Tuesday, March 24, 2009

Terapi Solat Tahajud

Tajuk : Terapi Solat Tahajud
Penulis : Mohammad Salleh, Ph.D (kata pengantar oleh Dr. Danial Zainal Abidin)
Keluaran : PTS Millennia Sdn. Bhd.


Tahajud, mukjizat penyembuh penyakit? Mahukah anda mengerjakan solat di samping itu dapat menguatkan sistem tubuh badan? Sekiranya mahu, maka tunaikanlah solat tahajud. Kajian membuktikan solat tahajud bukan sahaja menjadi pemangkin kepada peningkatan keimanan dan kekuatan dalaman manusia bahkan ia berupaya meningkatkan kesihatan tubuh. Berdasarkan kepada kaedah psikoneuroimunologi, ia mampu mencerdaskan ketahanan tubuh dengan menguatkan sistem imunisasi. Bahkan, individu yang sedang menderita sakit-sakit kronik juga mempunyai peluang untuk sembuh melalui kaedah terapi solat tahajud.

Menakjubkan? Ya. Oleh sebab itulah, solat tahajud disifatkan sebagai mukjizat yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad kepada umat Islam. Hakikatnya, jika tidak kerana takut perintah solat tahajud membebankan umatnya, pasti beliau terus mewajibkan solat tahajud. Namun begitu, malangnya hari ini, tidak ramai yang tahu kehebatan solat tahajud khususnya sebagai terapi penyembuhan.

Buku yang mesti dibaca, especially bagi bakal-bakal doktor sebab buku ini adalah hasil karangan seorang doktor daripada indonesia dan pengisiannya tidak banyak tentang nas-nas naqli, tetapi dalil-dalil aqli, info-info sains tentang anatomi sistem kekebalan imunisasi tubuh. Secara jujurnya, banyak yang saya tak faham sebab saya bukan medic student. Nanti nak suruh mai or nisa terangkan. Tapi yang paling terkesan adalah menurut buku ini, solat tahajud juga boleh mendatangkan penyakit bagi yang tidak ikhlas melakukannya. Hal ini menunjukkan keikhlasan hati(ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam) amatlah berpengaruh dalam pelaksanaan ibadah. Apape pun, semoga bermanfaat untuk semua.

Doa Nabi Muhammad semasa beliau bangun dari tidur bagi solat tahajud

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
KepunyaanMu seluruh kerajaan langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
Engkaulah Cahaya langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Hanya bagiMu segala pujian,
Engkaulah Yang Maha Haq,

JanjiMu itu Maha Benar,
Pertemuan denganMu adalah benar,
Kata-kataMu adalah benar,

Syurga itu benar, Neraka itu benar,
Para nabi itu adalah benar,
Muhammad adalah benar,
Dan Hari Kiamat itu adalah benar.

Ya Allah, hanya untukMu aku menyembah,
Hanya kepadaMu aku beriman,
Hanya kepadaMu aku bertawakal,

Ya Allah,
KepadaMu aku kembali,
KeranaMu aku berjuang, dan
kepadaMu pula aku berhakim.

Ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,
Ampunilah aku daripada dosa yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan,
Dan daripada dosa-dosaku yang Engkau lebih mengetahui daripada diriku.

Engkaulah yang Menyegerakan dan Engkaulah yang Mengakhirkan,
Tiada Tuhan melainkan Engkau,
Dan tiada daya dan kekuatan, melainkan kerana Engkau,
Ya Allah…

(hadith riwayat al-Bukhari)



p/s : to unisel student, boleh pinjam buku ni dekat library. Sebab saya pun pinjam library punye.

No comments:

Post a Comment