Thursday, March 3, 2011

tak semua perkara sesuai

Saya ada cita-cita yang tinggi. Nak buat robot untuk bantu orang lumpuh berjalan dengan normal. Alhamdulillah, ditakdirkan Allah terpilih untuk masuk rikadai, terpilih pulak untuk masuk lab yang buat robot. Walau sesibuk mana pun lab tersebut, saya tetap bulatkan hati, tetap dengan keputusan untuk masuk lab tersebut. Alhamdulillah, sewaktu memilih tema research untuk tahun terakhir ini, saya diberi peluang untuk memilih tajuk tersebut. Syukur ke hadrat Ilahi, yang mempermudah langkah saya mengejar impian. Sewaktu memilih tema tersebut, senior-senior ramai yang cakap,

"eh, susah la tema tu.."
"biar betul nak buat?susah la..."

Lecturer pun tanya saya banyak kali,
"betul ni awak nak buat?tema ni susah. Saya bukan tak bagi awak buat, kalau awak nak jugak, buatlah. Tapi memang susah."

semua orang pun macam tak bagi saya ambil tema tu. Tapi waktu tu dengan yakinnya saya jawab,
"hm, saya nak try buat jugak!"

Lepas tu semua orang pun biar je lah, sebab saya nak jugak. Tapi lepas tengok robot yang senior dah buat, tiba-tiba saya rasa saya takkan mampu untuk sambung tema tersebut. Baru tersedar, hakikatnya saya ni seorang perempuan, muslimah pulak tu. Tak semua yang saya inginkan dan cita-citakan dapat saya kecapi.

1. Saya kene buat semua sorang2, sebab ini projek saya seorang. Dari proses design, buat setiap part, order skru, buat controller, dan pasang siap. Bab design dan buat setiap part saya macam boleh usaha lagi, tapi bab pasang siap, saya rasa sebagai perempuan, kudrat saya tak mampu nak mengangkat besi-besi besar tersebut, dan untuk ketatkan skru dan bukak skru pun saya tak mampu rasanya. (Dulu masa kat jad, waktu jisshu bukak&pasang semula enjin pun saya tak lepas nak bukak skru dan start enjin)Oh, lupa nak bagitau, saya ni boleh tahan KECIK orangnya. Tenaga saya memang tak banyak. Kalau ada pameran atau apa2 konvensyen, saya terpaksa bawak robot tersebut, tapi macam mana saya nak angkat? Lepas tu, projek ni kene test dekat pesakit, nanti siapa pulak nak angkat pesakit?

2. Lab saya semua lelaki. Kalau saya nak buat test ke atas robot saya, terpaksa minta mereka jadi model saya. Maksudnya saya kene pakaikan mereka robot saya. Sewaktu senior saya menerangkan tentang robot beliau kepada saya, senior tersebut pun pakai(robot untuk angkat orang lumpuh, jadi nak pakai tu, macam pakai pampers dekat baby, supaya boleh support bahagian bawah badan untuk dirikan orang) robot tersebut dan buat demo. Selepas tu, senior tu pun cakap,

"Cuba awak try pakai pulak...eh, tapi awak pakai skirt..."
(sebenarnya saya tengah pakai baju muslimah)
"tudung memang tak boleh tanggalkan kan?tapi skirt tak semestinya pakai kan?kalau awak nak cuba, awak tak payah la pakai skirt.."
Tak tau nak respon macam mana time ni. Ada perasaan taknak pakai, dan taknak buat projek ni. Macam pakai pampers depan orang pun ade. Kalau pakai sendiri boleh tahan lagi, tapi mesti senior tu nak tolong pakaikan sebab saya pon bukan reti sangat. Oh, tidak!!T_T

Atas 2 sebab ni, saya rasa saya tak sesuai untuk buat tema ni. Walau saya suka macam mana sekalipun, walau projek ni sangat baik dan ade market value sekalipun, dapat membantu ramai orang sekalipun, saya tak sanggup nak korbankan diri dan agama saya. Saya tak sanggup nak pakai t-shirt pendek, saya tak sanggup nak pegang orang lelaki dan biar orang lelaki pegang saya, saya tak sanggup nak asyik mintak tolong dengan kawan satu lab untuk pasangkan skru kat robot saya.

Oleh sebab itu, hari ni saya jumpa lecturer dan cakap, saya ubah fikiran. Saya rasa saya tak mampu nak buat. Lecturer macam marah jugak,
"Semalam awak jugak yang cakap awak nak. Saya dah cakap kan projek tu susah."

Jadi, hari ni saya pilih tajuk baru untuk research saya. Pasal rail kren kat tapak pembinaan. buat mesin/robot untuk mengesan retak yang ada pada rail. Semua kene buat sendiri jugak, tapi sebab robot ni lebih kecil, insyaAllah harap-harap berjaya.

Hal ini menyedarkan saya, betapa wanita itu tempatnya bukan di bidang mekanikal, yang memerlukan tenaga yang banyak, dan tempat kerja yang penuh dengan lelaki. Tapi, tiada yang lebih baik daripada apa yang telah berlaku. Selagi punya pilihan, pilihlah yang terbaik untuk agama dan diri kamu wahai rakan-rakan Muslimah. Semoga segalanya tidak tergadai dengan alasan memenuhi impian dan cita-cita.

Ya Allah, permudahkanlah...

8 comments:

  1. huuu~~~
    ganbarou~~~
    takut lah pulak T_T

    ReplyDelete
  2. yaAllah, permudahkanlah urusan sahabatku ini...gambatte dz! moga Allah grant u strength n success for putting His syariat/deen first among the others...

    itulah, setiap bidang ada ujiannya...cth dlm medic, kena jaga hati dan pandangan mata since we're also dealing dgn aurat manusia, dan juga yg berlainan gender. byk lg ujian yg akan mendatang, cthnya nk msuk operation room kena pkai baju khas yg nmpak leher dan lengan, atas dasar nk elak infection..kena rujuk senior2 bab2 ni, cmne dorg handle.

    Allah knows better.

    ReplyDelete
  3. Dz..
    Perancangan Allah itu lebih baik, walau sebagaimana kehendak kita, Dia akan mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk kita.
    Moga Allah terus beri kekuatan & permudahkan urusan mu..

    (kdg2 sy pun rase takut juga.. sbb skrg ni mmg dah selalu sgt check patient blainan n jantina etc, mcm Huda ckp kena jg hati & pandangan..)

    salam sayang..;)

    ReplyDelete
  4. zu, ganbatte..
    nant berd g umah zu wat nasi kerabu :))

    ReplyDelete
  5. dzu, ganbare
    rindu dzu la tetibe(T.T)~

    ReplyDelete
  6. insya Allah ade hikmah Dzu, Islam tu senang,jangan susahkan dengan prisip diri sendiri ^^
    gambatte!kimi nara dekiruwa!

    ReplyDelete
  7. @ceca
    gambarimasyou~

    @huda
    amin...tq huda atas doanya..hm, setiap kita tak terlepas dr diuji olehNya kan..huda mgkin tak punya byk pilihan, tp kalau mcm sy ni, selagi boleh pilih, kene la pilih yg Allah redha kan..di situlah letaknya mujahadah..mujahadah utk terus meletakkan syariatNya dahulu berbanding keinginan sendiri..hm, huda doakan sy terus kuat eh...sayang huda =)

    @mazni
    mazni, rindu!!huu..mazni lebih kenal sy mcm mane kan. Kalau sy nak, mmg sy susah nk ubah fikiran kpd xnak. Susah jgak nk terime hakikat, yg sy terpaksa melupakan impian tersebut. Rase mcm nak makan sgt satu coklat ni, tp bile dh nganga mulut, coklat tu terpaksa buang sbb ade najis..huhu..metafora sikit..tp, xpe la..sy pasti inilah yg terbaik...patut fikir, nasib baik xmkn lg coklat tu..kalau x abes ar..kan3? ;)

    mazni, doktor mmg xleh pilih pesakit la..tp kt jepun ni pesakit boleh pilih nk doktor perempuan...best kan?hihi...semoga doktor kt m'sia bertambah n kite pun boleh wat sistem mcm ni..insyaAllah..

    jom, same2 mujahadah menegakkan syariatNya..semoga Allah hadiahkan kite kemanisan iman..

    @himawari
    berd!!nak2!!janji tau~
    itsumo soba ni ite kurete, arigatou~
    tq berd, awk selalu buat sy senyum :)

    @kah
    kah, gambarimasyou!!
    kah pon bz ngn kenkyu dh loni kan..bile2 free kah mari la umah ore deh..rindu kah ugop~

    @cerah
    hai,gambarimasu!
    kdg2 kite memang kene terime hakikat, xsemua perkara kite boleh buat..insyaAllah, ade hikmahnye..tq cerah

    ReplyDelete
  8. xjugak dik...
    ramai budak MRO kat mas tu yg pmpuan.
    kat airod mahupun MHS.
    lain2 specifik mekanikal tu.lain2 caranya2...
    ade penyebab kenapa jln yg satu ni byk liku.
    compare dgn lebih susah dik.
    jgn compare2kan yg setara.
    semoga maju jaya.
    insyaa Allah

    ReplyDelete