Wednesday, August 11, 2010

ramadhan kareem~

Alhamdulillah, akhirnya Allah temukan kita dengan bulan penuh barakah ini..
InsyaAllah, akan bertolak pulang ke Malaysia 15hb Ogos hingga 11hb Sept ini..
Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Dah masuk sekolah Ramadhan ni, nampaknya kita semua harus bekerja keras demi mencapai sijil Taqwa. Semoga lepas grad dari sekolah ni nanti, kita mampu untuk kekal taat dan menahan diri dari melakukan dosa. InsyaAllah. Tahun depan tak pasti lagi boleh masuk sekolah ni lagi ke tak, jadi jom sama-sama maksimumkan dan manfaatkan sebaiknya masa berharga kita kat sekolah ni!!

Wajibat Ramadhan
  • Solat Terawikh
  • Tilawah al-Quran 30 juzuk
  • Qiamullail sekurang-kurangnya 2 rakaat
  • Sahur
  • Istighfar 100kali sehari
  • Infaq sekurang-kurangnya RM1 sehari
Wanita dan i'tikaf
Rindu rasanya indin beri'tikaf bersama-sama adik-adik tersayang seperti ramadhan yang lalu. Semoga adik-adik dikuatkan hati dan diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan amalan beri'tikaf pada ramadhan kali ini.

Untuk yang berada di sekitar Shah Alam, masjid Biru atau lebih dikenali sebagai masjid negeri membenarkan dan menyediakan bilik khas untuk para wanita beriktikaf di masjid berkenaan sepanjang ramadhan. Sahur dan berbuka puasa turut disediakan. Rebutlah peluang keemasan ini!!

Untuk yang tak berkemampuan untuk ke sana, siapa cakap wanita tak boleh beri'tikaf?
Rujuk sini untuk tau lebih lanjut.

Harapan
Semoga ramadhan kali ini, menjadikan kita hamba yang lebih baik untukNya.
Semoga ramadhan kali ini, Allah beri kita kekuatan untuk lebih banyak beramal.
Semoga ramadhan kali ini, Allah redha dengan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.

Selingan : Rindu kamu
Semoga Allah hadiahkan yang terbaik untuk saya dan kamu semua.

Trip to kobe : 15 of us


Adik-adik kesayangan

Monday, July 26, 2010

murphy's law

Pernah dengar tentang murphy's law? My English lecturer told me about this. And it happens..
Nak tau lebih lanjt boleh baca link ni.

Basically, prinsip-prinsipnya begini.
  1. Nothing is as easy as it looks.
  2. Everything takes longer than you think.
  3. Anything that can go wrong will go wrong.
  4. If there is a possibility of several things going wrong, the one that will cause the most damage will be the one to go wrong. Corollary: If there is a worse time for something to go wrong, it will happen then.
  5. If anything simply cannot go wrong, it will anyway.
  6. If you perceive that there are four possible ways in which a procedure can go wrong, and circumvent these, then a fifth way, unprepared for, will promptly develop.
  7. Left to themselves, things tend to go from bad to worse.
  8. If everything seems to be going well, you have obviously overlooked something.
  9. Nature always sides with the hidden flaw.
  10. Mother nature is a bitch.
  11. It is impossible to make anything foolproof because fools are so ingenious.
  12. Whenever you set out to do something, something else must be done first.
  13. Every solution breeds new problems.

Atau kata mudahnya, kalau kita rasa hidup kita aman je dari sebarang masalah, jangan risau sebab sekejap lagi datangla masalah.

Kalau kita beriya-iya atau bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu, pasti ada cabaran yang akan datang.

Kalau kita rasa dah buat sehabis baik dah, tak boleh nak jadi lagi baik dah, jangan risau, nanti muncullah masalah yang membuatkan kita terpaksa improve lagi sesuatu yang kita dah buat tu.

Atau saat-saat akhir, bila kita rasa semua dah ok, time tu baru terperasan terlupa benda ni, tertinggal benda tu dan macam-macam lagi.

Dari kepercayaan dan fenomena macam ni lah wujudnya murphy's law.

Dan lecturer saya selalu pesan,

"Make sure you bring along two pens during the exam...hey, ask me, why?"

"Why mr. Robert?"

"well..you know..murphy's law...maybe one could be out of ink during the exams..."

Saya pasti, kita pun tak pernah terlepas dari terkena sumpahan murphy's law ni kan?

Macam, buat seizu(technical drawing) dah hampir nak siap dah, tinggalkan dekat bilik solat, tiba-tiba pakcik keibi(security) boleh cakap, oh...dah jadi soudai gomi(sampah) dah...

Dah siap awal-awal nak gi uni, tiba-tiba tertinggal barang, patah balik rumah amek, pastu tunggu train, train delay pulak...terpaksa la tercungap-cungap berlari masuk kelas...

Dah study sungguh2 dah, tapi time exam terlupa rumus, part yang tak habis study pulak yang keluar exam....

Bangun awal untuk solat tahujjud, pastu rehat jap sementara tunggu waktu subuh, tengok-tengok terbabas pulak, jadi subuh gajah...

dan macam-macam lagi dugaan dalam kehidupan kita. Dan dalam Islam semuanya ini dipanggil ujian dari Allah SWT. Lagi-lagi saat-saat akhir, saat-saat kita rasa kita dah buat yang terbaik, saat-saat kita rasa Allah pasti akan tolong setelah segala macam kebaikan yang kita buat, tapi end up kita diuji lagi. Kalau orang melayu cakap,

Sudah jatuh, ditimpa tangga, digigit lipan, dimarahi emak.....

Tapi sebenarnya, tu lah cara Allah nak panggil kita dekat denganNya.

Tu lah masanya Allah nak uji kita punya keyakinan, betul ke masih percaya lagi pada pertolonganNya.

Tu lah masanya Allah nak suruh kita berserah bulat-bulat padaNya.

"Dan sungguh Kami telah mengutus(rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum engkau, kemudian Kami siksa mereka dengan(menimpakan) kemelaratan dan kesengsaraan, agar mereka memohon(kepada) Allah dengan kerendahan hati."(al-An'am:42)

Analogi mudahnya begini. Bila Allah turunkan kesenangan pada kita, kita mudah lupa walaupun kadang-kadang kita bersyukur atas nikmatnya, tapi lepas tu kita mudah untuk lupakan Allah. Nikmat kesenangan(masa lapang, rezeki, kesihatan, dll) tu pulak, entah ke mana kita gunakan.

Pastu, bila Allah cuit kita sikit dengan ujian, kita cari Allah, tapi dalam masa yang sama kita percaya jugak pada diri dan mampu untuk atasi dengan sebaiknya. Memang kita doa, tapi keyakinan kita macam tak 100% pada Allah.

Maka, Allah pun letak batu kat laluan kita, dan kita tersadung lalu jatuh tersungkur. Selalunya bila dah jadi camni, barulah kita nak bersungguh-sungguh, serahkan segala keyakinan pada Allah SWT. Masa ni baru kita nak terkenang dosa-dosa lampau yang kita belum taubat. Masa ni lah kita rasa nak perbaiki ibadah dan banyakkan amalan.

Sebab tu Allah turunkan murphy's law ni untuk kita. Sebab bila Allah uji sikit, kita rasa kita mampu lagi nak hadapi, kita tak serahkan bulat-bulat pada Allah. Kita tak sedar lagi dengan teguran kecil yang diberiNya.

Bila Allah bagi buat shukudai, exam, report, seizu dengan jayanya, kita senyum.

Bila Allah bagi kesusahan, tak leh jawab mid term exam, kita sedih, tapi sedih saat tu je la. Pastu kita lupa balik nak mintak tolong dari Allah. Kita lalai balik dalam kehidupan kita.

Habis tu, nak tunggu Allah uji dengan ujian yang lebih berat ke baru kita nak serius dalam berserah kepadaNya?

Seperti pesanan lecturer saya, kita tahu murphy's law akan berlaku, jadi berhati-hati!!

Hati-hati dalam hidup menjalani hidup ni. Sediakan bekal secukupnya. Ujian Allah tetap akan datang. Cabaran demi cabaran akan datang menghiasi liku hidup ini. Tapi bagaimana kita mampu untuk hadapinya bergantung pada persediaan yang kita buat hari ni. Persediaan secara sunnatullahnya, dan persediaan hati kita untuk menghadapinya.

Sebelum hujan makin lebat, baik gi angkat kain di jemuran.

Sebelum tergelincir masuk longkang, baik gi beli kasut baru.


p/s : Sekarang tengah malas-malas nak study untuk exam, tiba-tiba terfikir, "Dzulaikha, nak tunggu Allah tak bagi lulus exam ke baru nak study?baru nak mintak tolong betul-betul kat Allah?"


"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rasa sedih dan gelisah. Aku berlindung kepadaMu daripada rasa lemah dan malas. Aku juga berlindung kepadaMu daripada sikap pengecut dan bakhil, serta cengakaman hutang dan penindasan orang."



Friday, July 16, 2010

sikit je lagi...


insyaAllah...
sikit je lagi...
alhamdulillah, seizu dah selamat hantar tengahari tadi...
final jikken report untuk sem ni, insyaAllah...
target hantar hari ni jugak walaupun terpaksa berkejar ke dai malam nanti...
Ya Allah, permudahkanlah...teguhkanlah keyakinanku padaMu...

sikit je lagi...
shiken benkyou bakal bermula...
insyaAllah...Kau jua yang lebih Mengetahui apa yang terbaik buat diri ini...
Tiadalah daya dan kekuatan, melainkan denganMu jua...

Sunday, June 27, 2010

gurls...beware!!

"dzu...saya dah buat account kt fb.."
"oh..ye ke...tahniah..."
"tp saya rase xtenang...awak kene selalu contact sy lepas ni...takut sy terlalai dengan fb ni.."
"insyaAllah...."
"awak memang taknak buat ek?"
"hm, blog saya pun tak terjaga....dengan internet pun xdapat control lagi...xde mase kot utk fb ni...xpe awak kan ade...bleh update apape utk saya kan...=)"

Beberapa hari lepas saya rasa ok je bila awak buat akaun kt fb, tapi hari ni saya terbaca 1 artikel tentang fb. Saya rasa tak sedap hati untuk awak. Hati-hati ye sahabat~


Sahabat(muslimah terutamanya), beware!!
Saya terbaca tentang fb yang kini telah melancarkan perkhidmatan Open Graph API. Perkhidmatan ni membolehkan data-data anda disalurkan kepada pihak ketiga secara terbuka. Awasi data anda. Sila ketatkan "Privacy Setting" anda, dan buang mana-mana data yang tidak perlu dihebahkan dari profile Facebook anda.

Saya pun bukan pengguna fb jadi saya tak tau macam mana nak setting sume tu. Tapi harap awak semua boleh rujuk link di bawah untuk mengetahui bahagian data mana yang perlu di setting dengan betul agar segala data peribadi kita semua terselamat dari diceroboh oleh pihak lain.

Yahudi satu hal, tapi Open Graph API ni membolehkan bukan sahaja mereka malah sesiapa sahaja mengakses data peribadi kita. 怖いじゃん?Boleh jadi stalker, pembunuh upahan, perogol bersiri atau mana-mana pihak yang berniat jahat terhadap kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh rujuk sini.


p/s:Terima kasih kepada leokid atas tulisan beliau.

Thursday, June 24, 2010

rindu ayah~

Tak tau kenape, tiba-tiba rasa rindu dekat ayah.
Mase nak fly dulu mak tanye,

"Apsal banyak sangat bawak kain ni?Yang kain pelikat ayah ni bawak jugak nak buat ape?Kain batik mak kan dah ade.."

"hm..nanti akak rindu ayah cmne?"

"ok..."

Rindu ayah..



Anak ayah
semua orang cakap muka saya macam ayah. Jadi, sah-sahlah anak ayah kan.
Rindu ayah, kecik-kecik dulu kalau balik rumah lepas main petang-petang lepas maghrib, ayah akan tunggu depan pintu dengan hanger.
Tapi, yang kene rotan abang je.
Mungkin sebab abang anak sulung.
Sejak kecik lagi lebih banyak habiskan masa dengan ayah sebab mak carrier woman, jadi mak selalu busy je. Secara tak langsung jadi rapat dengan ayah.

Masa tengah call ayah, adik tanya ayah,
"Ayah cakap ngan sape tu?"
"dengan anak ayah yg lg sorang la.."

Adik pun mencebik ayah cakap...Pastu saya pun suruh ayah cakap..
"Ayah cakaplah ayah sayang akak...cakaplah ayah..."

Ayah gelak..tapi ayah cakap jugak. Pastu tak puas hati lagi nak bagi adek jeles,
"Ayah cakaplah ayah sayang akak lebih dari adek...cakaplah ayah....cakaplah..."

Ayah gelak lagi...macam taknak cakap, tapi ayah cakap jugaklah sebab kene paksa.
Sekarang turn adek pulak balas dendam. Kalau skype dengan mak ngn ayah, adek mesti peluk n cium mak dengan ayah nak buat saya jeles...

argh, kalau adek baca ni, "Ayah memang sayang akak lebih la =p"

Kalau mak malas masak ke, nak ajak makan luar ke, nak suruh ayah tolong buat something ke, nak ajak gi holiday ke, mak mesti mintak cakap,
"Akak cakapkan la dekat ayah...kalau akak cakap mesti ayah dengar..."

Tak tau la betul ke tak. Tapi ayah selalu je ada waktu diperlukan. Waktu nangis dapat result SPM dulu, tibe2 ayah datang & cakap,

"Ingat tak ayah janji ape kalau dapat result best?Jom siap..kte gi beli..."

Terus berhenti nanges dan siap2 nak keluar dengan ayah. Sampai sekarang adek asyik ulang, akak tu bukan nanges sebab result, tapi nanges sebab nak handset baru je. Ntah, i dont know myself.

Ayah Garang
hm, boleh cakap hampir semua cousin saya takut dengan ayah.
Sebab ayah garang, serius dan jarang senyum.
Tapi mak cakap, mak dah warning ayah dah awal2, jangan garang dengan anak-anak. Nanti kalau dah tua, anak2 tak rapat dengan ayah, jangan salahkan orang lain pulak.
Jadi, ayah memang tak garang dengan anak-anak.
Mungkin sebab ayah tak nak jadi macam arwah tokwan.
Arwah tokwan garang, jadi ayah dan adik beradik lain takut dengan arwah tokwan.

Rindu Ayah
Ayah senyap je.
Kalau masak tak sedap ke, abang memang sound la...
"Apsal lauk hari ni nampk pelik je?Ni mesti dzulaikha yg masak.."

Pastu xde orang nak makan. Tapi bile cakap dekat ayah, sambil buat muke sedih
"Ayah, ni akak masak ni...ayah makan la...makan la bagi abes...sumorg taknak makan..."
Ayah dengan redha je habiskan.

Bile dapat result teruk kene bebel dengan mak, ayah akan cakap..
"Anak ayah ni dah buat habis elok dah ni kan...ok la ni...ayah dulu lagi teruk..."

Bile nak drive kereta sehari lepas dapat lesen, mak memang sah-sah tak bagi. Tapi ayah cakap,
"Kalau akak rase confident nak bawak, bawak je la..."
Walaupun enjin mati banyak kali plus hampir kemalangan, ayah senyum je.

Sayang ayah. Rindu ayah.
Ayah, terima kasih sebab ayah selalu percaya dekat anak ayah ni lebih dari orang lain.

Lain
Setiap hari call rumah cakap dengan mak je. Jarang cakap dengan ayah sebab ayah kan senyap.
Kasih sayang ayah, bukan pada banyak pesanan, banyak peringatan, tapi lebih kepada perhatian dan keprihatinan.

Rindu kat ayah, tak dapat hilang dengan cakap. Sebab ayah memang tak banyak cakap.
Tapi rindu nak peluk & cium ayah, rindu nak nanges dekat ayah sambil cakap,
"Ayah, penat...nak balik malaysia...taknak belajar dah..."

Untuk Mak
Mak jangan jeles. Mak selalu complaint,
"ye la...sumorg sayang ayah...ayah je la yang baik..."

Apape pun, mak tetap nombor 1. Lepas tu pun mak. Lepas tu pun mak.
Tapi sebab hari-hari dah call mak, memang dah terubat rindu..:)
Ayah memang jatuh tempat keempat.
No worries~ :)

Dan bende yang paling sweet akak pernah dengar dari ayah, ayah cakap
"Ayah paling bersyukur sangat sebab dapat kahwin dengan mak. Mak pandai cari duit, pandai masak, pandai menjahit, pandai jaga anak-anak. Akak pun kalau besar nanti, jadi macam mak ye..."

Ketika berjauhan masih kurasa hangat kasihmu ayah..
Betapa kurindukan, redup wajahmu hadir menemaniku...

Tak dapat kubayangkan, hidupku ayah..Tanpa engkau di sisi...
Semua kasih sayang...yang kau curahkan...tersemat di hati....




Friday, June 18, 2010

ありがとう。。ベストフレン!!


Sahabat, 誕生日おめでとう~

Walau kita banyak perbezaan,
saya suka makan sotong, awak suka udang,
saya suka beras nihon, awak suka beras siam,
saya suka pink&hijau, awak suka putih&purple,
saya kalut&serabut, awak tenang&cool,
saya banyak cakap&merungut, awak diam&mendengar,
saya kedekut, awak suka shopping,
Tapi awak terima saya seadanya, ありがとう~

Sahabat,
saya tahu saya tak mampu nak jadi
adi yang selalu dengar masalah awak,
tina&elin yang selalu jadi teman shopping awak,
kakda&luni yang selalu bersama awak,
berd&gee yang selalu menghiburkan hati awak..
Tapi awak terima saya seadanya, ありがとう~

Maaf kalau selama ini saya banyak menyusahkan awak,
Maaf kerana saya tak mampu nak jadi seperti mereka untuk awak,
Terima kasih sebab terima saya sebagai kawan awak.


ありがとう。。ありがとう。。。ベストフレン~




"Ya Allah aku sayang sahabatku ini, Kau kasihilah dia sepertimana Engkau mengasihi para Rasul&hamba-hambaMu yang soleh...Berkatilah umurnya, dan kurniakanlah yang terbaik untuk dunia&akhiratnya...Peliharalah ukhwah antara kami hanya semata-mata keranaMu dan temukanlah kami kembali di syurga nanti...Amin.."



^melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU^

Thursday, June 17, 2010

KILAS Siri1..Jom sertai~

Assalamu'alaikum, apa khabar?

Moga kalian sentiasa senjahtera di bawah lembayung karunia dan kasih sayang Allah.

Kepada semua bekas-bekas pelajar SERATAS,

iPIS(Ikatan Pelajar Islam SERATAS) bakal menghantar beberapa orang ahli untuk melakukan ziarah sekaligus melaksanakan penyelidikan berhubung keadaan semasa di SERATAS.

Antara objektif dan matlamat penting diadakan Projek KILAS ’10 ini adalah untuk mewujudkan suasana mesra antara bekas pelajar dan warga sekolah, mengeratkan tali silaturrahim antara iPIS, para guru dan staff sekolah, menyampaikan nasihat berguna dan membangkitkan motivasi pelajar SERATAS dan juga hasil kajian yang bakal dimanfaatkan secara bersama dengan pihak sekolah bagi menambah baik serta meningkatkan mutu dan kualiti pelajar SERATAS.

Butiran program adalah seperti berikut

Tarikh / Hari : 23hb - 24hb Jun 2010 / Rabu - Khamis

Tempat kajian : Sekolah Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak.

Sasaran : guru, pelajar, pentadbir sekolah, staf sokongan


Bagi yang berminat menjadi relawan penyelidik untk program KILAS '10, sila hubungi Fazril - 0132775313

Untuk maklumat lanjut berkenaan tentatif dan modus operandi boleh email kepada saya di xylannet_03@yahoo.com.

iPIS akan terus berusaha. Kejayaan hanya semata dari Allah. Allahu Ta’ala A’lam.

Sekian, terima kasih.
JazakalLahu Khairan kathira