Sunday, June 27, 2010
gurls...beware!!
"dzu...saya dah buat account kt fb.."
"oh..ye ke...tahniah..."
"tp saya rase xtenang...awak kene selalu contact sy lepas ni...takut sy terlalai dengan fb ni.."
"insyaAllah...."
"awak memang taknak buat ek?"
"hm, blog saya pun tak terjaga....dengan internet pun xdapat control lagi...xde mase kot utk fb ni...xpe awak kan ade...bleh update apape utk saya kan...=)"
Beberapa hari lepas saya rasa ok je bila awak buat akaun kt fb, tapi hari ni saya terbaca 1 artikel tentang fb. Saya rasa tak sedap hati untuk awak. Hati-hati ye sahabat~
Sahabat(muslimah terutamanya), beware!!
Saya terbaca tentang fb yang kini telah melancarkan perkhidmatan Open Graph API. Perkhidmatan ni membolehkan data-data anda disalurkan kepada pihak ketiga secara terbuka. Awasi data anda. Sila ketatkan "Privacy Setting" anda, dan buang mana-mana data yang tidak perlu dihebahkan dari profile Facebook anda.
Saya pun bukan pengguna fb jadi saya tak tau macam mana nak setting sume tu. Tapi harap awak semua boleh rujuk link di bawah untuk mengetahui bahagian data mana yang perlu di setting dengan betul agar segala data peribadi kita semua terselamat dari diceroboh oleh pihak lain.
Yahudi satu hal, tapi Open Graph API ni membolehkan bukan sahaja mereka malah sesiapa sahaja mengakses data peribadi kita. 怖いじゃん?Boleh jadi stalker, pembunuh upahan, perogol bersiri atau mana-mana pihak yang berniat jahat terhadap kita.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh rujuk sini.
p/s:Terima kasih kepada leokid atas tulisan beliau.
Thursday, June 24, 2010
rindu ayah~
Tak tau kenape, tiba-tiba rasa rindu dekat ayah.
Mase nak fly dulu mak tanye,
"Apsal banyak sangat bawak kain ni?Yang kain pelikat ayah ni bawak jugak nak buat ape?Kain batik mak kan dah ade.."
"hm..nanti akak rindu ayah cmne?"
"ok..."
Rindu ayah..
Anak ayah
semua orang cakap muka saya macam ayah. Jadi, sah-sahlah anak ayah kan.
Rindu ayah, kecik-kecik dulu kalau balik rumah lepas main petang-petang lepas maghrib, ayah akan tunggu depan pintu dengan hanger.
Tapi, yang kene rotan abang je.
Mungkin sebab abang anak sulung.
Sejak kecik lagi lebih banyak habiskan masa dengan ayah sebab mak carrier woman, jadi mak selalu busy je. Secara tak langsung jadi rapat dengan ayah.
Masa tengah call ayah, adik tanya ayah,
"Ayah cakap ngan sape tu?"
"dengan anak ayah yg lg sorang la.."
Adik pun mencebik ayah cakap...Pastu saya pun suruh ayah cakap..
"Ayah cakaplah ayah sayang akak...cakaplah ayah..."
Ayah gelak..tapi ayah cakap jugak. Pastu tak puas hati lagi nak bagi adek jeles,
"Ayah cakaplah ayah sayang akak lebih dari adek...cakaplah ayah....cakaplah..."
Ayah gelak lagi...macam taknak cakap, tapi ayah cakap jugaklah sebab kene paksa.
Sekarang turn adek pulak balas dendam. Kalau skype dengan mak ngn ayah, adek mesti peluk n cium mak dengan ayah nak buat saya jeles...
argh, kalau adek baca ni, "Ayah memang sayang akak lebih la =p"
Kalau mak malas masak ke, nak ajak makan luar ke, nak suruh ayah tolong buat something ke, nak ajak gi holiday ke, mak mesti mintak cakap,
"Akak cakapkan la dekat ayah...kalau akak cakap mesti ayah dengar..."
Tak tau la betul ke tak. Tapi ayah selalu je ada waktu diperlukan. Waktu nangis dapat result SPM dulu, tibe2 ayah datang & cakap,
"Ingat tak ayah janji ape kalau dapat result best?Jom siap..kte gi beli..."
Terus berhenti nanges dan siap2 nak keluar dengan ayah. Sampai sekarang adek asyik ulang, akak tu bukan nanges sebab result, tapi nanges sebab nak handset baru je. Ntah, i dont know myself.
Ayah Garang
hm, boleh cakap hampir semua cousin saya takut dengan ayah.
Sebab ayah garang, serius dan jarang senyum.
Tapi mak cakap, mak dah warning ayah dah awal2, jangan garang dengan anak-anak. Nanti kalau dah tua, anak2 tak rapat dengan ayah, jangan salahkan orang lain pulak.
Jadi, ayah memang tak garang dengan anak-anak.
Mungkin sebab ayah tak nak jadi macam arwah tokwan.
Arwah tokwan garang, jadi ayah dan adik beradik lain takut dengan arwah tokwan.
Rindu Ayah
Ayah senyap je.
Kalau masak tak sedap ke, abang memang sound la...
"Apsal lauk hari ni nampk pelik je?Ni mesti dzulaikha yg masak.."
Pastu xde orang nak makan. Tapi bile cakap dekat ayah, sambil buat muke sedih
"Ayah, ni akak masak ni...ayah makan la...makan la bagi abes...sumorg taknak makan..."
Ayah dengan redha je habiskan.
Bile dapat result teruk kene bebel dengan mak, ayah akan cakap..
"Anak ayah ni dah buat habis elok dah ni kan...ok la ni...ayah dulu lagi teruk..."
Bile nak drive kereta sehari lepas dapat lesen, mak memang sah-sah tak bagi. Tapi ayah cakap,
"Kalau akak rase confident nak bawak, bawak je la..."
Walaupun enjin mati banyak kali plus hampir kemalangan, ayah senyum je.
Sayang ayah. Rindu ayah.
Ayah, terima kasih sebab ayah selalu percaya dekat anak ayah ni lebih dari orang lain.
Lain
Setiap hari call rumah cakap dengan mak je. Jarang cakap dengan ayah sebab ayah kan senyap.
Kasih sayang ayah, bukan pada banyak pesanan, banyak peringatan, tapi lebih kepada perhatian dan keprihatinan.
Rindu kat ayah, tak dapat hilang dengan cakap. Sebab ayah memang tak banyak cakap.
Tapi rindu nak peluk & cium ayah, rindu nak nanges dekat ayah sambil cakap,
"Ayah, penat...nak balik malaysia...taknak belajar dah..."
Untuk Mak
Mak jangan jeles. Mak selalu complaint,
"ye la...sumorg sayang ayah...ayah je la yang baik..."
Apape pun, mak tetap nombor 1. Lepas tu pun mak. Lepas tu pun mak.
Tapi sebab hari-hari dah call mak, memang dah terubat rindu..:)
Ayah memang jatuh tempat keempat.
No worries~ :)
Dan bende yang paling sweet akak pernah dengar dari ayah, ayah cakap
"Ayah paling bersyukur sangat sebab dapat kahwin dengan mak. Mak pandai cari duit, pandai masak, pandai menjahit, pandai jaga anak-anak. Akak pun kalau besar nanti, jadi macam mak ye..."
Ketika berjauhan masih kurasa hangat kasihmu ayah..Betapa kurindukan, redup wajahmu hadir menemaniku...Tak dapat kubayangkan, hidupku ayah..Tanpa engkau di sisi...Semua kasih sayang...yang kau curahkan...tersemat di hati....
Friday, June 18, 2010
ありがとう。。ベストフレン!!
Sahabat, 誕生日おめでとう~
Walau kita banyak perbezaan,
saya suka makan sotong, awak suka udang,
saya suka beras nihon, awak suka beras siam,
saya suka pink&hijau, awak suka putih&purple,
saya kalut&serabut, awak tenang&cool,
saya banyak cakap&merungut, awak diam&mendengar,
saya kedekut, awak suka shopping,
Tapi awak terima saya seadanya, ありがとう~
Sahabat,
saya tahu saya tak mampu nak jadi
adi yang selalu dengar masalah awak,
tina&elin yang selalu jadi teman shopping awak,
kakda&luni yang selalu bersama awak,
berd&gee yang selalu menghiburkan hati awak..
Tapi awak terima saya seadanya, ありがとう~
Maaf kalau selama ini saya banyak menyusahkan awak,
Maaf kerana saya tak mampu nak jadi seperti mereka untuk awak,
Terima kasih sebab terima saya sebagai kawan awak.
ありがとう。。ありがとう。。。ベストフレン~
"Ya Allah aku sayang sahabatku ini, Kau kasihilah dia sepertimana Engkau mengasihi para Rasul&hamba-hambaMu yang soleh...Berkatilah umurnya, dan kurniakanlah yang terbaik untuk dunia&akhiratnya...Peliharalah ukhwah antara kami hanya semata-mata keranaMu dan temukanlah kami kembali di syurga nanti...Amin.."
^melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU^
Thursday, June 17, 2010
KILAS Siri1..Jom sertai~
Assalamu'alaikum, apa khabar?
Moga kalian sentiasa senjahtera di bawah lembayung karunia dan kasih sayang Allah.
Kepada semua bekas-bekas pelajar SERATAS,
iPIS(Ikatan Pelajar Islam SERATAS) bakal menghantar beberapa orang ahli untuk melakukan ziarah sekaligus melaksanakan penyelidikan berhubung keadaan semasa di SERATAS.
Antara objektif dan matlamat penting diadakan Projek KILAS ’10 ini adalah untuk mewujudkan suasana mesra antara bekas pelajar dan warga sekolah, mengeratkan tali silaturrahim antara iPIS, para guru dan staff sekolah, menyampaikan nasihat berguna dan membangkitkan motivasi pelajar SERATAS dan juga hasil kajian yang bakal dimanfaatkan secara bersama dengan pihak sekolah bagi menambah baik serta meningkatkan mutu dan kualiti pelajar SERATAS.
Butiran program adalah seperti berikut
Tarikh / Hari : 23hb - 24hb Jun 2010 / Rabu - Khamis
Tempat kajian : Sekolah Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak.
Sasaran : guru, pelajar, pentadbir sekolah, staf sokongan
Bagi yang berminat menjadi relawan penyelidik untk program KILAS '10, sila hubungi Fazril - 0132775313
Untuk maklumat lanjut berkenaan tentatif dan modus operandi boleh email kepada saya di xylannet_03@yahoo.com.
iPIS akan terus berusaha. Kejayaan hanya semata dari Allah. Allahu Ta’ala A’lam.
Sekian, terima kasih.
JazakalLahu Khairan kathira
Saturday, June 12, 2010
Langit tak selalu cerah....
Hidup tidak selalunya indah...
Langit tak selalu cerah...
Usah mengharapkan kesenangan..
Dalam perjuangan perlu pengorbanan...
"Lebih baik belajar menerima takdir daripada menyesali apa yang telah berlaku.."
Teruskan langkah kakimu..
Demi waktu dhuha.
Dan demi malam apabila telah sunyi
Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula membencimu
dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.
Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang.
Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya.
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan dengan bersyukur.
(ad-Duha : 1~11)
Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu...
Dalam senang awasi kealpaanmu...
Setitis derita melanda...
Segunung kurniaanNya...
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:"Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:"Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya." (Riwayat al-Bukhari)
Yeay~
Allah sayang Dzulaikha.
Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula membencimu
dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.
Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.
you just have to believe!!
~melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU~
Wednesday, June 2, 2010
sudah sampaikah berita tentang itu?
Sudahkah sampai kepadamu berita tentang hari kiamat?
Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina.
Kerana bekerja keras lagi kepayahan
Mereka memasuki neraka yang sangat panas.
Tidak ada makanan bagi mereka selain dari pohon yang berduri,
yang tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar.
pada hari itu banyak pula wajah yang berseri-seri,
merasa senang kerana usahanya sendiri,
mereka dalam syurga yang tinggi,
di sana kamu tidak mendengar perkataan yang tidak berguna.
Di sana ada mata air yang mengalir.
Di sana ada dipan-dipan yang ditinggikan,
dan gelas-gelas yang tersedia,
dan permaidani-permaidani yang terhampar.
Maka tidakkah mereka memerhatikan unta, bagaimana diciptakan?Dan langit, bagaimana ditinggikan?Dan gunung-gunung bagaimana ditegakkan?Dan bumi bagaimana dihamparkan?
Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah pemberi peringatan,
Engkau bukanlah orang yang berkuasa atas mereka,
kecuali orang yang kafir dan berpaling
maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar.
Sungguh, kepada kamilah mereka kembali,
kemudian sesungguhnya Kamilah membuat perhitungan atas mereka.
(Surah al-Ghashiyah : 1-26)
Subscribe to:
Posts (Atom)