Wednesday, October 14, 2009

Persepsi berubah~

BTN

Pengalaman yang berharga rasanya kerana berpeluang untuk ke kem BTN selama seminggu. Alhamdulillah banyak manfaatnya apabila kita pergi dengan niat untuk menerima. Sedar yang selama ini diri ini benar-benar jauh daripada perkembangan dunia politik tanah air. Malah keamanan dan ketenangan yang dirasai dan dinikmati di Malaysia hingga ke hari ini, kadang-kadang seperti disyukuri selayaknya.

Ya, persepsi saya berubah terhadap beberapa perkara. Semakin memahami isu yang dibawa mereka. Walaupun dikatakan yang BTN ini adalah program untuk membasuh minda pelajar/kakitangan awam untuk pro-kerajaan, saya dapat rasakan yang itu bukanlah isu utama yang ingin diketengahkan oleh mereka. Pada pandangan saya sendiri, program ini lebih kepada ingin menjadikan kita semua sebagai warganegara yang cintakan tanah air sendiri.

Sebagaimana yang kita lihat hari ini, Palestin yang diserang oleh Israel ditentang habis-habisan oleh bangsa Palestin. Mereka mempunyai semangat yang cukup tinggi untuk mempertahankan bumi Palestin daripada terus dijajah walaupun harganya setinggi jutaan nyawa rakyatnya. Semuanya kerana adanya rasa cinta dan sayang kepada tanah suci ke3 umat Islam itu.

Lihat pula kepada Negara-negara jiran yang sangat sensitive dan peka terhadap Negara mereka. Warga Thailand yang akan berdiri dimana-mana sahaja sewaktu lagu negaranya dimainkan, rakyat Indonesia yang sangat protektif terhadap isu-isu yang melanda Negara mereka. Saya sendiri melihat yang kita sebagi rakyat Malaysia sangat jauh terkebelakang dalam memupuk nilai cintakan tanah air ini dalam diri kita sendiri.

Tak perlu memberi contoh yang lain, saya sendiri sebelum ini tak pernah mengambil tahu tentang perkembangan Negara ini, apatah lagi mahu menyumbang kepadanya. Kebanyakan perancangan masa depan saya lebih bertumpu kepada kepentingan diri sendiri sahaja. Malah, melihatkan situasi politik Negara dan keamanan yang semakin tergugat ketika ini, saya seperti baru tersedar dari mimpi-mimpi indah semalam.

Bersyukur, saya tersedar sebelum keadaan menjadi lebih parah. Sekurang-kurangnya dapat juga berusaha untuk memperbaiki keadaan menjadi lebih baik. Tersedar yang selama ini saya lebih banyak mendokan kesejahteraan Negara Islam lain seperti Iran dan Palestin, tetapi mengabaikan Negara sendiri. Terlalu selesa barangkali. Suka saya untuk mengingatkan semua, kita bukanlah berada di zon selesa ketika ini. Banyak yang disembunyikan daripada pengetahuan umum supaya tidak menjadi isu yang lebih besar. Hakikatnya, Negara kita juga semakin terancam keamanannya.

Oleh itu, dengan sisa semangat yang ada, ingin saya nyatakan bahawa saya cintakan Malaysia. Harap anda semua juga begitu. Sedarlah yang cinta ini harus dibuktikan dengan tindakan kita. Antara punca kejatuhan kesulatanan Melayu Melaka adalah kerana jatuhnya kerajaan Islam di Andalusia. Maka, saya juga melihat, bangunnya umat Islam di Malaysia hari ini sebagai salah satu penyebab untuk system khilafah Islam bangkit kembali menjadi ustaziyatul alam. Marilah bersama menjadikannya satu realiti, bukan sekadar impian semata.

Perkembangan Terbaru

Untuk makluman, system perkhidmatan internet di asarama kami telah ditarik balik. Maka, ini menyebabkan update di blog ini tergendala buat seketika. Sedang berusaha untuk mencari alternative lain, tapi buat masa ini masih belum bertemu penyelesaiannya.

Semester baru juga telah bermula. Semester akhir untuk diploma di Malaysia. Semester yang sangat sibuk dan semester yang paling banyak bercakap. Berbagai-bagai presentation telah diatur oleh sensei. Stress!!Namun segalanya harus dihadapi dengan hati terbuka. Ada nilai yang ingin diterap oleh sensei untuk kebaikan sendiri.

Permohonan masuk ke university juga telah masuk ke masa menulis boring. Tarikh akhir untuk Yamaguchi Daigaku adalah pada 30 oktober ini. Doakan segalanya berjalan dengan lancar.

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

1 comment: