Friday, February 25, 2011

It is not how good you are but how good you wanna be

Tidak pernah terlambat untuk memasang cita-cita…
Tidak pernah terlambat untuk bermimpi…
Tidak pernah terlambat untuk segalanya sebelum datang 2 perkara iaitu
kiamat kecil (kematian) atau kiamat besar (yaumul qiamah)



Sedar tak sedar, dah nak masuk final year, mechanical engineering di Tokyo Univ of Science.
Mungkin juga menjadi tahun terakhir di sini, tapi harapnya berpeluang untuk sambung lagi..
Esok kami perlu memilih kenkyu(research lab) utk final year project di sini.
Sejak dulu lagi, saya memang minat 製図&物作り..sejak awal lagi, memang nak masuk lab
yg buat robot. Robot, machine designing memang menjadi kegemaran saya.
Tapi, lab tu sangat sibuk, sampai nihonjin pun tak nak masuk.
Kadang-kadang terfikir, 私できるのか?(Aku ni boleh ke?)

Tapi saya yakin, minat semata-mata tak mampu untuk jadi penguat,
kesibukan juga, tak mampu untuk menjadi penghalang,
yang paling utama, siapa saya pada masa akan datang,
apa yang saya impikan, apa yang saya inginkan.
InsyaAllah, selagi matlamat itu jelas,
walaupun apa dugaan yang datang menghalang,
saya akan terus berlari mengejar mimpi!

Maka, persoalan pertama yang harus kita tanyakan pada diri kita adalah
自分は何のために生きているのか?(Aku hidup untuk apa?)
Dan berusahalah untuk hidup dengan mencapai matlamat tersebut.

Hidup kita semakin singkat, ikhlaskan niat, jelaskan matlamat.
Jangan berhenti mengejar janjiNya yang pasti!

2 comments:

  1. Salam DZ! Aku ingat lagi time kite sme2 pasang robot dlm kelab rekabentuk dulu. Huihui. Time dah tu dah dpt rse DZ mmg suka benda-benda mekanikal nie.

    Jom sama-sama cari CINTA DIA. ^__^

    ReplyDelete
  2. @Kina

    ade eh...xingat dah...huhu^^
    suke sangat...kina doakan kite kat sini eh..
    nnt senang2 kte gi jenguk Kina kt sane..
    insyaAllah..

    btw, tq dtg melawat blog ni..=)
    jom, sama2 mengejar CINTA yang PASTI!!

    ReplyDelete