Tuesday, December 29, 2009

Screening test

Lama pula rasanya tidak menulis di sini. Ingin saya berkongsi suatu kisah untuk kita sama-sama ambil pengajaran.

Baru-baru ini cousin saya telah ditunangkan dengan seorang jejaka. Oleh sebab cousin saya anak yatim piatu, maka ayah dan maknya menjadi banyak(pakcik & makcik). Untuk memastikan semua pakcik dan makcik menyetujui pilihannya, maka dia telah membawa pulang seorang jejaka untuk di screen test oleh ahli keluarga yang lain.

Cukup hanya satu malam jejaka tersebut bermalam di rumah saya, seluruh keluarga telah mengambil keputusan untuk me'reject' pilihan cousin saya. Dan akhirnya cousin saya ditunangkan dengan jejaka terbaik pilihan keluarga.

Screening test
Walaupun ramai yang mengatakan luaran tidak menggambarkan dalaman seseorang, namun hakikatnya tiada siapa yang mampu untuk mengorek dan melihat dalaman orang lain. Makanya, yang menjadi ukuran tetap luaran seseorang. Sebab itu jugalah hanya dengan satu malam penilaian sahaja, result sudah boleh dikeluarkan.

Tapi apa yang mereka(pakcik & makcik) saya perhatikan agaknya?
Perwatakan
Cara berpakaian
Cara percakapan
Cara bergaul dengan orang tua
Solat
Cara makan dan sebagainya

Mungkin kerana semua aspek luaran ini mampu melambangkan peribadi seseorang. Dan pastinya mereka yang lebih tua lebih banyak makan garam dan pengalamannya daripada kita. Ada juga seorang cousin kecil saya yang bersekolah tadika di PASTI. Jadi dia terdidik dengan solat berjemaah sejak kecil lagi. Apabila ada tetamu bertandang ke rumah dan tiba waktu solat, si kecil ni akan berbunyi,

"Janganlah balik lagi. Sembahyanglah dulu. Kakak bentangkan sejadah ye. Sape yang nak jadi imam ni?"

^_^. Atok2 dan pakcik2 saya yang lain dah biasa terkena dengan cousin yang sorang ni. Sebab dia sangat aktif dan petah berbicara. Akhirnya keputusan tersebut terpaksa diterima dengan hati terbuka oleh cousin saya, dan ternyata kini dia lebih yakin dengan calon pilihan keluarga.

Kita dan Screening test
Hakikatnya, Allah juga sedang menjalankan screening test ke atas kita semua.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(surah al-Zalzalah 7-8)
Sekecil zarah zekalipun kesalahan atau kebaikan kita, mendapat nilaian daripada Allah SWT. Atau dalam kata lainnya, jika kita benar-benar beriman dengan ayat ini, kita tiada satu saat pun untuk dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah, juga tidak boleh melakukan sekecil-kecil kesalahan atau kejahatan pun dalam hidup ini.

Namun, satu perkara yang membezakan Allah dengan makhlukNya, Dia Yang Maha Peenyayang dan Maha Pengampun. Sejahat mana pun kita, banyak mana pun kesalahan yang kita lakukan, selagi pintu taubat masih terbuka untuk kita, Dia pasti akan mengampuni dan menerima kita kembali. Bersyukurlah kita Allah tidak terus memutuskan untuk me'reject' atau menerima kita ke syurgaNya. Selagi hayat ada, selagi itu kita dinilaiNya hingga ke Hari Penentuan nanti.

Iman dan amal
"Iman itu buahnya amal."
Imanlah yang akan menggerakkan kita untuk terus beramal. Keyakinan kita pada adanya Allah Pencipta seluruh alam, adanya Hari Akhirat, adanya balasan syurga dan neraka, adanya pahala dan dosalah yang menggerakkan diri kita untuk menjalani hidup ini dengan penuh hati-hati. Iman jugalah yang menggerakkan diri kita untuk terus beramal, walaupun kita telah keletihan. Kerana adanya keyakinan dalam diri kita bahawa segalanya akan terbalas juga dengan sesuatu yang lebih baik dan kekal di akhirat nanti.

Iman itu pula berkait dengan ilmu. Tanpa ilmu, kita tidak mampu untuk membina keyakinan dalam hati. Sifir mudahnya begini.
IMAN + ILMU - AMAL = POHON YANG TIDAK BERBUAH
IMAN + AMAL - ILMU = SIA - SIA
ILMU + AMAL - IMAN = SOMBONG
IMAN + ILMU + AMAL = SUKSES DUNIA AKHIRAT
Oleh itu, teruskan membina iman.
Teruskan menambah amalan.
Jangan lupa untuk muhasabah dan memperbaharui taubat kepadaNya

Screening test kita belum lagi berakhir.
Control diri dengan baik dalam kehidupan ini, agar kita semua diterima untuk ke syurgaNya.

Tak lama pun lagi,
"Sesungguhnya jarak antara hidup dan mati itu ibarat antara azan dan iqamah sahaja."


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU

4 comments:

  1. dz, mcm mne yg cousin tu leyh trime mcm tu je?
    tabahnye dye..
    harap leyh jd setabah itu.

    ReplyDelete
  2. huhu...mesti la ade perang sket2 kan b4 hati betul2 boleh terima...lumrah hidup kot...kalau boleh mesti la kte nak yg pilihan sendiri kan..

    nway, skarang ni cousin aku dah boleh terima sbb ternyata segala yg dibuktikan melalui screening test tu btol(kekurangn pd jejaka tersebut compare to jejaka pilihan keluarga)..and of course xde yg perfect kt dunia ni kan..at least keluarga pilih yg lebih baik

    hee...aku doakan ko setabah tu =D
    bawak la die gi umah aku..bleh my parents buat screening test..hehe

    yang sentiasa mendoakan yg terbaik utk kamu,
    dzulaikha mz

    ReplyDelete
  3. waa mantap a parents mg hahaha
    nt blk tbp kne cte ktku ni

    ReplyDelete
  4. @ananymous

    waa..cpt je ek komen bab2 ni...huhu...no probs...nnt kte share2 cite ek..

    ReplyDelete