Thursday, April 30, 2009

konvensyen berakhirnya agenda zionis~





Jom pegi ramai2..bagi yang ingin pergi boleh mendaftar dengan menghantar [nama] dan [no ic] ke 0196077372. Yuran RM10 boleh dibayar pada hari konvensyen.



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Saturday, April 25, 2009

alhamdulillah...mitsuketa

ceramah malam tadi oleh pakcik roslan sangat terkesan pada hati ini. Alhamdulillah, jiwa yang kosong kembali terisi. persoalan-persoalan yang timbul memunculkan jawapannya sendiri, dengan rahmat Yang Maha Penyayang. Terasa diri dibelai kembali selepas satu tempoh yang panjang..tempoh futur mungkin. Akibat cuti yang lama, atau telinga yang byk mendengar yg xsepatutnya, atau mungkin akibat pandangan yang tak terjaga. mungkin juga pergaulan, mungkin juga kesibukan dengan report dan shukudai yang banyak di sem baru..atau mungkin faktor2 laen yang tak terungkai lagi, hati ini kelesuan.

Perit rasanya tanpa hidayah dariNya. Sakit tanpa kedamaian hati bersamaNya. You have to sacrifice something to get something. Korbankan sedikit keseronokan dunia, untuk memperoleh hidayahNya. Yakin yang hidayah takkan datang tanpa kehendak dan usaha. Kitalah yang perlu membuka hati, memberi peluang kepada hidayah menerangi diri. walaupun agak sibuk dengan report, shukudai, meeting dan lain-lain, pelu ada sedikit ruang untuk hati ini bernafas. Lari sebentar dari kehidupan dunia yang sentiasa menuntut komitmen diri. Peluang untuk tazkiyatun nafs(membersihkan jiwa) tak datang selalu. Semoga kita sentiasa berada dalam redha Ilahi.

Sedikit perkongsian tentang ceramah pakcik mengenai pewaris Syurga Firdaus. siapakah mereka yang layak untuk syurga tertinggi ini? layak untuk hidup bersama para anbiya', juga dapat menatap wajah Allah SWT sebanyak 2kali sehari. Dapat bertemu kekasih Allah, nabi Muhammad SAW. Merekalah yang disebutkan dalam surah al-mukminun ayat 1 hingga 11. Layakkah kita bukanlah persoalannya. Bagaimana untuk melayakkan diri itu yang utama. Allah sudah menggariskan ciri-ciri mereka, pewaris syurga firdaus. It is on us, whether we want to work on it or not.

Jadikan semua yang kita lakukan sebagai suatu yang bernilai di sisiNya. kalau kita menulis blog, biarlah hasil tulisan kita berfaedah dan menyedarkan hati sendiri dan orang laen. Kalau kita belajar,buat report or shukudai, bersungguh-sungguhlah dengan niat ilmu itu nanti akan digunakan untuk menaikkan nama Islam diseluruh dunia. Kalau kita bergurau, biarlah gurauan itu mengingtkan kita tentang nikmat gembira yang dikurniakanNya. Yang pasti, setiap yang kita lakukan haruslah diniatkan untuk mendapat redha Allah SWT.

Jauhkanlah diri daripada perkara yang sia-sia, yang menjauhkan kita dari hidayahNya. Alhamdulillah..thank you Allah. I've found those answers now. Akal dan hati menjadi azimat, jasad menjadi medium, untuk mencapai SATU matlamat. Redha Allah dalam setiap tindakan. Rahmat Allah menjadi buruan, untuk menempatkan diri di Syurga firdaus tanpa hisab. Pertemuan denganNya adalah cita-cita tertinggi. Pertemuan seorang hamba dengan PenciptaNya. Bekalan harus dicari, bermula dari sekarang. Ajal tidak mengira usia. Kita diazan dan diiqamahkan ketika lahir, disolatkan ketika mati. Sesungguhnya hidup ini seSINGKAT jangka waktu azan dan solat. We dont have much time actually..Let's begin~



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Wednesday, April 22, 2009

why....?


why am i doing this? why am i writing blog? why did i involve in dakwah? why do i go to surau? why must i go to japan? what is my intention for doing all this? there's so many question in my mind, yet i couldn't find the right answer for each. Trying to analyze my heart...searching for the sincerity in doing all this. searching for the true answer for all the questions...and i'm sure that will make me stronger, when i knew what my target is...


"Tidak akan kamu berperasaan gundah jika kamu tahu apa yang sebenarnya kamu cari dalam hidupmu" [saidina Umar r.a]



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Tuesday, April 21, 2009

10 things we waste

1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it.

2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.

3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.

5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.

7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.

8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa(this world).

10. Our Dhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts.



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Sunday, April 12, 2009

Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan


Dr Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan pada tahun 1928 di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan dan muamalat sesama manusia. Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Selain dari menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah Halb, beliau juga menjadi tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan ramuan akar kayu yang dibuat sendiri. Ketika merawat pesakit, lidahnya sentiasa membaca al Quran dan menyebut nama Allah. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Dr Abdullah Nasih Ulwan sebagai ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini.

Pendidikan

Dr Abdullah Nasih Ulwan mendapat pendidikan peringkat rendah (ibtidaei) di Bandar Halib. Setelah berusia 15 tahun, Syeikh Said Ulwan menghantar beliau ke Madrasah Agama untuk mempelajari ilmu agama dengan cara yang lebih luas. Ketika itu, beliau sudah menghafal al Quran dan sudah mampu menguasai ilmu bahasa arab dengan baik. Semasa di madrasah, beliau menerima asuhan dari guru-guru yang mursyid. Beliau sangat mengkagumi Syeikh Raghib al Tabhakh, seorang ulama hadis di Bandar Halb. Beliau sangat cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa menjadi tumpuan rujukan rakan-rakan di madrasah, beliau juga seorang yang aktif dalam persatuan dengan berkebolehan berpidato dan mengetuai skuad penerbitan yang bertanggungjawab menerbitkan sebaran ilmiah kepada masyarakat sekitar.

Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat berani pada kebenaran serta mempunyai kemahiran dalam pergaulan dan dakwah. Semasa usia remaja beliau sudah terkesan dengan bacaan tulisan ulama-ulama sanjungan di waktu itu seperti Dr. Syeikh Mustafa al Sibaei.

Pada tahun 1949 beliau memperolehi sijil menengah agama yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di salah sebuah pusat pengajian di Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.

Dr Abdullah Nasih Ulwan memasuki Universiti al Azhar pada tahun berikutnya dan memperolehi ijazah pertama dalam Fakulti Usuluddin pada tahun 1952, seterusnya beliau memperolehi takhassus pendidikan dan tarbiah pada tahun 1954. Semasa berada di Mesir beliau banyak menghadiri Majlis perbincangan ulama-ulama dan mendekati gerakan Islam.

Dr Abdullah Nasih Ulwan memperolehi Ijazah Kedortoran dari Universiti al Sand Pakistan pada tahun 1982 dengan tesis yang bertajuk “feqh Dakwah wa al Daeiah”.

Perkhidmatan

Dr Abdullah Nasih Ulwan memulakan khidmat sepenuh masa sebagai pendakwah setelah pulang dari al Azhar. Beliau telah dilantik sebagai guru sebuah Kolej di Bandar Halb. Beliaulah orang yang pertama memperkenalkan mata pelajaran Tarbiah Islamiah sebagai matapelajaran asas dalam sukatan pembelajaran di Kolej berkenaan. Seterusnya matapelajaran Tarbiah Islamiah ini menjadi matapelajaran teras yang wajib diambil oleh penuntut-penuntut menengah di seluruh Syria. Beliau telah meletakkan matlamat perguruan sebagai senjata tarbiah yang sangat berkesan dalam mendidik generasi negara akan datang. Prinsip yang digunapakai ialah guru sebagai ibubapa kepada pelajar, mendidik mereka seperti mendidik anak-anak sendiri. Beliau telah meletakkan matlamat yang sangat tinggi dalam pendidikan, iaitu membawa dan membimbing pelajar ke arah mencintai Islam dan beramal dengannya serta sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangkan Islam.

Semasa menjadi guru di kolej berkenaan, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah menerima pelbagai jemputan menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat, di samping menjadi pensyarah jemputan di beberapa buah Universiti di Syria. Tidak pernah mengenal penat dan letih untuk menyebarkan risalah Allah. Sepenuh masanya diberikan untuk dakwah Islamiah. Masjid-masjid di Daerah Halb sentiasa melimpah dengan orang ramai yang datang untuk mendengar kuliahnya, di mana sahaja beliau pergi menyampaikan ceramah dan kuliah pasti dibanjiri ribuan manusia. Masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahun dan tarbiah Islamiah akan menjadikan beliau sebagai tempat rujukan.
Dr Abdullah Nasih Ulwan turut berjuang menghapuskan fahaman jahiliyyah dalam pemikiran masyarakat dengan suluhan cahaya hidayah rabbani. Beliau telah menggunakan Masjid Umar bin Abd Aziz sebagai markaz tarbiah generasi pemuda di Syria. Kuliah yang disampaikan di masjid ini ialah Feqh, Tafsir dan Sirah. Di samping memberi kuliah pengajian, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah mendidik pemuda-pemuda dengan kemahiran pidato dan penulisan serta kemahiran uslub berdakwah.

Hasil daripada tarbiah ini, lahirlah ratusan generasi muda yang berakhlak mulia dan menjadi agen penggerak dakwah Islamiah di Syria.

Walaupun sibuk dengan tugas menyampaikan risalah Islam di merata tempat, Dr Abdullah Nasih Ulwan juga sangat dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai seorang yang berbudi luhur. Menjalinkan hubungan baik sesama anggota masyarakat dan sentiasa menjalankan khidmat masyarakat apabila diperlukan. Beliau juga mempunyai hubungan yang sangat erat dengan ulama-ulama Syria serta menganggotai Majlis Ulama Syria. Beliau sangat dihormati di kalangan mereka.
Beliau adalah seorang yang bergiat cergas dalam gerakan Islam, mengabdikan diri untuk dakwah dan ber­gabung dengan lkhwanul Muslimin. Beliau berhubung erat dengan Asy-Syahid Abdul Qadir `Audah, Sayyid Qutb dan Al-Ustaz Abdul Badi' Shaqar (Rahimahumullah Jami'an).

Sesiapa sahaja yang menelusuri denai dakwah Islamiah pasti akan diuji oleh Allah, ujian untuk membuktikan kebenaran dakwah yang di bawa serta menambahkan keyakinan dan pergantungan yang utuh hanya kepada Allah. Allahlah yang berhak memberi nusrah kepada sesiapa yang dikehendaki. Dr Abdullah Nasih Ulwan juga menerima ujian ini, sehingga memaksa beliau meninggalkan Syria pada tahun 1979 menuju ke Jordan. Semasa di Jordan beliau terus menjalankan peranan sebagai daei. Menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat. Menerima undangan di masjid-masjid, perayaan hari kebesaran Islam dan ceramah umum.

Beliau meninggalkan Jordan pada tahun 1980 setelah mendapat tawaran sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malik Abd Aziz, Jeddah, Saudi. Beliau menjadi pensyarah di universiti berkenaan sehinggalah beliau bertemu dengan Allah (wafat).

Akhlak dan Peribadi

Dr Abdullah Nasih Ulwan disenangi oleh semua pihak kecuali mereka yang memusuhi Islam. Beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja.

Beliau adalah seorang yang sangat berani menyatakan kebenaran, tidak takut atau gentar kepada sesiapa pun dalam menyatakan kebenaran sekalipun kepada pemerintah. Beliau telah meletakkan amanah dalam dakwah adalah amalan yang wajib kepada umat Islam. Semasa di Syria, beliau telah menegur beberapa sistem yang diamalkan oleh pemerintah di waktu itu dan sentiasa menyeru supaya kembali kepada sistem islam, kerana Islam adalah penyelamat. Keadilan Islam adalah rahmat kepada ummah.

Keluhuran pekerti kesan didikan Islam yang meresap dalam jiwa beliau telah meletakkan beliau sangat disanjungi oleh ulama dan masyarakat. Rumahnya sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Sahabat karib beliau, Dr. Muhammad Walid menyatakan, Dr Abdullah Nasih Ulwan adalah seorang yang sangat peramah, murah untuk memberi senyuman kepada sesiapa sahaja, pertuturannya sangat mudah difahami, percakannya sentiasa disulami nasihat dan peringatan, beliau juga seorang yang tegas dengan prinsip asas Islam.

Dr Abdullah Nasih Ulwan juga seorang yang sangat benci kepada perpecahan dan munculnya berbilang-bilang jamaah dalam negara Islam. Menyeru kepada perpaduan dan kesatuan atas nama Islam untuk membina kekuatan umat Islam yang semakin pudar. Beliau berpendapat bahawa pepecahan umat Islam perlu dimuhasabah semula oleh setiap lapisan umat Islam. Apabila berbincang mengenai perpaduan dan kesatuan umat Islam, airmatanya pasti tumpah menandakan beliau adalah seorang yang sangat cintakan kesatuan umat Islam.

Dalam persahabatan, beliau menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa menziarahi teman-teman. Bertanyakan khabar serta mementingkan ikatan ukhuwwah Islamiah yang terjalin. Menghulurkan bantuan dan pertolongan sekalipun terpaksa bersusah payah untuknya.

Penulisan

Dr Abdullah Nasih Ulwan sangat gemar kepada penulisan, kertas dan pena sentiasa bersama walau di mana beliau berada. Walaupun sibuk dengan kuliah, nadwah dan syarahan, beliau tetap memperuntukan masa untuk penulisan. Beliau telah menghasilkan hampir lima puluh buah kitab yang membincangkan pelbagai tajuk.

Di antara kitab karangan beliau yang masyhur ialah:

1. Pendidikan anak-anak di dalam Islam (2 jilid).
2. Hukum zakat menurut empat mazhab.
3. Madrasah Duat.
4. Takaful Ijtimaei dalam Islam.
5. Insurans Menurut pandangan Islam.
6. Pemuda Islam dalam menghadapi serangan musuh.
7. Menolak keraguan yang didatangkan musuh.

Beliau juga banyak menulis kitab mengenai tarbiah Islamiah, kitabnya yang berkaiatan dengan tarbiah Islamiah sangat menyentuh jiwa pembaca. Ini kerana tulisan yang terbit dari hati, insyaallah akan jatuh ke hati. Di antaranya ialah:

1. Kepada Pewaris Anbiya.
2. Thaqafah Daeiah.
3. Ruhaniah Daeiah.
4. Kisah Hidayah (2 jilid)
5. Sifat Jiwa dan diri Daei.

Beliau telah meninggalkan sebanyak 43 karangan untuk umat Islam.
Menerima Rawatan dan Tekun Menulis Dalam Keadaan Sakit

Setelah pulang dari menghadiri Nadwah di Pakistan, beliau telah mengadu sakit di bahagian dada kepada salah seorang doktor perubatan di Universiti Malik Abdul Aziz. Doktor telah mengesahkan beliau mengalami penyakit di bahagian hati dan paru-paru. Beliau dimasukkan ke Hospital untuk mendapat rawatan pakar. Beliau mendapat rawatan dalam masa yang agak lama di hospital ini. Beliau meminta izin untuk keluar dari hospital bagi menunaikan temu janji yang terpaksa dibatalkan semasa berada di hospital. Walaupun dalam keadaan sakit, tugas menyampaikan risalah Islam tetap diteruskan dengan bertenaga. Kesakitan pada paru-paru dan hati tidak menghalang beliau dari terus aktif menyampaikan kuliah di Universiti dan majlis-majlis nadwah dan seminar. Melupai kesakitan yang dialami demi islam tercinta.

Beliau dimasukkan kali kedua ke hospital yang sama setelah kesakitan yang dialaminya semakin kronik. Semasa dirawat di hospital beliau banyak menulis bahan ilmiah sebagai ganti memberi kuliah di luar di samping minat membaca kitab-kitab tetap diteruskan.

Pakar-pakar perubatan dan sahabat handai menasihati beliau supaya berhenti membaca dan menulis kerana ianya akan menjejaskan rawatan dan menambahkan kesakitan yang dialami, tetapi Dr Abdullah Nasih Ulwan hanya tersenyum dan berterima kasih atas keprihatinan mereka serta menyatakan, selagi tangan, mata dan nadinya masih berdenyut selagi itulah sumbangan kepada dakwah Islamiah wajib diteruskan. Selagi tangannya mampu memegang pena selagi itulah beliau akan terus menulis. Sehinggalah pada keadaan beliau tidak dapat bangun, beliau meletakkan bantal di atas perut untuk menulis dan membaca. Keadaan ini berterusan sehinggalah beliau bertemu Allah.

Wafatnya

Dr Abdullah Nasih Ulwan meninggal dunia pada hari Sabtu jam 9.30 pagi 5hb Muharram 1408 Hijrah bersamaan 29hb Ogos 1987 di Hospital Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah, Saudi dalam usia 59 tahun. Jenazahnya di bawa ke Masjidil Haram untuk disembahyang dan dikebumikan di Makkah. Solat jenazahnya dihadiri oleh ulama-ulama di seluruh pelusuk dunia. Pemergiannya diiringi oleh umat Islam seluruh dunia. Dunia kehilangan ulama murabbi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam. Beliau telah menyerahkan jiwa raga untuk Islam dengan pengorbanan dan jihad yang sangat besar.

Walaupun beliau sudah pergi menemui Allah tetapi dakwahnya tetap berterusan melalui buku dan kitab yang dihasilkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan dan memberikan kekuatan kepada generasi yang memikul amanah dakwah Islamiah selepasnya. Amin.

Rujukan:
Muqaddimah Silsilah Madrasah Du’at (Jilid 1) dan rujukan lainnya.

>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Wednesday, April 8, 2009

bila hatiku berbicara...


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Alhamdulillah..semakin diri ini menginjak usia, semakin banyak dugaan dan ujian daripadaNya dalam mematangkan diri ini. Sesungguhnya rasa cinta ini adalah kurniaan daripadaNya. Mungkin juga ujian buat diri ini, sejauh mana saya mampu berjihad melawan hawa nafsu. Juga untuk melihat bagaimana saya, seperti remaja lain deal dengan perasaan sendiri.

Topik ini pernah juga dibincangkan dengan rakan-rakan seusrah. Dan antara nasihat-nasihat yang diberikan, berdoalah semoga Allah menjodohkan kita dengan dia. Dan setelah sekian lama perasaan ini mengganggu ketenangan konokokoro(hati ini), selama itu juga saya tak pernah berhenti berdoa supaya Allah menjodohkan saya dengannya, jika itu yang terbaik buat diri ini.

Namun, satu hari saya tersedar dari mimpi yang panjang mungkin. Selama ini baca juga al-ma'thurat, tapi baru tika itu doa di dalamnya menusuk ke jiwa ini.

"Ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walau sekadar sekelip mata, atau sekadar jangkamasa yang lebih pendek daripada itu."

Tika itu, baru saya kembali terfikir, betulkah tindakan saya berdoa agar dialah yang terbaik buat saya? Siapa saya untuk menentukan dan berharap agar dialah yang terbaik buat diri ini? Kerana sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik buat diri ini.

Teringat kisah sewaktu kecil, ketika shopping baju raya dengan mak. Saya bertegas mahukan baju lain,tak nak baju yang dipilih oleh mak. Nak taknak mak pun terpaksalah ikut kehendak anaknya yang degil ni. Tapi bila pulang ke rumah dan try baju tu, rasa tak cantik pulak. Comel lagi baju adik yang mak pilihkan. Mulai hari tu, saya dah taknak pilih sendiri baju. Ikut je apa yang dipilih mak, sebab saya yakin, itulah yang terbaik buat diri ini. Takut untuk buat pilihan sendiri sebab takut untuk berhadapan dengan kenyataan yang pilihan itu sebenarnya bukan yang terbaik buat diri ini.

Jadi,hari ini saya telah mendelete namanya dalam doa-doa saya dan hanya berdoa agar Allah pertemukan saya dengan orang yang terbaik untuk saya. Semoga dengan mendelete namanya dalam doa saya akan mempermudahkan saya mendelete namanya dalam konokokoro.

Day after day
Time passed away
And I just can’t get you off my mind
Nobody knows, I hide it inside
I keep on searching but I can’t find
The courage to show to letting you know
I’ve never felt so much love before

And once again I’m thinking about
Taking the easy way out

Night after night I hear myself said
Why can’t this feeling just fade away
There’s no one like you
You speak to my heart
It’s such a shame we’re worlds apart

I’m too shy to ask, I’m too proud to lose
But sooner or later I gotta choose
And once again I’m thinking about
Taking the easy way out

Sorry, but I choose to delete u from my heart coz i dunno what's best for me. And i still got many commitment right now. I've a dream to see Islam rules the world. I've a dream to see my parents smiling at me and proud of who i am. I've a dream to build my own tadika and many more. Those things need me more than thinking of u.

"Ya Allah, permudahkanlah bagiku untuk menghilangkan dia daripada hati ini. Hanya kepadaMu aku berserah, jua kepadaMu aku memohon pertolongan. Amin..."


>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<

Thursday, April 2, 2009

dilema...

Cuti yang panjang baru berakhir. Kini ramai yang telah pulang ke taman bukit pelangi(tbp) atas arahan ypm walaupun kuliah hanya akan bermula pada hari isnin nanti. Hati membuak2 ingin pulang semula ke rumah ingin menghabiskan sisa cuti bersama keluarga tersayang. Emak di rumah sudah pun ditelefon memberitahu anaknya ini ingin pulang ke rumah esok, dan kembali semula ke sini pada hari ahad ini. Namun, sebaik-baik kita merancang, perancangan Allah itu lebih baik. Ada rehlah bersama usrahmate pd 3rd april, meeting KRIM pd 4th april. Juga Program Induksi untuk tenaga kerja apis yang bertempat di Janda Baik pada 3-4april. Kenduri kahwin kakak adni, 3rd april. Hm, betullah seperti kata Imam Hassan al-Banna, "Kewajiban kita melebihi masa yang ada". Dilemma seorang perantau yang rindukan keluarganya. Pulang ke rumah atau ke program. Tunaikan tanggungjawab sebagai anak atau tanggungjawabnya sebagai dai’e, meneruskan perjuangan kecintaannya, Nabi Muhammad SAW? Luangkan masa untuk keluarga atau luangkan masa untuk dakwah? Masih tiada jawapan.

“Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (at-Taubah:24)

Tersentak hatiku ketika membaca ayat ini. Menyedarkan diri ini sudah terlalu lama leka. Alhamdulillah,petunjuk dariNya datang jua menyinggah konokokoro(hati ini). Tapi konokokoro seakan tak mahu menerima. teringat kisah saidina Usman yang diizinkan untuk tidak mengikuti perang semata-mata untuk menjaga ibunya yang sudah tua. Konokokoro rindukan ibunya, keluarganya dan rumahnya.



“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (al-Israa’:24)

“Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.”(al-Fatihah:5-6)

Ya Allah,hanya kepadaMu aku berserah dan memohon pertolongan. Peliharalah kedua ibu dan bapaku sebaiknya, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil. Kurniakanlah aku petunjukMu untuk aku memilih yang terbaik buat diriku, keluargaku dan semua umat islam. Amin…



>melihat SATU kepada banyak, melihat banyak kepada SATU<