Assalamualaikum..
Post ni khas untuk kawan-kawan yang berhajat untuk sambung master, terutamanya di nihon.
Saya pun hajatnya jika ada peluang, teringin untuk sambung master di sini.
Tapi bila difikirkan kembali, apakah faktor utama yang membuatkan kita nak sambung belajar?
Ataupun, apakah niat kita untuk sambung belajar?
"2 tahun macam sekejap sangat je...tak puas lagi duduk kat nihon.."
"Kalau sambung master boleh kumpul duit banyak lagi...lagipun scholar untuk master lagi banyak.."
"Banyak lagi yang saya nak belajar dekat sini. Kalau boleh, biarlah dapat buat sesuatu untuk Malaysia bila balik nanti..."
Mungkin terdapat berbagai-bagai lagi sebab yang membuatkan kita teringin untuk sambung belajar lagi kat sini. Ini mungkin peringatan dari Allah agar saya betulkan kembali niat saya untuk sambung belajar. Jadi saya kongsikan peringatan ini, agar kita sama-sama beroleh manfaatnya.
Kelmarin(ototoi), sewaktu bercerita tentang al-Quran kepada sensei dan senior lab saya, sensei pun bertanya,
"Al-Quran tu ada berapa mukasurat?"
"Ada dalam 600 mukasurat"
"Ada ke ayat-ayat yang berulang dalam Al-Quran?"
"Ada je..sebab manusia kan pelupa..perlu sentiasa diingatkan.."
"ooo...Apa yang menarik dalam Al-Quran?Ceritalah sikit.."
"Dalam Al-Quran ni banyak dikisahkan tentang kehidupan kita selepas mati...tujuan penciptaan kita dan lain-lain lagi.."
"Apa tujuan penciptaan kita?"
"Untuk menjadi hamba kepada Allah"
"Eh, tu saje?Ayat Al-Quran bukan ada banyak ke?Yang tu dalam satu ayat je boleh habis kan?"
"Memang la..ayat-ayat yang lain menerangkan pulak bagaimana cara kita nak hidup untuk Allah..contohnya pasal puasa semua..."
"oo..."
Lepas tu entah bagaimana topik perbualan berubah dan sensei saya bercerita tentang seorang ryugakusei(pelajar luar negara) dalam lab kami. Pelajar tersebut sengaja menggagalkan dirinya dan repeat year setahun semata-mata untuk menyimpan duit scholar lebih. Biasiswa yang diperolehinya juga membenarkan dia untuk mengulang tahun, jadi dia memilih untuk mengulang setahun lagi di Jepun. Saya yang mendengar pun tersenyum. Lalu saya pun kata,
"Sebenarnya, saya pun terfikir macam tu juga. Kalau dapat sambung belajar kat nihon, boleh simpan duit lebih banyak lagi...tambahan pula kalau sambung master scholar akan bertambah lagi.."
Sensei dengan nada terkejut pun bertanya,
"Eh, orang Islam pun macam tu ke? Fikir pasal duit je? Dalam Al-Quran takde tulis ke pasal tak boleh kejar duit?"
Masa ni terasa macam batu besar menghempap kepala. Terus saya menafikan dan menyeru Allah dalam hati.
"Bukan!Bukan macam tu!Islam tak ajar macam tu. Al-Quran tulis setiap benda yang kita nak buat mesti kerana Allah, bukan kerana duit. Tapi saya yang terlupa. Manusia kan pelupa. Terima kasih sensei ingatkan"
Perkara ini sentiasa berlegar-legar dalam minda saya sehingga saat ini. Sehingga saat ini juga saya merasa takut, takut saya menjadi fitnah kepada Islam, takut tersalah niat untuk sambung belajar, dan paling utama, takut Allah murka dan tak redha terhadap saya.
Ya Allah, ampunilah aku...
Oleh itu, di kesempatan yang ada ini, saya nak mengingatkan kembali diri saya dan kawan-kawan lain yang ingin sambung belajar untuk kita sama-sama fikirkan dan betulkan kembali niat kita. Sama-sama juga kita singkirkan niat-niat sampingan yang mungkin merosakkan amal kita.
Juga buat rakan-rakan yang lain, marilah kita perbaiki diri kita. Baru tersedar, berat tugas kita sebagai Muslim. Segala perlakuan, percakapan, tingkah laku, cara berfikir kita akan mencerminkan Islam yang kita anuti. Mereka akan menilai baik-buruk Islam melalui cerminan akhlak dan diri kita. Semoga Allah membantu kita untuk terus istiqamah dalam usaha menggapai redhaNya.
"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi ke atas manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu...."(2:143)
zu!terima kasih mengingatkann..zu,bila tkut sgt kalo aada kwn jpun tny psl islam,tp bila tersalah jwb atau x tau nk jwb mcmn...hr tu kawan tny psl arak,dia tny x teringin nk minum ke..knapa x minum arak,bila jwb org islam kena smbahyang 5 kali sehari..kalo yopparau x boleh nk solat dgn baik.xtau la btul ke x jwb mcm tu zu :( tkut sgt tersalah jwb.nnt dia boleh bahas smula..
ReplyDeletezu, sgt terkesan bc..
ReplyDeletesmoga kite btolkan niat nk smbung blaja..
yosh2!!!
rindu kamu <3
syukran akak!
ReplyDelete:)
dah boleh betulkan niat awal2 dari skrg, insyaAllah :)
zhu jzkk sayg.. ;)tlg ingatkn sye..
ReplyDeletezu,jazakillah
ReplyDeletesgt terkesan n timing ga ii yo..
ore masih mncari2 tujuan sebenanr ore nk smbg
rindunye kat dzu
rindu la zaman dlu2..dzu sokmo wi nasihat :D
@Nabila sayang^^
ReplyDeletehm..ore takut ugop bila..takut kte tersalah jawab nnt diorg salah faham terhadap Islam dan mempermain2kan pulak jawapan kite..maa, gambarimasyoune..time ni Allah nk uji kefahaman kite tentang Islam, masih byk yg perlu kite pelajari n amek tau..semoga Allah bukakan hati kita utk terus berusaha perbaiki kefahaman kita terhadap deenNya
@berdy
rindu berd jugak~
jom betulkan niat^^..
@ceca
mari betulkan niat~semoga segala amalan kita diterima Allah SWT
@becky
waiyyaki...sama2 kte saling mengingatkan
@kah
semoga ketemu jawapannya kah~
rindu kah jugak!!dgn adik!!
k.cah n sae mmg selalu jumpe...
bkn sokmo wi nasihat kah, sokmo ngepek..huu
sorryyy baru baca. sgt menyentuh hati!! T_____T
ReplyDeletebetul la.mmg jiwa mereka yg menerima penjelasan kita bulat2, kdg2 konfius tatkala melihat perbuatan/amal kita tak selari dgn apa yg kita cakap.isk
sbb tu penting utk mereka kenal islam, sblum kenal orang2 islam.
moga Allah bg kekuatan. syukur diberi peluang sebegini di negara asing.akhamdulillah
maafla kalau ap yg sy nk tnye ni off topic tp sy sudah lme mncari jawapanya. saya merupakan pelajar kejuruteraan kimia dan bioproses di uitm..bulan sembilan ni masuk..saya just nk tnye bolehka saya sambung master di jepun melalui kos ni? dan kalau ya bagaimana? tq
ReplyDelete