita ambil dan aplikasikan dalam hidup ini. Setidak-tidaknya adalah sedikit usaha daripada kita untuk memperbaiki diri menjadi sebaik Rasulullah SAW.

Apalah salahnya kita jaga kesihatan dan pemakanan kita sebaiknya. Tubuh ini juga ada haknya yang perlu kita tunaikan.

Apalah salahnya kita korbankan markah yang tinggi di dalam peperiksaan untuk memupuk sifat jujur dan berani dalam diri. Jujur dengan kemampuan diri, berani menghadapi kegagalan.

Apalah salahnya kita korbankan prinsip diri dan hati sendiri, demi memupuk akhlak mulia, untuk dicintai Allah dan seluruh manusia.

Meniru Dalam Exam

Ya, sejak masuk JAD saya terbiasa dengan aktiviti meniru. Kalau bukan saya yang meniru, saya pula akan ditiru. Namun semenjak artikel tentang meniru dikeluarkan dalam azzariyat, saya berazam untuk tidak lagi meniru dalam apa jua peperiksaan. Ya, saya belajar erti sakitnya kegagalan dan manisnya usaha tanpa putus asa.

Pagi tadi ada satu lagi kuiz. Kuiz Ryuutai(fluid mechanics) yang diadakan sehari selepas kami selesai kem motivasi. Juga ada report eksperimen yang perlu dihantar juga pada hari ini. Ya, jiwa dan minda saya tertekan. Fizikal juga kehabisan tenaga yang menyebabkan saya mengantuk dan tidur seawal jam 10.45malam tanpa ulangkaji mahupun usaha menyiapkan report. Namun, ternyata hati ini tidak tenang. Beberapa kali terjaga dan kata-kata seorang sahabat terngiang-ngiang di telinga saya.

後悔は悲しいことだよ。。。

“Penyesalan itu sesuatu yang menyakitkan…”

Berusaha juga untuk bangun awal dan memahami beberapa topik yang akan diuji. Berusaha juga untuk menahan mata menyiapkan report untuk dihantar. Hampir-hampir saya mengorbankan prinsip diri untuk tidak meniru lagi kerana kurangnya persediaan. Tapi akal dan hati kembali berhujah.

“Kalau result kuiz ni teruk, xde peluang la nak merasa dapat A subjek ni…” hati berbicara.

“Sampai bila aku perlu jadi begini? Kegagalan itu berada dimana-mana. Manusia yang paling berani adalah mereka yang berani menghadapi kegagalan dan berani pula mengubahnya..” akal pula membidas.

Hakimnya pula pastilah diri kita sendiri, kerana pilihan masih di tangan kita untuk melaksanakan atau tidak melaksanakannya. Baik pilihan kita, baiklah ganjaran di hari akhir nanti. Buruk pilihan kita, bersedialah untuk menjawab di hadapan Allah nanti.

Jadi, marilah kita bersama-sama melawan kehendak hati kita sendiri untuk sesuatu yang lebih baik buat kehidupan di sini dan di sana nanti. Pelaburan ini pastinya memerlukan pengorbanan. Namun pengorbanan yang tidak sia-sia kerana ada ganjaran yang lebih besar menanti di Syurga nanti.

Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali menghampakan kita.



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

5 comments:

  1. sedikit peringatan tentang kisah Khabab untuk pedoman kite...

    hmm, somehow ak pun rasa down lately, rasa letih dan slalu berperang dgn kata hati dan akal... rasa penat n membazir je segala usaha buat keje2 agama ni, bila bergaul dgn masyarakat sekeliling dan dapati dengan kehadiran kita, tiada apa yg berubah di sekitar... n lebih teruk, rasa cam kite lak yg dah makin jauh tersasar ni...

    terlalu tua untuk beraksi, atau terlalu muda untuk memahami kerenah jalan ini??

    hamasatissyabab wa hikmatissyuyukh... hmmm...

    masih mencari kekuatan diri... semoga ditabahkan hati tak berbelah bahagi...

    ReplyDelete
  2. @ceca

    semoga beroleh manfaat ye dik..=)

    @akmal

    insyaAllah, jernihkan niat, jelaskan matlamat.
    Semoga Allah menyuluh kembali hati-hati kita untuk pulang mencari kebenaran. Memang sunnatullah iman itu ada naik dan turunnya.

    Bila kita terasa iman tu turun, tu tandanya Allah dah pancarkan hidayahNya untuk kita kembali membetulkan diri kita dan bergerak menaikkannya kembali.

    Semoga terus termotivasi untuk mencari hakikat diri..

    ReplyDelete
  3. LIKE the post ^_^
    arigatou~!

    ReplyDelete