Saturday, May 21, 2011

Jom betulkan niat!

Assalamualaikum..
Post ni khas untuk kawan-kawan yang berhajat untuk sambung master, terutamanya di nihon.
Saya pun hajatnya jika ada peluang, teringin untuk sambung master di sini.
Tapi bila difikirkan kembali, apakah faktor utama yang membuatkan kita nak sambung belajar?
Ataupun, apakah niat kita untuk sambung belajar?

"2 tahun macam sekejap sangat je...tak puas lagi duduk kat nihon.."
"Kalau sambung master boleh kumpul duit banyak lagi...lagipun scholar untuk master lagi banyak.."
"Banyak lagi yang saya nak belajar dekat sini. Kalau boleh, biarlah dapat buat sesuatu untuk Malaysia bila balik nanti..."

Mungkin terdapat berbagai-bagai lagi sebab yang membuatkan kita teringin untuk sambung belajar lagi kat sini. Ini mungkin peringatan dari Allah agar saya betulkan kembali niat saya untuk sambung belajar. Jadi saya kongsikan peringatan ini, agar kita sama-sama beroleh manfaatnya.

Kelmarin(ototoi), sewaktu bercerita tentang al-Quran kepada sensei dan senior lab saya, sensei pun bertanya,

"Al-Quran tu ada berapa mukasurat?"

"Ada dalam 600 mukasurat"

"Ada ke ayat-ayat yang berulang dalam Al-Quran?"

"Ada je..sebab manusia kan pelupa..perlu sentiasa diingatkan.."

"ooo...Apa yang menarik dalam Al-Quran?Ceritalah sikit.."

"Dalam Al-Quran ni banyak dikisahkan tentang kehidupan kita selepas mati...tujuan penciptaan kita dan lain-lain lagi.."

"Apa tujuan penciptaan kita?"

"Untuk menjadi hamba kepada Allah"

"Eh, tu saje?Ayat Al-Quran bukan ada banyak ke?Yang tu dalam satu ayat je boleh habis kan?"

"Memang la..ayat-ayat yang lain menerangkan pulak bagaimana cara kita nak hidup untuk Allah..contohnya pasal puasa semua..."

"oo..."

Lepas tu entah bagaimana topik perbualan berubah dan sensei saya bercerita tentang seorang ryugakusei(pelajar luar negara) dalam lab kami. Pelajar tersebut sengaja menggagalkan dirinya dan repeat year setahun semata-mata untuk menyimpan duit scholar lebih. Biasiswa yang diperolehinya juga membenarkan dia untuk mengulang tahun, jadi dia memilih untuk mengulang setahun lagi di Jepun. Saya yang mendengar pun tersenyum. Lalu saya pun kata,

"Sebenarnya, saya pun terfikir macam tu juga. Kalau dapat sambung belajar kat nihon, boleh simpan duit lebih banyak lagi...tambahan pula kalau sambung master scholar akan bertambah lagi.."

Sensei dengan nada terkejut pun bertanya,

"Eh, orang Islam pun macam tu ke? Fikir pasal duit je? Dalam Al-Quran takde tulis ke pasal tak boleh kejar duit?"

Masa ni terasa macam batu besar menghempap kepala. Terus saya menafikan dan menyeru Allah dalam hati.

"Bukan!Bukan macam tu!Islam tak ajar macam tu. Al-Quran tulis setiap benda yang kita nak buat mesti kerana Allah, bukan kerana duit. Tapi saya yang terlupa. Manusia kan pelupa. Terima kasih sensei ingatkan"

Perkara ini sentiasa berlegar-legar dalam minda saya sehingga saat ini. Sehingga saat ini juga saya merasa takut, takut saya menjadi fitnah kepada Islam, takut tersalah niat untuk sambung belajar, dan paling utama, takut Allah murka dan tak redha terhadap saya.
Ya Allah, ampunilah aku...

Oleh itu, di kesempatan yang ada ini, saya nak mengingatkan kembali diri saya dan kawan-kawan lain yang ingin sambung belajar untuk kita sama-sama fikirkan dan betulkan kembali niat kita. Sama-sama juga kita singkirkan niat-niat sampingan yang mungkin merosakkan amal kita.

Juga buat rakan-rakan yang lain, marilah kita perbaiki diri kita. Baru tersedar, berat tugas kita sebagai Muslim. Segala perlakuan, percakapan, tingkah laku, cara berfikir kita akan mencerminkan Islam yang kita anuti. Mereka akan menilai baik-buruk Islam melalui cerminan akhlak dan diri kita. Semoga Allah membantu kita untuk terus istiqamah dalam usaha menggapai redhaNya.

"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi ke atas manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu...."(2:143)

Thursday, May 5, 2011

Allah tak kedekutlah!!

"yatta(berjaya)!!" Saya menjerit kegirangan. Dalam hati memanjat kesyukuran kepadaNya setelah berpenat lelah selama hampir 3 minggu menyiapkan programming maikon H8/3664F untuk robot(research) saya.

"mou dekita?(dah berjaya?)"tanya pembantu sensei lab saya.

"Un, dekita to omoimasu. Umaku dekinakutemo, dekita to shinjitai desu."
"(haah, dah berjaya saya rasa. Kalau tak betul2 berjaya pun, saya nak percaya dah berjaya)"

"Un, sore wo shinjite ii yo..(ok je nak percaya macam tu)"

Saya pun tersenyum kepuasan lagi. Akhirnya berjaya juga setelah beberapa kali saya hampir putus asa mengusahakan programming tersebut. Tiba-tiba, pembantu sensei pun berkata,

"Zura-chan, kamisama kechi desune...(Tuhan awak kedekut eh..)"

Dengan nada terkejut, saya pun berkata, "eeee?"

"Mainichi mo oinori shiteru desyou?(Awak sembahyang setiap hari kan?)"

"hai(haah)"

"Mainichi mo kamisama ni oinori shiteru noni, mou 3shuukan gurai gambatteruyoune. Kamisama kechi desune. (Walaupun awak sembahyang setiap hari, awak terpaksa berusaha hampir 3 minggu untuk berjaya. Tuhan awak kedekut kan)"

"eee...sou dehanai....ima made iroiro benkyou dekiru kara...kamisama ha kechi janaiyo.."
"(eee...bukan mamcam tu lah...sehingga waktu ni, banyak yang dapat saya belajar..Tuhan saya tak kedekutlah!!)"

Tak sangka, itulah yang difikirkan oleh seorang yang tak percayakan Tuhan, bila melihat kita yang yakin dengan kewujudan Allah SWT dan takdir yang ditetapkan olehNya adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin mereka terfikir, kedekutnya Tuhan, yang lambat memberi kejayaan kepada kita. Tapi kalau nak kata Allah kedekut, hari ni, kita dan mereka takkan mampu pun untuk bernafas atas muka bumi ni.

Kalau Allah kedekut, kita hamba yang penuh dosa noda ini, pasti sudah tak diberi peluang untuk menikmati nikmat hidup, bersahabat, belajar, bermain dan lain-lain lagi. Mungkin ini salah satu tarbiyah tak langsung dariNya, untuk saya kembali refresh iman di hati, dan menguatkan keyakinan bahawa, tak semua yang kita mahu, baik untuk kita. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja Yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

Memang susah untuk bersangka baik dengan Allah SWT apabila kita diuji dengan pelbagai ujian hidup yang menyempitkan jiwa. Walaupun telah berusaha berminggu-minggu lamanya, pergi lab awal pagi, dan pulang lewat malam tanpa sebarang progress pada programming tersebut, sangat meletihkan. Pernah juga saya bertanya kepada sensei,

"sensei, akiramete mo ii desuka?"
"(sensei, nak putus asa boleh?)"

Saya memang tak berminat dengan programming. Tetapi terpaksa juga menghadap programming kerana dalam setiap robot, memang perlu hardware dan software. Memang skill seorang yang belajar mechanical engineering adalah bab design, hardware dan sebagainya, tapi nak tak nak untuk menggerak sesuatu robot, kita perlukan kairo(litar), dan program untuk menggerakkannya.

Tapi sungguh, saya terasa yang doa-doa dan solat setiap hari itulah sumber kekuatan untuk terus berusaha. Dan sungguh, banyak yang dapat saya pelajari untuk berjaya dalam masa 3 minggu tersebut. Daripada 'zero' pengetahuan tentang programming dan command untuk H8/3664F, kini saya dah boleh faham sikit maksud-maksud setiap command tersebut. Saya juga belajar cara nak confirmkan shingou(isyarat) dihantar atau tak ke maikon menggunakan beberapa software yang saya tak tahu langsung sebelum ini.

Bukan Allah kedekut, tapi Allah Maha Pemurah nak ajar saya macam-macam. Yang paling utama, nak sedarkan saya betapa bertuahnya saya terpilih untuk menjadi Hamba yang percaya padaNya. Waktu lemah, saya ada Dia, waktu berjaya juga, saya bersama Dia. Mengadu bila kesusahan, bersyukur bila berjaya. Terima kasih ya Allah!!

Syukur juga, Allah hantar dialog sensei secara tak langsung kepada saya agar saya muhasabah balik dan bersyukur kepadaNya, sesungguhnya kejayaan itu bukan dari hasil usaha saya, tapi dari pertolongan dan ilham dariNya jua. Ya Allah, selamatkan aku dari riak dan takabbur.

Terima kasih ya Allah, kerana hari ini, saya yakin dan percaya, Allah tak kedekut!