Sunday, March 22, 2009

buat sahabatku..



Satu demi satu sahabat meninggalkan saya.

Tahun 2007 menyaksikan 2 sahabat,
Mai ke Rusia dan Hafiz ke France.

Tahun 2008 pula
Saifullah ke Poland dan Nadzuan ke Rusia.

Tahun 2009 pula
Ajim ke New Zealand dan wawa & shakeel ke Jepun.

Waa…tahun ni juga bakal , menyaksikan satu demi satu rakanku, Huda, Shafa, Mazni, Dj, Azhare dan lain2 untuk fly ke negara masing2. Satu demi satu rakan-rakan akan meninggalkan aku. Cdeynye…semalam wawa fly. Rasa hilang separuh of me kt m’sia ni. Nasib baek still ade nisa, maimis, bib dll. Kurang dah sahabat untuk berkongsi rasa dan cerita.

I’m 20 now. Otona ni natta yo. Seorang sahabat memberitahu bahawa pada umur yang berpangkal dengan 2 ini kita akan melalui beberapa fasa baru dalam hidup kita. Pada tahap umur ini kita akan bergelar isteri orang, menantu orang, ibu orang, pekerja orang, dan lain2.

Hm, sudah tiba masanya kita melangkah, mengejar cita-cita dan mengambil halatuju masing-masing. Perpisahan pertama dengan rakan sekolah rendah di convent dan tercampak di seratas bersama ainaa. I had my own group mase primary school, and we’re really close to each other. Selalu gi tdo umah kwn2, even jumpe jugak kt skola nanti. Then, bile dapat tawaran ke seratas, one of my friend said,

“camne ni dzu? Hang ade kawan x nnt kt sane? Bleh ke diorg tahan dgn prangai hang?”

Hm..mase tu gelak je la…am I that bad sampai xde orang yg bley tahan? Huhu..sket kot…then, after spm pun mase terpaksa masuk intensive course, sepatutnye pegi dgn wawa…she made me wanted to attend the course with her, but she end up changing her mind not to go to japan. Tapi kalau Allah dah tetapkan gi Jepun, gi jepun jugaklah kan…tapi mase tu, still, my friends would say, ade ke yang tahan dengan perangai ko nnt? Mesti ko xde kawan nnt kt sane…Waa…skarang baru terfikir and nak muhasabah balik…hm, saya ni sahabat yang teruk ke kawan2? =(



Wutever it is, walaupun saya tau saya bukanlah sahabat yang baik, dan x ramai yang tahan dgn perangai saya, menurut those yang jd best friend saya time skolah, I have to admit that I had a collections of many good friends. At least they’re still good to me, even if I do sumthing yang org lain mgkin xleh tahan. Yang mungkin paling tahan dgn saya adalah nisa and wawa. Heh, nisa jgn terharu lak…nnt aku amekkan baldi tuk ko tadah air mata. Hehe…cuti baru ni nisa call, ckp rindu..hua3…die ckp mimpi dtg my house, jd call mlm tu..dulu when I called her just to say how r u,die pakse ckp rindu kt die…heh, balas dendam blk…wutever it is, she’s my bestest friend ever…syg nisa!!

Wawa pun syg jugak. She give me the spirit to study. Ktorang same2 weak in history. Jadi kat skolah slalu lawan sape score sejarah lagi tinggi. And that thing inspire me to work harder. Penah nangis sebab dpt teruk for sej while classmates yang laen score tinggi, but then bila tau wawa same markah ngn saya, x jadi nanges dah..huhu..syg wawa!!

Kenangan yang xleh lupa ttg kawan2 ialah mase nak PMR. 2 or 3 months before PMR 04, ktorang ramai2 pakat nak work to the fullest. Sebab nak score 8A dalam PMR. Time tu, wawa, nisa, maiasiah, dj, huda skali kot…yang laen x ingat..gomen…diorang sume tdo kt my dorm. Menjadikan katil saya dan maimis yang hanya untuk 2 orang tu tersumbat dengan ramainye orang. Some of them yang x tahan nak bersempit atas katil, kene tdo kt bawah. Sumenye sebab ktorang nak bangun awal pagi dan study. Bestnye time tu…memang bangun awal setiap hari…mujahadah gile…bangun seawal 4.30pg, then mandi utk kesegaran n study ramai2 kt bilik gerakan. wawa dengan nescafenya. Tapi half an hour slps tu sumorg end up tdo kt sofa je..hehe..nisa je kot yang biasanya bertahan sampai subuh. Yang laen memang syahid balik including me. That’s why la she deserve to get seratas’ best student for spm. And wawa plak best student for PMR. Really proud of them. Mungkin sebab hanya wawa dan nisa je yang akan bersetuju dengan idea gila yang saya selalu cadangkan, ktorg jadi close until now.



Hm, macam dah terlampau banyak mengimbau memori lalu. I’m a new dzulaikha now. Seorang yang berusaha menjadi sahabat yang baik untuk rakan-rakannya. Sebab dah xnak dgr ungkapan ‘sape la yang tahan dgn ko’ lagi lepas ni. Try to be close to everyone. Try to control my words from hurting others. Anyway, I’m an adult now. Act like adult. Hargailah mereka yang berada di sekeliling kita. Sebab org ckp bila dah xde baru sedar pentingnye sesuatu itu.

So, its time to appreciate mereka yang banyak menyumbang kapada kehidupan lebih baik di JAD. Walau tanpa rakan sesekolah, saya tak merasa seperti tersisih langsung. Melangkahkan kaki buat kali pertama di intensive course mempertemukan saya dengan becky n pikah as roommates. Kedua-dua org Kelantan. Jadi kalau cakap, macam ayam ckp ngn itik. Tapi diorang memang byk bersabar dgn saya yang byk bertanya itu dan ini. Ya, takdir Allah itu indah. Saya sering dipertemukan dengan mereka yang sabar melayan kerenah saya. Jadi, sekarang dah power kecek klate, mazni pon kalah..hehe..

Pastu masuk U1, sebilik ngan kakda. Sangat baik. Sangat mendorong untuk saya istiqamah dengan perkara2 baik. Kalau tiba time malas, bile tgk kakda mengaji ke solat sunat ke study ke, automatically jadi semangat balik. Tq kakda, sebab tahan dengan perangai saya and accept me for who I am. Seterusnya adalah saerah. My deskmate. Memang rajin n xtido time sensei mengajar. Even mase distance learning yang satu kelas tdo pun, die xtido jugak. Jadi, nak xnak, terkena tempias saerah sket2. Dah kurang tdo time kelas compare mase matrix dulu. Pastu die rajin wat homework sendiri. Xsuke tiru orang punye. Terkene tempias gak sket. Btollah perumpamaan mengatakan sahabat kita ibarat cermin diri kita. Apa yang dipantulkan itulah kita. Jadi memang banyak terpantul la kebaikan sahabat2 ni n semangat diorang. Cuma sifat saerah yang graceful tu je x terpantul-pantul lagi dlm diri ni…hehe…sae, jgn marah..

“Wahai manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.” (Al-Hujurat:13)

Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hikmah saya selalu tercampak seorang diri di tempat baru membuatkan saya mengenali sahabat-sahabat yang baru yang dapat menerima diri ini seadanya. Ini juga memberi ruang untuk saya melupakan sejarah lama dan melakar sejarah baru bersama teman2 yang lain. Juga member ruang kepada diri ini untuk berubah menjadi lebih baik kerana dulu halangannya mungkin malu pada rakan-rakan. Alhamdulillah..ke arah menjadi lebih baik…doakan saya rakan2..

p/s: mereka yang tak disebutkan di sini bukanlah bermakna saya tidak menghargai mereka sebagai sahabat, tetapi dah x muat la kawan2. Nanti dkt next post saya cerita pasal anda semua pulak ye..

No comments:

Post a Comment