Tuesday, October 20, 2009

hikmah ketiadaan internet

Hampir seminggu lebih perkhidmatan internet kami ditarik balik oleh YPM atas sebab-sebab tertentu. Maka, dalam masa seminggu ini juga, banyak masa saya dihabiskan dengan hobi masa lapang saya; membaca buku!!serius~Post ini juga sepatutnya diupload hari jumaat hari tu. Tapi, shikatanaine..

Saya sangat suka membaca buku. Kalau online, sangat suka membaca karya-karya dan artikel-artikel peringatan di blog-blog orang lain. Hikmah ketiadaan internet, masa saya lebih banyak dihabiskan bersama buku-buku. Namun, nampaknya kuasa buku lebih besar ke atas diri saya. Setiap petang dan malam selepas kelas dihabiskan dengan membaca buku. Dalam masa seminggu yang lalu, sudah 3buah buku saya baca. Setiap satunya mengerahkan otak saya untuk ligat berfikir, mencari hikmah disebalik setiap yang ditulis.

Tautan Hati

Inilah buku pertama yang saya baca minggu ini. Saya pasti ramai di luar sana juga telah membaca buku ini. Pastinya kehidupan akhawat dalam suasana tarbiyah yang sangat mantap, mampu melahirkan muslimah yang sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Ada juga sedikit unsur cinta dalam novel ini. Cinta yang terpelihara daripada fitnah dan godaan syaitan, yang menjadi idaman setiap daripada kita. Cinta yang akhirnya membawa seluruh keluarga mencapai redhaNya.

Namun, yang paling terkesan di hati saya adalah kata-kata Asiah Yusro yang memaafkan dan menerima kembali Umar. Bunyinya lebih kurang begini,
Boleh jadi orang yang pernah berbuat dosa itu, hatinya lebih bersih daripada kita apabila dia betul-betul insaf dan Allah menerima taubat mereka..”
Ayat ini seakan memberi ketenangan kepada hati ini apabila mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan saban hari. Masih ada ruang untuk bertaubat, berubah dan memperbaiki diri. Semoga Allah menerima taubat kita semua.


Bercinta Sampai ke Syurga

Ini pula buku kedua yang saya baca. Buku yang telah lama dibeli, tapi saya tinggalkan di rumah untuk memberi peluang kepada emak dan ayah membacanya dahulu. Kerana pasti mereka lebih memerlukannya daripada saya.

Membaca buku ini membawa saya ke dunia realiti. Buku Tautan Hati yang saya baca sebelum ini seakan-akan terlalu ideal dan indah bagi watak-watak di dalamnya. Walaupun terdapat beberapa konflik yang agak berat, dan mungkin juga terselit sedikit realiti masyarakat hari ini, namun masih terserlah keindahan kehidupan mereka di dalamnya. Pastinya insan-insan yang hatinya sentiasa dekat dengan Allah itu tenang dan indah hidup mereka.

Namun, buku ini pula menceritakan yang sebaliknya. Permulaan perkahwinan yang baik, tidak dapat menjamin pengakhiran yang baik. Semakin ramai yang berkahwin mengikut cara yang terbaik dalam syarak, tetapi tetap tidak dapat mempertahankan atau mengemudi rumah tangga dengan baik. Banyak konflik yang timbul, walaupun perkahwinan berlaku antara insan-insan yang berfikrah islam, insan-insan yang mendapat tarbiyah. Antara puncanya yang dinyatakan adalah mereka ini bagus dari segi syariatullahnya, tapi lemah dari segi sunnatullahnya. Dan ramai di kalangan agamawan ini memandang remeh hal-hal berkaitan rumah tangga. Mereka lebih senang menghadam buku-buku tentang politik kini, tarbiyah dan dakwah, isu semasa umat berbanding dengan perkara sekecil rumahtangga. Yalah, siapa yang tak malu nak beli buku-buku sebeginikan? Membaca buku ini sahaja dah membuatkan orang di sekeliling menghantar pandangan pelik dan senyuman yang ‘bermakna’ kepada kita.

Apa yang saya dapati daripada buku ini adalah untuk kita perlu hidup dengan realiti. Syariatullah dan sunnatullah harus seiring dalam hidup ini untuk kita memperoleh kebahagiaan. Bersederhanalah dalm menjalani kehidupan. Hakikatnya, Ikhwah tetap seorang lelaki, dan akhawat juga tetap seorang perempuan.Tiada yang sempurna dalam dunia ini.

Yang paling saya ingati adalah kata-kata ustaz ini. Mencari jodoh yang baik tidaklah susah. Kerana kita yakin dengan janjinya bahawa jodoh yang ditentukan untuk kita adalah yang terbaik buat kita. Yang susah adalah usaha untuk menjadi baik itu sendiri.

VT


Ini pula buku yang baru sahaja saya habiskan pembacaannya siang tadi. Buku yang sangat best dan boleh mendapat 4/5 bintang daripada saya. Juga sebuah novel islam yang menceritakan tentang semangat kesukanan sebuah pasukan Volleyball yang membawa prinsip ‘sukan adalah satu ibadah’ kepada masyarakat.

Banyak yang saya pelajari daripada buku ini, terutamanya dalam bidang terbiyah. Membina tarbiyah yang berkesan melalui komunikasi yang berkesan, membina hubungan yang baik, dan kebijaksanaan akal fikiran.

Disamping itu, saya juga sangat terkesan dengan cara coach tersebut memberi keyakinan yang mantap kepada anak buahnya. Dan hati mereka akan kembali tenang apabila dibacakan ayat-yat tersebut kepada mereka. Subhanallah..Saya juga menjadi semakin yakin dengan pertolonganNya. Sesungguhnya Allah itu amat dekat dengan kita.

Kesimpulan
Semakin banyak yang kita baca, semakin banyak pula perkara yang tidak diketahui rupanya. Ternyata ilmu Allah itu sangat luas. Hanya Dia jualah yang membukakan pintu hati kita untuk menerima segala ilmu-ilmuNya.

Bacalah dan hayatilah sendiri tulisan-tulisan mereka ini. Kerana saya sangat meminati tulisan ketiga-tiga insan yang dipilih Allah ini untuk menyampaikan ilmu-ilmu tersebut kepada kita, demi mendidik hati-hati kita untuk lebih dekat denganNya.

Semoga semua beroleh manfaat daripadanya. Selamat membaca~

Sangat tak rugi menghabiskan masa membaca ketiga-tiganya!!

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

2 comments:

  1. salam... seronoknye dpt bace byk buku.. rindu nya, rindu sgt2 nk baca buku macam2 tapi skrg stil berperang dgn masa n buku2 akademik yg banyak.. doakan saye ye .. teringin nk bce buku vt..

    >> moga hikmah diperoleh sepanjang pembacaan,
    moga hikmah dapat diaplikasi dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  2. salam..insyaAllah, semoga Allah memberi anda kelapangan...itulah amanah ilmu yg paling berat, tuntutan utk melaksanakannya...insyaAllah..doakan sy ek:)

    ReplyDelete