Thursday, October 7, 2010

Muslimah dan berhias

Minggu lepas saya ke kelas bahasa Inggeris. Lecturer pun bertanya,
Dialog dalam bahasa Inggeris, tapi telah dialih bahasa.

"Dzulaikha, perempuan Muslim boleh pakai make-up tak?"

"(Dengan nada teragak-agak)Boleh...tapi sedikit je la..."

"Oh..kalau saya jadi awak&kalau saya perempuan, saya akan pakai sedikit make-up ke kelas..bukan untuk orang lain...tapi untuk menghargai diri sendiri.."

Dan saya pun tersenyum. Dalam hati berkata, "Isk..teruk sangat ke muka aku ke kelas ni?"

Musim bertukar, sekarang dah masuk autumn kat Jepun. Dah sejuk sikit.
Biasanya kalau sejuk, kulit cepat kering, bibir pun cepat merekah.
Mungkin faktor-faktor yang menyumbang memburukkan wajah saya lagi.
(oh, dah memang buruk nak salahkan cuaca pulakkan...=))

Apape pun, nak share sedikit info tentang petua awet muda.
Diambil dari iluvislam.com.

Selamat Mencuba~

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.


p/s : kene ambil wudhu' sebelum masuk kelas ni...semoga ilmu senang masuk...lecturer pun senang hati tengok...


^melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU^

5 comments:

  1. Sy suke tips2 ini..insyaAllah jom amalkan same2..rs mcm nk print tmpal kat umah sbb byk sgt step die...hehe...nnt dh biase buat xyah pki notes lg ;))

    ReplyDelete
  2. good idea berd~
    xterfikir pulak nak print tampal supaya senang igt..
    thanx for the tips :)
    sayang kamu~

    ReplyDelete
  3. sou desne,kebanyakan muslimah bila terlibat dengan dakwah biasenye mengabaikan kecantikan diri sendiri walhal hak untuk diri sendiri tidak pernah terangkat andai mereka join dakwah
    :-)

    ReplyDelete
  4. @Cerah Jeff
    bukan mengabaikan, cuma mungkin terdapat pelbagai perkara yg lebih perlu utk diutamakan...pernah dgr kisah ttg pasir dan batu?Kalau kita masukkan batu dulu dlm baldi, kemudian curahkan pasir, insyaAllah boleh muat. Tapi kalau sebaliknya belum tentu lagi. Begitulah pemikiran rata-rata muslimah. BUkan ingin menolak kepentingan berhias, tapi insyaAllah kalau kita lebihkan yg utama, yg sampingan akan bergerak seiring memenuhi celah2 waktu kosong.

    Tapi tidak menafikan jugak pentingnya berimej kemas dan bersih utk tarik perhatian golongan yg ingin didakwah. Kalau dai'e pun selekeh, orang pun takut nk dekat kan...

    apape pun bersederhana lebih baik...

    @ili
    lame tak dgr cte ili...rindu akak eh?
    miss u sis =)

    @all readers/muslimah
    Yang penting utamakan kekemasan diri, pakaian, tempat tggal sbb kita adalah model untuk Islam.At least ironlah tudung n baju before keluar.

    Bersederhana dalam berhias. Sekadar bedak nipis utk hilangkan kulit berminyak, atau sedikit krim utk menghilangkan kulit menggelupas pun dah ok. Plus lipbalm(clear) utk elak bibir kering.

    wallahu'alam..

    ReplyDelete